Anda di halaman 1dari 16

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL KERJA KURSUS PROJEK

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)


NAMA NOR SHAZARINA BT RASHID NUR FARAHAIN BT ISMAIL PRAVINA ALAGARATNAM SUHAIDA BT FAUZI NO KP 901211-02-5194 890721-03-5172 881114-43-5102 900817-09-5176 NO MATRIK 123347 123348 123356 123354

UNIT: PISMP KAJIAN SOSIAL II PENSYARAH PEMBIMBING: EN. AMIR HAMZAH BIN YAAKUB TARIKH SERAHAN: 25 SEPTEMBER 2011

TEORI HURAIAN BAHASA


a) Nahu Tradisional Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa mengenai konsep bahasa, sifat, bentuk, dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat. Maka, pemahaman guru bahasa mengenai toeri huraian bahasa ini membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pedekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah Teori nahu tradisional ini adalah teori huraian bahasa yang paling tua. Antara Antara ahli linguistik yang membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato dan Aristotle (bahasa Yunani), Panini (bahasa Sanskrit), Pendita Zaba dan Prof.Asmah Hj. Omar (Bahasa Melayu). Dalam teori ini, bahasa bersifat deduktif dimana ia mementingkan hukum-hukum bahasa yang telah ditetapkan dan mengutamakan pemahaman peraturan terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh.

Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplindisiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Ini mengakibatkan huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Teori ini juga menganggap bahawa bahasa-bahasa di dunia dapat dihurai berdasarkan ciri-ciri sejagat seperi logik dan falsafah. Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua bahasa dapat dihurai berdasarkan unsur-unsur yang sama.

Teori tradisional yang biasanya dibincangkan adalah teori bahasa nahu tradisional yang dikembangkan oleh Panini (ahli tokoh fonetik India). Teori ini manganggap bahawa bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Selain itu, ciri nahu teori ini mementingkan bahasa tulisan. Dalam hubungan ini, semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani. Di samping itu, semua penutur diwajibkan untuk mematuhi peraturan dan kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.
2

Teori ini juga menyatakan bahawa ilmu tatabahasa bersefat sejagat dan kajian bahasa adalah berdasarkan hukum yang telah ditetapkan. Selain itu juga, tatabahasa adalah bersifat sejagat iaitu berdasarkan tatabahasa Yunani dan Latin. Bagi penggolongan kata pula, ia seharusnya berdasarkan makna perkataan dan juga logiknya. Ayat pula didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap.

b) Teori Struktural Teori ini dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik ilmiah di Amerika pada tahun 1930-an iaitu pada abad ke-20 Sebelum Masihi. Teori ini juga dikenali sebagai Taxanomic atau Bloomfieldian.Tokoh bahasa yang terlibat dalam teori ini terdiri daripada Sausure, Otto Jespherson, Harris dan sebagainya. Teori ini juga telah dijadikan asas untuk kaedah mengajar pegawai dan tentera semasa perang dunia kedua. Ini dikenali sebagai kaedah terus dan kaedah tentera. Teori struktural ialah tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat. Ciri-ciri bahasanya bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari, dan untuk perhubungan. Arbitari menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang realiti. Ahli-ahli bahasa ini banyak

mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang dilihat. Dalam teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspek pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama. Kajian ini juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudian morfologi dan akhir sekali sintaksis. Dalam teori ini, bahasa dikaji sebagai sistem lambang pertuturan. Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat serta empirikal. Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian atau eksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji.Bahasa yang dianalisis ialah bahasa lisan dengan bersifat structured-centered. Konsituen yang paling kecil dalam teori ini ialah mengecilkan perkataan, diikuti frasa, klausa, subjek, dan predikat. Di samping itu, perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituen terdekat.

Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan rangsangan dan gerak balas. Bahan rangsangan untuk penguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata lain, ia dijalankan secara formal.Teori ini tidak menekankan penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua.

c) Teori Transformasi Generatif Aliran Transformasi Generatif merupakan satu aliran baru yang timbul selepas aliran struktural. Teori ini muncul dalam tahun lima puluhan yang dipelopori oleh Noam Chomsky. Teori ini dibincangkan dengan mendalam dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures yang diterbitkan pada tahun 1957 dan Aspects of the Theory of Syntax pada tahun 1965. Teori ini wujud akibat daripada beberapa kekurangan dan kelemahan teori tradisional dan struktural. Generatif bermaksud menerbitkan, iaitu bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Manakala transformasi pula bermaksud mengubah atau menukar, iaitu menuliskan semula. Dalam konteks ini bermakna menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya. Kajian transformasi generatif dibuat berdasarkan kenyataan bahawa seseorang penutur bahasa ibunda sesuatu bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah mereka dengar kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Kecekapan berbahasa ini merupakan pengetahuan mengenai rumus-rumus tatabahasa tersebut. Kesimpulannya analisis transformasi generatif bertujuan untuk membentuk

rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur ibunda


4

bahasa tersebut. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu tentang bahasa membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumusrumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi. Teori Transformasi Generatif terbina daripada teori kognitif yang menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa merupakan satu proses pemikiran. Teori ini menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari kerana yakin bahawa pengetahuan memudahkan penguasaan bahasa itu. Ciri-ciri penting Teori Transformasi Generatif antaranya ialah suatu urutan yang teratur daripada rumus-rumus, bertujuan untuk menghasilkan satu huraian bahasa yang dapat mengemukakan asas bagi menerangkan bagaimana ayat-ayat boleh dihasilkan dan difahami dan menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis yang menggunakan simbol-simbol dan rumus-rumus. Ciri-ciri penting yang lain ialah deskripsi sesuatu bahasa mesti mengambil kira kreativiti linguistik, mengandungi tiga komponen penting, iaitu fonologi, sintaksis yang bersifat generatif dan makna serta komponen sintaksis menerbitkan struktur sintaksis melalui dua peringkat, pertama ialah melalui peraturan-peraturan struktur rangkai kata dan leksikon yang membentuk satu komponen sintaksis, menerbitkan struktur dalamannya dalam bentuk yang boleh diterjemahkan maknanya. Kedua ialah peraturan transformasi, iaitu menukarkan struktur dasar yang abstrak kepada struktur luar yang konkrit setelah dipadankan dengan peraturan bunyi dan lahir sebagai satu ajaran.

d) Teori Fungsional Halliday dan Wilkins merupakan ahli bahasa mempelopori teori fungsional. Teori ini berkembang pada tahun 1960- an dan 1970-an. Teori ini mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Di samping itu, mereka menganggap bahawa bahasa sebagai alat pertuturan. Oleh hal yang demikian, dapatan mereka ini mementingkan aspek semantik. Mereka bersetuju bahawa kewujudan variasi dalam penggunaan bahasa tidak boleh dinafikan. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur.
5

Golongan ini beranggapan bahawa pengukuhan bahasa adalah secara verbal dan nonverbal. Aliran dan golongan ini bukan sahaja mengkaji bahasa daripada segi struktur tetapi memberi perhatian juga kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Teori ini mempunyai beberapa ciri penting yang harus difahami. Antara ciricirinya adalah bahasa mempunyai tiga fungsi utama dimana kita berfikir dan berkongsi pandangan dan pendapat dengan orang lain melalui bahasa dan ini dikenali sebagai fungsi kognitif. Fungsi bahasa yang kedua pula adalah bahasa boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat dan yang ketiga adalah bahasa digunakan untuk

berkomunikasi dan berinteraksi. Ciri berikutnya adalah bahawa sistem bahasa yang digunakan adalah terbuka dan dinamik. Berbanding kepada teori nahu tradisional yang berasaskan undangundang tatabahasa semata-mata, sistem teori fungsioanl ini bukan sahaja berdasarkan undang-undang tatabahasa semata-mata, tetapi juga berdarkan pertauran-peraturan penggunaannya yang ditentukan oleh peraturan sosial dan masyarakatnya. Selain itu, asas elemen dalam struktur bahasa berdasarkan kepada kekuatan dan keteguhan wacana dan semantik dan bukannya sintaksis. Ini kerana makna bukan sahaja didasarkan kepada struktur bahasa tetapi juga makna sosial yang mengambil kira ciri-ciri pralinguistik seperti bahasa badan dan bahasa isyarat yang digunakan oleh penutur semasa berkomunikasi. Selain itu, dalam teori ini juga kepentingan lebih diberikan kepada penggunaan bahasa dan bukan kegunaannya seperti yang terdapat dalam peraturan-peraturan bahasa. Walaupun begitu struktur tidak diketepikan dan diberikan perhatian yang serius. Dalam bahasa tulisan atau penulisan, bahasa yang digunaka haruslah formal dan berasaskan kepada sesuatu situasi dan tujuan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, penggunaan bahasa juga mempunyai pelbagai variasi kerana sifat bahasa yang dinamik. Variasi ini timbul kerana keadaan sosial sesuatu masyarakat dimana variasi timbul hasil daripada cara penggunaan bahasa yang diterima oleh
6

masyarakat sebagai satu peraturan penggunaan bahasa. Sesuatu pertuturan atau pengucapan dianggap betul jika disebut atau dinyatakan mengikut ketepatan situasi atau dan keadaan penutur dan pendengarnya. Selain itu, bahasa juga dikenali sebagai alat komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, menyatakan perasaan dan menggambarkan watak dan peribadi penuturnya. Oleh itu, bahasa mempunyai sistem, sturktur dan makna sosial yang menjadikan bahasa itu sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam masyarakat.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA a) Teori Mentalis (CHOMSKY) Ahli-ahli pemikiran yang terlibat dalam teori ini ialah Jean Piaget, E.H Lenneberg, Robert Lee, Robin Lakoff, George Miller, D. Slobin, dan Mangantar Simantunjak. Teori ini menganggap bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan istimewa manusia secara semulajadi. Bahasa sebagai satu pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Hal ini berlaku apabila seseorang menerima bahan dalam bentuk peransang daripada telinga, mata dan pancaindera lain. Teori ini mementingkan pengetahuan seseorang. Teori ini merumuskan bahawa proses penguasaan bahasa bergantung kepada kematangan. Bagi ahli-ahli teori mentalis, mereka berpendapat bahawa bahasa itu merupakan proses mental dan bukan mekanikal dan ada juga berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa secara natural kerana kebolehannya untuk berbahasa sudah terancang secara biologis dalam diri kanak-kanak sejak awal kelahiran bayi. Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum nahu bahasa tersebut. Teori mentalis mempunyai banyak ciri. Ciri pertama ialah manusia mempunyai kebolehan menguasai bahasa sejak kecil lagi. Kedua, seseorang itu mempunyai kecekapan dan prestasi. Kecekapan ialah undang-undang atau rumus bahasa yang ada dalam stok mental seseorang. Prestasi ialah penggunaan atau penghasilan bahasa berdasarkan apa yang diketahui atau apa yang ada pada kecekapan. Ketiga, terdapat hubungan yang erat antara bahasa dan pemikiran. Penguasaan bahasa memerlukan proses mental. Keempat, murid-murid haruslah diajar ayat yang gramatis, iaitu ayat yang sempurna bentuknya dan makna dengan ketetapan pola-pola. Bentuk dan makna amat penting dalam proses pembentukan ayat. Kelima, menerapkan nahu transformasi generative ketika menghuraikan bahasa. Ciri yang terakhir ialah pengajaran bahasa diajar secara formal.

Antara kebaikan Teori ini ialah : a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu

pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid

berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan

pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. Namun teori ini mempunyai kelemahannya juga dimana ianya mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur). Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada

pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

b) Teori Kognitif (PIAGET)

Aliran pemikiran kognitif dipelopori oleh Jean Piaget dan Sinclair. Teori ini bersifat bersifat mentalis yang cuba menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang betul dan sebenar. Pengetahuan merupakan pemikiran manusia dan bukan latihan pancaindera. Aliran ini berpendapat bahawa bahasa ialah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan ransangan daripada pancaindera. Aliran kognitif ini menerangkan ciri-ciri kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif pada setiap tatabahasa bagi bahasa-bahasa di dunia.

Piaget dan Sinclair berpendapat bahawa pemerolehan bahasa oleh seseorang kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan mengikut tahap perkembangan kognitif. Aliran kognitif berpendapat bahawa pembelajaran bahasa ialah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat dipehatikan secara langsung daripada tingkahlaku. Menurut teori ini, semasa proses pembelajaran otak iaitu akal, akan menjana segala maklumat dalam ingatan.

Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan melalui peringkat kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza. Oleh hal demikian kerana kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Piaget

memperkenalkan empat konsep utama. Pertama ialah skema yang merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kedua pula ialah asimilasi yang merupakan proses kognitif iaitu seseorang akan menyatukan maklumat dan pengetahuan baharu ke dalam skema ang sedia ada. Yang ketiga ialah akomodasi yang merupakan penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan secara kualitatif dan perkembangan skema. Hal ini akan

10

tercapai sekiranya kanak-kanak dapat menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza-beza dan berubah-ubah melalui empat peringkat mengikut umur mereka. Empat peringkat tersebut ialah sensori motor (0 sehingga 2 tahun), praoperasi (2 sehingga 7 tahun), operasi (7 sehingga 12 tahun)dan operasi formal (12 sehingga 21 tahun).

Pada peringkat sensori motor, kanak-kanak mula menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Kanak-kanak mula boleh belajar dan mengenal lambang yang mudah dan mengaitkan perkataan dengan objek yang dilihat dalam persekitaran. Pada peringkat praoperasi pula, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa dan simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Sebagai contoh, bola berbentuk bulat, air untuk diminum, susu rasanya manis dan lazat dan lainlain lagi. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi melalui bahasa yang diperoleh dan dipelajarinya menjadikan perkembangan kognitif dan potensi intelek kian meningkat. Pada peringkat operasi konkrik pula, kanak-kanak mula memperoleh konsep transformasi dan boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Akhir sekali ialah peringkat operasi formal iaitu pada peringkat remaja yang mana boleh berfikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah secara kompleks.

Kesimpulannya

terdapat

banyak

ciri-ciri

kognitif.

Pertama

sekali

ialah

pengetahuan bukan latihan pancaindera tetapi pemikiran manusia. Kedua ialah adanya ciri-ciri kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif. Ciri seterusnya ialah bahasa bersifat kreatif iaitu tidak hanya terbatas pada objek dan peristiwa-peristiwa atau pengalaman-pengalaman perilaku. Keempat, komponen bahasa berkembang secara kreatif yang melangkau batasan pengalaman naluriah iaitu ransangan dan tindakbalas. Ciri yang lain pula ialah peranan otak atau kognitif iaitu akal amat penting dalam proses bahasa. Ciri yang terakhir pula ialah teori belajar hanya bermakna jika fikiran yang dimasukkan ke dalam pemikiran sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan.
11

c) Teori Interaksionalisme (Halliday)

Teori ini melibatkan pengajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini berkembang sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli pemikiran terkenal yang terlibat dalam aliran ini ialah Mark Halliday. Oleh hal yang demikian, teori ini dikenali sebagai teori Halliday. Selain Halliday, ahli pemikiran lain teori interaksionalisme ini ialah Bloom, Bowemen, dan Schlesinger yang berpendapat bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak dapat

menjelaskan penguasaan bahasa. Oleh yang demikian kerana kebolehan kognitif sahaja yang membolehkan kanak-kanak mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Teori ini berpendapat kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari caracara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Halliday berpendapat bahawa perkembangan bahsa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Sistem tatabahasa kanak-kanak diperoleh disebabkan mereka mempunyai keperluan untuk menyatakan dua perkara pada satu ketika. Interaksi bahasa dapat membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Halliday juga menegaskan tentang kepentingan peranan situasi sosial dalam pemerolehan bahasa. Terdapat empat prinsip di dalam teori interaksionalisme. Prinsip pertama ialah mengutamakan penyampaian makna semasa komunikasi. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna lebih penting. Pembelajaran bahasa mempelajari struktur bahasa dan yang paling penting sekali ialah belajar untuk berinteraksi. Seterusnya prinsip yang kedua ialah pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat. Prinsip yang lain pula ialah teori ini mementingkan kedua-dua unsur, iaitu makna dan struktur bahasa.

12

Prinsip yang terakhir ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti yang bermakna, maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa dengan lancar dan fasih. Kanak-kanak menguasai bahasa melalui interaksi. Teori interaksionalis

mementingkan aktiviti komunikasi. Oleh yang demikian, pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Selain itu, teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan mental dan linguistik dan juga menyarankan supaya guru-guru memberikan banyak latihan kepada murid-murid. Terdapat beberapa kelebihan dalam teori interaksionalis ini. Teori ini merupakan interaksi sosial harian yang digunakan pada setiap masa oleh murid-murid. Murid-murid berinteraksi dengan murid-murid yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat. Teori interaksionalis juga banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial. Hal ini kerana, komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial. Namun begitu, teori interaksionalis juga terdapat beberapa kelemahan. Antaranya ialah, teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan masyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan masyarakat. Prinsip yang diutamakan oleh ahli-ahli interaksionalis ialah penyampaian makna lebih diutamakan dalam komunikasi. Pembelajaran bahasa mempelajari struktur dan makna dan juga belajar untuk berinteraksi. Akhir sekali, guru juga boleh menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang bermakna ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti bahasa guru. Oleh hal yang demikian, murid-murid mampu menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar.
13

d)

TEORI KONSTRUKTIVISME Mengambil pandangan daripada teori kognitivisme, maka wujudlah teori

konstruktivisme iaitu cara manusia belajar bahasa. Melalui teori ini, pengetahuan seseorang kanak-kanak atau individu dibina secara aktif oleh kanak-kanak atau

individu melalui daya pemikirannya. Konstruktivisme rupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sediaada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sediaada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudahcara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif. Antara tokoh yang berkaitan dengan Teori Konstruktivisme ialah McBrien& Brandt (1997), Briner M (1993), Sushkin N (1999) danNik Aziz Nik Pa (1997). Menurut tokoh-tokoh konstruktivisme bahawa konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sediaada. Murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sediaada untuk membina pengetahuan baru. Terdapat beberapa pendapat lain mengenai Teori Konstruktivisme. Antaranya ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan bagaimana murid-murid belajar. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan. Pendapat seterusnya ialah murid membina pengetahuan dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sediaada,

14

mengaplikasinya dengan situasi baharu melalui pengintegrasian pengetahuan baharu yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sediaada. Pendapat yang ketiga ialah murid membina makna tentang dunia dengan mensinstesis pengalaman baharu dengan apa yang difahami. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi dan interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka mendapati objek dan idea tidak bermakna ,maka mereka menginterprestasikan apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan yang mereka telah bentuk. Pendapat yang seterusnya, teori ini memberikan penekanan lebih kepada murid. Oleh hal demikian kerana muridlah yang berinteraksi dengan peristiwa dan bahan. Pendapat yang terakhir pula ialah Konstruktivisme merupakan komitmen terhadap pandangan bahawa manusia dan kanak-kanak membina pengetahuan sendiri. Sesuatu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang kepada pemikiran individu lain. Setiap insane membentuk pengetahuan dengan menggunakan

pengalaman secara terpilih. Antara kebaikan teori konstruktivisme ini ialah konstruktivisme menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sediaada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan di dalam teori konstruktivisme ini. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sediaada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai
15

bahan bantu sebelum dapat melaksanakan pengajarannya. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sediaada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut. Teori ini dapat diaplikasikan dalam kelas bacaan. Teori Konstruktivisme menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sediaada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soaljawab secara lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru.

16

Anda mungkin juga menyukai