Anda di halaman 1dari 71

DASAR LUAR NEGARA

Bab 5 : Dasar Luar Negara

noorazam abdulrahman

PENDAHULUAN
Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan kerjasama pelbagai hala dengan negara-negara luar menerusi rangkaian kerjasama dan perkongsian di peringkat serantau dan antarabangsa. Kesejagatan dalam proses pembangunan dan kemajuan yang semakin kompleks memerlukan negara-negara di Asia Tenggara bergabung atas dasar persetujuan bersama yang dilaksanakan melalui dasar-dasar luar.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 2

PENDAHULUAN
Malaysia juga komited dalam mewujudkan kerjasama antarabangsa secara terbuka melalui peranan yang dimainkan dalam usaha mewujudkan keamanaan sejagat dan pelbagai program lain yang dapat dimanfaatkan secara bersama. Kerjasama serantau dan antarabangsa adalah penting sebagai satu cara memanfaatkan sumber dengan lebih cekap dan berdaya saing melalui kerjasama antarabangsa.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 3

Kepentingan Dasar Luar Negara


Malaysia mula mengambil alih tanggungjawab menjaga hal-ehwal luar negaranya sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebelum ini, segala urusan berkaitan dengan dasar luar negara ditentukan oleh penjajah Inggeris. Kemerdekaan memberi ruang dan peluang kepada negara untuk membuat keputusan berhubung dengan polisi hubungan luar negeri yang akan dibentuk. Ini kerana sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak dapat mengelak daripada mengadakan hubungan dengan negara lain.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 4

Kepentingan Dasar Luar Negara


Arus globalisasi tidak memungkinkan sesebuah negara menyisih diri (isolate) dengan negara lain. Selain daripada urusan perdagangan, sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat perlu membentuk dasar luar kerana ia melibatkan aspek pertahanan, agar terselamat daripada sebarang ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh anasir-anasir asing.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 5

Pendekatan Dasar Luar Malaysia


Dasar Luar boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui Dasar Luar, negara kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan geografi dalam hubungan antarabangsa. Dalam sistem perhubungan antarabangsa, pembentukan dasar luar juga perlu mengambil kira dasar luar atau sikap negara-negara lain. Dasar luar boleh berubah mengikut senario politik antarabangsa. Tetapi, apa yang penting ialah dasar luar perlu mengutamakan kepentingan negara dan juga keselamatan, kemakmuran penduduknya.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 6

Pendekatan Dasar Luar Malaysia...


Ringkasnya, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam membentuk dasar luar sesebuah negara: (i) Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana-mana negara dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. (ii) Dasar luar juga boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan seperti yang diamalkan oleh sesetengah negara yang mengambil pendirian menyisihkan negara itu daripada pergolakan yang berlaku di luar.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 7

Pendekatan Dasar Luar Malaysia...


(iii) Dasar Luar juga boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar yang mempunyai persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan dan ideologi yang diamalkan. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era Perang Dingin antara Rusia yang mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang mengamalkan faham demokrasi/kapitalis. Negara-negara yang menganuti ideologi komunis akan memihak kepada komunis dan sebaliknya, negara yang mengamalkan demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 8

PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA


Tanggungjawab menggubal dasar luar di mana-mana negara sekalipun terletak di tangan autoriti prerogatif (kuasa yang sah) yang paling tinggi di negara berkenaan. Kuasa ini biasanya disandang oleh cabang eksekutif di negara yang pimpinannya diterajui oleh Perdana Menteri. Di negara mana sekalipun, penggubalan dasar luar perlu mengambil kira beberapa faktor penting demi kepentingan, keperluan dan keselamatan negara berkenaan.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 9

PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA


Apa yang pasti, penggubalan dasar luar perlu mengambil kira sejarah negara itu, kedudukan geografi, sistem politik yang diamalkan, saiz negara, keadaan sosio-ekonomi, status negara tersebut, sama ada negara maju atau sedang membangun, faktor-faktor kepimpinan dan sebagainya. Bagi Malaysia, usaha serta langkah yang diambil harus berpandukan objektif akhir menjamin keselamatan dan kemakmuran negara serta menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 10

PENGGUBALAN DASAR LUAR NEGARA


Tanpa dasar luar yang mantap, Malaysia mungkin telah lama hanyut, hidup mengikut telunjuk kuasa-kuasa besar. Sehubungan itu, amat penting bagi penggubalan dasar luar negara mencerminkan keadaan serta keperluan dalaman negara.

Bab 5 : Dasar Luar Negara

noorazam abdulrahman

11

Objektif Dasar Luar Negara


Secara ringkas, objektif-objektif dasar luar negara antara lain adalah:
untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa; menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia; mempertahan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain; menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa; mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang; memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain; mempertahan pendirian serta kepentingan negara-negara membangun di peringkat antarabangsa.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 12

Objektif Dasar Luar Negara


Secara amnya, objektif-objektif dasar luar digubal dengan objektif agar rakyat hidup di dalam sebuah negara yang maju, aman serta makmur. Dunia masa kini tidak lagi membolehkan manamana negara wujud terasing dan bersendirian. Dunia globalisasi memaksa kita menerima hakikat bahawa kita merupakan sebahagian daripada rantau dan dunia yang luas. Kita sendiri sedar di mana sesuatu yang berlaku di negara di sebelah sana dunia berkemampuan mengganggu gugat kesejahteraan kita baik dari segi politik atau ekonomi.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 13

Objektif Dasar Luar Negara


Justeru itu, amat malang sekiranya kita membiarkan hala tuju negara ditetapkan oleh pihak asing. Kita harus berupaya menangani isu-isu yang timbul dan meminimakan pendedahan kepada ketidakstabilan dan ketidakpastian dunia. Di dalam hal ini, dasar luar negara yang pro-aktif dan bervisi adalah mustahak untuk menjamin kepentingan dan kedaulatan negara.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman

14

Evolusi Dasar Luar Negara


Selepas merdeka, dasar luar negara kita telah melalui proses evolusi yang dinamik yang mempamerkan keadaan dan keperluan semasa, juga corak pemerintahan Perdana Menteri pada masa itu. Di bawah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Kerajaan mengamalkan dasar luar yang pro-Barat, anti-komunis, antiIsrael, dan anti-apartheid. Tahun-tahun awal kemerdekaan juga melihatkan negara menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Five Power DefenceArrangements (FPDA) dan Komanwel. Malaysia juga merupakan salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 sebelum terbentuknya ASEAN pada tahun 1967.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 15

Evolusi Dasar Luar Negara...


Di bawah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, Malaysia mula memberi penekanan kepada dasar non-aligned dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970. Sikap berbaik-baik dengan semua negara diamalkan tanpa mengira kefahaman dan ideologi. Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China juga negara-negara Indochina di samping meningkatkan kerjasama ASEAN. Malaysia memberi penekanan kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan South East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ).
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 16

Evolusi Dasar Luar Negara...


Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga, pula memberi penekanan kepada urusan serantau. Di bawah Tun Hussein, Malaysia telah meneruskan kerjasama ASEAN dan ZOPFAN, dan hubungan dua hala di kalangan negaranegara rantau Asia Tenggara dipertingkatkan.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 17

Evolusi Dasar Luar Negara...


Selama 22 tahun di bawah pucuk pimpinan Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pula, Malaysia lebih berkeyakinan dan bersikap pragmatik. Kita mula mengambil kira faktorfaktor yang mempengaruhi iklim politik, keselamatan serta pembangunan sosial dan ekonomi yang memanfaatkan Malaysia. Kerjasama dalam konteks ASEAN, Kerjasama Selatan-Selatan (LID, SAID), NAM, Komanwel, OIC, D8 dan G15 dipertingkatkan dan Malaysia juga memainkan peranan yang lebih aktif dalam PBB.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 18

Evolusi Dasar Luar Negara...


Sebagai contoh, di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad, Malaysia telah dua kali mengambil tempat di Majlis Keselamatan (MK) PBB, iaitu pada tahun 1988-1989 dan 1999-2000. Tahun 1996 pula menyaksikan Tan Sri Razali Ismail, Wakil Tetap Malaysia ke PBB, dilantik sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-51 dan sekarang ini memainkan peranan sebagai Utusan Khas PBB ke Myanmar.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 19

Evolusi Dasar Luar Negara...


Secara amnya, Malaysia mula lebih percaya kepada kebolehannya dan berani menyatakan pendapat serta kedudukannya mengenai pelbagai isu semasa di arena antarabangsa. Bukan sahaja kepentingan negara kita sahaja yang diketengahkan, malah pendirian dan kepentingan negara-negara membangun dari Selatan dalam menangani isu-isu seperti demokrasi, hak asasi manusia dan alam sekitar juga diketengahkan.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 20

Evolusi Dasar Luar Negara...


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk merobak dasar yang telah terbukti keberkesanannya. Walau bagaimana pun, setiap pemimpin berhak menggubal dasar menurut keperluan dan kepentingan semasa. Dilihat dari perspektif kepentingan negara, jelas bahawa Malaysia telah dari merdeka lagi menyedari akan betapa pentingnya negara memainkan peranan yang pro-aktif di arena antarabangsa.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 21

Evolusi Dasar Luar Negara...


Malaysia kini tidak lagi segan atau khuatir untuk menyuarakan pemikirannya kepada dunia luar. Bahkan, kita menanam semangat dan bertekad untuk memaju serta mempertahankan kedudukan negara sebaik mana mungkin. Sebagai sebuah negara dagang, Malaysia amat bergantung kepada iklim ekonomi global yang stabil lebih-lebih lagi dalam kita mengharungi proses globalisasi yang serba mencabar ini. Keadaan tersebut mengharuskan Malaysia berusaha giat untuk menyediakan environment yang boleh merangsangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat di mana barangan kita bertaraf dunia dan setanding dengan apa yang ada di pasaran.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 22

KERJASAMA SERANTAU
ASEAN Latar Belakang ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan berikutan termaterinya Deklarasi Bangkok pada 8 ogos 1967 sebagai satu pertubuhan yang berdiri teguh melambangkan persepakatan jitu negaranegara serantau. Ia dihadiri oleh Lima Menteri Luar negara anggota terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina. Pada 7 Januari 1984, Brunei Darussalam telah menyertai ASEAN, dan diikuti Kemboja pada Mac 1999.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman

23

ASEAN
ASEAN ditubuhkan akibat kegagalan membina kekuatan perpaduan serantau dan antarabangsa melalui Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang ditubuhkan pada 31 Julai 1961 yang hanya dianggotai oleh Filipina dan Malaysia sahaja. Kegagalan MAPHILINDO yang ditubuhkan pada Ogos 1963 yang hanya dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia juga mendorong kepada penubuhan ASEAN. Melalui semangat setiakawan pertubuhan ini dimanfaatkan bagi menjauhi segala unsur-unsur negatif yang boleh memecahbelahkan kesepaduan ASEAN.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 24

ASEAN
Objektif ASEAN Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan dan; Memupuk dan memelihara keamanan dan kestabilan serantau berdasarkan keadilan dan undangundang berasaskan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 25

ASEAN
Program Kerjasama politik berkenaan sempadan. Penghapusan kegiatan penyeludupan dan ancaman komunis. Deklarasi Kuala Lumpur 27 November 1971. Persetujuan dimeterai bagi mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau di kenali sebagai ZOPFAN (Zone of Peace, Free and Neutrality).
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 26

Program ASEAN
Persidangan Ketua Negara-Negara ASEAN1976 di Bali, 1977 di Kuala Lumpur. Perjanjian Kerjasama. Perjanjian Persahabatan. Perjumpaan Antarabangsa bagi Penyalahgunaan dadah dan Pengedaran Heroin (ICDAIT). Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Orang Pelarian di Geneva. Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) atau Zon Ekonomi Khusus yang diadakan di Vienna pada 1987 tentang sempadan dengan laut sebagai hak untuk memajukan ekonomi seperti bahan galian dan perikanan di samping menentukan pertikaian politik dapat dihindarkan oleh negara serantau.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 27

Program ASEAN
Kerjasama Perindustrian. Usahasama Perindustrian ASEAN (AIJV). Skim Brand to Brand Complementation (BBC). Projek Perindustrian ASEAN. Pertumbuhan Segitiga Indonesia-MalaysiaThailand. Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur BruneiIndonesia-Malaysia- Filipina (BIMP-EAGA). Rundingan Ekonomi Asia Timur. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (EAEC).
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman

28

STRATEGI ASEAN
Strategi Kerjasama serantau. Berkongsi sempadan. Perundinagn dan rondaan bersama. Asia Tenggara sebagai kawasan bebas, aman dan berkecuali daripada campur tangan asing dan berbaik-baik dengan blok Barat dan Komunis. Mengadakan hubungan dengan Republik Rakyat China. Hubungan diplomatik dengan Vietnam.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman

29

STRATEGI ASEAN
Kerjasama industri, pertanian, perhutanan, pengangkutan, galian, tenaga, pelancongan, urusan bank dan kewangan. Masalah pelarian, pencerobohan dan dadah. Pembekalan dan pembelian komoditi asas. Bebas daripada Senjata Nuklear atau SEANFZ (Southeast Asia Nuclear Free Zone). Perundingan antara ASEAN dengan Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC), Amerika Syarikat dan Kanada.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 30

STRATEGI ASEAN
Pembanterasan dadah di Segitiga Emas di Utara Thai dan Vietnam. Berkongsi kepakaran dengan Australia, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Kesatuan Ekonomi Eropah. Peningkatan industri, infrastruktur, pelancongan, pertanian, telekomunikasi dan tenaga. Kerjasama di kalangan negara-negara Lembangan Mekong.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 31

MALAYSIA DAN PERTUBUHAN ANTARABANGSA


Pertubuhan Komanwel Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan British yang telah merdeka. Pertubuhan ini merupakan satu simbol jalinan rangkaian persahabatan secara berkesan antara bekas tanah jajahan Britain seperti Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom, India dan Sri Lanka.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 32

Pertubuhan Komanwel
Komanwel dianggotai oleh 49 buah negara termasuk Malaysia. Malaysia menjadikan Pertubuhan komanwel sabagai jambatan bagi menyertai aktiviti sosio-ekonomi dan politik. Malaysia memainkan peranan sebagai Sekreteriat Komanwel bagi merangka program kerjasama teknikal seperti Pengurusan Teknologi (CPTM), latihan pertanian, alam sekitar dan penderiaan jauh.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 33

Komanwel
Objektif Komanwel: Memberi kemudahan dan faedah kepada negara-negara anggota, dan; Mewujudkan hubungan diplomatik antara negara anggota dan bukan negara anggota.

Bab 5 : Dasar Luar Negara

noorazam abdulrahman

34

Program Komanwel
Program: Kerjasama perdagangan, penyelidikan, bantuan ekonomi dan sosial. Persidangan Speaker-Speaker Komanwel 1987. Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel 1989 di Kuala Lumpur. Rancangan Colombo. Rancangan Biasiswa dan Fellowship Komanwel. Tabung Komanwel. Kerjasama Teknik. Isu Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia.

Bab 5 : Dasar Luar Negara

noorazam abdulrahman

35

Strategi Komanwel
Strategi: Persidangan di kalangan Menteri-Menteri berbagai portfolio, ahli-ahli parlimen dan speaker parlimen. Rancangan Colombo dilaksanakan untuk:
Membekal pakar-pakar latihan dan penyelidikan. Menyediakan tempat latihan di universiti-universiti bagi yang memerlukan bantuan. Menyedia peralatan bagi penyelidikan dan bantuan. Pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal. Bantuan kesihatan, pertanian dan pemasaran. Penentangan terhadap apartheid Menjadikan Antartika sebagai agenda Pertubuhan Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 36 Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


Malaysia berusaha meneruskan peranan yang positif dalam pertubuhan antarabangsa menyedari perkongsian dan persepakatan dalam membina keamanan dan keharmonian hidup dengan negara-negara luar. Pertubuhan ini diwujudkan bagi melahirkan perpaduan yang mantap melalui pelbagai program perundingan dan perbincangan di antara negara-negara anggota.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 37

Objektif PBB:
Mewujud keamanan bersama negara anggota. Meningkat taraf kehidupan negara anggota. Menjaga dan meningkatkan mutu kesihatan penduduk di negara anggota, dan Membantu negara-negara mundur dari segi pemakanan dan pendidikan formal dan tak formal.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 38

Program PBB:
Majlis Perhimpunan Agung. Keselamatan bagi menentu dan memutus isuisu keselamatan melalui kuasa veto. Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkat taraf hidup. Bantuan Kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak. Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Bab 5 : Dasar Luar Negara

noorazam abdulrahman

39

Strategi PBB:
Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesai masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota. Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia. Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa. Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan Seduania (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-Orang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman

40

Strategi PBB:
Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk melindungi, memperolehi makanan, pakaian dan perubatan. Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara.

Bab 5 : Dasar Luar Negara

noorazam abdulrahman

41

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)


Pergerakan Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa. NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 42

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)...


Sejarah : Bermula dengan hanya 25 buah negara anggota, NAM kini dianggotai oleh sebanyak 114 buah negara membangun dari rantau-rantau Afrika, Asia, Amerika Latin dan Eropah, iaitu hampir 2/3 daripada jumlah negara-negara anggota PBB (iaitu 191 negara). Keanggotaan NAM akan bertambah kepada 116 buah negara dengan kemasukkan Timor Leste dan St. Vincent and the Grenadines ke dalam NAM pada Sidang Kemuncak Ke-XIII NAM. Malaysia diterima masuk sebagai anggota NAM pada bulan September 1969 dan telah buat pertama kali menyertai Sidang Kemuncak NAM Ke-3 di Lusaka, Zambia pada 8 10 September 1970.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 43

Sejarah NAM...
Mengikut amalan lazim, Sidang Kemuncak NAM diadakan sekali dalam masa tiga tahun. Semenjak penubuhannya 41 tahun yang lalu, NAM telah mengadakan sidang kemuncaknya sebanyak 12 kali. Sidang Kemuncak NAM terakhir telah diadakan di Durban, Afrika Selatan pada tahun 1998. Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonisme.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 44

Sejarah NAM...
Pada tahun 2004, jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia. Pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden. Malaysia kini adalah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah keangotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB).
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 45

Sejarah NAM...
Antara Penjawat sekretariat NAM adalah seperti berikut: Yugoslavia (1961-1963) Mesir (1964-1967) Indonesia ( 1968 Algeria (1973-1975) Sri Lanka (1976-1978) Brazil (1979-1982) India (1983-1985) Yugoslavia (1989-1992) Indonesia (1992-1995) Afrika Selatan (1998-2002) Malaysia (2003-2006)
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 46

Peranan Malaysia Dalam NAM


Malaysia sebagai pengerusi NAM berperanan untuk memberikan kepimpinan yang jitu bagi mewakili negara-negara anggotanya yang majoritinya adalah negara negara membangun untuk terus bersuara; dan mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah mengekalkan keamanan dunia, dengan mempromosikan keamanan melalui platform-platform politikal, melalui pendekatan diplomasi pelbagai hala (multilateralism), terutamanya; melalui badanbadan dunia seperti Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 47

Peranan Malaysia Dalam NAM


Di samping itu juga, Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isu-isu lain seperti ekonomi dan perdagangan, Kerjasama Selatan-Selatan, pembangunan dan pembasmian kemiskinan serta pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 48

Peranan Malaysia Dalam NAM


Ini dilakukan melalui tindakan susulan ke atas perkara-perkara yang telah digariskan di dalam Deklarasi Kuala Lumpur hasil daripada Sidang Kemuncak NAM ke-13 yang lalu. Ia melibatkan perkara-perkara yang bersifat struktur, organisasi dan metodologi serta isuisu kritikal yang harus ditunjangi oleh NAM. Tindakan-tindakan susulan telah dijalankan dengan kerjasama dan penyelarasan di Biro Koordinasi NAM atau NAM Coordination Bureau (NAM-CoB) di New York dan NAM Chapters di Vienna dan Geneva.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 49

Peranan Malaysia Dalam NAM


Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui inisiatifinisiatif serta usaha Penyuburan Semula NAM, yang telah digariskan secara terperinci di dalam Deklarasi Kuala Lumpur serta Dokumen Muktamad mengenai isu global, analisis situasi antarabangsa, ekonomi dan sosial, yang telah dikeluarkan pada Sidang Kemuncak NAM ke-13, di mana ianya dianggap sebagai penganjuran persidangan yang terbaik oleh negara-negara anggota NAM sendiri.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 50

Peranan Malaysia Dalam NAM


Di samping itu juga, Malaysia telah memainkan peranannya dengan baik dengan mengambil inisiatif tambahan kearah memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi NAM melalui ; i) Pelancaran "Portal e-Sekretariat NAM" pada Mac 2004 yang bertindak sebagai pengkalan data kepada kesemua isu berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta koordinasi, mempercepatkan proses membuat keputusan dan merapatkan jurang perbezaan digital serta perpaduan di antara negara anggota NAM.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 51

Peranan Malaysia Dalam NAM


ii) Penganjuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM Mengenai Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004, sebagai reaksi segera kepada pergolakan yang meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004 baru-baru ini.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 52

Peranan Malaysia Dalam NAM


iii) Cadangan untuk penganjuran Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai Kemajuan Wanita pada bulan Mei tahun hadapan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi meyumbang kearah pembangunan wanita negara-negara anggota NAM.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 53

Peranan Malaysia Dalam NAM


Mengenai isu Palestin-Israel pula, kita berpendapat penekanan kepada kuasa besar melalui platform politik sahaja adalah tidak memadai, tetapi sebaliknya tanggungjawab besar tersebut hendaklah diagihkan kepada media, badan-badan bukan kerajaan, badanbadan keamanan serta masyarakat awam di seluruh dunia bagi memberikan tekanan yang lebih padu kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 54

Peranan Malaysia Dalam NAM


Di dalam konteks ini, Malaysia akan mengambil inisiatif bagi meneruskan cadangan mengadakan Mesyuarat Khas Organisasi-Organisasi Serantau dan Badan-Badan Antarabangsa serta Mesyuarat Khas Antarabangsa BadanBadan Masyarakat Awam di seluruh dunia untuk memperlihatkan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin dan pemimpinnya.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 55

Pertubuhan Negara-Negara Islam


OIC pula ialah singkatan kepada "Organisation of Islamic Conference" atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam ditubuhkan pada bulan Mei 1971. Keputusan untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam atau OIC telah diambil dalam satu Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam di Jeddah pada bulan Mac 1970. Ianya ialah sebuah organisasi antara kerajaan yang kini dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia.
noorazam abdulrahman 56

Bab 5 : Dasar Luar Negara

0IC
OIC bertindak sebagai satu-satunya forum khusus untuk negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah khususnya mengenai konflik Israel-Palestin. Malaysia kini adalah Pengerusi kepada Sidang Kemuncak OIC Ke-10 sehingga bulan Oktober 2006.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 57

0IC
Objektif OIC Mengeratkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara anggota khususnya dalam bidang ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan. Memperkukuhkan kerjasama bagi memelihara kehormatan, kemerdekaan dan hak bangsa, Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang melibatkan negara-negara Islam, dan Menghapuskan sebarang penindasan dan penjajahan bagi mewujudkan keamanan sejagat.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 58

0IC
Program OIC Tabung Perpaduan Islam yang ditubuhkan selepas Persidangan Kemuncak Islam (1974). Memperkenalkan Pengajian Sejarah Tamadun Islam dan Bahasa Arab. Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia. Universiti Islam di Nigeria. Simposium atau seminar antarabangsa seperti Penerapan Syariah Islam (Islamabad 1979), Islam dan Dasar Social dalam Konteks Bentuk Baru Ekonomi Antarabangsa (Geneva 1980), Islam dan Jurusalem (Paris, 1981), Kongres Islam Sedunia (Colombo 1982). noorazam abdulrahman Bab 5 : Dasar Luar Negara 59

0IC
Strategi OIC: Pembiayaan pelajaran, kebajikan, penerbitan dan sukan. Pembiayaan pembinaan bangunan, membekal bahan bacaan dan alat pendidikan dan menubuhkan fellowship. Bantuan kepada negara Islam Afrika yang menderita termasuk Chad, Gambia, Guinea, Senegal, dan Upper Volta. Kerjasama menyediakan dan menghantar doktor dan petugas perubatan sukarela. Menumpukan lepada pembangunan kerohanian dan kebajikan khususnya belia Islam peringkat antarabangsa. Menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (IDB) dan menubuhkan IDB di Malaysia pada tahun 1995. Berpadu menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 60

Peranan Malaysia Dalam OIC


Malaysia sebagai salah satu negara pengasas OIC, sentiasa terlibat dengan aktif di dalam segala aktiviti OIC. Malaysia pada masa ini di anggap sebagai sebuah negara Islam membangun yang paling maju dan banyak negara-negara Islam lain yang ingin menjadikan Malaysia sebagai model di dalam melaksanakan program pembangunan masingmasing. Negara kita diberi kepercayaan untuk turut terlibat dalam beberapa Jawatankuasa/Kumpulan penting di dalam OIC seperti Kumpulan Bosnia dan Herzegovina, Kosovo, Palestin, Somalia dan Sierra Leone, di mana Malaysia adalah Pengerusinya. Kita juga dilantik sebagai Pengerusi dalam Kumpulan 13 negara OIC mengenai keganasan.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 61

Peranan Malaysia Dalam OIC


Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak Persidangan dan Mesyuarat yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa Menteri-Menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan [1-3 April 2002], Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone [13-14 Jun 2002], Mesyuarat susulan peringkat pegawai kanan mengenai Pelancongan [5-7 September 2003], Sidang Ke-27 Menteri-Menteri Luar OIC [27 Jun 2000], Sidang Kemuncak Ke-10 OIC [16-18 Oktober 2003], dan berbagai mesyuarat lain di peringkat Menteri dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 62

Peranan Malaysia Dalam OIC


Malaysia juga telah diberi kepercayaan untuk menubuhkan dan menerajui "The Eminent Persons Group" yang bertujuan antara lain; menyediakan pelan tindakan bagi membolehkan umat Islam menghadapi cabaran abad ke-21 dan juga menyediakan pelan komprehensif bagi mempromosi secara menyeluruh polisi dan program perpaduan Ummah terutamanya berkaitan dengan usaha mempromosikan kesederhanaan di dalam Islam. Selain daripada itu, Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar OIC Mengenai Timur Tengah pada bulan April 2004 untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq. Usaha Malaysia mengadakan Mesyuarat tersebut membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 63

Peranan Malaysia Dalam OIC


Hasilnya amat memberangsangkan di mana pihak Kuartet menerima baik cadangan OIC dan memberi jaminan untuk bekerjasama mencari penyelesaian kepada konflik IsraelPalestin. Amerika Syarikat, khususnya, telah memberi jaminan akan mengambil langkah yang berkesan bagi memastikan Pelan Damai dilaksanakan supaya usaha mencari jalan penyelesaian kepada konflik itu dicapai.

Bab 5 : Dasar Luar Negara

noorazam abdulrahman

64

Kerjasama Selatan-Selatan
Kerjasama Selatan-Selatan merupakan sebuah pertubuhan di kalangan anggota Pergerakan NegaraNegara Berkecuali atau Non Aligned Movement (NAM) bagi memperkukuhkan jalinan persahabatan antara anggota khususnya dalam aspek perlindungan perdagangan, perbankan dan kewangan, penetapan harga dan komoditi, industri, pertukaran maklumat, pelaburan dan kerjasama teknikal. Kerjasama merangkumi negara-negara dunia bahagian selatan amat perlu bagi negara dalam pertubuhan NAM untuk meletakkan pendiriannya yang tersendiri agar maju dan berdaya saing. Kerjasama Selatan-Selatan pertama kali ditimbulkan di Konferensi Asia-Afrika di Bandung pada tahun 1955.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 65

Kerjasama Selatan-Selatan...
Objektif Kerjasama Selatan-Selatan Mewujudkan kerjasama yang berkesan di kalangan negara Selatan bagi menghadapi sistem ekonomi kini, Menyusun semula ekonomi yang melibatkan semua negara di dunia, dan Menentukan bidang kuasa dan matlamat Suruhanjaya Selatan.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 66

Kerjasama Selatan-Selatan...
Program Dialog bagi membentuk satu Penyusunan Baru Ekonomi Antarabangsa. Tabung Suruhanjaya Kumpulan 15 (G-15) dan Malaysia sebagai perintis dalam Program Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan teknologi Selatan-Selatan. Mesyuarat Kumpulan Pakar.

Bab 5 : Dasar Luar Negara

noorazam abdulrahman

67

Kerjasama Selatan-Selatan...
Program Peraturan Pembayaran Dua Hala (BPA) bagi menggalakkan perdagangan di kalangan negara Selatan. Kerjasama Teknikal Malaysia di Carribean, Kampuchea, Laos, Myanmar, Vietnam, Argentina, Chile, Peru dan Venezuela, Kazakhstan, Kyrgystan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Albania, BosniaHerzegovinia, Crotia dan Mongolia. Lawatan sambil Belajar, penghantaran pakar, pelaksanaan projek pembangunan sosioekonomi dan pembekalan.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 68

KESIMPULAN
Pembentukan dasar luar Malaysia mengambil kira faktor keselamatan dalam negara dan politik antarabangsa. Pada zaman pentadbiran Tunku Abd Rahman, Tanah Melayu mengamalkan dasar pro-Barat. Pada zaman pentadbiran Tun Abd Razak dan Tun Hussein Onn, Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan memberi penekanan kepada urusan serantau. Di zaman pentadbiran Dr. Mahathir, Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan lebih bersifat pro-aktif.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 69

KESIMPULAN...
Malaysia memainkan peranannya yang aktif di peringkat serantau (seperti ASEAN), dan antarabangsa (seperti Pertubuhan Komanwel, PBB, NAM, OIC dan Kerjasama SelatanSelatan) dengan memperjuangkan isu-isu keadilan dunia sejagat dan bertindak sebagai juru cakap kepada negara sedang membangun. Kerjasama serantau dan antarabangsa adalah penting sebagai satu cara memanfaatkan sumber dengan lebih cekap dan berdaya saing melalui kerjasama antarabangsa.
Bab 5 : Dasar Luar Negara noorazam abdulrahman 70

Rujukan
Ceramah oleh Y.B. Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Luar Negeri Bertajuk Isu-Isu Dan Dasar Luar Negara, Sempena Program Bincang Malam Anjuran Biro Tindakan Sivil UMNO Malaysia Kuala Lumpur, 26 Ogos 2003. Nazaruddin Hj. Mohd Jali dll. 2004. Pengajian Malaysia : Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Petaling Jaya: Prentice Hall. Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan 1982. INTAN. Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. 1991. International Law Book Services. Chamil Wariya. 1989. Dasar Luar Era Mahathir. Shah Alam: Fajar Bakti. noorazam abdulrahman Bab 5 : Dasar Luar Negara 71

Anda mungkin juga menyukai