Anda di halaman 1dari 32

ISI KANDUNGAN

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Tajuk Isi kandungan Penghargaan Pendahuluan Hasil kajian Sejarah ibadah haji Manasiq haji Pelaksanaan haji Niabah dalam haji Markah

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Terlebih dahulu, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada guru Pendidikan Syariah Islamiah saya iaitu Ustaz Khairul Syafiq dan Ustazah Roslinawati yang telah memberikan banyak tunjuk ajar dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah meluangkan sedikit masa mereka untuk membantu saya dalam usaha untuk menyempurnakan tugasan ini secara langsung mahupun secara tidak langsung.Terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa saya yang sedia memberikan sedikit modal untuk menyiapkan tugasan ini serta memberi saya beberapa idea bernas untuk melengkapkan dan mengemaskan lagi tugasan ini. Akhir sekali, terima kasih juga kepada ibu bapa, guru-guru, dan rakan-rakan kerana telah memotivasikan saya dengan kata-kata semangat yang berguna kepada saya ketika saya hampir berputus asa dalam menjayakan tugasan ini. Sekian, terima kasih

PENDAHULUAN
Saya Ahmad Syauqi Bin Rahim, pelajar tingkatan 4 KAA di Sekolah Menenggah Tun Abdul Razak, Selekoh telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan cemerlang. Guru Pendidikan Syariah Islamiah saya iaitu Ustaz Khairul Syafiq dan Ustazah Roslinawati yang telah memberi saya beberapa tajuk berdasarkan buku teks. Beliau juga telah memberikan beberapa tajuk yang sama kepada semua pelajar kelas 4 KAA iaitu tajuk mengenai ibadah haji.Hal ini demikian supaya kami dapat bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat mengenai tajuk yang kami kaji.Selain itu, dapat mengelakkan sifat berpuak-puak seperti masyarakat Jahiliah dahulu. Tujuansaya melakukan tugasan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang ibadah haji serta latar belakang ibadah haji ini.Bak kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta. Saya diberi tempoh masa selama empat minggu iaitu sebulan untuk menyempurnakan tugasan ini.Alhamdulillah syukur saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih

PENGENALAN
Kaabah merupakan binaan yang pertama didirikan di dunia untuk umat manusia beribadat kepada Allah.Kaabah atau dikenali sebagai Baitullah telah didirikan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s.

SEJARAH PEMBINAAN KAABAH PADA ZAMAN NABI IBRAHIM


Sejarah pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s telah diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran:

(surah Al-Imran 3:96) Doa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s:

(surah Al-Baqarah 2:127-129)

KEDUDUKAN KAABAH SEBAGAI KIBLAT UMAT ISLAM

Setelah Kaabah selesai dibina, ia berfungsi sebagai tanda keagungan dan kekuasaan Allah. Bukti tersebut dapat dilihat melalui ibadat yang dilakukan oleh manusia sejak zaman Nabi Ibrahim sehingga sekarang.Ratusan ribu malah jutaan manusia berlumba-lumba untuk sampai ke Baitullah menunaikan ibadat haji dari seluruh pelosok dunia. Kaabah akhirnya menjadi kiblat umat manusia selepas Baitul Maqdis dan ia merupakan tempat kesatuan umat Islam. Setiap orang Islam yang menunaikan solat akan menghadap ke arah yang satu walau di mana mereka berada.

TARIKH DIFARDHUKAN IBADAT HAJI


Terdapat beberapa pandangan ulama tentang tarikh sebenar ibadat haji yang difardhukan. Antaranya: Ada pendapat yang mengatakan pada tahun kelima, keenam, kelapan dan kesembilan hijrah. Menurut Doktor Wahbah Azzuhaili dan Doktor Yusuf AlQaradhawi, mereka mentarjihkan tarikh difardhukan haji pada tahun kesembilan hijrah. Pendapat ini berdasarkan ayat tentang kewajipan menunaikan haji yang diturunkan pada tahun kesembilan hijrah.

PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH


Pengertian Haji Dari segi bahasa ialah mengunjungi tempat yang mulia. Dari segi syarak pula ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada waktu tertentu berdasarkan syarat tertentu. Pengertian Umrah Umrah dari segi bahasa ziarah.. Umrah dari segi syarak pula ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah untuk melakukan ibadah tertentu pada bila-bila masa.

HUKUM IBADAH HAJI DAN UMRAH


Menunaikan ibadah haji dan umrah adalah fardhu ain.Kewajipan haji dan umrah hanya sekali sahaja seumur hidup. Antara dalil wajib haji dan umrah ialah firman Allah:

(surah Al-Baqarah 2:196)

(surah Al-Imran 3:97)

PERBEZAAN ANTARA HAJI DAN UMRAH


Haji ditunaikan dalam bulan haji sahaja manakala umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Dalam rukun haji ada wuquf di Arafah manakala umrah tiada wuquf.

KEISTIMEWAAN DAN KESAN IBADAH HAJI DAN UMRAH


Individu Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Bermunasabah diri dengan menziarahi tempat-tempat bersejarah. Melatih diri berdisiplin. Membersihkan diri dari dosa dan sifat-sifat mazmumah.

Umat Islam Berkenalan dan mengenali bangsa lain. Bermuzakarah dan berbincang menyelesaikan masalah umat Islam. Melahirkan persamaan dan penyatuan yang melambangkan kekuatan. Perhimpunan tahunan bagi umat Islam. Ekonomi Berpeluang berniaga barang-barang dagangan. Berbincang dan mencari jalan meningkatkan taraf ekonomi, politik, teknologi dalam pelbagai bidang.

SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH


Haji dan umrah diwajibkan sekali seumur hidup ke atas seseorang yang mencukupi syarat-syarat berikut: Islam- tidak diwajibkan ke atas orang-orang kafir atau orang-orang murtad. Jika mereka mengerjakannya, ia tidak sah. Baligh- tidak diwajibkan ke atas kanak-kanak. Jika dia mengerjakannya, ia adalah sah tetapi tidak menggugurkan kewajipan haji dan umrah keatasnya. Berakal- tidak diwajibkan ke atas orang gila dan jika dia melakukannya ia tidak sah. Merdeka- tidak diwajibkan ke atas hamba abdi, tetapi jika dia melakukannya,ia adalah sah. Berkemampuan- kemampuan mengerjakan haji dan umrah. Berkemampuan mengerjakan haji terbahagi kepada dua iaitu berkemampuan dengan diri sendiri dan berkemampuan dengan pertolongan orang lain. Syarat berkemampuan kepada diri sendiri adalah seperti berikut:Syarat kemampuan untuk lelaki dan perempuan o Mempunyai tambang pergi dan balik. o Mempunyai bekalan atau perbelanjaan untuk dirinya dan orangorang di bawah tanggungannya. o Mempunyai kenderaan pergi dan balik. o Aman dalam perjalanan pergi dan balik seperti tiada rompakan dan penyakit berjangkit. o Sihat tubuh badan. o Berkesempatan untuk mengerjakan haji dan umrah. Syarat tambahan untuk perempuan o Mendapat keizinaan suami atau wali. o Ditemani oleh suami atau mahramnya atau sekurang-kurangnya dua orang perempuan yang dipercayai.

RUKUN HAJI DAN UMRAH

Rukun Haji Niat ihram haji Wukuf di Arafah Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib pada kebanyakan rukun

Rukun Umrah Niat ihram umrah Tawaf Saie Bercukur atau bergunting Tertib pada kebanyakan rukun

NIAT IHRAM HAJI DAN UMRAH


Niat ihram ialah berniat menunaikan haji atau umrah secara berasingan atau kedua-duanya sekali. Lafaz niat bagi haji yang dilaksanakan secara berasingan dari umrah ialah: Lafaz niat bagi umrah yang dilaksanakan secara berasingan dari haji ialah:

Lafaz niat bagi haji dan umrah yang dilaksanakan secara bersama ialah:

Sebelum berniat, disunatkan melakukan beberapa perkara. Antaranya: Mengerat kuku Mencabut atau menanggalkan bulu dan rambut Mandi sunat ihram Memakai minyak rambut dan bau-bauan Memakai pakaian ihram berwarna putih Sembahyang sunat ihram

WUKUF
Wuquf ialah berada di Arafah walaupun seketika.Ia bermula dari gelincir matahari pada hari kesembilan Zulhijjah hingga terbit fajar hari kesepuluh Zulhijjah. Sebaik-baiknya, seseorang itu berada di Arafah pada sebahagian hari kesembilan hingga malam kesepuluh Zulhijjah. Ketika wuquf di Arafah, seseorang itu disunatkan melakukan perkaraperkara berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Menyucikan diri daripada najis dan hadas Sentiasa menghadap ke arah kiblat Memperbanyakkan membaca Al-Quran Memperbanyakkan solat sunat Bertalbih, beristighfar, bertakbir dan berzikir Berdoa terutama ketika matahari hampir terbenam

HIKMAH WUQUF DI ARAFAH


1. Arafah: Tempat pertemuan semula Nabi Adam dengan Hawa setelah mereka diperintahkan keluar dari syurga. 2. Kesan peristiwa: Para jemaah haji dikehendaki memakai pakaian yang sama dan memohon keampunan serta rahmat daripada Allah. 3. Wukuf dapat mengingatkan kita kepada perhimpunan manusia di Padang Mahsyar ketika menunggu pengadilan daripada Allah pada hari akhirat nanti.

TAWAF
Tawaf ialah mengelilingi Baitullah Al-Haram sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat tertentu dan dengan tujuan beribadah kepada Allah. Tawaf boleh dilakukan pada bila-bila masa setelah mengerjakan wuquf, sama ada sebelum atau selepas bergunting atau bercukur.

JENIS, SYARAT DAN SUNAT TAWAF


Jenis-jenis tawaf Tawaf Ifadah: Tawaf rukun bagi ibadah haji dan umrah Tawaf Qudum: Tawaf selamat datang yang dilakukan oleh orang yang baru sampai di Mekah. Tawaf Sunat: Tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai Tawaf Widaa: Tawaf selamat tinggal yang wajib dilakukan apabila seseorang hendak meninggalkan Mekah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullahilharam. Syarat-syarat tawaf 1. Suci daripada hadas dan najis sama ada pada badan, pakaian atau tempat tawaf. 2. Menutup aurat. 3. Dimulakan tawaf dari sudut Hajarul Aswad. 4. Berniat jika ia adalah Tawaf Qudum, Sunat atau Wadaa. Tetapi jika ia Tawaf Ifadah (rukun) niat tidak diperlukan.. 5. Menjadikan Kaabah di sebelah kiri sepanjang masa bertawaf. 6. Berjalan hanya dengan tujuan tawaf. 7. Cukup tujuh kali pusingan dengan yakin. 8. Melakukan tawaf di dalam masjid tetapi di luar Kaabah,, Hijr Ismail dan Syazarwan.

Sunat Tawaf 1. Bertawaf dalam keadaan berjalan kaki bagi orang yang mampu melakukannya. 2. Istilam ialah menyentuh Hajarul Aswad serta mengucupnya. Sunat diisyaratkan dengan tangan serta dikucup tapak tangannya jika tidak dapat melakukannya. Tetapi tidak disunatkan bagi kaum wanita, cukup sekadar isyarat sahaja. 3. Berzikir dan berdoa. 4. Tawaf dengan khusyuk dan tawaduk. 5. Sembahyang sunat 2 rakaat setelah selesai tawaf di belakang makam Ibrahim atau setentang dengan Hajarul Aswad. 6. Beridtiba iaitu menjadikan tengah kanan selendang di bawah ketiak kanan dan kedua-duanya hujungnya di atas bahu kiri dan bahu kanan dibiaarkaan terbuka bagi lelaki. Hikmah Tawaf Antara hikmah tawaf ialah: i. ii. iii. Menimbulkan rasa hormat kepada Baitullah yang merupakan tempat yang paling mulia. Menjadi lambang kesatuaan umat Islam kerana ia dilakukan bersama dan dalam satu arah pusingan. Menyamai perbuatan para malaikat yang mengelilingi Arasy Allah, sambil bertasbih dan memuji Allah.

SAIE
Saie ialah berjalan berulang alik dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Syarat saie ialah: a) Dilakukan selepas tawaf ifadhah atau tawaf qudum. b) Bermula di Safa dan berakhir di Marwah. c) Hendaklah sampai ke penghujung tempat di Safa da Marwah. Sunat saie ialah: a) Keluar ke tempat saie melalui pintu safa. b) Berjalan kaki bagi yang mampu. c) Berada dalam keadaan berwuduk dan berdoa. Hikmah saie: a) b) c) d) e) Kesabaran Kegigihan Tidak berputus asa Pengorbanan Kasih ibu terhadap anaknya

BERCUKUR ATAU BERGUNTING


Waktu bercukur atau bergunting rambut ialah selepas melontar di Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah atau selepas melakukan tawaf ifadhah.Selepas bercukur atau bergunting, Jemaah haji bolehlah bertahallul.

TAHALLUL
Tahallul ialah bebas daripada pantang larang semasa dalam ihram.Ia terbahagi kepada: Tahallul awal iaitu apabila selesai melakukan dua daripada tiga perkara berikut. a) Melontar di Jamrah Al-Aqabah b) Tawaf rukun dan saie jika belum dibuat c) Bercukur atau bergunting Apabila selesai melakukan tahallul awal jemaah haji terlepaslah daripada pantang larang ihram kecuali tiga perkara berikut: a) Berkahwin, mengahwinkan orang lain atau menerima wakil kahwin b) Melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan c) Bersetubuh Tahallul sani ialah apabila selesai melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, jemaah haji harus melakukan segala pantang larang ihram. Sunat bercukur atau bergunting: a) Melalukan mata pencukur bagi orang yang tidak berambut b) Memulakan cukur dari baahagian kanan c) Menghadap ke arah kiblat Hikmah bercukur atau bergunting: a) Menghapuskan segala sifat tercela yang terdapat pada diri seseorang b) Menjadi symbol penyuvian segala dosa zahir dan batin

TERTIB
Rukun-rukun haji dan umrah hendaklah dilakukan dengan tertib.

WAJIB HAJI DAN UMRAH


Wajib haji dan umrah ialah perkara yang wajib dilakukan ketika melaksanakan kedua-dua ibadah tersebut. Wajib haji Niat ihram di Miqat Bermalam di Muzdalifah Melontar di Jamrah Al-Aqabah Melontar ketiga-tiga jamrah pada hari tasyrik Bermalam di Mina Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa silam Niat ihram di Miqat Miqat ialah tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat haji atau umrah.Ia terbahagi kepada: Miqat Zamani ialah ketentuan masa untuk seseorang berniat ihram Miqat Zamani bagi haji bermula pada 1 syawal hingga 10 Zulhijjah. Miqat Zamani bagi umrah ialah pada bila bila masa sepanjang tahun. Miqat Makani ialah ketentuan tempat untuk seseorang berniat ihram. Wajib umrah Niat umrah di Miqat Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa ihram

Hikmah penetapan Miqat Untuk menjaga kemuliaan Baitullah. Ia mempunyai sempadansempadan yang tidak boleh dilawati oleh orang-orang yang hendak menunaikan haji dan umrah melainkan dia telah berniat ihram. Untuk memberi kemudahan kepada jemaah haji yang datang dari pelbagai tempat arah. Untuk mengajar umat Islam supaya berdisiplin dan membuat perancangan dalam semua tindakan mereka.

Bermalam di Muzdalifah Bermalam di Muzdalifah ialah berada di Muzdalifah walaupun sekejap selepas separuh malam kesepuluh Zulhijjah (malam hari raya haji). Amalan sunat yang biasa dilakukan ialah: Disunatkan berjalan dengan tenang tanpa tergesa-gesa Memungut anak-anak batu untuk dilontar di Jamrah. Bersolat maghrib dan isyak pada waktu isyak dengan satu azan dan dua iqamat. Membanyakkan doa terutama di Mashari Al-Haram.

Melontar di Jamrah Al-Aqabah Melontar Jamrah Al-Aqabah ialah selepas separuh malam kesepuluh Zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.Waktu yang afdhal melontar ialah pada waktu dhuha hari kesepuluh Zulhijjah.Batu yang hendak dilontar ialah sebesar hujung jari kelingking. Orang yang hendak melontar disunatkan berada dalam keadaan Kaabah di sebelah kirinya dan Mina di sebelah kanannya.

Bermalam di Mina Jemaah haji wajib bermalam di Mina pada hari-hari tasyrik.Syarat bermalam di Mina ialah berada di situ lebih daripada separuh malam. Walaubagaimanapun, bagi orang yang ingin meninggalkan Mina segera, dia boleh bertolak pada 12 Zulhijjah, selepas berada di sana pada malam 11 dan 12 Zulhijjah. Cara ini dinamakan Nafar Awal.Tetapi orang yang melakukan nafar awal diwajibkan membayar dam. Syarat-syarat nafar awal: Meninggalkan Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari 12 Zulhijjah. Menyempurnakan ketiga-tiga lontaran jamrah pada 11 dan 12 Zulhijjah. Berazam tidak akan kembali lagi ke Mina lagi. Telah bermalam di Mina selama dua malam.

Melontar ketiga-tiga jamrah Ketiga-tiga jamrah tersebut ialah Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah Al-Aqabah. Waktu melontar adalah seperti berikut: Hari ke-11 dan ke-12 Zulhijjah mulai gelincir matahari hingga terbit fajar hari berikutnya. Hari ke-13 Zulhijjah mulai daripada gelincir matahari hingga terbenam matahari. Bagi orang yang tidak sempat melontar pada 11 dan 12 Zulhijjah, hendaklah melontar pada 13 Zulhijjah sebelum terbenam matahari.

Syarat-syarat sah melontar Melontar 7 kali pada tiap-tiap Jamrah. Lontaran tidak diniatkan untuk tujuan-tujuan lain. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya. Batu yang dilontar hendaklah jatuh ke dalam Jamrah dengan yakin. Melontar dengan tangan bagi yang mampu. Melontar dengan tertib. Tidak boleh melontar untuk orang lain melainkan setelah dia selesai melontar ketiga-tiga Jamrah untuk dirinya.

Sunat-sunat melontar pada hari tasyrik Menghadap kiblat Bertakbir dan berdoa sebelum dam selapas setiap membuat lontaran. Berada lebih kurang 5 hasta dari Jamrah. Muwalah antara tujuan lontaran.

Hikmah larangan semasa ihram Untuk membuang sifat sombong dan angkuh. Untuk melatih diri supaya bersabar. Untuk menimbulkan rasa kasih sayang dan belas kasihan. Untuk membolehkan para jemaah haji menumpukan kepada ibadah dengan penuh ikhlas dan tawaduk

Larangan semasa ihram Lelaki dan perempuan Memakai wangi-wangian sama ada pada tubuh, pakaian, makanan dan sebagainya. Mengerat atau membuang kuku. Memakai sarung tangan. Memakai minyak pada rambut atau janggut. Menanggal atau mencabut rambut atau bulu pada anggota badan. Melakukan pendahuluan persetubuhan seperti bercium, berkucupkucupan atau berpeluk-pelukan sehingga boleh menaikkan syahwat. Melakukan persetubuhan antara suami dan isteri. Lelaki sahaja: Menutup kepala atau sebahagian daripadanya seperti memakai songkok dan serban. Memakai pakaian yang bersarungsama ada berjahit atau sebagainya seperti seluar dan baju kemeja. Perempuan sahaja: Menutup muka walaupun sebahagian daripadanya.

CARA-CARA MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH


Para ulama bersependapat bahawa cara mengerjakan haji dan umrah ada tiga: 1. Haji Ifrad:Iaitu mengerjakan ibadah haji dan umrah secara berasingan di mana umrahbukan dilakukan dalam bulan haji.Setelah selesai melakukan haji barulah dilakukan umrah atau umrah dilakukan sebelum menjelang bulan haji. Inilah cara yang paling afdhal menurut mazhab Syafie dengan syarat umrah ditunaikan dalam tahun yang sama. 2. Haji Tamattu:Iaitu mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji. Kemudian dikerjakan haji dalam tahun yang sama. Seseorang itu dikehendaki berniat ihram umrah sahaja serta menunaikan semua rukun dan wajib umrah.Apabila tiba musim haji, dia hendaklah berniat ihram haji pula.Cara ini dikenakan dam. 3. Haji Qiran:Iaitu mengerjakan haji dan umrah dalam bulan-bulan haji secara serentak.Cara seperti ini juga diwajibkan dam. Terdapat dua cara mengerjakan haji qiran ini, iaitu: 1) Mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji secara serentak. 2) Mengerjakan umrah terlebih dahulu tetapi sebelum bertawaf dia berniat mengerjakan haji serta umrahnya secara serentak.

DAM
Dam ialah denda yang wajib dilaksanakan oleh orang yang menunaikan haji atau umrah jika dia melakukan salah satu daripada perkara berikut: 1) Meninggalkan salah satu atau lebih daripada wajib haji dan umrah. 2) Melakukan salah satu atau lebih perkara-perkara yang dilarang semasa berihram. 3) Menunaikan haji secara tamattu atau qiran. Jenis-jenis dam Dam tertib dan takdir Tertib bermaksud ia wajib dilakukan mengikut urutan. Takdir pula ialah gantiannya telah ditetapkan oleh syarak tanpa berlebih kurang..dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut: Melakukan haji secar tamattu Melakukan haji secara qiran Tidak berwukuf di Arafah Tidak melontar di Jamrah Tidak bermalam di Muzdalifah Tidak berihram di Miqat Tidak melakukan tawaf wida Melanggar nazar semasa mengerjakan haji Bentuk-bentuk dam tertib dan takdir ialah: 1) Menyembelih seekor kambing atau kibasy atau satu per tujuh bahagian daripada unta, lembu atau kerbau 2) Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sepuluh hari iaitu 3 hari semasa haji dan tujuh hari apabila dia kembali ke tempatnya 3) Jika tidak mampu,dia hendaklah memberi makan faqir miskin sebanyak sepuluh cupak makanan asasi.

DAM TERTIB DAN TAKDIL


Takdil bermaksud syarak memerintahkan supaya menilai dan berpindah kepada gentian berdasarkan nilaian tersebut. Dam ini dikenakan jika Jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut: 1) Persetubuhan yang dilakukan sebelum tahallul awal atau sebelum selesai menyempurnakan ibadah umrah. Damnya ialah: Menyembelih seekor unta yang boleh dibuat korban. Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih seekor lembu. Jika tidak mampu, dia hendaklah menyembelih 7 ekor kambing. Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada faqir miskin di tanah haram. 2) Dia tertahan atau terkepung dalam perjalanan oleh musuh atau perkara-perkara lain yang menghalangnya daripada memasuki Makkah. Dia hendaklah bertahallul dengan bercukur atau bergunting. Sebelum itu, dia hendaklah melaksanakan damnya dahulu, iaitu: Menyembelih seekor kambing atau kibasy. Jika tidak mampu, dia hendaklah membahagikan makanan kepada faqir miskin yang nilainya sama dengan seekor kambing. Jika tidak mampu, dia hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak menyamai nilai seekor kambing.

DAM TAHYIR DAN TAKDIL


Tahyir bermaksud boleh dipilih untuk melakukan mana-mana perkara yang ditetapkan. Dam ini dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada berikut: 1) Berburu binatang buruan 2) Menebang, mengerat atau mencabut pokok di kawasan tanah haram. Dam yang dikenakan untuk kesalahan ini boleh dipilih salah satu daripada berikut: a) Menyembelih binatang yang standing dengan binatang buruannya. b) Memberi makanan kepada faqir miskin yang sama nilainya dengan harga binatang bandingan tersebut. c) Berpuasa sebanyak bilangan cupak yang menyamai nilainya binatang bandingan tersebut.

DAM AHYIR DAN TAKDIR


Dikenakan jika jemaah haji melakukan salah satu daripada perkara berikut: 1) Menanggal atau mencabut tiga helai rambut atau bulu dari manamana anggota badan walaupun secara tidak sengaja. 2) Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram. 3) Mengerat, menanggal atau membinasakan kuku pada tiga batang jari. 4) Memakai wangi-wangian. 5) Memakai minyak di rambut, janggut atau semua bulu muka selain yang tumbuh di pipi dan dahi. 6) Melakukan perkara permulaan persetubuhan. 7) Melakukan persetubuhan. Dam yang dikenakan untuk kesalahan ini boleh dipilih salah satu daripada berikut: Menyembelih seekor kambing atau kibasy Bersedekah kepada enam orang faqir miskin sebanyak 2 cupak setiap orang. Berpuasa selama tiga hari.
Hikmah dam Melatih jemaah haji supaya berhati-hati semasa beribadah. Memberi dorongan kepada jemaah haji supaya bersungguh-sungguh dan menumpukan perhatian semasa beribadah. Menimbulkan minat untuk berkorban dan membantu faqir miskin.

MENZIARAHI MADINAH
Menziarahi Madinah adalah antara sunat haji yang utama kerana di dalamnya terdapat Masjid Naabawi serta makam Rasullullah s.a.w, kaum keluarga dan para sahabat baginda.Menunaikan solat dalam Masjid Nabawi mempunyai banyak kelebihan. Antara tempat lain yang digalakkan untuk diziarahi ialah: Masjid Quba yang merupakan masjid pertama yang dibina di Madinah. Masjid Kiblataini iaitu masjid yang berlaku peristiwa peraliha kiblat dari Baitul Maqdis ke Baitullah. Ilbaqi iaitu makam para sahabat terkemuka serta para syuhada badar dan uhud. Badar iaitu tempat berlakunya peperangan pertama dalam Islam. Uhud iaitu tempat berlaku perang Uhud.

HAJI MABRUR
Haji mabbrur ialah haji yang tidak bercampur dengan kejahatan dan diterima oleh Allah.Antara tanda seseorang itu memperolehi haji yang mabrur ialah apabila dia menunaikan haji, keadaannya berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Antara ciri haji mabrur ialah: Tidak melakukan perkara maksiat dan perkara tercela semasa melakukan haji. Melakukan haji dan umrah dengan penuh keikhlasan tanpa sebarang perasaan riak. Memastikan perbelanjaan yang digunakan adalah berasal dari sumber yang halal. Mengerjakan segala amalan haji dan umrah dengan sempurna

Menjaga adab-adab mengerjakan haji dan umrah.

PENGERTIAN NIABAH DALAM HAJI


Niabah dalam haji bermaksud seseorang itu tidak mengerjakan haji dengan sendiri tetapi haji dikerjakan oleh orang lain sama ada dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Hokum niabah dalam haji Para ulama mazhab Syafie mengharuskan niabah dalam dua keadaan: 1) Untuk orang yang tidak mampu melakukan haji dengan sendiri sama ada kerana terlalu tua atau sakit berat yang tiada harapan untuk sembuh. Dalam keadaan ini, dia hendaklah mendapatkan orang lain melakukan haji untuknya sama ada sukarela ataupun dengan bayaran upah asalkan ia berpatutan. 2) Untuk orang yang telah mati sebelum sempat menunaikan haji sedangkan ia berkemampuan Para ulama mazhab Hanafi mengharuskan niabah haji sama ada untuk orang yang sudah mati atau untuk orang yang masih hidup jika dia tidak mampu melakukannya sendiri. Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Maliki niabah haji adalah makhruh untuk orang yang sudah mati dan tidak sah untuk orang yang masih hidup. Hokum upah niabah haji Para ulama Mutaqaddimun maazhab Hanafi tidak mengharuskan amalan mengupah haji dan amalan-amalan lain yang berkaitan dengan ibadah seperti azan, mengajar Al-Quran, dan sebagainya.Namun begitu, para ulama Mutaakhirun mazhab Hanafi serta para ulama maazhabmazhab lain termasuk mazhab Syafie mengharuskannya.

Syarat-syarat niabah haji Syarat-syarat niabah haji adalah seperti berikut: Naib haji iaitu wakil atau orang yang mengambil upah haaji mestilah sudah menunaikan haji untuk dirinya dengan sempurna. Naib haji hendaklah meniatkan haji untuk orang yang diwakili atau orang yang mengupahnya. Naib haji hendaaklah melakukan ibadah haji untuk seoarng sahaja pada satu musim. Naib haji berihram pada miqat orang yang dihajikan untuknya atau pada tempat yang sama jauh dengan miqat tersebut. Naib haji mestilah orang yang cukup keahlian untuk melakukan amaalan-amalan haaji dan umrah dengan sempurna. Naib haji mestilah mendapat keizinan daripada orang yang dihajikan untuknya jika dia masih hidup. Jika naib haji menunaikan haji secara upah, orang yang ditunaikan haji tersebut mestilah belum menunaikannya lagi kecuali jika dia mewasiatkannya atau para pewarisnya mengizinkannya. Segala perbelanjaan niabah haji hendaklah mencukupi. Hikmah niabah dalam haji Terdapat beberapa hikmah niabah dalam haji, antaranya: Memberipeluang kepada seseorang untuk melaksanakan kewajipan ibadah haji walaupun dia tidak dapat melakukannya sendiri. Memberi peluang terutamanya kepada para pewaris seseorang itu untuk berbakti walaupun setelah dia meninggal dunia.

SEJARAH PENUBUHAN LEMBAGA TABUNG HAJI


Pada November 1962, perbadanan wang simpanan bakal-bakaal haji telah ditubuhkan.Ia mula beroperasi pada 30 September 1963. Badan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja yang mulia Profesor Ungku Aziz pada tahun 1959. Pada tahun 1969, hasil gabungan badan ini dengan pejabat urusan hal ehwal haji di Pulau Pinang, laahirlah lembaga urusan dan tabung haji.Pada tahun 1997, namanya ditukar kepada lembaga tabung haaji.

KEPERLUAN KEPADA PENGURUSAN HAL EHWAL HAJI DI MALAYSIA


Antara keperluan pengurusan haji di Malaysia ialah: 1) Membantu umat Islam menjana kewangan mereka secara halal dan sistematik. 2) Meringan kan beban pengurusan haji.. 3) Memudahkan kesenangan jemaah haji mendapatkan perkhidmatan semasa menunaikan haji. 4) Menjamin keselamatan para jemaah haji. 5) Mengelakkan jemaah haji ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Peranan Tabung Haji Menyediakan perkhidmatan tabungan serta menjana keagungan pendeposit secara halal. Mengurus dan memberi perkhidmatan kepada jemaah haji semasa menunaikan haji. Memberi kursus dan latihan kepada bakal-bakal haji. Menyediakan pengangkutan. Menyediakan penginapan dan makan minum semasa beradaa di tanah suci. Membekalkan peralatan asas pelaksanaan haji seperti beg, buku panduan dan sebagainya. Menyediakan passport dan visa haji. Kelebihan menunaikan haji melalui lembaga tabung haji Antara kelebihan menunaikan hai melalui lembaga tabung haji ialah: Dapat melaksanakan haji menerusi pelan kewangan yang lebih terancang Memperoleh perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti Memperoleh layanan yang lebih mesra dan selesa. Mendapat bimbingan daripada pakar rujuk serta kaunselor yang berpengalaman.

Badan-badan lain yang terlibat dalam pengurusan jemaah haji 1) Jabatan Hal Ehwal Negeri-negeri Peranan: mengadakan ceramah khas untuk bakal-bakal haji. 2) Kementerian Penerangan serta stesen-stesen televisyen dan radio awam serta swasta Peranan: mengadakan program-program di televisyen dan di radio berkaitan dengan pelaksanaan haji. 3) Kementerian Pengangkutan, Jabatan penerbangan awam dan swasta serta sistem penerbangan Malaysia Peranan: menyediakan perkhidmatan pergi dan balik 4) Kedutaan Malaysia di Arab Saudi Peranan: mengeluarkan visa perjalanan kepada jemaah haji 5) Kedutaan Arab Saudi di Malaysia Peranan: memberi kemudahan tempat penginapan kepada jemaah haji 6) Kementerian Pendidikan Malaysia Peranan: memberi pendedahan awal kepada umat Islam tentang pelaksanaan haji dan umrah. Pengurusan haji yang baik meningkatkan kemampuan rakyat Antara perkara yang sering menghalang seseorang mengerjakan haji ialah kurangnya kemampuan material untuk membiayai kos pelaksanaan haji. Namun begitu, perkara ini telah dapat ditangani dengan baik dan lebih awal oleh lembaga tabung haji melalui perkhidmatan seperti: i. ii. Menyediakan perkhidmatan kepada bakal haji untuk menyimpan wang secara beransur-ansur dan sistematik. Memberi peluang kepada para penyimpan untuk menjana wang mereka secara halal serta memperoleh keuntungan yang maksima. Menyediakan perkhidmatan pengurusan haji secara berpatutan.

iii.

Semua perkhidmatan ini dapat meringankan beban umat Islam serta dapat meningkatkan kemampuan mereka untuk menunaikan haji mengikut pelan yang lebih terancang.

Sumbangan Lembaga Tabung Haji kepada Perkembangan Ekonomi umat Islam di Malaysia Antara sumbangan lembaga tabung haji kepada perkembangan ekonomi di Malaysia ialah: i. ii. Meningkatkan budaya menabung di kalangan umat Islam dalam usaha untuk membangunkan ekonomi mereka. Melabur wang umat Islam dalam bidang-bidang yang memberi manfaat dan pulaangan yang lumayan seperti perusahaan dan sebagainya. Memberi peluang pekerjaan kepada umat Islam.

iii.