Anda di halaman 1dari 2

2.

1 Pernyataan sebelum PBS: Kenal pasti fokus utama aktiviti: Saya telah diberikan tugasan tentang aspek yang perlu dikaji dan maklumat yang perlu dikumpul semasa saya mengikuti program pengalaman berasaskan sekolah(PBS). Fokus utama aktiviti ini adalah memerhatikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani dan merasai persekitaran sekolah. Program ini akan menjadi asas kepada kita sebelum melibatkan diri dalam bidang pendidikan. Kami diminta supaya memerhatikan aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan mempelajari strategi atau teknik yang digunakan oleh guru-guru semasa mengajar. Tujuan aktiviti Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk menjadikannya sebagai panduan semasa kami menerajui ke alam pendidikan. Seterusnya, program ini juga melatih keupayaan kami untuk mengumpul data. Seperkara dengan ini, PBS juga meningkatkan daya berkomunikasi dan keupayaan sosial kami melalui temu bual atau komunikasi dengan guru lain di sekolah tersebut. Merancang strategi pelaksanaan Saya telah menyediakan 4 cara untuk menyempurnakan tugasan saya, iaitu pemerhatian, soal selidik, temu bual dan senarai semak. Saya telah menyenaraikan tugas yang perlu disempurnakan dan membuat perancangan supaya tidak keliru semasa mejalani program PBS di sekolah. Instrumen penilaian kendiri Saya telah menyediakan satu senarai semak tentang aktiviti yang perlu dijalankan dan maklumat yang perlu dikumpul supaya saya tidak akan tercicir dalam mana-mana aspek. Senarai semak ini juga boleh membantu saya menyemak bahawa sama ada saya sudah mencapai matlamat yang ingin dicapai atau tidak. Selain itu,

refleksi juga akan menjadi panduan kepada saya untuk memastikan kejayaan saya mencapai objektif saya.