Anda di halaman 1dari 7

PERKARA General Anouncement

TINDAKAN Minta perhatian, Bagi memastikan kelancaran majlis, para hadirin diminta untuk mematikan telefon bimbit atau meletakkannya dalam keadaan senyap. Terima Kasih

QUE

Perarakan masuk

Mengumumkan perarakan masuk dif-dif jemputan.Hadirin diminta berdiri. >Seterusnya para hadirin diminta untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Ibu Kandung Suluh Budiman dengan iringan muzik. >Terima kasih atas nyanyian lagu sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk.

Kata-kata aluan Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berusaha Prof. Madya Dr Ahmad Bin Mohamad syarif, Dekan Fakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Universiti Pendidkan Sultan Idris

Yang dihormati Encik Feizal Bin Md. Syariff, Penolong Pendaftar, Persatuan dan Kelab, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Universiti Pendidkan Sultan Idris

Yang Dihormati Barisan pensyarah-pensyarah fakulti pendidikan teknik dan vokasional,

Yang dihormati Saudara Mohamad Afiq Bin Azmi, Presiden Persatuan Sains Pertanian ( PERSAP) Yang dihormati Saudara Mohamad Al Amin Bin Mazlan, Pengarah Program Malam Bitara Gading PERSAP

Yang dikasihi Barisan Jawatankuasa mahasiswa PERSAP, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program, Serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Bacaan Doa Pembuka Majlis Berbalam-balam si pohon buluh, Tumbuh melata dedaun melati, Angkat doa jari sepuluh, Doa dibaca mohon diberkati.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada malam ini ,marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudara Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin. Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin Terima kasih atas bacaan doa yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan pengarah program

Majlis diteruskan dengan ucapan Saudara Mohamad Al Amin Bin Mazlan selaku pengarah program Malam Bitara Gading PERSAP.Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

>Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Prof Madya Dr. Ucapan Penasihat Persatuan Mohamad Bin Abu Bakar, Penasihat Persatuan Sains Pertanian PERSAP untuk menyampaikan ucapan. Majlis

>Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih

Ucapan perasmi program

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Prof Madya Dr Ahmad Bin Mohamad Syarif untuk menyampaikan ucapan serta merasmikan program Malam Bitara Gading PERSAP. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*gimik perasmian program malam bitara gading Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Persembahan.

Seterusnya, Majlis akan dimeriahkan lagi dengan sesi Persembahan yang akan dipersembahkan oleh Penghuni Kolej Aminuddin Baki. 1) 2) 3)

>Terima kasih diucapkan.Semoga para hadirin terhibur dan menghayati setiap persembahan.

penutupan

Dengan penyampaian cenderahati sebentar tadi maka tamatlah majlis kita pada malam ini. Indah cantik dalam jambangan Bunga selasih mudah digubah Salam dihulur pembuka ikatan Terukir ikatan penuh mahabbah

Tiada benda seindah bahasa Terus menghiasi budaya berzaman Jumpa lagi di lain masa Disusun jari mohon kemaafan

Sekian sahaja daripada kami, andai ada terkasar dan tersalah bahasa harap dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan sebarang kekurangan itu datangnya dari kekilafan diri kami sendiri. Sekian, Wabillahitaufik.wbt.

>Mengumumkan keberangkatan keluar dif-dif jemputan dari perkarangan majlis.

Anda mungkin juga menyukai