Anda di halaman 1dari 2

ISL Minggu 7: Merancang satu sesi amali yang berkaitan dengan pergerakan asas RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata

pelajaran: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tunjang: Kemahiran Tajuk: Lokomotor (berlari) Tarikh: 24 September 2011 Masa: 7.30-8.30 pagi Tahun: 2 Arif Bilangan Murid: 30 orang Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mempelajari pergerakan asas lokomotor berlari semasa pada tahun 1. Hasil pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid diharap dapat mencapai matlamat-matlamat berikut: (i) Psikomotor: melakukan pelbagai larian yang dipelajari (larian lutut tinggi, larian sisi, larian mengikut arahan) secara bergilir-gilir mengikut arahan yang diberikan oleh guru (ii) Kognitif: Menyenaraikan dan membanding beza pelbagai jenis larian yang dipelajari dengan betul (iii) Afektif: Bertanggungjawab terhadap alatan sekolah dan berasa seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran Penerapan nilai: Berdisiplin dan bekerjasama Kemahiran berfikir: Menyenaraikan dan membanding beza Penggabungjalinan: Tunjang kecergasan (daya tahan kardiovaskular) Bahan sumber: Skitel, bola dan palang/kayu