Anda di halaman 1dari 3

Templet 2: Tugasan Projek/KKP

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEKOLAH RENDAH

TAJUK PROGRAM : KPLI BAHASA INGGERIS TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN ISLAM (ASAS DINAMIKA) KOD KURSUS : AG2150D (R) TARIKH MULA

NAMA GURU PELATIH :

SEMESTER :

TARIKH HANTAR

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Mengetahui, memahami dan menghayati aqidah Islamiyah dan asas-asas penting yang berkaitan dengannya. 2. Mengenal pasti dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang merosakkan aqidah. 3. Mengetahui, memahami dan mengamalkan perkara-perkara yang berhubung dengan Fardhu Ain dan Asas Hukum Islam. 4. Menghayati dan mengamalkan akhlak Islam dalam kehidupan serta mengaitkannya dengan wawasan negara. 5. Menangani gejala-gejala sosial masa kini melalui pendekatan Uswah Hasanah 6. Mengetahui, memahami, membaca dan menghafaz Ayat-ayat Al-Quran dengan betul serta mengamalkan pengajarannya. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 3 & 4 Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut; 1. Mengetahui cara memantapkan akidah. 2. Mengenal pasti dan menghindari diri daripada gejala-gejala sosial dalam masyarakat masa kini. 3. Menghasilkan kertas kerja ringkas

Tajuk Kerja Kursus Pendek (100 %)

Templet 2: Tugasan Projek/KKP

1. Umat Islam telah diturunkan kepada mereka al-Quran sebagai panduan utama dalam mengamalkan akhlak dalam kehidupan. Kegagalan memahami isi kandungan al-Quran akan menyebabkan kecelaruan dalam hidup terutama remaja. Remaja sering kali keliru untuk berhadapan dengan sesuatu permasalahan. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalahmasalah yang dihadapi terutama masalah yang melibatkan akidah dan akhlak. Anda dikehendaki mengupas isu akhlak remaja alaf baru dan apakah langkah yang sepatutnya dilakukan oleh anda bagi membantu meningkatkan kualiti akidah dan akhlak remaja. 2. Perbezaaan orang Islam dan bukan Islam dalam pelaksanaan ibadah mengikut pegangan agama masing-masing. Berdasarkan pengamatan anda terhadap amalan beribadat orang Islam dan bukan Islam, anda dikehendaki membuat perbandingan dalam isu beribadat dan mengenalpasti kekuatan Islam sebagai agama samawi dan membincangkan pendekatan yang sesuai untuk tujuan penambahbaikan kualiti beribadat dalam kalangan umat Islam. 3. Senaraikan lima ayat al-Quran yang menerangkan tentang akhlak dalam kehidupan beserta ulasan ringkas mengenai tema daripada ayat tersebut. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Format penulisan kertas kerja ringkas ini adalah seperti berikut: i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau dua baris 3. Guna kertas warna biru muda untuk muka depan kerja kursus pendek 4. Anda boleh memaparkan bahan grafik bagi memperkukuhkan penerangan anda. 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 6. Panjang tugasan adalah antara 10-15 muka surat. 7. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran (30%)

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Ulasan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci terhadap isu. 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut: a. Pendahuluan. b. Membuat ulasan aklhak remaja masa kini dan bagaimana hendak mengembalikan para remaja ke arah yang lebih mantap dari sudut akhlak Islamiah malah dari sudut akidah.

Templet 2: Tugasan Projek/KKP c. Ulasan tentang perbandingan orang Islam dengan bukan Islam dalam melaksanakan ibadah mengikut pegangan agama masing-masing. d. Berdasarkan soalan tersebut juga pelajar dikehendaki mengenalpasti kekuatan Islam sebagai agama samawi dan membincangkan pendekatan yang sesuai untuk tujuan penambahbaikan kualiti beribadat dalam kalangan umat Islam. e. Rumusan / cadangan. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. . 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal. Kriteria Pemarkahan Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. (Templet 3). Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh

_______________________ ( IZUDDIN MUHAMMED )

_______________________ ( WAN AZMI B. WAN OMAR)

Anda mungkin juga menyukai