Anda di halaman 1dari 4

M3 (Tajuk : Penyelesaian Masalah) Soalan 1) Apakah erti masalah ?

Masalah adalah suatu kendala atau persoalan yang harus dipecahkan dengan kata lain. Masalah merupakan kesenjangan antara kenyataan dengan suatu yang diharapkan dengan baik, agar tercapai tujuan dengan hasil yang maksimal. Masalah juga merujuk kepada kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara.

2) Apakah erti penyelesaian ? Mencari idea-idea alternatif atau langkah-langkah tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan memerlukan pemikiran seseorang secara kritis dan kreatif

3) Apakah maksud penyelesaian masalah? Penyelesaian masalah adalah satu proses menjana pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan baru berdasarkan sesuatu situasi. Ianya adalah satu tindakan untuk menyelesaikan masalah itu.

Penyelesaian masalah adalah : (a) mencari penyelesaian masalah yang tiada penyelesaian semerta (b) mencari penyelesaian masalah yang sukar diselesaikan (c) mengatasi halangan dalam menyelesaikan masalah (d) mencapai matlamat yang diinginkan dengan menggunakan kaedah yang sesuai.

4) Senaraikan 4 langkah model Polya Menurut Polya(1957), penyelesaian masalah terdiri daripada 4 langkah. Antaranya ialah: Langkah 1 : Memahami masalah Berikut adalah soalan yang boleh digunakan untuk membantu murid memahami masalah. Adakah anda faham ayat tersebut? Bolehkan anda menyatakan semula masalah tersebut dengan ayat anda sendiri? Apakah yang anda cuba cari atau lakukan? Apakah maklumat yang anda dapat daripada masalah tersebut? Apakah yang tidak diketahui? Apakah maklumat yang tiada atau tidak diperlukan?

Langkah 2 : Merancang strategi Soalan-soalan berikut boleh dijadikan panduan ketika merancang strategi penyelesaian masalah. Apakah perhubungan antara data dengan perkara yang tidak diketahui? Adakah masalah ini sama dengan masalah yang pernah anda selesaikan sebelum ini? Apakah strategi yang boleh anda gunakan?

Langkah 3 : Melaksanakan strategi Berikut adalah panduan yang boleh digunakan dalam melaksanakan strategi penyelesaian masalah. Laksanakan strategi yang telah dipilih dan selesaikan masalah tersebut Semak setiap langkah yang telah dilaksanakan Pastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat

Langkah 4 : Menyemak semula Langkah ini sering diabaikan dalam penyelesaian masalah. Sebagai guru mathematik, anda perlu sentiasa mengingatkan pelajar menyemak jawapan mereka. Gunakan panduan berikut ketika melaksanakan langkah ini. Baca semula soalan? Adakah anda menjawab soalan yang dikemukakan? Adalah jawapan anda betul? Adakah jawapan anda munasabah?

5) Senaraikan strategi penyelesaian masalah bukan rutin Cuba jaya Membuat senarai tersusun Mengenalpasti kemungkinan Menggunakan simentri Menimbangkan kes istimewa Menyelesaikan persamaan Melihat pola Melukis gambar Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu Menggunakan model Menggunakan analogi/perbandingan Mempermudahkan masalah

6) Apakah maksud pendekatan heuristik? Pendekatan heuristic merangkumi semua bidang penyelesaian masalah baik masalah teknikal(rutin) atau bukan teknikal(bukan rutin). Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus difikirkan oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah. Ianya bukan algoritma penyelesaian masalah tetapi satu cara berfikir untuk melihat dan menyelesaikan sesuatu masalah dari pelbagai aspek. Berikut adalah beberapa heuristik yang biasa digunakan dalam Mathematik: 1. Membentuk masalah yang setara 2. Mengubahsuai masalah 3. Memilih notasi berkesan 4. Meneroka simentri 5. Membahagikan kepada kes tertentu 6. Menggunakan situasi yang bercanggah 7. Menyemak persamaan 8. Mempertimbangkan kes ekstrim 9. Membuat generalisasi