Anda di halaman 1dari 3

Hakisan

Hakisan ialah kelonggaran dan pemindahan atau pengangkutan batu debris atas muka bumi. Terdapat dua bentuk hakisan, iaitu hakisan geologi dan hakisan pemecutan. Hakisan geologi adalah disebabkan keadaan semulajadi dan prosesnya mengambil masa yang panjang manakala bagi hakisan pemecutan, ia disebabkan oleh aktiviti pembangunan tanah. Oleh itu, hakisan pemecutan adalah hasil daripada angkara manusia terhadap alam sekitar. Terdapat juga beberapa jenis hakisan, antaranya ialah tanah runtuh,

Jenis-jenis hakisan
Tanah runtuh:
Tanah runtuh merupakan salah satu daripada fenomena geobencana yang sering berlaku samada secara semulajadi atau akibat aktiviti manusia. Proses kejadian tanah runtuh melibatkan gelongsoran tanah atau pergerakan tanah dari satu kedudukan yang tidak stabil dan ianya berlaku secara pantas atau perlahan oleh tarikan graviti. Sekiranya ia berlaku secara kecillan dan perlahan, ia mungkin kurang membahayakan alam. Tetapi jika ia berubah kepada skala yang lebih besar dan pantas, ia boleh memberi kesan buruk dan mengakibatkan kemusnahan dan kematian pada sesuatu kawasan. Kejadian tanah runtuh merupakan salah satu daripada proses susutan darat yang disebabkan oleh ketakstabilan jisim tanah. Pergerakan tanah runtuh adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah iaitu mengikuti cerun akibat tindak balas terhadap daya tarikan graviti. Pergerakannya boleh disertai dengan agen pembawa seperti aliran air ataupun tidak.

Kejadian tanah runtuh yang disebabkan oleh aktiviti manusia adalah seperti penarahan kawasan bukit, perlombongan dan aktiviti pembangunan lain. Pergerakan runtuhan tanah boleh diklasifikasikan secara asas sebagai jatuhan batuan atau debris, gelongsoran batuan atau debris, aliran debris atau lumpur dan gelinciran ais (avalanches). Bukit-bukit ditarah untuk pembinaan jalanraya ataupun bangunan-bangunan. Selain itu, permulaan pergerakannya juga boleh berpunca dari gegaran gempa bumi, letusan volkano atau pengaliran air bawah tanah. Ia adalah proses semulajadi di mana tekanan menyebabkan bahan tanah perlu bergerak untuk mengalami penstrukturan semula supaya menjadi lebih stabil. Oleh itu, tanah runtuh merupakan hakisan geologi dan juga hakisan pemecutan.

Hakisan tebing sungai:


Hakisan tebing sungai adalah proses semulajadi berlaku kepada semua sungai dalam usahanya untuk menstabilkan semula regim sungai dan ianya akan bertambah dengan pembangunan pesat kawasan tadahannya ekoran dari pertambahan kadaraliran puncak yang perlu ditampung oleh sungai. Ini menyebabkan hakisan kepada dasar dan tebing sungai. Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan hakisan ini ialah, hakisan bahagian kaki tebing yang boleh menjejaskan kestabilan tebing sungai, kadar aliran yang tinggi di sungai menyebabkan pemindahan tanah dari tebing sungai ke bahagian sungai lainnya, iii) limpahan air sungai ke ban atau dataran banjir semasa kadar aliran tinggi, penurunan paras air sungai secara mendadak dan iv) angin dan pengangkutan air yang menjadikan sungai berombak. Oleh itu, hakisan tebing sungai boleh terjadi secara semulajadi dan juga ekoran daripada angkara manusia. i) ii)

Hakisan gaung:
Hakisan gaungadalah disebabkan keadaan geologi dan juga penggunaan tanah dan cara penanaman sayur.

Ejen hakisan
Ejen hakisan ialah sesuatu yang menyebabkan hakisan berlaku ekoran daripada keadaan sekeliling. Tiga ejen hakisan yang paling am ialah air, angin dan gravity.

Air:
Air yang terdapat di permukaan bumi ialah dari hujan. Apabila hujan turun terlalu lebat sehingga sehingga lapisan tanah permukaanmencapaiketupuan, air hujan akan mengalir di atas permukaan tanah. Keadaan ini boleh menghakis tanah kerana tanah akan mengalir bersama-sama air.

Angin:
Hakisan Angin selalunya berlaku di kawasan yang panas dan cuaca yang kering . Tiupan angin ke atas permukaan yang terluluhawa menyebabkan partikel yang longgar akan dibawa oleh angin ke tempat lain. Enapan yang terbentuk daripada hakisan angin :

1)Bukit pasir 2)'Barchan dunes' 3)'Seif dunes' 4)'Whale backs' 5)'Sand sheet'

Ais/glacier:
Ais yang bergerak di kawasan cerun dipanggil glacier. Air yang bergerak ini akan membawa bersamasama tanah dan serpihan batuan dan dienapkan di kawasan yang lebih rendah.