Anda di halaman 1dari 42

BOLA TAMPAR

SEJARAH
Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukan lawan tenis dan bola adalah daripada bola keranjang. Permainan ini telah diperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. Pada awalnya, permainan ini dikenali sebagai mignonette sebelum digantikan dengan nama volleyball oleh Alfred Halstead pada tahun 1986. Sukan bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Ianya disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sebuah pasukan bergantung kepada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikalyang tinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yang berkesan antara pemain juga merupakan faktor penting yang mendorong kepada kejayaan sesebuah pasukan.

SEJARAH BOLA TAMPAR ANTARABANGSA


Pada tahun 1985, William G.Morgan, Pengarah YMCA di Holyoke, Massachusettes, telah mencipta satu permainan yang digelar sebagai usaha untuk memenuhi keperluan ahli perniagaan setempat yang mendapati bahawa permainan bola keranjang terlalu memenatkan. Nama asal permainan ini ialah minonetee dan kemudian digantikan dengan nama volleyball oleh Dr. A.Halstead pada tahun 1986. Sejak diperkenalkan, permainan bola tampar terus menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tampar adalah seperti berikut: 1900 Sistem skor 21 poin diamalkan. 1912 Sistem bergilir ( rotation ) diperkenalkan. 1916 Undang-undang permainan diterbitkan. 1917 Sistem skor 15 poin diamalkan. 1918 Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tinggi tiang jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter. 1921 Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar. 1922 Sentuhan tiga kali diperkenalkan. 1923 Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa kini. 1947 IVBF ( International Volleyball Federation ) ialah Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar. 1949 Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague. 1964 Permainan bola tampar ( lelaki dan perempuan ) menjadi salah satu acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo. Semasa perkembangan permainan ini, banyak perubahan telah berlaku. Status permainan ini telah bertukar daripada bercirikan rekreasi kepada bentuk pertandingan yang memenatkan.

SEJARAH BOLA TAMPAR MALAYSIA


Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dari Hong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyak perlawanan persahabatan dan pertujukan telah diadakan di Bandar Utama seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura atas usaha persatuan dan kelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainan bola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia ( Malaysia Amateur Volleyball Association ) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun 1927, kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai Liga Selangor telah dianjurkan. Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur atau dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

GELANGGANG BOLA TAMPAR Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter panjang dan luasnya 9 meter 18m x 9m. Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di atas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola tampar. Permukaan Gelanggang Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarna cerah, manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama lain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas. Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal adalah dilarang.

Garisan Gelanggang Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: Garisan-garisan sempadan o Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan. Garisan Tengah o Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi.

Garisan Serang o Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan. o Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putus-putus dari garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 m.

ZON DAN KAWASAN PERMAINAN a) Zon Depan Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serang zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga hujung zon bebas.

b) Zon Servis Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis.

c) Zon Penggantian Zon penggantian dihadkan oleh unjuran kedua-dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor.

d) Kawasan Memanaskan Badan Untuk pertandingan rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas.

e) Kawasan Penalti Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luar garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah berukuran 5 cm.

PERALATAN Permainan bola tampar merupakan permainan gelanggang yang popular kerana gelanggangnya boleh didirikan disebarang kawasan rata sama ada dipadang, di dewan sekolah, di gymnasium, atau didewan sukan. Seperti jenis sukan yang lain, ia mengandungi ukuran khas untuk kawasan permainan dan alatan khas yang tertentu. Bab ini akan menerangkan kemudahan dan alatan bola tampar. Dengan pengetahuan ini semoga dapat memanfaatkan mereka yang terlibat dalam bola tampar sama ada sebagai pemain atau jurulatih..

i.

BOLA Kulit bola harus dibuat daripada lapisan kulit yang fleksibel (flexible leather case) dengan

satu pundit getah atau bahan yang serupanya didalam bola. Berat bola adalah antara 260 hingga 280 gram. Lilitannya dari 65 sm hingga 67 sm. Warna bola adalah muda dan sejenis warna sahaja.

ii.

JARING Jaring bola tampar adalah 9.50 meter panjang dan luasnya semeter. Ia diperbuat daripada

jala hitam dengan lubang berbentuk segi empat sama berukuran 10sm persegi. Sehelai kain kanvas putih , luasnya 5 sm dilipat dan dijahit di bahagian atas jaring . Bahagian atas jaring diregangkan dengan satu dawai kasar untuk mengikat jaring kepada tiang dan menjadikan bahagian bawah tiang tegang. Dua jalur putih selebar 5 sm dan sepanjang semeter dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan diatas kedua-dua garisan tepi. Kedua-dua penanda tepi ini adalah sebahagian daripada jaring.

iii.

TIANG Tiang bola tampar mesti bulat dan licin , tingginya 2.55 meter dan ketinggiannya harus

boleh diubahsuaikan mengikut keperluan. Tiang ini harus dipasangkan berjarak antara 0.50 1.00 meter dari setiap garisan di tepi lantai.

iv.

PAKAIAN Pakaian pemain mengandungi jersi, seluar pendek dan kasut sukan. Pakaian jersi, seluar

pendek dan sarung kaki mesti seragam dan sama warna untuk satu pasukan. Jersi pemain mesti bernombor dari 1 hingga 18. Nombor mesti diletakkan dibahagian tengah depan dan belakang jersi. Warna nombor pada depan jersi ialah minimumnya 10 sm dan dibelakng jersi ialah 15 sm. Kelebaran jalur yang membentukkan nombor adalah minimumnya 2 sm.

v.

KASUT Kasut mestilah ringan dan mudah lentur dengan tapak getah atau tapak kulit, tetapi tanpa

tumit.

ANTENA Dua batang kaca gentian (fibre-glass rod) atau bahan yang mudah lentur, berukuran 1.80 meter panjang dan 10mm garis pusat diikat diluar tepi setiap penanda tepi dan diletak disebelah jaring yang bertentangan. 80 sm dari setiap antena akan menganjur keatas jaring dan ditandakan dengan jalur selebar 10 sm yang kontras antara merah dan putih. Antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring yang menandakan had tepi jaring dan ruang lintasan.

KETINGGIAN JARING Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk wanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada kedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah : Lelaki B-18 Lelaki B-15 : 2.35 m : 2.25 m

Perempuan B-18 : 2.20 m Perempuan B-15 : 2.15 m L & P B-12 : 2.00 m

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut undang-undang Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia ( MAVA ) dan peraturan-peraturan am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM ). Antara undang-undang asas permainan bola tampar adalah seperti berikut: Pertandingan bola tampar diadili oelh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya 6 orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel. Servis perlu dilakukan olah setiap pemain mengikut giliran yang sah. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan. Pemain dilarang menyentuh daripada mana-mana bahagian jarring atau memasuki kawasan pihak lawan. Setipa pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula. Setiap pasukan boleh meminta dua kali time-out dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil. Mata kemenangan ialah 25 mata yamg dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24 24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan umtuk menentukan kemenangan.

Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan. Setiap pasukan hendaklah memakai jersi yang mempunyai nombor. Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh International Volleyball Association.

BAGAIMANA BERMAIN BOLA TAMPAR Permainan bola tampar dimain oleh dua pasukan yang mengandungi enam pemain setiap pasukan. Setiap pasukan berada diseparuh gelanggang masing-masing. Gelanggang segi empat, 60 kaki dengan 30 kaki dibahagikan dengan satu jaring 2.24 meter untuk wanita dan 2.43 meter untuk lelaki dari lantai. Pemain-pemain setiap pasukan menampar bola dengan tangan dan lengan bawah melintasi jaring kedalam gelanggan lawan . Perletakan kemahiran ( skilled placedment ) dan pukulan-pukulan digunakan supaya bola tidak dapat dikembalikan dengan berjaya. Permainan bermula apabila seseorang pemain (no1) memulakan servis dengan menghantar bola dari luar belakang sudut kanan gelanggang sendiri. Dia mesti memukul bola melintasi jaring dengan tangan atau lengan bawah dari satu posisi di belakang garisan hujung atau belakang gelanggang sendiri. Ini disebut membuat servis. Satu servis baik adalah yang melintasi jaring dan menyentuh lantai atau seorang pemain didalam gelanggang lawan. Apabila servis baik menyentuh lantai di dalam gelanggang lawan atau pemain lawan gagal mengembalikan bola, satu mata diperoleh dan pemain yang sama (no1) membuat sevis semula. Setiap pemain terus membuat servis sehingga dia melakukan satu kesalahan (fault) atau pasukannya gagal memulangkan bola kepada pemain-pemain lawan dan mendapat satu mata. Hanya pasukan yang membuat servis boleh mendapat mata. Selepas satu servis baik, setiap pasukan mesti memulangkan bola dengan memukulnya tidak lebih daripada tiga kali untuk menghantar bola melintasi jaring. Tidak sesiapa pemain dibenarkan memukul bola dua kali berturut-turut. Seorang pemain boleh memukul bola kali pertama dan kali ketiga semasa bermain untuk menghantar bola melintasi jaring. Semasa bermain, bola boleh dipukul kemanamana arah dengan sebelah, kedua-dua tangan atau lengan bawah.

Bola tidak boleh menyentuh sebarang bahagian badan dibawah pinggang. Bola boleh dihantar dengan secepat mungkin dan apabila sebahagian bola melintasi jaring atau bola yang kena jaring juga boleh dimainkan. Situasi gagal memulangkan bola terjadi apabila satu side out atau mata dilakukan. Side out bererti pasukan yang membuat servis dan mata berlaku apabila pasukan penerima gagal membalas bola. Servis ditukar kepada pasukan lain apabila berlaku sideout tapi sebelum servis dibuat, pemain-pemain daripada pasukan yang akan membuat servis menukar posisi mengikut arah pergerakan jam. Pergerakan ini dikenali sebagai memutar (rotating). Satu permainan dimenangi oleh satu pasukan jikalau ia memperoleh 15 mata berlebihan daripada lawannya. Pasukan-pasukan kemudian menukar gelanggang masing-masing. Pasukan yang memenangi dua permainan akan menang perlawanan itu.

CARA BERMAIN PEMAIN Sesuatu pasukan mengandungi maksimum 12 orang pemain, seorang jurulatih (mungkin juga seorang penolong jurulatih), seorang pelatih (trainer) dan seorang doktor. Hanya pemainpemain yang didaftar dalam lampiran skor (score sheet) boleh menyertai pertandingan.

SISTEM SKOR

Untuk Memenangi Sesuatu Perlawanan Sesuatu perlawanan dimenangi oleh pasukan yang memenangi tiga dari maksimum lima set yang diadakan. Jika berlaku seri 2-2, set penantuan (ke 5) dimainkan. Untuk Memenangi Sesuatu Set Sesuatu set (set 1 hingga set 4) dimenangi oleh pasukan yang memperolehi 25 mata dahulu dalam kes 24-24, permainan diteruskan sehingga kelebihan.

PERSEDIAAN PERLAWANAN Untuk memulakan permainan, pengadil pertama melakukan undian dengan melambung duit syiling di hadapan kedua-dua ketua pasukan. Pemenang lambungan ini memilih sama ada membuat servis atau menerima servis atau memilih gelanggang. Yang kalah mengambil pilihan selebihnya. Sekiranya set penantuan akan dimainkan, pengadil pertama akan menjalankan undian yang lain pula. Sebelum sesuatu perlawanan, setiap pasukan akan diberi masa tiga minit untuk memanaskan badan (jika penantuan gelanggang telah dibuat), atau lima minit jika penentuan gelanggang belum dibuat. Sekiranya kedua-dua ketua pasukan bersetuju memanaskan di jarring bersama-sama, pasukan-pasukan itu boleh melakukannya untuk 6 atau 10 minit. Dalam kes memanaskan badan secara bergilir-gilir, pasukan yang membuat servis pertama mengambil giliran pertama di jaring.

BARISAN UTAMA PASUKAN Sebelum bermula setiap set, jurulatih perlu menyenaraikan enam pemain utama pasukannya di dalam borang barisan pemain utama. Borang ini yang telah ditandatangi diserahkan kepada pengadil kedua atau pencatat skor. Selepas itu tiada pertukaran ke atas barisan pemain utama dibenarkan. Ia hanya boleh berlaku melalui proses pertukaran biasa. KEDUDUKAN DAN PUTARAN PEMAIN Kedudukan 1. Ketika bola dipukul oleh pembuat servis, setiap pasukan mesti berada di posisi masingmasing (melainkan pembuat servis) dalam dua baris tiga orang pemain. Barisan-barisan ini boleh berputus-putus. 2. Tiga pemain di sepanjang jaring adalah pemain barisan depan dan menempatkan kedudukan 4 (pemain kiri), 3 (pemain tengah),dan 2 (pemain kanan). Tiga orang pemain lagi adalah pemain barisan belakang dan menampatkan kedudukan 5 (pemain kiri), 6 (pemain tengah ) dan 1 (pemain kanan)

Kedudukan pemain ditentukan dan dikawal menurut kedudukan tapak kaki yang bersentuhan dengan lantai

Sesudah servis dilakukan, pemain-pemain boleh bergerak dan mengambil tempat di mana-mana di dalam gelanggang dan zon bebas.

Putaran Apabila pasukan yang menerima servis, bertukar peranan sebagai pembuat servis, pemain-pemain mestilah berputar satu kedudukan mengikut arah jam (pemain di kedudukan 2 berputar ke kedudukan 1 untuk membuat servis, pemain di kedudukan 1 berputar ke kedudukan 6, dan sebagainya.

PENGGANTIAN PEMAIN Enam penggantian maksimum dibenarkan bagi sesebuah pasukan pada setiap set. Seorang atau lebih pemain boleh digantikan pada masa yang sama. Untuk penggantian lebih daripada seorang pemain, isyarat mesti diberi kepada pengadil dahulu. Seseorang pemain dari senarai barisan pemain utama boleh meninggalkan permainan dan masuk semula gelanggang, tetapi hanya sekali dalam satu set dengan syarat, dia menggantikan pemain yang menggantikanya. Penggantian mesti dilakukan di dalam zon penggantian.

BILANGAN PUKULAN BOLA a) Setiap pasukan berhak melakukan maksimum tiga pukulan sebelum menghantar balik bola melepasi jaring. Satu sentuhan yang tidak disengajakan juga dikira sebagai satu pukulan. b) Seseorang pemain tidak boleh memukul bola dua kali berturut-turut melainkan semasa mengadang. c) Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola pada masa yang sama (sentuhan serentak). Apabila dua atau tiga rakan sepasukan menyentuh bola serentak, ia dikira sebagai dua atau tiga pukulan (melainkan semasa mengadang).

CIRI-CIRI PUKULAN Bola boleh disentuh dengan mana-mana bahagian badan. Bola boleh menyentuh beberapa bahagian badan dengan syarat sentuhan-sentuhan itu berlaku serentak. Semasa melintasi jaring bola boleh menyentuhnya melainkan semasa servis. Bola yang dihantar ke dalam jaring boleh diselamatkan dalam had tiga pukulan sepasukan. Jika bola memutuskan atau mengoyakkan tali jalinan jaring, rali itu dibatalkan dan dimainkan semula. Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menghulurkan tangan ke kawasan atas jaring pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawan membuat pukulan serang. Pemain dibenarkan menembusi ruang pihak lawan di bawah jarring dengan syarat dia tidak mengganggu pemain lawan.

SERVIS Servis pertama untuk set 1 dan 5 dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh undian. Set-set lain akan dimulakan dengan servis dilakukan oleh pasukan yang tidak melakukan servis pertama dalam set sebelumnya. Pemain-pemain mestilah mengikut susunan servis yang direkordkan di atas borang barisan pemain utama. Putaran servis adalah mengikut arah pusingan jam. Pembuat servis mesti melakukan servis di dalam zon servis. Ia mesti memukul bola dalam masa lima saat selepas pengadil pertama meniup wisel untuk servis. Servis yang dilakukan sebelum pengadil meniup wiselnya dibatalkan dan harus diulangi. Bola boleh dipukul dengan satu tangan atau mana-mana bahagian lengan selepas dilambung atau dilepaskan. Jika bola itu selepas dilambung atau dilepaskan oleh pembuat servis mendarat tampa manyentuhnya, ia dikira sebagai percubaan servis. Selepas percubaan servis, pengadil mesti membenarkan servis itu dilakukan semula dalam masa 5 saat yang berikutnya. Hanya satu percubaan servis dibenarkan. Pemain-pemain dari pasukan yang membuat servis tidak boleh menghalang pihak lawan seperti melindungi daripada melihat pembuat servis atau lintasan pergerakan bola. Pemain dari pasukan yang membuat servis dikira melakukan satu perlindungan individu sekiranya ia melambai-lambaikan tangan, melompat atau bergerak dari sebelah gelanggang, apabila servis sedang dilakukan dan bola tiu diservis melalui atasnya.

PUKULAN SERANGAN Pemain barisan depan boleh melakukan sesuatu pukulan serang di sebarang ketinggian di ruang gelanggang sendiri. Pemain barisan belakang pula boleh merejam bola pada sebarang ketinggian dengan syarat lompatan itu di belakang garisan serang. Selepas membuat pukulan, dia boleh mendarat dalam zon depan. Pemain barisan belakang boleh memukul bola melepasi jarring semasa di zon depan jika pada masa sentuhan dibuat, dia menyentuh bola itu di bawah dari aras atas jarring.

MENGADANG Hanya pemain-pemain barisan depan sahaja dibenarkan melakukan sesuatu adangan. Ia boleh dilakukan seorang, dua orang atau tiga orang. Sentuhan adangan tidak dikira sebagai satu pukulan. Tiga pukulan lagi dibenarkan selepas sentuhan adangan. Pukulan pertama selepas adangan boleh dilakukan oleh mana-mana pemain termasuk pemain yang telah menyentuh bola semasa mengadang. Semasa mengadang, pemain boleh meletakkan tangan atau lengan di sebarang jaring dengan syarat aksinya tidak mengganggu permainan pihak lawan. Namun adalah tidak dibenarkan menyentuh bola di seberang jaring sehingga pihak lawan telah melakukan sesuatu pukulan serang.

MASA HENTIAN PERMAINAN Setiap pasukan berhak untuk mendapatkan maksimum dua masa hentian dalam setiap set. Masa hentian yang tidak digunakan tidak dapat dikumpulkan untuk kegunaan set-set seterusnya. Tempoh satu hentian ialah 30 saat. Ketika ini semua pemain mesti berkumpul berhampiran dengan bangku masing-masing.

GANGGUAN PERMAINAN

Gangguan kurang dari 4 jam A. Jika perlawanan itu disambung main di gelanggang yang sama, maka set yang terganggu itu diteruskan. Pemain-pemain dan kedudukan-kedudukan adalah sama. Skor set yang telah dimainkan terdahulu juga dikekalkan. B. Jika perlawanan itu disambung main digelanggang lain, maka set yang terganggu itu dibatalkan dan dimainkan semula dengan barisan utama pemain-pemain yang sama. Setset yang telah dimainkan terdahulu dikekalkan.

Gangguan lebih dari 4 jam Jika satu atau beberapa gangguan berlaku melebihi jumlah masa empat jam, keseluruhan perlawanan akan dimainkan semula.

SELANGAN ANTARA SET Selangan di antara set ialah tiga minit. Pada ketika ini, pertukaran gelanggang dan pendaftaran barisan utama pasukan-pasukan dilakukan

PERTUKARAN GELANGGANG

Selepas setiap set, pasukan-pasukan akan menukar gelanggang kecuali pada set penentuan. Ahli-ahli pasukan yang lain akan menukar tempat duduk simpanan. Dalam set penentuan, pertukaran gelanggang berlaku apabila salah satu pasukan mencapai mata 8.

Pertukaran dilakukan tanpa lengah dan kedudukan pemain dikekalkan. Sekiranya pertukaran tidak dibuat pada masa yang sepatutunya, ia akan dilakukan apabila sahaja ksilapan itu dikesan. Skor pada masa pertukaran dikekalkan.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAIANAN BOLA TAMPAR MENGHADANG (BLOCKING) Menghadang (blocking) merupakan kemahiran yang dilakukan sama ada seorang atau dua orang pemain yang bertujuan untuk : Menahan dan menghalang serangan daripada kemahiran merejam oleh pihak lawan. Menghadang lintasan bola untuk dibalikkan semula ke gelanggang lawan Mendapatkan skor atau mata dengan menggagalkan percubaan rejaman oleh pihak lawan. Mengurangkan kelajuan dan memesongkan bola kepada pemain pasukan sendiri.

Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola dekat jaring. Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi dimana bola itu melintasi jaring. Penghadangan hanya merupakan salah satu fasa daripada keseluruhan sistem pertahanan. Fasa-fasa lain termasuk menerima servis, memberi perlindungan di belakang perejam dan melakukan beberapa cara menyelamatkan bola. Ia juga digunakan untuk mengatasi rejaman dan akan kesannya membawa kejayaan atau kemenangan dalam permainan. Penghadangan yang

menggunakan kedua-dua belah tangan adalah pertahanan terbaik untuk menahan bola yang direjamkan.

Fasa-Fasa Hadang Tunggal Fasa Persediaan

1. Tunggu di jaring. 2. Lihat pengumpan lawan. 3. Tangan di paras bahu. 4. Selepas umpanan, mata tertumpu kepada penyerang lawan. 5. Tempatkan diri anda di hadapan tangan memukul perejam.

Fasa-Fasa Hadang Berganda Fasa Persediaan

1. Setelah

umpanan,

pengadang

yang

bergerak, menumpukan perhatian kepada pemain yang sedang membuat hadangan.

MENGADANG Latihan perseorangan 1. Mengadap kedinding. a) Melonjak dan menyentuh dinding. b) Melonjak dan menyentuh tanda didinding. c) Latihan tubi diteruskan lima hingga enam kali berturut-turut dan rehat.

2. Mengadap ke jaring. a) Mengulangi latihan tubi seperti no 1 diatas.

Latihan berpasangan 1. Dua orang pemain mengadap sesama sendiri dengan jaring diantara mereka. a) Berdiri dekat jaring b) Membilang tiga kiraan. c) Pada kiraan ketiga, kedua-dua pemain melompat dan menepuk tangan pasangan diatas jaring. 2. Seperti No1 diatas, tetapi selepas menepuk tangan pasangan dan mendarat, bergerak ketepi dua langkah dan melompat untuk mengadang semula.

3. Seperti No 1 diatas, tetapi salah seorang pemain memegang sebiji bola diatas kepala. a) Seorang pemain memegang bola diatas kepala. b) Pada kiraan ketiga, kedua-dua pemain melompat .

c) Pemain tanpa bola akan mengambil bola daripada pasangannya diatas jaring. d) Latihan tubi diulangi beberapa kali.

4. Seperti No3 diatas,tetapi pemain yang memegang bola ,melompat dan membaling bola ketangan pengadang.

Latihan bertiga 1. Seperti dalam cara latihan ini menggunakan dua pemain yang akan menghantar bola bergilir-gilir kepada pengadang.

2. Tiga pemain, pemain A ialah pengumpan dan pemain B ialah pemain yang membuat pukulan berdiri digelanggang yang sama, pemain C ialah pengadang digelanggang lain. a) Pemain A mengumpam bola kepada pemainB . b) Pemain B membuat pukulan bola melintasi jaring. c) Pemain C mengadang bola itu. d) Latihan tubi itu diteruskan selama lima kali. e) Pemain-pemain menukar posisi dan peranan mereka

Latihan berkumpulan 1. Seperti dalam cara latihan berpasangan No1 dan No 2, tetapi bilangan pemain ditambah kepada enam orang. 2. Setiap kumpulan mengandungi enam atau lebih pemain. a) Pemain-pemain digelanggang A berdiri berpasangan iaitu pemain A1 dan pasangan A2. b) Pemain-pemain digelanggang B berbaris, iaitu pemain B1 berdiri didepan dan pemain B2 dibelakangnya. c) Pemain B1 dengan memegang bola bergerak ke jaring dan membaling bola ketangan pasangan A1 yang cuba mengadang bola itu. d) Pemain B2 bergerak dan membaling bola ketangan pasangan pemain A2 yang cuba mengadang bola itu. 2. Seperti dalam cara latihan bertiga No2, tetapi dua pemain mengadang diperlukan.

HANTARAN BAWAH TANGAN (DIGGING) Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis ini menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihak lawan. Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan , menyelamatkan hantaran, dan mengawal bola. Fasa-fasa menyangga adalah seperti berikut:

Fasa Persediaan

1. Tangan bersedia. 2. Kaki bekuda-kuda selebar bahu. 3. Lutut bengkok. 4. Lengan selari dengan paha. 5. Belakang lurus. 6. Mata mengikut bola.

Butir-butiran menyangga 1. Pastikan ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari. 2. Terkunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan pergelangan tangan. 3. Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut untuk menerima hantaran. 4. Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk menghadap sasaran. 5. Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu yang minimum. 6. Elakkan daripada menghayun lengan ke bola. 7. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. 8. Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.

Variasi Menyangga 1. Persediaan kedudukan asas 2. Hantaran bawah tangan arah sisian ( lateral movement ) 3. Junam dan tangkap ( dive and catch ) 4. Junam dan luncur ( dive and slide ) 5. Junam dan pusing ( dive and turn ) 6. Berguling

HANTARAN DEPAN (FOREARM PASS) Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan. Kemahiran ini juga dikenali sebagai hantaran bawah atau 'bump'. Biasanya ini adalah kemahiran pertama yang mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jika anda belum dipililh untuk memulakan servis. Hantaran ini digunakan untuk menerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola pada paras pinggang, ke bawah dan di jaring. Walaupun hantar depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawal hantaran dengan menggunakan hantaran atas kepala. Dengan itu, jika boleh hantaran atas kepala menjadi pilihan utama. Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau rejaman, mestilah selalu diterima dengan 'hantar depan' kerana tangan yang terbuka tidak cukup kuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantar depan selalu digunakan untuk menghantar terus

kepada rakan pasukan. Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola pukulan kuat serta menghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan melaksanakan hantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya.

Fasa-Fasa Hantar Depan Fasa Persediaan

1. Tangan mesti ditemukan. 2. Kedudukan kaki terbuka ke hadapan dan ke belakang. 3. Kaki selebar bahu. 4. Lutut dibengkokkan. 5. Lengan hadapan selari dengan paha. 6. Belakang lurus. 7. Mata pada bola.

HANTARAN ATAS ( OVERHEAD PASSING ) Kemahiran hantaran atas membolehkan anda mengawal bola dengan kecekapan yang sangat baik. Anda menggunakan tangan atas untuk menggerakkan bola kepada rakan sepasukan dan jarang sekali digunakan untuk mengembalikan bola ke pihak lawan. Hantaran dilaksanakan buat sementara oleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada penyerang tetapi ia mungkin digunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu. Anda mestilah boleh melaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpa mengubahcara penghantaran.

Fasa-Fasa Hantaran Atas Fasa Persediaan

1. Kedudukan bersedia. 2. Lutut dan punggung dibengkokkan. 3. Bahu tegak ke sasaran. 4. Tangan di hadapan dahi. 5. Membentuk tingkap. 6. Lihat bola melalui tingkap.

KEMAHIRAN MENYELAMAT BOLA Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka kemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang boleh digunakan ialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan oleh pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan permainan bola tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain lelaki yang baru atau belum mahir dan pemain wanita. Kedua-dua teknik menyelamatkan bola ini dilakukan oleh pemain bola tampar.

TERJUN HADAPAN 1. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuat terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan dihulurkan kejarak yang paling jauh. 2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas. Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian belakang tapak tangan. 3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk menyerap berat badan.

4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.

Aksi terjun hadapan dari mula hingga akhir

1. Bersedia untuk menuju ke arah bola. 2. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang sama digunakan. 3. Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar pergelangan tangan atau bahagian dalam lengan atau bahagian atas tapak tangan. 4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam supaya ia tidak menyentuh lantai. 5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan. 6. Membuat gulingan. 7. Bersedia semula untuk permainan seterusnya

Aksi guling sisi dari mula hingga akhir (a-f)

MEREJAM ( SPIKING )

Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan mata atau skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah gelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari mana bola akan tiba. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayun tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan. Kemahiran merejam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan ini berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu pertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang asli menarik perhatian orang ramai dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekat dengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang, menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun boleh menahan

serangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yang menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat jaringan. Justeru, kemahiran, merejam dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiran serangan. Kemahiran merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kuisan, rejaman perlahan dan rejaman kuat.

Fasa-Fasa Fasa Persediaan

1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia mendekati jaring.

LATIHAN UNTUK PERGERAKAN 1. Pemain berlari ke hadapan dari A ke B, melangkah sisi tidak bersilang dari B ke C dan melangkah ke belakang dari C ke D. Ulang latihan untuk beberapa kali.
B C

X Mula

Tamat

2. Ulang latihan 1 dengan melangkah sisi bersilang dari B ke C. 3. Pemain berlari dari A ke B, kemudian berlari ke hadapan berpusing, pivot pada tapak kanan dan terus berlari arah silang ke belakang ke C. Dari sini pemain berlari ke hadapan (D), dan berpusing pivot pada tapak, terus berlari sehingga ke garis belakang (A).

Peringatan:

Mula/tama t

Dalam latihan pergerakan bola tampar, setiap pemain mesti berada dalam kedudukan rendah atau sedikit membengkokkan lutut untuk melakukan sebarang pergerakan dengan cepat. pemain hendaklah diitumpukan pada aras atas jaring semasa bergerak. Mata

Pola pergerakan dan postur badan Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui dan memahami pola pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dan kemahiran dalam bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Postur tinggi digunakan semasa melompat untuk merejam bola, mengadang bola pukulan atau hantaran lawan dan membuat hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat servis, hantaran atas dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling di gelanggang. Melakukan suatu kemahiran dengan postur yang salah akan menyebabkan

ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam kes-kes tertentu ia menyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakan sehingga akhirnya ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain-pemain harus menguasai pola-pola pergerakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bola tampar.

Dalam melakukan pergerakan, perkara-perkara berikut harus dititikberatkan. 1. Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur yang betul iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah. 2. Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan langkah silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari. 3. Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan postur sebelum melakukan sesuatu kemahiran. 4. Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada kedudukan bersedia.
Postur badan

Sederhana

REJAMAN

Fasa-Fasa Rejaman Kuat Fasa Persediaan

1. Tunggu di garis serangan. 2. Perhatikan pengumpan. 3. Mata melihat bola selepas mengumpan. 4. Berat badan ke hadapan. 5. Bersedia melakukan pendekatan.

KEMAHIRAN SERVIS

Servis merupakan suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga merupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain. Servis bukan sahaja sebagai pemula permainan, bahkan boleh dianggap sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia digunakan dengan sebaiknya. Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah Tangan (underhand) dan Servis Atas Kepala (overhead). Kepentingan servis adalah seperti: Berdasarkan peraturan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh mata. Pasukan yang mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk mendapat skor dan mengekalkan servis. Semasa peservis membuat servis dengan darjah tertentu, dia boleh memaksa lawannya bermain bola mengikut kehendaknya. Setiap servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan seperti terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass) Servis Bawah Tangan Suatu servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten, dan memerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja. Pemain-pemain yang baru diajar membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh menghantar bola ke sasaran yang dikehendaki. Kaedahkaedah membuat servis ini adalah seperti berikut:

Fasa-Fasa Servis Bawah Fasa Persediaan

a) Kedudukan kaki terbuka. b) Bola pada paras pinggang. c) Bahu lurus pada jaring. d) Mata pada bola. e) Buka tangan pemukul.

Servis Atas Kepala Servis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat (heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedahkaedah membuat servis atas kepala adalah seperti berikut ;

Fasa-Fasa Servis Atas Kepala Fasa Persediaan 1. Berdiri menghadap jaring , dengan kaki berjarak seluas bahu. 2. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan. 3. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. 4. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand) Fasa Perlaksanaan 1. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu lengan yang membuat servis 2. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Fasa Ikut Lajak 1. Menghayun lengan yang membuat servis seperti aksi membaling bola. 2. Memukul bola dengan tapak tangan dan jejari di keliling bola. 3. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan putar depan. 4. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan. 5. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis Gelombang (Floata) Servis ini hampir sama dengan servis permainan tenis. Selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati ( breaks of dies ). Maka, penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.

Butiran-butiran untuk servis 1. Pastikan kaki adalah di belakang garisan belakang. 2. Melepaskan bola daripada tangan sebelem melakukan servis. 3. Kaki berjarak, dengan kaki kiri ke depan (bagi pengguna tangan kanan) dan sebaliknya. 4. Bengkokkan lutut, memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki depan. 5. Pastikan tangan memukul adalah kukuh. 6. Kaki menuju ke sasaran. 7. Pastikan pelepasan bola adalah terkawal dan konsisten. 8. Mengambil masa dan memberi perhatian ke atas servis.

Anda mungkin juga menyukai