Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Definisi Istilah

1.1 Pengurusan Menurut Nor Azimah Chew Abdullah dan Ab.Aziz Yusof (2005), pengurusan didefinisikan sebagai penggunaan sumber-sumber secara efektif didalam menjayakan matlamat-matlamat dan organisasi. Pengurusan memerlukan konteks

kepimpinan,autoriti

penyelerasan

sumber-sumber.Dalam

pengurusan bengkel, ia didefinisikan sebagai penggunaan kemudahan yang terdapat dalam bengkel secara berkesan,efektif dan sistematik bertujuan bagi mencapai objektif pengajaran yang diinginkan.

1.2 Keselamatan Menurut Khairul Azhar (2007), keselamatan ditakrifkan sebagai perihal

selamat,kesejahteraan dan keamanan yang baik. Dengan ertikata lain keselamatan merupakan satu kaedah,cara dan langkah yang diambil untuk menggelakkan berlakunya kemalangan atau kecelakaan. Keselamatan bengkel merujuk kepada panduan atau langkah yang disediakan dalam bengkel dengan tujuan menggelakkan sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku semasa aktiviti amali dijalankan.

1.3 Bengkel Bengkel merujuk kepada tempat atau ruang melakukan aktiviti atau pekerjaan yang melibatkan bidang kemahiran dan asas ketukangan bertujuan untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

2.0 Pengurusan Bengkel

Di sekolah, guru adalah individu yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga urusan atau hal ehwal yang berkaitan dengan bengkel. Bengkel yang efisien adalah bengkel yang diurus tadbir dengan baik dan berkesan oleh guru yang bertugas..

Bagi memudahkan tugas menguruskan bengkel, guru harus menyediakan garis panduan dan perancangan yang teliti agar kemudahan di bengkel dapat digunakan secara optimum tanpa sebarang masalah yang dihadapi. Perancangan haruslah meliputi segala aspek tidak kira sama ada perkara kecil atau besar. Perancangan ini pada awal peringkat pelaksanaannya pasti menghadapi kesukaran,tetapi apabila seorang guru itu bertindak melalui pengalaman pastinya pelaksanaan ini akan menjadi mudah dan senang diurus tadbir. Di papan kenyataan bengkel kebiasaannya ditampal carta organisasi pantia kemahiran hidup bermula daripada pihak pentadbiran sekolah,ketua panitia sehinggalah ke kedudukan formen. Setiap individu yang terdapat dalam organisasi mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan pentadbiran dan kelicinan urusan bengkel dapat dijalankan dengan sempurna.

2.1 Prinsip pengurusan Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008), terdapat 4 elemen penting yang perlu ditekankan dalam aspek pengurusan khususnya pengurusan yang dilakukan di bengkel iaitu : 3.1.1 Merancang Semasa merancang, guru harus meneliti semua aspek seperti menetapkan objektif dan matlamat agar guru mempunyai garis panduan yang boleh dirujuk. Perancangan juga akan menjadikan susunan kerja yang lebih teratur dan sistematik selain memastikan semua aspek yang ingin dilaksanakan tercapai. 3.1.2 Mengelola Guru perlu memberi arahan yang jelas,memaklumkan segala prosedur dan peraturan,menyelaras murid dan kepada mengaturkan semua

aktiviti,membahagikan

kumpulan,menentukan

kedudukan murid dan kedudukan murid dalam kumpulan. Kelolaan yang baik dapat memastikan kelancaran proses pembelajaran

3.1.3

Mengawal Guru perlu memantau,memastikan murid melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mematuhi peraturan dan larangan yang telah ditetapkan dan memastikan murid dalam keadaan

terkawal.Adalah menjadi kesalahan sekiranya guru meninggalkan bengkel tanpa pengawasan atau murid masuk ke bengkel tanpa kebenaran daripada guru. 3.1.4 Membuat refleksi Guru boleh membuat refleksi terhadap pelaksanaan aspek pengurusan bengkel yang telah dilakukan bagi melihat keberkesanan atau kekurangan yang berlaku. Sekiranya terdapat kekurangan, guru boleh mencari penyelesaian lain bagi menambah baik aspek yang sedia ada.