Anda di halaman 1dari 13

Tajuk Kajian : Penggunaan Perisian Audacity dalam Mempertingkatkan Kefasihan Pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar

Nor Zilaniza Abdollah Zawawi, Tengku Zaini Tengku Ismail, Roziyatul Afizah Ahmad, Rosmawati Aladin Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Abstrak Cadangan kajian ini dikemukakan bagi meningkatkan kefasihan bertutur di kalangan pelajar dalam Bahasa Inggeris samada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 1 Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Machang, Kelantan telah diambil sebagai sampel kajian ini. Penggunaan perisian Audacity di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran dicadangkan sebagai Bahan Bantu Mengajar bagi mengatasi kelemahan pelajar dalam mempraktikkan bahasa Inggeris dalam pertuturan seharian.

1.0 Pengenalan Kumpulan kami telah menjalankan satu kajian tindakan melibatkan 10 orang pelajar Tingkatan 1 Pertanian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Machang Kelantan. Isu yang cuba kami ketengahkan dalam kajian tindakan ini adalah berkaitan dengan masalah pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar khususnya pelajar-pelajar di luar bandar. Masalah pertuturan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar telah mendapat liputan meluas media maka atas alasan ini kami berminat untuk mengupas permasalahan yang berlaku sekaligus

mencadangkan solusi untuk mengatasinya. Kajian dimulakan dengan pemerhatian ke atas sesi Pembelajaran dan Pengajaran di dalam bilik darjah. Hasilnya, kami mendapati hanya berlaku komunikasi sehala semasa matapelajaran Bahasa Inggeris. Guru hanya bercakap di hadapan tanpa melibatkan penyertaan para pelajar. Para pelajar juga kelihatan begitu pasif dan hilang fokus dalam bilik darjah. Kefahaman para pelajar sepanjang sesi Pembelajaran dan Pengajaran tidak dapat dikenalpasti dengan jelas. Kajian ini diteruskan dengan sesi soal selidik dan temubual bersama guru matapelajaran Bahasa Inggeris dan para pelajar. Hasil temubual dan 1

soal selidik tersebut membuktikan bahawa para pelajar yang terlibat memang menghadapi masalah yang ketara melibatkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kami juga dibekalkan dengan markah prestasi pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris dan gred untuk markah lisan di mana ianya tidaklah begitu memuaskan. Oleh yang demikian, kami telah merangka satu pelan tindakan dengan memperkenalkan perisian Audacity sebagai alat bantu mengajar bagi membantu para pelajar supaya mempunyai keyakinan unt bertutur dalam bahasa Inggeris sekaligus menaikkan minat dan prestasi pelajar dalam matapelajaran ini.

2.0 Pernyataan Masalah Hasil dapatan dari sesi temuduga dan tinjauan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang melibatkan 10 pelajar dan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Machang, mendapati tahap pencapaian pelajar-pelajar berkenaan terutama dalam aspek pertuturan adalah sangat lemah berbanding aspek penulisan dan pembacaan. Ramai pelajar tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Walaupun kebanyakkan pelajar tidak menghadapi masalah dalam pemahaman namun mereka gagal untuk memberi respon apabila disoal sesuatu isu menggunakan bahasa Inggeris. Rekod ujian lisan mereka juga mencatatkan prestasi pencapaian yang sangat lemah berbanding ujianujian lain. Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan, kumpulan kami mendapati terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan ini: 2.1 Tiadanya minat dan kesedaran tentang kepentingan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pelajar hanya mempelajari bahasa Inggeris sekadar untuk tujuan peperiksaan sahaja. 2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah dilihat antara faktor yang menyebabkan subjek Bahasa Inggeris di sekolah begitu membosankan. Hanya sebahagian pelajar sahaja yang mengambil bahagian dalam sesi P n P dalam memberi respon pada guru yang mengajar. 2.3 Tiada keyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Ruang untuk mempraktikkan bahasa Inggeris terhad di mana pelajar hanya bertutur di dalam kelas sahaja.

3.0 Rasional Kajian Persoalan kegagalan penguasaan bahasa Inggeris yang baik oleh kebanyakan pelajar Malaysia selepas 13 tahun mempelajarinya, mencetuskan pelbagai soalan, selain mengundang banyak komen. Permasalahan ini semakin ketara dibincangkan apabila terdapat laporanlaporan yang dikeluarkan oleh media yang mengupas isu pengangguran di kalangan mahasiswa. Kemahiran menguasai bahasa Inggeris merupakan satu keupayaan yang mesti dimiliki semua penuntut universiti kerana kelemahan dalam bahasa itu sering kali menjadi halangan kepada siswazah mendapat kerjaya yang bagus. Faktor utama yang dikatakan menjadi punca keengganan majikan mengambil mahasiswa-mahasiswa bekerja adalah kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah berkata kajian yang dilakukan Pusat Alumni UPM membabitkan lebih 4,000 siswazah mendapati "kemahiran dalam bahasa Inggeris dianggap kriteria kedua terpenting yang dilihat majikan selepas "keupayaan berfikiran kritikal". Kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris pada era globalisasi ini adalah amat penting memandangkan bahasa Inggeris ini dianggap sebagai bahasa dunia. Penggunaan bahasa Inggeris adalah amat perlu dikuasai agar para pelajar dapat menguasai ilmu pengetahuan yang kebanyakkannya dapat diperolehi melalui kemahiran berbahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia global. Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari sekolah mampu melahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar negara atau membawa misi negara di luar negara. Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelaslah, penguasaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat lain di seluruh dunia. Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara, mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Sebagai contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang

teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membina masyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti. Justeru itu, penguasaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah wajar diberi penekanan kerana apabila seseorang pelajar itu lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris di sekolah terutamanya dari aspek pertuturan, dia akan terus lemah sehingga ke peringkat kolej, universiti mahupun di alam pekerjaan. Berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan yang dinyatakan diatas, sesuatu perlu dilakukan segera bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris untuk sama-sama berusaha memperbaiki kelemahan tersebut.

4.0 Fokus Kajian Kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kefasihan para pelajar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dengan lancar dan boleh memberi tindakbalas kepada persoalan-persoalan yang dikemukakan secara lisan atau berkomunikasi. Kami mendapati salah satu punca pelajar gagal untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris adalah disebabkan tiadanya keyakinan diri dan perasaan malu. Ruang dan peluang untuk mereka mempraktikkan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian juga amat terhad. Disebabkan halangan-halangan inilah, mereka kurang meminati subjek Bahasa Inggeris dan mengakibatkan prestasi mereka rendah dalam peperiksaan.

5.0 Objektif Kajian 5.1 Khusus

Meningkatkan markah para pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris khususnya dalam ujian lisan. 5.2 5.2.1 5.2.2 5.2.3 Am Memupuk keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris Menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Bahasa Inggeris Memperkenalkan dan mempratikkan penggunaan teknologi kepada pelajar sebagai pemangkin melahirkan generasi yang celik teknologi. 5.2.4 Membuka peluang kepada pelajar bagi mempraktikkan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian tanpa mengira masa dan tempat.

6.0 Metodologi Kajian

6.1

Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut: Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 : Pengenalpastian Isu dan Masalah : Perancangan Tindakan : Pelaksanaan Tindakan : Pemerhatian dan Menganalisis Data : Refleksi dan Penilaian

6.2

Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan seramai 10 orang pelajar tingkatan 1 Pertanian 1 di

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan, Machang, Kelantan.

6.3 6.3.1

Instrumen Kajian Tinjauan masalah Tinjauan masalah dilakukan dengan mengutip data dan mendapatkan maklumat

dalam kelas yang terlibat. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah akan dibuat berdasarkan temubual dengan guru Bahasa Inggeris, temu bual dengan pelajar, rekod markah ujian bulanan, soal selidik kepada pelajar dan pemerhatian.

6.3.2

Temubual dengan Guru Bahasa Inggeris Penyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama tenaga pengajar,

iaitu En Yussof bin Mamat yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi kelas 1 Pertanian 1 dan mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh, mendapat markah sederhana atau markah rendah dalam subjek Bahasa Inggeris. Guru Bahasa Inggeris ini amat terkilan dan kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam subjek bahasa inggeris meskipun pelajar tersebut cemerlang dalam subjek lain. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah:i. Pelajar tidak mempraktikkan pertuturan dalam Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan guru, rakan-rakan mahupun ahli keluarga ii. iii. Pelajar kurang mempunyai minat terhadap pelajaran Bahasa Inggeris Pengaruh persekitaran seperti tidak ada dorongan dan galakan daripada ibu bapa iv. Pelajar tidak biasa membaca maklumat dalam Bahasa Inggeris serta maklumat yang terhad untuk bacaan dan rujukan

6.3.3

Rekod markah ujian bulanan Penyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi

subjek Bahasa Inggeris daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan kebanyakkan pelajar tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Bahasa Inggeris pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun. 6

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Nama pelajar Kamilah binti Kamaluddin Nik Maisarah binti Nik Mood Mohd Lutfi bin Jusoh Mohd Syafiq Aizat bin Masri Nurul Syuhada binti Ramli Nor Syazwani binti Amran Mohd Rhadi bin Mat Nong Nur Amirah binti Jallaluddin Mohd Asyraf bin Amirul Mirah Syafiqah binti Sudin

Peratus 42 42 40 38 38 37 35 35 33 32

6.3.4

Soal selidik

Pengkaji telah memberikan borang soal selidik kepada 10 pelajar yang telah dipilih. Ini bertujuan untuk mengetahui sebab dan faktor yang menyebabkan pelajar mendapat markah yang rendah dalam Bahasa Inggeris.

6.3.5

Pemerhatian Pemerhatian akan dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. Penyelidik menggunakan borang check list yang menyenaraikan tingkah laku murid semasa proses P&P berlangsung. Hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar sikap pelajar terhadap sesi P&P B.I berlangsung.

bil

Kelakuan

Pelajar baris 1

Pelajar baris 2

Pelajar baris 3

Pelajar baris 4

Pelajar baris 5

1.

Berbual

dengan

rakan di sebelah 2. 3. Tidur Mengganggu disebelah 4 Menjawab soalan rakan

yang diajukan oleh guru 5. Bertanyakan soalan

di luar topik yang diajar

Senarai tingkah laku dipilih setelah penyelidik terlebih dahulu telah bertanya kepada guru terbabit mengenai tingkah laku pelajar yang paling ketara sering dilakukan oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

6.3.6 Ujian Pra Ujian pra telah dijalankan sebelum minggu Bahasa Inggeris dilaksanakan iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dan juga di luar kelas selama tiga hari berturutturut dengan dibantu oleh guru Bahasa Inggeris. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat awal tentang tahap dan kadar kekerapan pelajar tingkatan 1 Pertanian 1 berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ujian pra ini dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian tentang penglibatan pelajar tingkatan 1 Pertanian 1. Pemerhatian penglibatan murid terbahagi kepada dua, iaitu di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah. Skala pemarkahan diberikan berdasarkan kekerapan pelajar berbahasa, iaitu apabila pelajar berkomunikasi satu kali maka akan ditandakan 1 dalam borang pemerhatian.

6.3.7

Analisis Ujian Pra

Jadual 1 : Borang Analisis Keseluruhan Ujian Pra Tempat Masa 8.00-9.00pg 9.00-10.00pg Dalam Bilik Darjah (Dalam Waktu Persekolahan) Kekerapan Bertutur Mengikut Jam 2.30-3.30ptg Luar Bilik Darjah (Di luar waktu persekolahan) 4.30-5.30ptg Jumlah 0 6 3.30-4.30ptg 0 1 11.30-12.30pg 12.30-1.30ptg 1 1 10.30-11.30pg Bilangan Murid 2 0 1

Jadual 1 menunjukkan analisis keputusan keseluruhan ujian pra. Daripada 10 pelajar tingkatan 1 Pertanian 1 tersebut kekerapan murid berinteraksi dalam Bahasa Inggeris hanyalah 6 kali dalam satu hari. Melalui jadual tersebut, didapati bahawa masa berinteraksi dalam Bahasa Inggeris yang kerap oleh murid ialah pada jam 8.00 sehingga jam 9.00 pagi, walaupun hanya terdapat 2 kekerapan sahaja dengan ucapan ``Good Morning. Secara keseluruhannya, penglibatan yang ditunjukkan oleh mereka adalah amat kurang memuaskan.

Dalam langkah ini, guru mengedarkan kepada murid beberapa kad imbasan yang tertera padanya ayat-ayat komunikasi Bahasa Inggeris yang mudah. 1. hello! Good morning / afternoon / night, 2. Ahmad, may I borrow your eraser? 3. My name is camelia, 4. 5. I am nine years old, Teacher, may I go out?,

6. hi! I am Hassan, what is your name? 7. Sure, here you are

Pada peringkat ini, guru menunjukkan kad ini kepada murid, guru menyebut dengan jelas apa yang tertera pada kad tersebut, seterusnya meminta murid untuk menyebut semula apa yang dipamerkan kepada murid.

6.4

Metod Analisis a) Temubual: Analisis secara perbincangan tentang faktor yang menyebabkan pelajar lemah Bahasa inggeris. b) Rekod markah ujian bulanan: Analisis markah 10 orang pelajar c) Soal selidik: Analisis tentang pandangan pelajar mengenai subjek Bahasa Inggeris dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian d) Ujian pra: Analisis markah pelajar e) Pemerhatian : Analisis secara perbincangan tentang tindakan tindak balas pelajar semasa pengajaran di dalam kelas

10

7.0 Strategi Tindakan Yang Dicadangkan Hasil pemerhatian dan kajian kumpulan kami ke atas permasalah pertuturan bahasa Inggeris ini, kami telah bercadang untuk menggunakan perisian Audacity sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas sebagai solusi kepada permasalahan Audacity adalah satu perisian komputer yang berfungsi untuk merakamkan dan memainkan semula rakaman suara pelajar dengan jelas dan cepat. Aktiviti rakaman ini hendaklah dilakukan di dalam makmal komputer. Dengan penggunaan perisian ini pelajar boleh memainkan semula rakaman suara tersebut berulang-ulang kali untuk tujuan penambah baikkan rakaman percakapan mereka dan rakaman tersebut boleh juga diperbaiki dan diubah mengikut keperluan pelajar . Audacity hendaklah telah dijalankan di makmal sekolah dan peralatan yang diperlukan ialah komputer, headfone dan perisian Audacity yang boleh dimuat turun di laman sesawang http:audacity.sourceforge.net/download/plugins. Cara menggunakan audacity ialah pelajar mestilah membuka perisian audacity yang telah di muat turun dan menekan butang merakam untuk memulakan rakaman perbualan. Pelajar akan merakam aktiviti yang telah disediakan oleh guru dan pelajar hendaklah menekan butang berhenti apabila hendak menamatkan rakaman perbualan. Perbualan tersebut boleh dimainkan semula apabila di tekan butang main . Pelajar akan dapat mendengar kembali rakaman tadi dan akan dapat mengesan apa jenis kesalahan yang dilakukan apabila mereka bertutur. Rakaman perbualan boleh di ubah sesuai apabila diperlukan seperti memotong bahagian yang tidak diperlukan dengan menggunakan butang cut dan menekan main untuk mendengar rakaman yang telah diubah. Kami mendapati penggunaan audacity di sekolah dapat menarik minat para pelajar untuk menggunakannya kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilakukan di dalam makmal komputer berbanding dengan mata pelajaran lain di mana P&P hanya dilakukan di dalam kelas. Penyelidik juga berpendapat dengan adanya aktiviti luar dari bilik darjah akan dapat menggalakkan lagi minat pelajar untuk menguasai pertuturan bahasa Inggeris dengan baik. Audacity ini juga boleh dilakukan di rumah dan pelajar boleh memuat turunya sendiri. Ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki pertuturan dengan cepat apabila latihan dilakukan di rumah.

11

7.1 Kaedah Pelaksanaan Penyelidik telah menyenaraikan tiga tugasan yang sesuai diberikan kepada pelajar-pelajar. Tugasan diberi seminggu sekali dan format tugasan yang diberikan adalah berbeza untuk setiap minggu. Senarai tugasan yang diberikan adalah : 1. Persembahan Formal: Pelajar diberi satu atikel bertulis dan satu rakaman lisan. Pelajar dikehendaki menyediakan rakaman mereka sendiri berdasarkan artikel dan rakaman lisan yang diberi. Kemudian pelajar diberi masa 2 minit untuk merancang persembahan dan 2 minit lagi membuat rakaman mereka seolah-olah mereka sedang berucap secara formal. 2. Persembahan Tidak Formal: Tugasan ini adalah spontan, pendek dan tidak formal. Pelajar dikehendaki berucap secara spontan selepas guru memberikan tajuk. Contohnya mengenai pendapat mereka pada isu-isu semasa ataupun berkaitan dengan percutian mereka.

3. Simulasi kumpulan: Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Guru akan meminta pelajar bercerita mengenai pengalaman pelajar secara ringkas. Tugasan ini dinilai melalui tiga kateria utama iaitu: 1. Melengkapkan tugasan Merujuk kepada sejauh mana para pelajar menjawab soalan dengan betul atau pelajar beralih ke soalan seterusnya.

2. Memperkembangkan Tajuk- Merujuk kepada bagaimana pelajar memperkembangan topik-topik yang diberikan dengan teratur dan dapat memberikan tindakbalas dengan tepat dan cepat.

3. Penggunaan Bahasa yang betul - Mengukur pengunaan Bahasa Inggeris yang betul dari segi tatabahasa, perbendaharaan kata, sebutan dan kefasihan.

12

8.0 Penutup Cadangan kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kefasihan para pelajar dalam perbualan bahasa Inggeris sekaligus menaikkan markah prestasi pelajar dalam subjek bahasa Inggeris. Melalui cadangan kaedah ini, diharapkan para pelajar dapat membina keyakinan diri untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perbualan seharian mahupun semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Pendedahan awal kepentingan bahasa dunia ini perlu ditekan kepada para pelajar sebagai langkap mempersiapkan diri ke arah dunia globalisasi yang semakin mencabar dan berdaya saing ini.

13

Anda mungkin juga menyukai