P. 1
Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

|Views: 85|Likes:
Dipublikasikan oleh SyuHada SaKeri

More info:

Published by: SyuHada SaKeri on Oct 02, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/02/2013

pdf

text

original

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 2 Arif Tarikh : 29 April 2008 Masa : 60 minit ( 9.15am-10.15am) Bilangan Murid : 40 orang Tajuk : Kebersihan Dan Kesihatan Diri Objektif : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat : I. Membaca petikan pantun bertajuk ‘ Membersihkan Diri’ dengan sebutan, intonasi, rima, dan irama yang sesuai. II. Bersoal jawab untuk menyatakan isi yang berkaitan dengan tajuk petikan ‘Makanan Yang Berkhasiat’. III. Membina soalan menggunakan pelbagai kata tanya berdasarkan gambar yang diberi Fokus Utama : 5.1 Menyanyi dan melakonkan puisi dengan betul mengikut sebutan, intonasi, rima, dan irama yang sesuai serta memahami perkara yang dibaca Aras : 3 (i) membaca petikan dengan nada yang betul dan menarik. Fokus Sampingan : 1.5 Menyampaikan semula isi yang terdapat dalam petikan yang dibaca Aras : 2 (i) menerangkan semuala maklumat yang terdapat dalam petikan Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca da dan menulis Sistem Bahasa : Tatabahasa : membina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai .

Pengisian Kurikulum :

a) Ilmu PJPK dan Sains b) Nilai Murni : menjaga kebersihan dan kesihatan diri c) Kemahiran Bernilai Tambah : KBKK (menghubungkait) Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik dan kinestatik Strategi : kontekstual, direktif, metakognitif Pengetahun Sedia Ada : Pernah dan tahu : -membina ayat -pengalaman harian membersih dan menjaga kesihatan diri Bahan Bantu Belajar : Petikan Puisi Membersihkan Diri Lembaran Pengurusan Grafik Lembaran Kerja Instrumen Penilaian Kemahiran Membaca MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi (5 minit) Soalan : 1. Apakah yang kamu gunakan untuk membersihkan gigi? 2. Bagaimana kamu membersihkan badan? 3. Kenapa kamu membersihkan diri? • Guru menunjukkan gambar mengenai kebersihan diri • Guru bersoal jawab mengenai gambar kebersihan diri • Guru mengaitkan tajuk pelajaran BBM : Gambar cara membersihkan diri Nilai : menjaga kebersihan diri Langkah 1. (20 minit) Rujuk Lampiran A Petikan Puisi Membersihkan Diri • Guru memperdengarkan petikan puisi Membersihkan Diri • Kelas dibahagikan kepada empat kumpulan, dan murid diminta membaca petikan puisi secara senyap • Setiap kumpulan diberikan satu rangkap puisi dan dibaca mengikut urutan Kumpulan 1 : Rangkap pertama Kumpulan 2 : Rangkap kedua

Kumpulan 3 : Rangkap ketiga Kumpulan 4 : Rangkap Keempat • Guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan puisi yang telah dibaca

BBM : Petikan Puisi Borang Instrumen Penilaian Strategi : Direktif Kontekstual Langkah 2 (20 minit) Rujuk lapiran B dan lampiran C Petikan Arifa Cerdas Petikan Makanan Berkhasiat Kumpulan 1 : Petikan Arifa Cerdas Kumpulan 2 : Petikan Makanan Berkhasiat • Kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan • Setiap kumpulan diberikan satu lembaran kerja yang berbeza • Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugas-tugas mengikut lembaran kerja masing-masing • Setiap kumpulan diminta membentangkan setiap tugasan yang diberi KB: Penyelesaian masalah KP: Verbal linguistik BBB: Petikan arifa Cerdas dan makanan Yang Berkhasiat Strategi : Kontekstual Metakognitif Nilai : menjaga kebersihan dan kesihatan diri

Langkah 3 (10 minit) Rujuk lampiran D Tatabahasa • Kata tanya • Guru membekalkan gambar berkaitan dengan kebersihan diri • Secara berpasangan murid diminta membina soalan berdasarkan setiap gambar menggunakan kata tanya yang sesuai Strategi : Direktif Nilai : Kerjasama Penutup (5 minit) Penutup kognitif: Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini? • Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari • Guru membuat penutup sosial • Murid membaca semula petikan puisi Membersihkan Diri Nilai Murni: menjaga kebersihan diri

Bahan Bantu Mengajar 1. Pantun Pucuk paku daun selasih, Dibeli dari kedai Pak Hadi, Kalau mahu diri bersih, Bangun tidur terus mandi. Pergi ke hulu dengan Pak Utih, Mencari kayu dengan kelapa, Kalau mahu gigi yang putih,

Gosok selalu janganlah lupa. Dari hulu pergi ke Bangi, Hendak membeli pisang embun, Kalau mahu berbadan wangi, Ketika mandi gunakan sabun. Naik perahu ke Tanjung Pura, Makan laksa di tanjung Dahan, Kalau mahu hidup sejahtera, Setiap masa jaga kebersihan.

2. Petikan Teks Membersihkan Diri Nyanyi dan lakonkan Pucuk paku daun selasih, Dibeli dari kedai Pak Hadi, Kalau mahu diri bersih, Bangun tidur terus mandi. Pergi ke hulu dengan Pak Utih, Mencari kayu dengan kelapa, Kalau mahu gigi yang putih, Gosok selalu janganlah lupa. Dari hulu pergi ke Bangi, Hendak membeli pisang embun, Kalau mahu berbadan wangi, Ketika mandi gunakan sabun. Naik perahu ke Tanjung Pura, Makan laksa di tanjung Dahan, Kalau mahu hidup sejahtera, Setiap masa jaga kebersihan.

Lampiran a) Arif Yang Rajin Lihat dan soal Soal kawan kamu tentang gambar di bawah. Gunakan kata tanya apa, bila, siapa, mengapa, dan di mana.

b)Makanan yang Berkhasiat Baca dan bincangkan Kita mesti makan makanan yang berzat dan berkhasiat. Ikan, daging, sayur, susu, telur, dan buah-buahan ialah makanan yang berzat dan berkhasiat. Makanan ini penting untuk mengelakkan penyakit dan membantu pembesaran tubuh. Makanan ini bukan hanya untuk mengalas perut, tetapi juga untuk menyihatkan dan menguatkan tubuh.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->