Anda di halaman 1dari 15

KKBI ILMU PENDIDIKAN TAJUK : (3)

SOALAN :

Motivasi ( Konsep; jenis-jenis; Teori keperluan Maslow; Teori Behavioris Skinner/ peneguhan; kesan motivasi kepada murid; kebimbangan; perubahan sikap; ingin tahu, fokus kawalan, putus asa/learned helplness, persekitaran murid, cara-cara guru meningkatkan motivasi murid; meningkatkan P&P,pembelajaran koperatif & kolaboratif,peneguhan positif & negative, implikasi motivasi dalam proses P&P ;sebelum,semasa,selepas.)

RUMUSAN TAJUK-TAJUK DALAM TAJUK MOTIVASI :


KONSEP MOTIVASI

IMPLIKASI MOTIVASI TERHADAP P&P

JENIS2 MOTIVASI

MOTIVASI
KESAN MOTIVASI KE ATAS MURID FAKTOR2 YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI

CARA2 GURU MENINGKATAN MOTIVASI MURID

TEORI2 YANG BERKAITAN DENGAN MOTIVASI

Rajah 1

MOTIVASI
KONSEP MOTIVASI Motivasi ialah minat murid dalam tugas-tugas akademik dan bahan pembelajaran akademik.

JENIS-JENIS MOTIVASI MOTIVASI EKSTRINSIK : diasaskan oleh ahli-ahli behaviouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda.

MOTIVASI INTRINSIK : diasakan oleh mazhab kognitif, menekankan faktor-fakto seperti azam diri, rasa ingin tahu, cabaran dan usaha.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI

Kepercayaan seseorang tentang kebolehan untuk melakukan sesuatu atau Berjaya.


Minat seseorang untuk melakukan sesuatu. Rasa ingin seseorang untuk mencari yang lebih tentang sesuatu. Keperluan untuk memperolah maklumat atau menyelesaikan masalah.

TEORI PEMBELAJARAN BERKAITAN MOTIVASI DAN IMPLIKASINYA


Estiteka
Keperluan untuk mengalami & memahami keindahan

Keperluan untuk mengetahui Keperluan untuk kesedaran diri

Rasa ingin tahu, keperluan untuk memuridi dunia

Berusaha untuk menggunakan secara penuh dan mengeksploitasikan bakat & keupayaan

keperluan untuk harga diri Keperluan untuk kasih sayang dan rasa kepunyaan Keperluan untuk keselamatan

Hormat diri, rasa kecukupan, kecekapan

Kasih saying, rasa diperlukan

Keinginanuntuk keselamatan

Keperluan fsikologi

Makanan, minuman, tidur & perlindungan

KONSEP ASAS TEORI KEPERLUAN MASLOW

Rajah 2

TEORI PEMBELAJARAN BERKAITAN MOTIVASI DAN IMPLIKASINYA

Rajah 3

TEORI PEMBELAJARAN BERKAITAN MOTIVASI DAN IMPLIKASINYA

Rajah 4

TEORI PEMBELAJARAN BERKAITAN MOTIVASI DAN IMPLIKASINYA

RUMUSAN TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

Pembelajaran berlaku melalui pelaziman.

Peneguhan positifransangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak balas pelajar.

Peneguhan negatifdiberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diigini.

Dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.

Rajah 5

CARA GURU MENINGKATAN MOTIVASI MURID


Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif adalah satu cara untuk meningkatkan motivasi dikalangan murid.Secara umumnya, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Dibawah ialah antara maksud pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif :

CARA GURU MENINGKATAN MOTIVASI MURID

Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif. Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.
2. Tanggungjawab individu: Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran. 1. Ganjaran Kumpulan : Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

KESAN MOTIVASI KEATAS MURID

3. Peluang yang sama untuk berjaya: Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masingmasing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.

Rajah 6

CIRI-CIRI UTAMA PEMBELAJARAN KOLABORATIF


CARA GURU MENINGKATAN MOTIVASI MURID

Rajah 7

CARA GURU MENINGKATAN MOTIVASI MURID

RUMUSAN DARI RAJAH

Pembelajaran kolaboratif mempunyai ciri-ciri utama, antaranya, seperti berikut; Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid cth maklumat hasil carian internet dikongsi bersama. Perkongsian kuasa antara guru dan murid empowerment kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru, menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan pengurusan grafik dll. Guru sebagai mediators bantu murid mengaitkan maklumat baru yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru. Kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesama rakan sebaya dan guru.

KESAN MOTIVASI KE ATAS MURID

Ahli-ahli kumpulan diberi peluang berkomunikasi secara selesa dan selamat serta dapat meluahkan perasaan sesama sendiri ketika menjalani pelbagai aktiviti. Menurut Myrick dan Dixon (1985) yang menyatakan bahawa ahli-ahli dalam kumpulan merasa tidak keseorangan dengan masalah yang mereka hadapi dan akhirnya menjadikan mereka lebih bermotivasi. Wan Izuddin (1991) menyatakan bahawa sesuatu kumpulan dapat memberikan identiti dan harga diri serta memenuhi keperluan individu kepada rasa ingin diperlukan dan rasa ingin memberi sumbangan. Tindak balas ahli-ahli kumpulan adalah penting kerana menggalakkan mereka memahami perlakuan diri sendiri dan cuba membaikinya. Atkinson (1964) menyatakan bahawa motivasi pencapaian boleh berlaku disebabkan dua motif iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan motif untuk mengelak kegagalan. Individu yang mempunyai motif mencapai kejayaan memerlukan persaingan dan keseronkan.

IMPLIKASI MOTIVASI DALAM P&P

Setiap penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran harus dibimbing agar murid-murid terus menjadi aktif dan bermatlamat tinggi untuk mencapai kemajuan diri mereka. Tunjukkan kepada murid-murid bahawa pencapaian matlamat dapat meningkatkan harga diri serta penghormatan diri. Bagi murid-murid yang lemah, harus dimulakan dengan matlamat yang senang dicapai. Ini memberi kesempatan bagi mereka untuk menikmati perasaan kejayaan. Guru berperanan penting untuk meningkatkan motivasi murid terutamanya dalam bilik darjah, antaranya; i) Suasana pengajaran dan pembelajaran ii) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif iii) Pengukuhan semula

IMPLIKASI MOTIVASI DALAM P&P

Diluar bilik darjah pula, guru perlu mengadakan kursus atau kem motivasi bagi muridmurid yang rendah aras motivasinya. Adakan ceramah, pergaulan, dan interaksi dengan murid- murid berpencapaian tinggi. Sesi kaunseling juga boleh dikelolakan bagi tujuan tersebut. Apa sahaja aktiviti yang dilakukan tekankan kepada keperluan, minat serta perasaan ingin tahu murid-murid melalui tugasan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti, bahan, matlamat, persaingan sihat,dan contoh-contoh untuk diteladani yang akan membenarkan setiap murid-murid menikmati keseronokan, kepuasan, mendapat perhatian, penerimaan, pujian, keistimewaan dan ganjaran.

Rujukan :

Mok Soon Sang ( Jun 2008) : Psikologi pendidikan dan pedagogi murid dan alam belajar : Penerbitan Multimedia SDN BHD.: Puchong. Mok Soon Sang ( May 2003) : Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Rendah : Kompenen 1 & 2) Psikologi pendidikan dan pedagogi : Kumpulan Budiman SDN BHD : Subang Jaya Abdullah Hassan & Ainon Mohd.( 2003 ) : Guru Sebagai Pendorong Dalam Bilik Darjah : PTS Publications & Distrubutors SDN BHD : Bentong,Pahang. http://hisham-mualim.blogspot.com/2011/02/pembelajaran-koperatif-dan-kolaboratif.html http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2005/sidekUPM.pdf