Anda di halaman 1dari 19

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 1.0 PENGENALAN Bahasa Jiwa Bangsa.

Menurut Othman Ismail ( 2006 ), dalam tulisan rencananya di dalam Berita Harian Bahasa Penjana Minda, menyatakan bahawa bahasa menunjukan bangsa. Kata- kata tulisannya menimbulkan persoalan di minda pembaca untuk memikirkan adakah bahasa Melayu begitu bersesuaian untuk melambangkan kewujudan bangsa Malaysia pada hari ini khasnya dalam arus globalisasi. Hari ini, begitu banyak persoalan wujud untuk membincangkan adakah Bahasa Melayu mampu mengekalkan penggunaanya dan bersaing dengan bahasa lain terutamya Bahasa Inggeris dalam mengejar arus pemodenan atau zaman teknologi dimana sering dinyatakan dunia tanpa sempadan. Bahasa Melayu sebenarnya telah melalui beberapa peringkat atau zaman dan ianya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat secara umumnya. Ahli bahasa telah memberikan tiga peringkat tersebut iaitu bermula dengan peringkat Bahasa Melayu kuno, peringkat Bahasa Melayu klasik, peringkat zaman pemodenan Bahasa Melayu. Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu yang telah melalui beberapa zaman, adalah tidak wajar sekiranya ada segelintir pandangan yang mengatakan Bahasa Melayu tidak mampu untuk menyangi bahasa- bahasa lain di dunia. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menafikan bahawa Bahasa Melayu kini menghadapi cabaran dalam fungsinya sebagai wahana penyampaian ilmu di dalam pelbagai bidang terutamya bidang teknologi maklumat. Menurut Rosiah Othman ( 2011 ), dalam penulisanya mengenai Cabaran Bahasa Melayu dalam Era Globalisasi menyatakan, negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Oleh yang demikian, dalam penulisan seterusnya, kita akan mengulas dan berbincang mengenai apakah faktor-faktor yang membawa kepada kehilangan upaya bahasa Melayu dalam bersaing dengan bahasa lain serta apakah peranan- peranan yang diperlukan daripada golongan intektual dalam memperkasa dan memperkuatkan Bahasa Melayu untuk mampu bersaing dengan bahasa- bahasa lain dalam arus globalisasi masa kini dan seterusnya.

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 2.0 PERBINCANGAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BAHASA MELYU HILANG UPAYA UNTUK BERSAING DENGAN BAHASABAHASA LAIN. 2.1 Sejarah Pendidikan Negara Ini merupakan salah satu faktor yang menarik untuk diperbincangan. Jika kita melihat sejarah pendidikan negara kita pada zaman sebelum kemerdekaan atau lebih tepat lagi pada zaman pra kemerdekaan ( sekitar tahun 50-an ), peristiwa- peristiwa memberikan kesan dan impak yang besar kepada Bahasa Melayu. Menurut Puteri Roslina ( 2008 ), beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan dan jawatankuasa tersebut telah menghasilkan laporan berikut : pada waktu itu

i.
ii. iii. iv.

Laporan Barnes 1951 Laporan Fenn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Razak 1956

Tidak dapat dinafikan bahawa hasil laporan tersebut memberikan kesan yang positif kepada bahasa Melayu, namun jika diperhalusi ianya memberikan kesan negatif terutamanya hasil daripada Laporan Fenn-Wu 1951 yang terhasil akibat ketidakpuasaan terhadap Laporan Barnes 1951. Masyarakat cina beranggapan bahasa Melayu mudah dipelajari dan menentang pembubaran pendidikan venarkular cina. Rentetan daripada itu terhasillah Ordinan Pelajaran 1952 ( Penyata Pelajaran 1952 ) untuk mewujudkan sistem pelajaran baru iaitu menubuhkan sekolah kebangsaan dalam aliran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta boleh mewujudkan sekolah Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa perantara masing-masing jika terdapat 15 orang murid atau lebih. Persoalannya, adakah sekolah aliran Cina dan Tamil yang dikenali sebagai sekolah jenis kebangsaan cina ( SJK ( C ) ) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil ( SJK ( T ) ) pada hari ini, benar-benar dapat melahirkan pelajar dan warga Malaysia yang memertabadkan Bahasa Melayu?. Kewujudan aliran sekolah ini jelas menyebabkan bahasa Melayu tidak mampu bersaing dengan bahasa asing kerana tidak mendapat sokongan menyeluruh terutamanya

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu masyarakat monoriti di Malaysia walau pun asal kewujudan sekolah tersebut adalah demi perpaduan bangsa Malaysia. kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar. Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling mengenal. Mior ( 2011 ) Menurut Mior Khairu Azrin ( 2011 ), .......hubungan antara bangsa yang berbeza terhenti kerana di rumah mereka hanya bergaul dengan keluarga, bahasa yang digunakan adalah bahasa ibunda....... Bagaimana Bahasa Melayu ingin bersaing, sekiranya penggunaannya terhad terhadap sesuatu kaum sahaja dan penyataan menggambarkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi seolah-olah retorik yang diperbesar-besarkan. Untuk menjadi bahasa yang mampu bersaing dengan bahasa lain, Bahasa Melayu mestilah menjadi bahasa pengantara dalam segala urusan sama ada rasmi mahu pun tidak rasmi dan bukan sekadar tertulis didalam klausa semata-mata. Ini dapat dilihat apabila penggunaan Bahasa Melayu hanya melibatkan jika berlaku komunikasi antara individu bumiputera dengan bukan bumiputera dan adakalanya bila bukan bumiputera berkomunikasi di antara mereka, penggunaan Bahasa Inggeris digunakan atau bahasa ibunda mereka. Kesan sejarah pendidikan inilah memberikan kesan yang besar terhadap Bahasa Melayu dan menyukarkan untuk Bahasa Melayu untuk bersaing dengan bahasa asing serta menjadi pertalian yang berkaitan dengan faktor- faktor yang lain mengenai kehilangan keupayaan Bahasa Melayu untuk bersaing dengan bahasa asing. Khairul Azrin

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

2.2 Sistem Pendidikan Apabila sistem pendidikan ingin dikupas didalam perbincangan ini, sudah pasti beberapa kepincangan di dalam sistem pendidikan negara akan dinyatakan dan bukan untuk membuka pekung sendiri tetapi perlu dilihat ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara dalam melahirkan insan yang simbang serta meletak Bahasa Melayu di tempat yang betul selaras dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan bukan semata-mata menjadi klausa di dalam perlembangaan negara yang tidak benar-benar difahami. Kewujudan beberapa aliran sekolah telah dikupas sebelum ini, yang juga melibatkan sistem pendidikan negara. Oleh itu, marilah kita melihat isu-isu yang berlaku dalam lingkungan sepuluh tahun sebelum ini yang menjadi pemakin kehilangan keupayaan Bahasa Melayu yang tercetus daripada sistem pendidikan negara.
2.2.1 Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI )

Dasar PPSMI ini adalah hasil daripada pemikiran jauh pemimpin negara pada waktu itu yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri yang mengharapkan generasi muda dapat menguasai ilmu sains dan teknologi yang dikaitankan dengan Bahasa Inggeris. Buah fikiran beliau adalah baik, namun dari perlaksaannya dirasakan terlalu drastik dan tidak mengkaji secara mendalam kesan jangkamasa panjang terhadap Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan dasar PPSMI ini sejak 2003 berdasarkan persetujuan jemaah menteri. Keputusan yang diambi litu adalah salah satu langkah ke hadapan yang sangat pragmatik selaras dengan Wawasan 2020 untuk mezahirkan Malaysia sebagai negara maju mengikut acuan sendiri. ( Utusan Malaysia, 3 Mac 2009 )

PPSMI telah dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 1 dan tingkatan 1. Maka bermulalah mata pelajaran Sains dan Matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris. Ekoran daripada peristiwa ini, peranan Bahasa Melayu selaku bahasa keilmuan seolah-olah dipinggirkan.

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Walau pun akhirnya PPSMI ini dimansuhkan apabila mendapat tentangan daripada pakar-pakar Bahasa Melayu serta para cendiakawan termasuklah Profesor Datuk Asmah Hj Omar serta Profseor Diraja Unkgu Aziz ianya memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Nuruh Himmah Kassan dalam tulisanya yang bertajuk Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Perpaduan dan Pembangunan , menyatakan dalam persaingan globalisasi hari ini, seluruh pelosok masyarakat dari peringkat atas hingga ke bawah merasai keperluan untuk mempelajari dan menguasai bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Namun dalam hal ini sebahagian dari rakyat Malaysia tidak berkeyakinan dengan bahasa Melayu itu sendiri sehingga ia dipinggirkan terus dan celaru bagaimana untuk mempertahankan bahasa ibunda. Jelas daripada penyataan itu sudah cukup menggambarkan bahawa rakyat Malaysia itu sendiri tidak berkeyakinan dengan Bahasa Melayu itu sendiri. Ianya juga mengambarkan seolah- olah Bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ke arah pembangunan negara terutamanya dalam era teknologi masa kini. Adanya tanggapan yang sedemikian menyebabkan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia ingin melaksanakan dasar PPSMI pada waktu itu inyanya mendapat sokongan daripada sesetengah pihak. Adalah tidak adil dan wajar sekiranya kita beranggapan penyebab kita masih dibelakang di dalam bidang sains dan teknologi disebabkan oleh bahasa penghantar iaitu Bahasa Melayu kerana terdapat institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) dan Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sejak sekian lama dan telah melahirkan para graduan yang cermerlang. Rumusan daripada isu dasar PPSMI ini, sudah pasti ianya menjadi salah satu faktor penyebab kehilangan keupayaan Bahasa Melyu untuk bersaing dengan bahasa lain kerana peranan Bahasa Melayu itu sebagai bahasa ilmu sudah tidak diyakini sendiri oleh mojoriti penduduk negara ini adalah berbangsa Melayu. Tambahan pula, istilah-istilah asas dalam Sains dan Matematik itu perlu diberikan pendedahan kepada pelajar dalam Bahasa Melayu agar lebih mudah difahami. Kita tidak menafikan peranan Bahasa Inggeris itu sebagai bahasa

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu kedua negara ini, namun pada peringkat asas hingga sekurang-kurangnya peringkat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), penggunaan istilah dalam Sains dan Matematik perlu di dalam Bahasa Melayu agar memberikan kesan ke arah perkembangan Bahasa Melayu itu sendiri. Dasar PPSMI itu sendiri dengan jelas telah menyebabkan tahap pemahaman pelajar terutamnya dalam penggunaan istilah Sains Dan Matematik menjadi merosot . Perkara ini mungkin dapat dielakan jika ianya menggunakan bahasa penghantar Bahasa Melayu .

2.3 Sikap Masyarakat 2.3.1 Tidak Berbangga dengan Bahasa Melayu Jika ditanya kepada orang ramai, adakah anda fasih berbahasa Melayu ?, ada sesetengahnya tanpa rasa segan silu menjawab ya. Tetapi apabila ditanya adakah anda boleh berbahasa Inggeris ?, untuk menjawab tidak, menjadi amat berat mulut untuk menjawab kerana terasa amat malu jika tidak dapat boleh berbahasa Inggeris. Terdapat juga kaum di Malaysia yang beranggapan jika mereka dapat berbahasa Inggeris maka tahap atau kuota diri dalam kaum mereka akan berada dalam hasta yang lebih tinggi. Bagi kaum bumiputera pula, ada tanggapan sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran tetapi tidak dapat berbahasa atau berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik, mereka juga merupakan orang dalam golongan kelas kedua. Ini bukan tanggapan atau perspektif yang sengaja di adaadakan. ............lantaran kaum Melayu yang telah menguasai ilmu tertentu melalui bahasa asing seperti bahasa Inggeris telah tergila-gila sangat akan kemampuan bahasa itu, mereka mula terasa malu dan malas bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu . ( Artikel Penulisan Suara Anum Bahasa Melayu Bahasa Kita )

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

2.3.2

Mencampur Aduk Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris Sejarah dengan jelas menunjukan Bahasa Melayu sering menerima cabaran dalam

usaha pengembangan.Cabaran utama alaf ini bagi Bahasa Melayu ialah persaingan dengan Bahasa Inggeris. Hal ini jelas dengan adanya sesetengah anggota masyarakat kita di Malaysia yang gemar mencampur aduk penggunaan Bahasa Melayu bersama Bahasa Inggeris. Menurut Farid M.Onn (1992), banyak tanda-tanda negatif yang dapat dikesan terhadap Bahasa Melayu. Antaranya ialah ragam dan gaya penggunaan bahasa yang tidak teratur, kalimat yang tidak gramatis, mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, penggunaan katakata asing secara sewenang-wenangnya, dan sebagainya. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana bagaimana Bahasa Melayu ingin menjadi bahasa yang berpengaruh sekiranya penggunaan bahasa yang salah dan lemah dari segi nahu dan tatabahasanya.

2.3.3Pengaruh Ahli Politik dan Orang Berpengaruh


Kupasan perbincangan ini bukanlah seolah-olah ingin meletakan semua kegagalan Bahasa Melayu bersaingan dengan bahasa lain menjadi penyebabnya. Tetapi kebanyakan ahli- ahli politik adalah orang yang sering keluar di media massa dalam mengupas sesuatu isu. Ada segelintir daripadanya tidak fasih berbahasa Melayu dan ada juga segelintir daripadanya lebih gemar menjawab dalam Bahasa Inggeris apabila diajukan soalan oleh wartawan. Perkara ini diperhatian dan menjadi ikutan oleh masyarakat, terutamanya jika ahli politik tersebut menjadi idola atau ikon mereka terutamanya oleh para penyokongnya sendiri. Sekali lagi, kita tidak menafikan Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua negara kita, namun janganlah penggunaannya melebihi bahasa utama iaitu Bahasa Melayu itu sendiri. Bagaimana ingin menimbulkan rasa bangga terhadap bahasa kita sekiranya ianya tidak disemai di hati. Apa yang mendukacitakan adalah orang politik ini bisa membuat keputusan untuk sesebuah negara seperti jawatan Perdana Menteri. Kenyatan di bawah yang dipetik daripada

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Utusan Malaysia, jelas memperlihat pengaruh orang politik dan seperti Perdana Menteri yang akhir menjadi kenyataan dengan mewujudkan dasar PPSMI pada tahun 2003.

Perdana Menteri sebagaimana dilaporkan oleh media elektronik pada malam Disember 1994 dan media cetak pada 3 maju dengan merujuk kepada jelas tentang hal itu. Malahan beliau memberikan pilihan kepada rakyat sama ada ingin pentingnya Bahasa Inggeris atau terus mempertahankan warisan bangsa (bahasa Melayu) tetapi mundur. (Utusan Malaysia, 3 Disember 1994)

Disember 1994 telah memberikan bayangan yang

Begitu juga dengan orang-orang yang berpengaruh yang lain seperti ahli sukan, ahli perniagaan atau ketua- ketua sesuatu agensi yang sering menggunakan bahasa kedua apabila menjawab sesuatu isu. Contoh yang amat ketara serta amat mengecewakan yang melibatkan sukan ialah acara badminton . Jika diperhatikan, ketika waktu rehat iaitu waktu yang diberikan kesempatan oleh pengadil untuk pemain bertemu dengan jurulatih, mereka berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda mereka dan bukan Bahasa Melayu, walhal rancangan tersebut di siarkan dan ditontoni di seluruh dunia. Ini berbeza dengan pemainpemain badminton Indonesia, yang menggunakan Bahasa Melayu Indonesia walaupun pemain tersebut bukan berasal daripada bangsa Melayu.

2.3.4

Berfikiran Sempit Terhadap Bahasa Melayu Apabila menyebut Bahasa Melayu, seolah-olah gambaran yang terpampang adalah

untuk orang Melayu sahaja. Menurut satu artikel Suaranum, Gara-gara arena politik, ekonomi, sosial dan pendidikan dipisahkan menurut garisan perkauman, bahasa Melayu yang sebenarnya bersifat kepelbagaian telah dikambing-hitamkan dan turut disempitkan sebagai bahasa kebangsaan kaum Melayu sahaja.

Akibatnya penulis artikel tersebut berpandangan bahawa Bahasa Melyu telah gagal memelayukan budaya Tionghua dan India ke dalam pangkuan Melayu. Jadi bahasa

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Melayu hanya menjadi bahasa pengantaraan umat Islam, yang kebetulan kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu.

Pandangan dan pemikiran sempit dikalangan rakyat Malaysia inilah mendorong Bahasa Melayu gagal untuk bersaing dengan bahasa- bahasa lain di dunia. Walhal, dari segi sejarah, Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca empayar kesultanan Melaka. dan dipelajari oleh orang asing sewaktu

2.4 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka


Dewan Bahasa dan Pustaka atau lebih dikenali sebagai DEB merupakan satu badan yang dipertanggunjawabkan untuk mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sewaktu awal penubuhannya pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru di mana pada waktu itu dikenali sebagai Balai Bahasa. Kini tugas yang digalas oleh DEB adalah lebih menyeluruh dalam memelihara keutuhan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang Bahasa Melayu dan antaranya menerbitkan buku-buku dan menterjemah buku ilmiah.

Dewan

Bahasa

dan

Pustaka

(DBP)

adalahbertanggungjawab

untuk

memaju

dan

memperkayakan bahasa Melayu kita (Kamarudin Husin& Siti Hajar Abdul Aziz, 1999).

Lantas, perkara yang menyebabkan kegagalan Bahasa Melayu untuk bersaing dalam bahasa asing adalah salah satu penyebabnya adalah daripada DEB itu sendiri. Kegagalanya badan berkanun ini untuk menterjemahkan dan menerbitkan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu yang banyak setiap tahun menyebabkan kita masih lagi menggunakan buku-buku berbahasa Inggeris sebagai rujukan terutamanya di pusat pengajian tinggi. Perkara ini amat berbeza di negara Jepun yang mampu membuat penterjemahan yang begitu banyak bukubuku berbanding Malaysia pada setiap tahun. Menurut Bukhari ( 2009 ), dalam konteks Dasar Buku Negara usaha memperkasakan Bahasa Melayu masih belum dapat dibanggakan kerana jumlah penerbitan buku terutama

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu buku judul umum oleh penerbit tempatan secara umumnya masih lagi rendah berbanding dengan Korea Selatan, Jepun dan China. Selain itu, usaha penterjemahan daripada bahasa asing kepada Bahasa Melayu juga masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Usaha ini perlulah diteruskan serta dimantapkan lagi untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah, selaras dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan yang tersendiri dan sejajar dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang termaktub di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

2.5 Pengaruh Media


Hari ini peranan yang dimainkan media amat penting dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat. Namun begitu, terdapat sesetengah media elektronik yang disifatkan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu (PPBMM) semakin merosot kualitinya. Ini juga merupakan faktor penyebab Bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa asing yang lain. Menurut Presidennya Prof Madya Dr.Hashim Othman, pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program televisyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini. Contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan kata ganti nama pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa rasa sopan dan hormat. Penggunaan kata ganti seperti kita orang, kau orang, dan dia orang yang merujuk kepada ganti nama kami, kalian dan mereka, yang kini meluas diguna dalam drama terbitan stesen televisyen berbayar. Perlu di ketahui bahawa siaran tersebut ditontoni dan didengar oleh semua lapisan umur, bangsa dan masyarakat. Sekiranya rancangan tersebut tidak menggunakan laras bahasa yang betul, ianya akan memberikan kesan buruk terhadap perkembangan Bahasa Melayu terutamanya kanak-kanak yang sedang melalui proses perkembangan bahasa. Penggunaan Bahasa Melayu pada laras, tatabahasa, sintaksis yang tepat dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar dan masyarakat.

2.6

Peranan Pejuang Bahasa Melayu

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Tidak boleh dinafikan terdapat para cendiakawan Bahasa Melayu yang berjuang untuk memertabatkan Bahasa Melayu. Namun ianya hanya segelintir sahaja yang benar- benar ingin mendaulatkan Bahasa Melayu dan selebihnya boleh di anggap tidak begitu serius dalam memperjuangkan Bahasa Melayu. Ini dapat dilihat dengan kegagalan golongan pejuang bahasa ini untuk mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik sehingga dasar PPSMI dilaksanakan pada tahun 2003 di sekolah rendah. Hasilnya dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut. Ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu walau pun dasar PPSMI ini akan berakhir pada 2012 namum ianya seolah-olah merentap hak Bahasa Melayu selaku bahasa ilmu. Kadang kala timbul persoalan mengapa pejuang Bahasa Melayu tidak membantah penggunaan istilah-istilah asing seperti Parcel, Presint, dan Boulevard digunakan secara meluas di Putrajaya.

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

3.0 PERANAN GOLONGAN

INTELEKTUAL

DALAM

MEMPERKASA

BANGSA MALAYSIA MELALUI BAHASA MELAYU Sesebuah negara yang didiami oleh pelbagai bangsa sudah pasti mempunyai pelbagai budaya dan cita rasa yang berbeza. Negara seperti Malaysia sememangnya unik kerana terdapat tiga bangsa yang utama iaitu bangsa Melayu, bangsa Cina dan bangsa India yang hidup rukun bersama. Antara ejen perpaduan yang menjadi pertahanan kerukunan ini adalah salah satunya melalui bahasa iaitu Bahasa Melayu. Atas tujuan itu, memertabatkan memperkasa Bahasa Melayu adalah amat penting agar perpaduan sejak sekian lama ini dapat diteruskan dan dirapatkan lagi. Menurut Institut Terjemahan Negara Malaysia atau ITNM ( 2010 ), Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama dunia khususnya bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Untuk mencapai kedudukan ekonomi yang tinggi dan negara berpendendapatan tinggi, perpaduan antara kaum yang membentuk negara Malaysia yang setabil adalah amat diperlukan. Bagaimana ingin mencapai negara maju sekiranya sering berlaku kekacauan dan perbalahan antara kaum?. Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai peranan yang boleh dilakukan oleh para intelektual dalam memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu, kita lihat terlebih dahulu definisi intektual terlebih dahulu. Menurut Kamus Bahasa Malaysia BaruEdisi Terhad ( 2008 ), intelektual bermaksud orang (kaum, golongan) terpelajar, cerdik pandai, cendekiawan dan mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berfikir ( menggunakan akal budi). Ini bermakna, individu, kaum atau golongan yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk berfikir serta beroleh manfaat atau kejayaan atas apa pandangan atau perkara yang dilakukan hasil kebijaksaannya adalah boleh digolongkan sebagai intelektual. Contohnya, para sasterawan, doktor, peguam, usahawan berjaya, para pemikir, pensyarah,

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu guru dan orang-orang tergolong sebagai cerdik pandai dalam bidang yang diceburi. Erti kata lain yang mudah untuk difahami golongan intelektual ini ialah mereka terdiri daripada golongan profesional. Namun begitu, dalam isu memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu ini, tanggapan kita tidak harus kita sempitkan. Sememangnya tepat sekiranya, golongan ini diberikan peranan dalam memperkasa bangsa Malaysia melalui pendekataan bahasa iaitu Bahasa Melayu. Kita akan mengupas peranan intelektual ini daripada beberapa sudut.

3.1 Membuat Kajian dan Penyelidikan Sebagai golongan cerdik pandai, golongan ini mestilah membuat lebih banyak kajian mengenai perana Bahasa Melayu sebagai agen perpaduan. Peranan Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi sememangnya tidak boleh dipertikai kerana ianya termaktub di dalam Perlembangaan Malaysia, Perkara 152 (1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Pada waktu ini, kajian para cendiakawan ini bukan lagi untuk memfokuskan kepada peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi seharusnya kajian yang lebih menjurus kepada menggalakan bangsa Malaysia menggunakan Bahasa Melayu secara maksimum dalam kehidupan harian mereka. Kajian juga mestilah mencari kaedah yang sesuai agar bangsa Malaysia sedar, kita seharusnya mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang utuh. Perkara ini akan mengukuhkan lagi hubungan kaum di negara ini sebagai bangsa Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai asas perpaduan dan bukan semata- mata terletak pada Perlembangaan Negara . Menurut Mohd. Tajudin Abdul Rahman (1996), aktiviti penyelidikan merupakan sesuatu yang dapat membawa kepada pengembangan dan perubahan. Oleh yang demikian, para intelektual sewajarnya membuat penyelidikan yang mendalam dalam mencari kaedah yang bersesuaian untuk menjadikan Bahasa Melayu ini mempunyai nilai ekonomi setanding dengan bahasa lain di dunia. Untuk menpunyai nilai ekonomi, Bahasa Melayu perlulah digunakan oleh semua bangsa di Malaysia secara meluas.

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Tajul Ariffin Noordin (1991) pernah menyarankan supaya diadakan usaha memperkembangkan dan memperkaya penyelidikan asli karya-karya dalam bahasa Melayu dalam semua bidang. Ini bermaksud golongan intelektual perlu berani dan meyakinkan rakyat di negara ini untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam segala urusan mereka. Apalah maknanya jika mengaku menjadi bangsa atau warganegara Malaysia, tetapi masih tidak fasih atau cekap berbahasa Melayu. Golongan cerdik pandai ini, perlulah mencari jalan penyelesaian terutamanya melibatkan beberapa kaum lain yang bukan kaum Melayu, untuk bersama- sama dan bersatu padu dalam memertabatkan Bahasa Melayu memperlihatkan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Golongan intektual juga seharusnya membuat penyelididkan mengenai sistem pendidikan negara kita yang masijh mengamalkan 3 aliran utama pendidikan iaitu sekolah kebangsaan ( Melayu ), Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina dan Tamil ). Dalam proses memperkasakan bangsa Malaysia, adakah masih rasional kewujudan 3 aliran sekolah tersebut?. Usaha pemupukan perpaduan satu bangsa Malaysia seharusnya bermula seusia kanakkanak lagi. Bagaimanakah caranya?. Salah satu caranya ialah dengan mengusahakan agar sekolah satu aliran dapat diwujudkan. Melalui sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, kanak-kanak telah disemai untuk saling berkerjasama tanpa mengira warna kulit. Negara kita telah mederka 54 tahun yang lalu. Mengapa perlu ada sangsi lagi di dalam hati kita sedangkan kita berumah di bumbung yang sama. Sekiranya golongan ini membuat penyelidikan, dan hasil penyelididikan tersebut hendaklah dicadangkan kepada kerajaan agar usaha- usaha ke arah memperkasa bangsa Malaysia dapat dilakukan melalui Bahasa Melayu sebagai bahasa keilmuan dan penghantar. 3.1 Mempertingkan Penguasaan Bahasa Melayu. Setiap kaum di Malaysia ini, sudah pasti mempunyai ketua yang dipilih atau dilantik oleh masyarakat mereka sendiri. Purata ketua- ketua yang dilantik ini berlatar belakang yang mempunyai pendidikan tinggi. Oleh itu, mereka sewajarnya dapat mempengaruhi setiap kaum mereka untuk menyokong usaha-usaha memertabatkan Bahasa Melayu ini. agar dapat

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Menurut Profesor Dr. Awang Sariyan, dalam jurnalnya yang bertajuk Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad Mendatang : Upaya Pemekasaanya, menyatakan Cita-cita membebaskan tanah air bukan terhad pada pembebasan daripada sudut politik dan ekonomi semata-mata, bahkan turut merangkum aspek bahasa, pemikiran dan kebudayaan juga. Golongan intelektual ini perlu sedar bahawa mereka sering dijadikan contoh seperti yang telah diulas di awal perbincangan kita. Oleh itu, mereka perlu mempertingkatkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu mereka ke aras yang lebih tinggi. Tidak perlu mencampur adukkan bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu ketika membuat ucapan atau sidang media. Mereka perlu fasih bagi pemimpin bukan Melayu dalam menggunakan Bahasa Melayu serta menggunakan Bahasa Melayu tinggi ketika membuat ucapan.

3.2 Berdialog dan Berbincang Memperkasa Bangsa Malaysia melalui penggunaan Bahasa Melayu memerlukan sokongan daripada semua pihak. Ini merupakan salah satu peranan yang perlu dimainkan oleh golongan intekltual ini. Mereka perlu mengadakan dialog dan perbincangan dengan mediamedia terutamanya media elektronik untuk menggunakan Bahasa Melayu secara maksimum kerana media-media ini amat mempengaruhi orang ramai. Sebagai contoh, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran, badan penyiaran kerajaan dan swasta, Kumpulan Utusan perlu mengadakan meja bulat dan perundingan bagi tujuan menghidupkan semula majalah berita Massa dan penukaran akhbar Utusan Melayu edisi jawi dari mingguan kepada harian. Begitu juga penggunaan bahasa baku perlulah di teruskan dan di tingkatkan di badan penyiaran kerajaan dan swasta.

Golongan cerdik pandai ini juga perlu mengadakan juga perbincangan dengan orangorang tertentu dalam memperbetulkan keadaan dalam memberi nama tempat atau jalan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu. Senator Dato Dr. Jins Shamsuddin pernah mengutarakan rasa tidak puas hati beliau mengenai penggunaan bahasa Inggeris yang diberikan terhadap

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu nama tempat seperti Damansara Heights, Mid Valley Megamall , Bukit Bintang Walk, Central Market............ ( Raja Yusoff Ariffin : 2011. Selektif )

Menjadi bangsa Malaysia yang perkasa, kita perlu terlebih dahulu berbangga dengan hak kepunyaan kita seperti penggunaan Bahasa Melayu. Ada alasan untuk mengatakan mengapa mereka menggunakan bahasa Inggeris ke atas nama tempat tersebut agar mudah diingati oleh pelancong asing. Namun itu bukanlah alasan yang boleh diterima kerana pelancong hanya mengingat jika tempat itu menarik atau mempunyai bangunan yang menarik. Perkara ini perlu diperbetulkan untuk melambangkan jati diri bangsa Malaysia dengan berbangga terhadap negaranya sendiri. 3.4 Meningkatkan Usaha Penterjemahan dan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) merupakan salah satu badan berkanun kerajaan yang mempunyai tenaga profesional dan mahir dalam bidang bahasa. Jesteru itu, DBP mestilah meningkatkan usaha- usaha penterjemahan dan penerbitan karya-karya, buku- buku ilmiah untuk dijadikan rujukan oleh masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, karya-karya dalam bahasa Cina atau tamil mahu pun bahasa asing, dapat diterjemahkan di dalam Bahasa Melayu untuk dibuat rujukan oleh semua bangsa di Malaysia. Langkah ini dapat di lihat satu usaha untuk mengekalkan karya- karya tersebut, di samping memelihara hasil karya bangsa tersebut yang selama ini takut hilang jati diri bangsa mereka apabila menggunakan Bahasa Melayu. Yang Berbahagia Dato Muhd. Salleh Majid (1998: 38) bahawa tiada peruntukan khas dalam undang-undang mahupun peraturan-peraturan yang khusus dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan bagi institusi kewangan dan bank menyebabkan bahasa itu tidak diberi keutamaan dalam komunikasi. Perkara ini terjadi kerana hilang kepercayaan terhadap Bahasa Melayu kerana dirasakan tiada istilah khusus atau sesuai terhadap institusi tersebut. Ini merupakan peranan yang perlu dilakukan oleh golongan intelektual dalam memperkayakan lagi istilah-istilah agar kita dapat menjadi negara maju menjelang 2020 dengan jati diri Malaysia yang sebenarnya.

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

3.5 Memperkukuhkan Hubungan Kaum Guru merupakan insan yang paling rapat dengan masyarakat. Namun akhir-akhir ini, peranan guru di dalam masyarakat tidak seperti tahun50- an, 60-an, 70-an dan 80-an. Sama ada pandangan terhadap guru telah jauh oleh masyarakat, namun guru perlu sedar dan tanggungjawab yang perlu dijalankan dalam mendidik anak bangsa tanpa mengira fahaman, agama atau bangsa. Setiap guru, perlu mempunyai kemahiran berbahasa Melayu yang tinggi, walau pun bukan daripada bangsa Melayu. Ini kerana, guru adalah segala-galanya bagi pelajar. Guru perlu memberi contoh yang baik dan memberi gambaran yang sempurna kepada pelajar lebih-lebih lagi guru berada di arus pendidikan. Sesuatu bangsa itu tidak akan berjaya tanpa pendidikan. Usaha ke arah memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu pastinya tidak boleh lari daripada tugas yang diamanahkan kepada guru. Mengajar pelajar menggunakan Bahasa Melayu yang betul akan membantu pelajar tersebut untuk berbangga dengan bahasa tersebut apabila mereka dewasa kelak. Bahasa Melayu adalah bahasa yang indah dan penuh kesopanan. Pendidikan awal akan membantu memperkasa bangsa Malaysia untuk menghargai dan mencintai Bahasa Melayu. Tanggapan bahawa Bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu yang kebetulan beragama islam perlulah dikikis sejak awal- awal lagi. Ini akan menjadi bangsa lain iaitu Cina dan India akan menggunakan Bahasa Melayu apabila mereka sedar bahasa Melayu ini juga merupakan hak mereka kerana mereka juga bangsa Malaysia.

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

4.0 PENUTUP
Tugas untuk memertabadkan Bahasa Melayu seiring dengan bahasa asing yang lain perlulah diteruskan. Usaha ke arah tersebut sebenarnya telah menunjukan hasil kerana sudah terbukti banyak golongan profesional dan intelektual Malaysia hari ini lahir daripada institusi pendidikan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan universiti awam di Malaysia telah membuktikan dengan penggunaan Bahasa Melayu itu, bangsa itu tidak akan mundur. Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi, yang indah itu bahasa, yang molek itu budi. Cintailah bahasa kita.

HBML 4103 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

5.0 RUJUKAN A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (Ed.). 2005. Suara Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia dan Dawama.

Awang Sariyan. 2006.

Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Puteri Roslina Abdul Wahid.( 2010 ).Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Open University Malaysia: Kuala Lumpur. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

LAMAN WEB http://rosiah70.blogspot.com/2011/02/peranan-bahasa-melayu-1-asas-pembinaan.html http://www.freewebs.com/suaraanum/130102.htm http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp3sep6.pdf http://www.scribd.com/doc/46638323/Bahasa-Melayu-Dalam-Perspektif-Pendidikan