Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PERTAMA PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SK SERUMBU, BAU TAHUN 2011

Tarikh: 17 Januari 2011 Tempat: Bilik Guru Masa: 3.00 pm

Kehadiran:

1. Puan Nur Emmalizawati binti Abdullah (Pengerusi) 2. Puan Bibi Thien (Ahli Panitia)

Agenda Mesyuarat: 1. Kata-kata aluan pengerusi. 2. Cadangan aktiviti Panitia Kemahiran Hidup untuk tahun 2011. 3. Hal-hal lain.

BIL. PERKARA 1 Kata-kata Aluan Pengerusi Puan Nur Emmalizawati mengucapkan selamat datang kepada guru-guru Kemahiran Hidup. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dalam menjayakan Panitia Kemahiran Hidup.

TINDAKAN

Pengerusi

Cadangan Aktiviti Panitia Kemahiran Hidup Untuk Tahun 2011 Antara aktiviti yang dicadangkan untuk Panitia Kemahiran Hidup bagi tahun 2011: Semua guru KH Semua guru KH dan murid SK Serumbu

a. Mesyuarat Pertama Panitia Kemahiran Hidup -akan dijalankan pada 17 Januari 2011. b. Menjalankan projek-projek Kemahiran Hidup. -projek-projek kecil akan diadakan untuk memperkukuhkan P&P. -murid akan didedahkan dengan kemahirankemahiran yang perlu untuk memudahkan projek dijalankan.

c. Projek Rekabentuk Kitar Semula. -akan melibatkan pelajar Tahun 4 dan 5. -pelajar akan menghasilkan rekacipta menggunakan bahan buangan yang boleh dikitar semula. 3 Hal-hal Lain. Pengerusi menggalakkan penggunaan ruang di Bengkel Kemahiran Hidup semasa P&P yang melibatkan praktikal dijalankan. Guru Kemahiran Hidup disarankan untuk mencari projek-projek yang bersesuaian dengan kos dan masa untuk dilakukan oleh murid bagi mengukuhkan P&P. Pengerusi mengingatkan guru Kemahiran Hidup agar lebih kreatif semasa merancang projek dan P&P mengikut sukatan pelajaran yang ada.

Guru KH dan murid Tahun 4 dan 5 SK Serumbu

Guru Kemahiran Hidup

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

.. (BIBI AK THIEN) Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup SK Serumbu, Bau