Anda di halaman 1dari 3

PEMANSUHAN UPSR DAN PMR Bagaimanakah rasanya apabila seseorang yang memakan nasi sebagai diet harian yang

sudah bertahun-tahun diamalkannya tiba-tiba menukar dietnya dengan memakan roti sahaja? Apakah implikasinya? Inilah juga persoalan yang sedang melanda di minda kita apabila Kementerian Pendidikan telah mengusulkan cadangan untuk memansuhkan UPSR dan SPM yang sudah diamalkan selama bertahun-tahun dalam sistem pendidikan di Negara kita. Terdapat pelbagai pandangan dan reaksi dari berlainan pihak yang kita boleh lihat ekoran daripada cadangan ini. Bagaimana pula dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual atau juga dikenali sebagai JERI? Semuanya akan menjadi persoalan dalam diri setiap insan yang mempunyai fikiran. Bagi pendapat saya, saya tidak bersejutu dengan cadangan yang diusulkan oleh pihak Kementerian Pendidikan untuk memansuhkan UPSR dan PMR atas pelbagai sebab. Pada pandangan saya, pemansuhan ini boleh menyebabkan kemahiran yang ada pada seseorang pelajar tidak dapat diserlahkan. Sebagai contohnya, tanpa peperiksaan tidak akan wujud istilah pelajar yang cemerlang mahupun pelajar yang lemah. Apabila keadaan ini berlaku, kedua-dua kelompok pelajar ini sama-sama

menghadapi keadaan yang sulit. Bagi pelajar yang cemerlang, potensi yang ada pada individu tersebut tidak dapat diperkembangkan kerana tidak ada yang sedar tentang kemampuan yang ada pada individu tersebut ekoran daripada pemansuhan ini. Begitu juga dengan pelajar yang lemah, tidak ada bantuan atau perhatian yang khusus untuk membantu memperbaiki kelemahan mereka kerana tidak terdapat ukuran untuk mengukur tahap kelemahan mereka. Tambahan pula, tidak ada yang boleh menyebabkan guru-guru sedar tentang kelemahan pelajar sekiranya pemansuhan ini berlaku. Sistem pendidikan yang kita amalkan sekarang menjalani proses pengukuran pertama melalui UPSR yang mana akan menentukan bidang pelajaran yang akan dikhususkan kepada pelajar apabila mereka masuk ke tingkatan 1 kemudian. Pengkhususan bidang pelajaran ini dilakukan berdasarkan keputusan pelajar dalam
ACKLEY WINNIER RUHANI/NICHOLAS AMID

peperiksaan UPSR yang mereka duduki semasa di tahun 6. Maka dengan itu, setiap pelajar boleh dikhususkan ke dalam bidang-bidang yang sesuai bagi mereka. Oleh yang demikian, bukankah pemansuhan ini menyebabkan sistem pengkhususan pelajaran kepada setiap pelajar dilakukan secara tidak bersistematik? Kemungkinan pelajar akan dikhususkan kepada bidang yang bertentangan dengan kebolehan yang ada pada mereka sebagai contoh, pelajar yang lebih cenderung dalam bidang sains dan matematik mungkin akan dikhususkan dalam bidang sastera manakala begitu juga sebaliknya, pelajar yang cenderung kepada bidang sastera mungkin dikhususkan dalam bidang sains. Fenomena seperti ini boleh menjejaskan masa hadapan negara. Sumber tenaga mahir akan berkurangan atas sistem pendidikan yang sedemikian. Selain itu, pemansuhan ini akan memberi kesan terhadap daya saing yang ada pada setiap murid malahan persaingan yang melibatkan para guru akan terjejas. Sudah menjadi kebiasaan dan keperluan bagi setiap individu ingin dilihat sebagai yang terbaik, ingin dipuji dan juga ingin usahanya dihargai. Apabila keadaan ini dikaitkan dengan pemansuhan UPSR dan PMR maka tempat utama untuk mereka bersaing bagi menyerlahkan kebolehan mereka dengan mendapatkan pangkat A yang terbanyak dalam peperiksaan, kini sudah tidak ada lagi. Kesan yang berlaku daripada keadaan tersebut adalah menurunnya daya saing di kalangan pelajar sekolah. Ekoran daripada itu, banyak lagi perkara-perkara negatif yang akan timbul sebagai contohnya pelajar menjadi malas dan leka terhadap pelajaran. Mengapakah saya berpendapat sedemikian? Jika kita lihat, tujuan utama bagi seseorang pelajar belajar bersungguhsungguh ialah bukan sahaja untuk menimba ilmu untuk diri sendiri malainkan juga untuk mendapat markah dan keputusan yang tinggi dalam peperiksaan. Hal inilah yang menimbulkan usaha mereka untuk belajar dan bersaing. Hal inilah juga yang membuatkan pelajar malas terpaksa belajar sebagai persediaan untuk menduduki

kertas peperiksaan. Sekiranya tidak ada UPSR dan PMR, maka keinginan dan usaha ingin belajar yang ada pada kalangan murid akan berkurangan. Bukan murid sahaja yang mengalami masalah ini malahan guru juga akan mengalaminya. Sebagai contoh, guru menjadi malas bekerja keras untuk mengajar pelajar mereka oleh kerana hasil daripada usaha mereka tidak akan dapat dilihat lagi melalui keputusan anak didik mereka dalam peperiksaan. Hal ini berlaku kerana menurut pandangan ramai, berjaya
ACKLEY WINNIER RUHANI/NICHOLAS AMID

atau tidak pelajar itu adalah bergantung kepada keberkesanan dan kebijaksanaan guru mendidik mereka. Oleh yang demikian, sekiranya anak didik mereka gagal maka imej mereka sebagai guru akan terjejas. Ekoran dengan hal itu, sekiranya pemansuhan ini berlaku maka para guru mungkin ada yang cenderung menjalankan tugas mereka sambil lewa sahaja tanpa memberikan komitmen yang penuh terhadapa kerjaya mereka. Masalah ini seterusnya menjejaskan proses penerimaan ilmu di kalangan pelajar. Kesan pemansuhan ini juga bakal membawa kepada kepincangan ekonomi dalam negara. Andai kata pemansuhan dijalankan, tentu sahaja buku-buku rujukan bagi UPSR dan PMR akan menjadi tidak berguna. Hal ini seterusnya akan menyebabkan lebih banyak syarikat akan gulung tikar dan seterusnya akan menyebabkan lebih ramai pekerja menjadi penganggur yang hilang mata pencariannya. Hal ini bukan sahaja membawa kepada meningkatnya kadar pengangguran malahan akhirnya mungkin

sekali akan menjejaskan bidang pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, apabila seorang pekerja menjadi penganggur, penganggur itu mungkin sekali mempunyai anak yang masih bersekolah. Namun, oleh kerana ibu atau bapa tersebut hilang mata pencarian, anak mereka mungkin sekali terpaksa berhenti daripada persekolahan kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh ibu bapanya. Hal ini menunjukkan bahawa bukan sahaja kadar pengangguran akan meningkat malahan implikasi negatif juga akan melanda bidang pendidikan itu sendiri. Selain itu juga, pada pendapat saya, keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan tersebut adalah sangat tergesa-gesa dan tidak mengambil kira semua aspek yang ada. Laporan akhbar berita harian bertarikh 24 JUN 2010 mengatakan bahawa pemansuhan PMR dan UPSR akan mengurangkan perbelanjaan negara. Tidakkah lebih baik jika semua hal diambil kira terlebih dahulu? Pada pendapat saya, kerajaan sepatutnya mengambil kira pembangunan modal insan dan bukannya perbelanjaan negara. Hal ini bertepatan dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Sebagai pulangan, jika modal insan yang baik dapat dilahirkan, tentu sahaja negara akan mendapat lebih banyak keuntungan daripada kerugian.

ACKLEY WINNIER RUHANI/NICHOLAS AMID

Anda mungkin juga menyukai