Anda di halaman 1dari 16

TEORI WARNA

Unsur Seni

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menghasilkan satu motif kelarai anyaman dengan warna penggenap. Menyatakan kumpulan warna di dalam roda warna. Membuat analisa terhadap campuran warna di dalam roda warna menghasilkan kumpulan warna yang lain. Mengenal motif kelarai anyaman dan menghargai seni tradisional serta mensyukuri anugerah pancaindera kurniaan Tuhan.

Pengenalan Warna
1. Tuhan telah menjadikan alam ini penuh dengan warna warni yang boleh dinikmati oleh manusia;
2. Manusia boleh membina imej dirinya dengan penampilan warna yang tepat dan sesuai mengikut situasi tertentu 3 Roda warna adalah gambaran visual warna yang ditetapkan mengikut hubungan warna antara satu sama lain 4. Bermula dengan roda warna, warna asas merupakan warna yg tidak dicampur dengan warna lain, kemudian tercipta warna sekunder dan tertier. 5. Istilah-istilah ini merujuk kepada kumpulan atau jenis warna

WARNA ASAS
- merah, biru dan kuning 1. Warna asas atau warna primer merupakan warna dasar sesebuah warna 2. Warna-warna yang tidak boleh dibuat daripada campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna kedua dan ketiga 3. Mempunyai kuasa yang hebat 4. Digunakan dalam penghasilan seni seperti poster, bendera, logo, lencana dan sebagainya

WARNA SEKUNDER
- jingga, ungu dan hijau 1. Juga dipanggil warna kedua 2. Warna sekunder dicipta daripada campuran dua warna asas. Warna sekunder = warna asas + warna asas 3. Warna sekunder ialah jingga, ungu dan hijau a. Jingga = merah + kuning b. ungu = merah + biru c. hijau = kuning + biru

WARNA TERTIER
1. Dicipta daripada campuran warna asas dan warna sekunder di sebelahnya dalam roda warna - warna tertier = warna asas + warna sekunder 2. Warna tertier terdiri daripada : a. biru ungu = biru + ungu b. biru hijau = biru + hijau c. kuning jingga = kuning + jingga d. kuning hijau = kuning + hijau e. merah jingga = merah + jingga f. merah ungu = merah + ungu

TRIVIAroda warna
Sir Isaac Newton telah membangunkan gambar rajah pertama bulat warna pada tahun 1666. Sejak itu saintis dan artis-artis telah mengkaji dan mereka bentuk variasi pelbagai konsep ini.
Teori warna pada asalnya di formulakan dari warna primary Red, Yellow, Blue. Pada tahun 1810, seorg pelukis dan saintis Jerman, Johann Wolfgang von Goethe telah menghasilkan satu roda warna hasil dari dapatan kajiannya dan roda warna tersebut telah menjadi rujukan sehingga kini.

WARNA PENGGENAP
Warna yang bertentangan di dalam roda warna. Sebagai contohnya Ungu > Kuning Warna penggenap ini boleh juga dijadikan sbg warna kontra dalam rekaan utk menarik perhatian.

Warna Harmoni Warna Kontra Warna Neutral Warna Panas & Sejuk

WARNA MONOKROMATIK

HIGH <--------------------------- INTERMEDIATE <------------------------------ LOW

Tugasan
Tugasan dilakukan di dalam kumpulan (2 orang). Menghasilkan motif kelarai anyaman dengan menggunakan warna-warna di dalam roda warna. Tema warna adalah warna penggenap

RODA WARNA

20 cm

20 cm

Anda mungkin juga menyukai