Anda di halaman 1dari 10

Murtabak segera Bahan-bahan: 100gm daging cincang 1 biji bawang putih dicincang 1/2 biji bawang besar potong

dadu 2 biji kentang dipotong dadu Sedikit lobak dipotong dadu Garam secukop rasa 1 sudu setengah rempah kari Daun bawang 2 biji cili besar dihiris ( optional, kami ni suke pedas) Kulit Popiah beli siap dr supermarket yg saiz besar Telur - 2biji cara-cara: 1) Tumis bawang putih dan bawang besar dan goreng sampai naik bau 2) Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air 3) Masukkan daging dan kacau sampai empuk 4) Masukkan lobak dan kentang. Kacau sampai masak. kalau kering sgt letak sikit air. Last sekali taruk cili hiris 5) Bancuh telur dan masukkan campuran daging dlm telur 6) Letak inti murtabak dalam kulit popiah dan liat menjadi segiempat. Lipat macam popiah 7) Goreng dengan minyak yg sedikit.

Onion Ring

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


1 biji bawang besar 75g tepung gandum 1/2 sudu besar tepung jagung/ tepung kanji 1/2 sudu kecil garam dan gula 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 cawan air 1 sudu besar minyak masak minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Kupas bawang besar. Basuh dan keringkan. Potong bulat-bulat lebih kurang 1cm tebal. 2. Campur semua bahan-bahan dari tepung sehingga 2 sb minyak masak. 3. Panaskan minyak 4. Celupkan bawang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga perang atau garing.

Ayam Goreng Ala KFC


Resepi : Ijan Blogresepi Sumber : Kak Nur & Zaliedana Bahan Untuk Perap Ayam 6-8 ketul ayam 3 ulas bawang putih ditumbuk (MaDiHaA lebihkan 2 ulas lagi) Sedikit garam 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus Secubit baking powder Secubit serbuk perasa Bahan untuk tepung 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe ~ MaDiHa guna separuh tpg beras pulut + separuh tpg jagung utk sukatan yg ini.. ) 3 ulas bawang putih ditumbuk (MaDiHaA skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih
utk perap tu)

Sedikit garam 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus Secubit baking powder Secubit serbuk perasa Bahan Tambahan 1 biji telur Minyak secukupnya

Cara2 1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam. 2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata. 3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau. 4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi. 5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. 6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Coleslaw

Resepi : MamaFaMi Fotopages Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan2 Kobis - disagat/ hiris halus Carrot - disagat Mayonese secukupnya sedikit serbuk kayu manis sedikit gula Cara2 Sayur yg disagat tadi rendam sebentar dlm air sejuk. Kemudian toskan. Masukkan dlm mangkuk yg besar dan campurkan mayonese secukupnya, sikit serbuk kayu manis & gula. Kacau hingga sebati dan sejukkan dlm peti sejuk sebelum hidang.

Sos Kentang Putar

Okey... resepi seterusnya untuk hari ni ialah Sos Kentang Putar yang sangatsangat sedap ni...! Lebih sedap dari yang pernah aku buat dulu kat SINI. Sos kentang putar ni memang sebiji rasa macam kat KFC tu tau... kalau you all tak percaya.. cubalah buat sendiri... ejas rasa ikut citarasa sendiri yer.. memang the best!! Aku akan simpan resepi ni elok2.. Ok.. untuk kentang putar tu.. aku hanya gunakan kentang powder yang dibeli dari kedai bakeri.. cuma tambah air panas/susu panas aje..

Terima kasih pada Daun Pandan@MyResepi.... mintak izin letak resepinya di sini yer...

Sos Kentang Putar


Resepi : Daun Pandan Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ) * * * * * * * * * * * 650 ml air 5 sudu besar stok ayam (MaDiHaA guna 1 kiub ayam brand Knorr) 1 biji bawang besar - cincang 1 batang saderi - cincang (MaDiHaA guna 2, 3 tangkai daun sup) 40 gm mentega 20 gm tepung gandum 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram sedikit serbuk lada hitam kicap pekat garam

Cara-cara 1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk. 2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk. 3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel. 4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam. 5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

Kek Pisang Lembab dan Gebu


Resepi : Sue-Rans dari Forum Cari. Sumber : Noor Masri @ dapur-digital

Bahan-bahan: 300g pisang dilecek 240 g tepung gandum (tepung superfine pun boleh) 180 g gula castor (MaDiHaA kurangkan ke 150 gm saja) 4 biji telur 160 ml minyak jagung 1 sudu teh ovalette 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat secubit garam Cara membuatnya: Campurkan semua kedlm mixer, putar sehingga kembang dan gebu putih. Masukkan dlm loyang dan bakar pd suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak. Pastikan adunan setengah drp loyang krn kek akan naik sekali ganda. Cara MaDiHaA : MaDiHaA putar seperti buat kek biasa. Putar gula, ovalette & telur hingga kembang, kemudian baru masukkan tepong yang diayak bersama baking powder, garam & soda bikarbonat bergilir2 dengan pisang yang dilecek. Last sekali masukkan minyak & putar lagi hingga gebu. Barulah dituang ke loyang yang diglis dengan mentega & ditabur tepong terlebih dahulu.

Roti Naik
Masakan - Roti

Share13

resepi asala dari blog CMG, terima kasih Cik MAt berkongsi resepi roti yang sedap ni. BAHAN-BAHANNYA ( Ros buat separuh aduanan sahaja) 400 g tepung roti (200gram tepung roti) 100 g tepung Hong Kong (ros guna 50 gram tepung gandum) 250 ml air (100ml air) 50 g susu tepung (1 sudu besar susu tepung) 3/4 camca teh bread improver 180 g gula perang (brown sugar) ( ros guna 3 sudu besar gula) 100 g mentega ( ros guna 2 sudu besar butter) 11 g yeast segera ( ros guna 1 1/2 sudu kecil yis) 1 camca teh esen vanilla Beberapa titik pewarna kuning ( ros tak guna bread improver, ros gantikan dengan sebiji telur, 3/4 biji masuk dalam adunan, baki dia ros gliss pada permukaan roti sebelum di bakar)

Cara-Caranya 1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap. 2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik. ( baki telur tadi ros campur dengan 1 sudu besar susu then ros gliss pada pemukaan roti dan ros tabur sedikit gula) 3. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.