Anda di halaman 1dari 2

Hasil Keseluruhan Wawancara Tentang Pelaksanaan, halangan, cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran PSK dan cadangan penambahbaikan.

Responden 1: Pentadbir Guru Besar - Pn. Hajah Limah bt Mohd Responden 2: Ketua Panitia - Pn. Zainah bt Salleh Responden 3: Guru PSK - Pn Surati bt Ibrahim Responden 4 : Pelajar Tahun 6 Nur Atsilah Bt Mohd Asri

Sepanjang berada di Sekolah Kebangsaan Medan Jaya tersebut, saya telah sempat membuat beberapa sesi temuramah berkenaan pelaksanaan, halangan, cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran PSK dan cadangan penambahbaikan bersama 4 orang responden seperti yang dinyatakan di atas. Setelah mengumpul data-data serta pandangan-pandangan yang dinyatakan oleh responden-responden berkenaan, terdapat beberapa perkara yang dapat saya simpulkan berkenaan persoalan di atas. Perkara pertama, pengenalan Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini mempunyai kekuatan dan keistimewaannya tersendiri. Pengenalan kepada subjek PSK ini menyedarkan saya bahawa subjek ini sangat berguna dalam memberi kesedaran kepada pelajar tentang manusia dengan manusia, manusia dengan masyarakat serta tanggungjawab individu terhadap negara. Subjek PSK ini merupakan salah satu subjek yang amat menyoronokkan dan sedikitpun tidak membebankan pelajar, hal ini demikian kerana mungkin subjek PSK ini bukanlah subjek peperiksaan, maka isi pelajaran dalam subjek PSK ini lebih disampaikan dengan santai di dalam bilik darjah. Namun begitu, oleh kerana subjek ini bukanlah suatu subjek peperiksaan, kebanyakan pihak sekolah baik guru mahupun pihak pentadbir sendiri telah banyak menyalahgunakan waktu atau masa yang diperuntukkan bagi subjek ini dengan mengisi waktu tersebut dengan mengajar subjek pepriksaan yang lebih kritikal seperti subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, hal ini menyebabkan isi kandungan yang harus dihabiskan dalam PSK ini tidak dapat disampaikan dengan sempurna.

Mata Pelajaran PSK merupakan mata pelajaran sampingan yang penting dalam pembinaan diri dan sahsiah pelajar terhadap masyarakat, oleh itu, pada pandangan responden-responden di atas, seharusnya, sebagai seorang guru yang

menyampaikan isi pelajaran bagi subjek PSK ini haruslah mempelbagaikan teknik serta pendekatan dalam pengajaran bagi meningkatkan lagi minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut guru serta pihak pentadbir sekolah, kekuranga Bahan Bantuan Mnegajar bagi subjek ini merupakan faktor atau kekangan utama yang dihadapi oleh pihak guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas, BBM yang dimaksudkan tersebut termasuklah bahan maujud seperti bendera negeri-negeri pendidikan, alat muzik tradisional dan lain-lain lagi, hal ini mungkin demikian kerana faktor kos yang menelan belanja yang besar bagi membelanjakan bahan-bahan tersebut. Selain itu, bagi pendapat guru besar di sekolah ini juga, keberkesanan dalam menjayakan matlamat subjek PSK ini boleh dipelbagaikan strateginya dengan melibatkan guru-guru yanng mengajar subjek ini kedalam kursus atau bengkel-bengkel pengurusan subjek PSK ini, hal ini demikian kerana, setakat ini, tenaga pengajar yang mengajar subjek ini di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bukanlah guru yang opsyen bagi subjek ini, kebanyakan tenaga pengajar yang mengajar subjek ini adalah terdiri daripada pihak pentadbir sendiri yang mana mereka mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang kurang mahir berkenaan isi kandungan dan pedagogi bagi subjek PSK ini. Kesimpulannya, pada pendapat saya, subjek PSK merupakan suatu subjek yang tinggi dari segi nilai kepentingannya, hal ini adalah kerana subjek PSK bukan sahaja murid-murid didedahkan dengan teori semata-mata malah subjek PSK ini memerlukan murid-murid mempraktikkanya terus dengan diri sendiri mahupun bersama masyarakat di luar sana. Dismaping menyampaikan ilmu pengetahuan berkenaan sivik dan kewarganegaraan, subjek ini juga sekaligus mampu menerapkan nilai-nilai murni ke dalam setiap diri pelajar, insyaAllah. Oleh itu, pada pandangan saya juga, subjek ini haruslah diteruskan lagi kemantapan isi kandungan serta stail penyampaian isi pelajarannya pada masa akan datang agar subjek sampingan ini mampu melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan emosi yang sesuai dengan hasrat yang terkadnung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai