Anda di halaman 1dari 2

Ahli Dewan Undangan Negeri

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar

Badan perundangan
Sebahagian siri Politik Badan perundangan Badan perundangan mengikut negeri Parlimen o Ahli Parlimen Kongres o Ahli Kongres Faham dewan tunggal Faham dwidewan Dewan Perundangan o Dewan Pertuanan Senator o Dewan Rakyat Sistem berparlimen Majlis Bandar Raya o Ahli Majlis

Portal Politik sunting Di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri ialah wakil yang dipilih oleh para pengundi sebuah kawasan pilihan raya negeri ke Dewan Undangan Negeri. Pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri diadakan setiap lima tahun, sempena dengan Pilihan Raya Umum Malaysia untuk ahli parlimen. Namun negeri Sarawak mengadakan pilihan raya berasingan bagi memilih ahli dewan undangannya. Ahli Dewan Undangan Negeri biasanya disebut ADUN manakala Dewan Undangan Negeri didikenali sebagai DUN. Mereka disebut sebagai wakil rakyat dengan gelaran rasmi Yang Berhormat atau dikenali juga dengan singkatan YB.

Isi kandungan
[sorok]

1 Bilangan ahli 2 Fungsi ahli 3 Semasa 4 Rujukan

[sunting] Bilangan ahli


Perlembagaan Malaysia memperuntukkan pemilihan sejumlah 576 Ahli ke Dewan-dewan Undangan Negeri seperti berikut:

Johor: Kedah: Kelantan: Melaka: Negeri Sembilan: Pahang: Perak: Perlis: Pulau Pinang: Sabah: Sarawak: Selangor: Terengganu:

56 36 45 28 36 42 59 15 40 60 71 56 32

[sunting] Fungsi ahli


Menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri. Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu. Meluluskan perbekalan, dan memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai. Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan. Mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara terbuka terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat. Melantik Jawatankuasa-jawatankuasa untuk penyiasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

[sunting] Semasa
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, sebanyak 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan di seluruh Negara kecuali Sarawak yang memilih untuk mengadakan pemilihan secara berasingan.

Anda mungkin juga menyukai