Anda di halaman 1dari 1

DOA PERPISAHAN

Sesungguhnya kami pada pertemuan ini, ingin merafakan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Allahumma Ya Hakim Ya Azim, Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan pengharapan memohon ehsan dan rahmatmu agar engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah kepada insan-insan yang akan berpisah dengan kami pada detik ini. Kami sedar bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahannya. Namun kami sedar bahawa perpisahan ini ada hikmah di sebaliknya kerana semuanya adalah ketentuan dan takdir yang telah ditentukan olehMu. Allahumma ya Munzilar rahmah wa ya fatihal barakah Kurniakanlahlah ya Allah ganjaran ,syafaat dan keridhaanmu di atas jasa-jasa baik mereka yang telah dicurahkan kepada kami dan seluruh warga pendidik khususnya di Institut Perguruan Kampus Temenggong Ibrahim ini.begitupun jua ya Allah di atas semangat juang mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan pembantu kami yang senantiasa berusaha menyumbang tenaga, idea, kepakaran demi meningkatkan kualiti perguruan di institut ini. Mudah-mudahan segala pengorbanan mereka menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai penuntut yang masih belum berkesudahan lagi. . Ya Allah, kami sedar dengan penuh yakin bahawa Engkau amat menyayangi hambaMu yang apabila melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah, dilaksanakan dengan tekun dan sebaik mungkin. Justeru, kurniakanlah kepada insan yang sedang kami raikan, keinginan dan kecenderungan untuk terus menabur bakti dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang berkualiti dan cemerlang. . Allahumma Ya alim wa ya qadhial hajat Kami warga IPG Kampus Temenggong Ibrahim amat mengharap agar Engkau kurniakan kepada insan yang diraikan pada hari ini kesihatan yang sempurna, ketenangan yang bermakna, kelapangan yang mesra, pilihan yang tepat agar mereka dapat menikmati kehidupan di tempat baru dalam keadaan damai dan sentosa. Akhirnya janganlah Engkau hampakan segala hajat dan impian kami, hanya padaMu, tempat kami berharap dan hanya Engkau sahaja yang dapat mencukupkan segala permintaan hambaMu.

Anda mungkin juga menyukai