P. 1
Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

Teks Ucapan Majlis Maulidur Rasul

|Views: 3,404|Likes:
Dipublikasikan oleh assafii

More info:

Categories:Types, Speeches
Published by: assafii on Oct 03, 2011
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/20/2015

pdf

text

original

TEKS UCAPAN PENGETUA SMK KULAI BESAR, PUAN HAJAH FOUZIAH BINTI ABU HAMID SEMPENA MAJLIS MAULIDUR

RASUL, 1432H. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis, bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasohbihi aj’main.

Yang Berusaha Encik Muhammad Jaysuman bin Puspanathan, Penceramah yang dijemput khas dari UTM Skudai. Encik Samsol Kamal bin Md. Nasir, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim.

Yang Dihormati Encik Azman bin Safii, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kulai Besar, Encik Masaud bin Baharom, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Tahir bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subhanallah Taala kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat saya bersama dengan guru-guru dan murid-murid SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim pada hari ini sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, 1432H. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Muhammad Jaysuman bin Puspanathan, Penceramah yang dijemput khas dari UTM Skudai kerana sudi hadir untuk memberikan sedikit ceramah sempena Majlis Maulidur Rasul peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Samsol Kamal bin Md. Nasir, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Kulai Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim kerana sudi hadir dalam majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Kulaijaya, Johor Darul Takzim pada hari ini.

Murid-murid SMK Kulai Besar yang dikasihi sekalian,

Setiap tahun pihak sekolah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul untuk memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, tilawah al-Quran, pertandingan syarahan dan ceramah. Melalui majlis ini pihak sekolah berharap murid-murid dapat mengingati perjuangan Rasulullah s.a.w. Kita sebagai umat Islam hendaklah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai uswah hasanah (contoh teladan yang baik) dalam kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 21, yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik”

Murid-murid SMK Kulai Besar yang dikasihi sekalian,

Rasulullah s.a.w telah menjadi contoh kepada kehidupan sebenar seorang Muslim. Sifat-sifat kenabian Baginda iaitu Sidiq (Benar), Amanah, Tabligh (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana) perlu menjadi contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam. Pada

sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita bersama-sama melihat bagaimanakah sifat dan keperibadian Rasulullah s.a.w boleh memberi kekuatan kepada kita untuk memperbaik diri bagi menyahut cabaran pendidikan pada alaf baru. Kita perlu mengembalikan penghormatan dunia terhadap umat Islam dengan menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi. Sehubungan dengan itu, kita perlu menjadi seorang yang intelek serta menjadi sumber rujukan kepada semua cabang ilmu seperti yang pernah umat Islam lakukan pada satu ketika dahulu.

Murid-murid SMK Kulai Besar yang dikasihi sekalian,

Sebagai seorang pelajar, murid-murid perlu sentiasa amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar , tuntutlah ilmu dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Hal yang demikian kerana, murid-murid merupakan generasi yang bakal mengangkat martabat bangsa di mata dunia pada masa depan. Pada sambutan Maulidur Rasul kali ini marilah kita sama-sama menginsafi diri serta merenung untuk memperbaik diri untuk menjadi umah yang terbaik.

Murid-Murid Yang dikasihi,

Sebagai pengakhir kata marilah kita renung kisah ini dan tanyalah pengajarannya pada diri kita masing-masing. Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Abdullah Ibnu Dinar ,

“Pada suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar Al-Khatab di Mekah. waktu itu saya bertemu dengan seorang budak pengembala kambing yang sedang mengembala kambingnya”.

Kemudian Saidina Umar berkata kepada budak itu. “Juallah kambing itu kepadaku”. Jawab budak itu “Kambing itu bukan kambingku, tetapi kepunyaan tuanku”. Kemudian Saidina Umar cuba memujuk sekali lagi, “Bukankah engkau dapat mengatakan satu darinya telah dimakan serigala, pastinya tuanmu tidak mengetahui”. Kata budak itu “Tidak, saya tidak mahu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui”. Mendengar kata-kata itu Saidina Umar menangis kerana jujurnya budak itu. Kita renungkanlah bersama dan semoga sambutan Maulidur Rasul pada hari ini memberi ingatan kita kepada akan perjuangan Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan Syiar Islam.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar pada hari ini.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->