Anda di halaman 1dari 2

Usaha mendisplinkan pelajar sudah lama dipraktikan, namun begitu usaha ini sering kali menghadapi kegagalan dan

guru menghadapi dilema untuk mendidik pelajar. Dilema ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya, sikap pelajar itu sendiri yang tidak mahu berubah walaupun sering kali diberikan kaunsling, teguran hukuman dan sebagainya.

Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi dari keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang melanggar norma-norma agama dan masyarakat itu sendiri. Masalah jenayah seperti pembuangan bayi harus ditangani segera sebelum ia terus merebak menjadi masalah sosial dalam masyarakat. Menurut Stuart Hall (1904), zaman remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi

orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Mereka wajar membantu remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita bersama dan

yang negatif.

memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Ia memerlukan strategi yang betul untuk menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individu. Apa yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan

penting untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma dan pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat. Manakala menurut Prof. Dr. Sidek Baba, pendidikan iman dan akhlak pada prinsipnya berasaskan kepada dua faktor yang saling berhubung iaitu faktor qudwah atau teladan dan pengaruh persekitaran. Ini kerana antara naluri dan kecenderungan utama anak dalam proses pembelajaran ialah keinginan untuk meniru, mencontohi dan meneladani. Inilah sebabnya maka setiap anak memerlukan contoh teladan yang betul iaitu, 'role-model', 'mentor' dan qudwah supaya kebaikan dan kehebatan contoh berkaitan dapat diikuti dan dihayati dalam kehidupannya pula. Ibu bapa merupakan model awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi model atau contoh yang terbaik. Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni. Sekiranya perkara ini diabaikan dan tidak mengambil berat terhadap perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah

gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka.

Anda mungkin juga menyukai