Anda di halaman 1dari 8

SENARIO KEPIMPINAN PENDIDIKAN JOHOR: DARIPADA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KEPADA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL HAJI SUFAAT BIN TUMIN PENGARAH

PELAJARAN JOHOR PENGENALAN Organisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualiti kepimpinan pengurusannya. Pemimpin merupakan agen perubahan yang penting dalam menyatupadukan warganya untuk mencapai wawasan sesebuah organisasi. Kini, kelangsungan hayat dan keberkesanan sesebuah organisasi sangat bergantung kepada pemimpinnya menangani cabaran baru untuk berubah selari dengan kehendak masa dan persekitaran. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin organisasi pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan matlamat pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah yang cemerlang secara holistik. Dalam hal ini, Pengetua dan Guru Besar merupakan individu yang berperanan sebagai key player dalam membuat usaha penambahbaikan terhadap sekolah dan seterusnya melestarikannya. Malah, peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin pendidikan di sekolah adalah lebih rencam dan mencabar kerana mencakupi pelbagai bidang seperti pentadbiran pejabat, pengurusan akademik, pengurusan kewangan, perancangan pembangunan fizikal, pembangunan sumber, jalinan hubungan luar dan sebagainya. Justeru, pemimpin sekolah perlu mempunyai persediaan yang secukupnya untuk membolehkan mereka melaksanakan tugasnya dengan lebih cekap dan berkesan. Sehubungan itu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kapasiti kepimpinan Pengetua/ Guru Besar dan pemimpin pertengahan di sekolah yang ada Negeri Johor. Modul Latihan Kepimpinan Transformasional telah dibina dan dilaksanakan untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam memperkasakan pemimpin pendidikan di Negeri Johor. Modul ini merupakan kesinambungan kepada Modul Latihan Kepimpinan Instruksional

yang telah digunakan sebelum ini dan amalannya telah tersebar dengan meluas di serata pelusuk Negeri Johor. Amalan Kepimpinan Instruksional yang telah dipupuk sebelum ini, kini ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dengan terlaksananya Modul Latihan Kepimpinan Transformasional Negeri Johor mulai Jun 2009. Matlamat utama Latihan Kepimpinan Transformasional ini adalah untuk membantu pemimpin sekolah membuat satu transformasi pendidikan yang signifikan dan memberi impak yang besar dan positif terhadap kemajuan dan kecemerlangan pendidikan di Negeri Johor. SENARIO KEPIMPINAN PENDIDIKAN JOHOR Gerakan pembaikan dalam pendidikan di Negeri Johor bermula pada akhir tahun 2005 dengan memberi fokus kepada kepimpinan sekolah. Pada tahun tersebut, Jabatan Pelajaran Johor telah mengambil inisiatif untuk membina Modul Latihan Kepemimpinan Instruksional dan mula melaksanakan latihan kepada Guru Besar dan Pengetua sebagai langkah untuk memantapkan pengurusan kurikulum dan menangani isu kemerosotan prestasi akademik murid-murid di Negeri Johor. Sebagai strategi pemantapan seterusnya, pada tahun 2006, Jabatan Pelajaran Johor telah melancarkan Blue Print Perancangan Strategik Negeri Johor (2006 2008) bagi mencapai hasrat untuk menjadikan Johor gemilang pada tahun 2008. Matlamat Strategik untuk melahirkan barisan pemimpin instruksional yang efektif dan efisien di Negeri Johor menjelang tahun 2008 telah dinyatakan secara jelas dan eksplisit. Natijahnya, semua barisan pemimpin sekolah telah didedahkan dengan kursus kepimpinan instruksional pada akhir tahun 2007. Strategi untuk melonjakkan pencapaian melalui pendekatan kepimpinan yang diambil oleh jabatan ini telah memberi impak yang besar kepada kecemerlangan pendidikan di negeri Johor. Banyak sekolah cemerlang dan pemimpin berwibawa telah dilahirkan melalui pendekatan ini. Buktinya, pada

tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi Anugerah Sekolah Cemerlang kepada 18 buah sekolah di Negeri Johor sementara 7 buah sekolah lagi diberi Anugerah Lonjakan Saujana kerana pencapaian dalam pelbagai bidang pendidikan. Pada tahun 2008 pula, Johor terus mengungguli dengan menerima 21 Anugerah Sekolah Cemerlang. Seperti juga aspek pengurusan, pencapaian Negeri Johor dalam peperiksaan awam juga semakin meningkat. Prestasi UPSR terus meningkat dari 61.9% (dengan GPS 2.3) pada tahun 2005 kepada 66.3 % (dengan GPS 2.2) pada tahun 2008. Prestasi PMR dan SPM juga turut meningkat meningkat sama ada dari aspek kualiti maupun kuantiti. Apa yang menariknya, sekolahsekolah di negeri ini telah memperlihatkan hala tuju yang semakin jelas sementara pencapaian akademik murid-murid mula diurus berasaskan data dan pendekatan headcount. Bagi mendepani cabaran pendidikan yang lebih rencam pada masa hadapan, Jabatan Pelajaran Johor telah lebih bersedia dengan Blue Print Perancangan Strategik 2009-2011. Antara cabaran tersebut termasuklah hambatan: (a) gobalisasi, lokalisasi, individualisasi; (b) transformasi kurikulum dan sistem pentaksiran kebangsaan; (c) kualiti modal insan dan (d) kepimpinan berintegriti. Justeru, sekali lagi jabatan ini telah memberi fokus utama terhadap peningkatan kualiti kepimpinan pendidikan sebagai strategi bagi mendepani cabaran yang mendatang. Oleh itu, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah mengambil ketetapan untuk meningkatkan Kecemerlangan pemimpin pendidikan melalui pendedahan tentang pendekatan Kepimpinan Transformational dalam latihan kepimpinan pendidikan di Johor sebagai kesinambungan kepada Kepimpinan Instruksional yang telah dilaksanakan dan diamalkan di sekolah ketika ini. Ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan Pengetua/ Guru Besar terutama dalam memimpin perubahan dan membuat trasformasi pendidikan di Negeri Johor.

MODUL LATIHAN KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL Kerangka Modul Latihan Kepemimpinan Instruksional yang dibina dan digunakan di Johor adalah berdasarkan Model Kepemimpinan Instruksional yang dipelopori oleh Hallinger dan Murphy pada tahun 1985. Terdapat 3 domain melibatkan 11 elemen dalam model tersebut iaitu: (a) mendefinisikan misi sekolah, (b) mengurus program instruksional dan (c) mewujudkan iklim pembelajaran yang positif Matlamat utama modul ini adalah untuk melahirkan pemimpin

instruksional di negeri Johor bagi memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Justeru, modul tersebut memberi pendedahan kepada peserta tentang amalan kepimpinan instruksional melibatkan penetapan visi yang jelas, berfokus kepada pencapaian dan keperluan murid di samping mewujudkan iklim sekolah yang menyokong kepada pencapaian matlamat yang ditetapkan. Mode pembelajaran dalam kursus tersebut melibatkan aktiviti ceramah dan perbengkelan yang dikendalikan oleh pasukan pembina dan fasilitator kursus. Kandungan kursus yang disampaikan berkisar tentang huraian berhubung 11 elemen dalam Model Kepemimpinan Instruksional yang dipelopori oleh Hallinger dan Murphy. Bagi mengenalpasti impak kursus ini, satu kajian telah dijalankan oleh panel kajian Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan (M4P) Negeri Johor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan Pengetua/ Guru Besar terhadap kursus adalah tinggi (melebihi 90%). membuat Kepimpinan Mereka menganggap kursus ini membantu mereka untuk yang diperlukan Sementara bersesuaian itu, tahap dengan kehendak amalan pelaksanaan perubahan

Instruksional.

Kepimpinan Instruksional dalam kalangan Pengetua/ Guru Besar selepas kursus juga adalah tinggi bagi ketiga-tiga domain: mendefinisikan misi sekolah (min=4.42), mengurus program instruksional (min=4.29) dan mewujudkan iklim pembelajaran (min=4.23).

MODUL LATIHAN KEPEMIMPINAN TRANSFORMASIONAL Bagi memastikan latihan kepimpinan yang diberikan menepati kompetensi kepimpinan yang diperlukan dan seterusnya memberi impak yang besar terhadap kepimpinan di sekolah, Jabatan Pelajaran Johor telah membina Modul Latihan Kepimpinan Transformasional berdasarkan instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS) yang dibina oleh IAB. IAB telah menggunapakai instrumen KOMPAS sebagai training based necessity. Modul Latihan Kepimpinan Transformasional yang dibina berdasarkan kerangka Model Pembangunan Kepimpinan IAB ini juga memberi pertimbangan yang wajar terhadap praktis berbanding teori, pendekatan contextual berbanding pendekatan konvensional sedia ada, dan penggunaan berfokus refleksi kepada berbanding workplace competency-based assessment lebih

development yang lebih meluas. Kursus Training of Trainers (TOT) pada 3-5 Disember 2008 di Tanjung Piai Resort untuk semua pembina dan fasilitator Modul Kepemimpinan Transformasional telah bersetuju untuk menjadikan kompetensi kepimpinan yang mempunyai high impact terhadap kepimpinan pendidikan melibatkan kompetensi kepimpinan transformational (domain change and innovation) digunakan sebagai asas untuk latihan kepimpinan pendidikan di Johor mulai 2009. Modul Latihan Kepemimpinan Transformasional yang dibina dibahagikan kepada lima elemen utama seperti berikut: a. Mengurus Perubahan (Managing Change)

b. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation) c. Kemahiran Menyelesai Masalah (Problem Solving Skill) d. Kemahiran Membuat Keputusan (Informed Decision Making Skill) e. Mengurus Penambahbaikan Sekolah (Managing School Improvement) PELAKSANAAN MODUL TRANSFORMASIONAL Pada 25-27 Februari 2009, Mesyuarat Pembinaan Modul yang telah diadakan di MITC Ancasa Hotel, Melaka telah dapat menggunakan kepakaran Tuan Haji Hassan bin Topit untuk membantu pasukan pembina modul dalam menghasilkan learning activities yang lebih pelbagai. Dalam pertemuan tersebut, Story Board, kerangka kandungan dan penyampaian serta bahan modul telah dapat dihasilkan. Pada 8-11 April 2009, Mesyuarat Pemurnian Bahan dan Modul telah diadakan di Hotel Muar Traders. Perancangan Pengajaran, Bahan pembentangan dan bahan tambahan bagi kelima-lima elemen dalam Modul Transformasional telah dapat disediakan dan dimurnikan. Selepas pertemuan tersebut, usaha-usaha pengeditan dan penjilidan telah dijalankan bermula pada 15 April 2009 yang dijalankan di SMK Jalan Mengkibol, Kluang. Satu program Test Run Modul Latihan Kepimpinan Transformasional pula telah diadakan pada 11-14 Mei 2009 di Hotel Selesa, Pasir Gudang. Tuan Pengarah Pelajaran Johor dan beberapa Ketua Sektor di Jabatan Pelajaran Johor, PPD, wakil-wakil Majlis Permuafakatan Pendidikan Negeri Johior seperti PKPSM, MGB, M4P dan Pengetua serta Guru Besar dan pasukan Pembina Modul Kepimpinan Transformasional hadir dalam program tersebut. Kursus Kepimpinan Transformasional Pemimpin Pendidikan Johor pula telah diadakan bermula pada akhir Jun 2009. Empat kohort kursus melibatkan 60 orang peserta untuk setiap kohort telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2009. Setakat hari ini, 2 kohort peserta melibatkan Pengetua sekolah

menengah telah dilaksanakan dengan jayanya. Kohort 1 telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru pada 30 Jun hingga 3 Julai 2009, sementara kohort 2 telah berlangsung di Hotel Katerina, Batu Pahat pada 10 hingga 13 Ogos 2009. dan kohort 3 telah dilaksanakan dengan jayanya baru-baru ini iaitu pada 12-15 Oktober 2009 di Hotel Landmark Batu Pahat. Sehingga kini seramai 220 pengetua telah terlibat menyertai modul latihan ini. Sebelum akhir tahun 2010 kursus untuk kohort semua guru besar telah dilaksanakan secara district based dengan menggunakan sumber dan kepakaran daerah masing-masing melibatkan mereka yang telah terlibat sebagai pembina atau fasilitator kursus sebelum ini mahupun pengetua yang telah menghadiri kursus tersebut di peringkat negeri pada tahun 2009. Hasil maklumbalas dari peserta yang telah menyertai kursus ini menunjukkan bahawa kursus ini telah memberi impak yang baik terhadap kesedaran tentang cabaran dan harapan dunia pendidikan pada masa kini dan masa akan datang. Motivasi dan keyakinan diri peserta untuk melakukan perubahan dalam organisasi juga semakin meningkat sementara kemahiran peserta dalam pengurusan organisasi sekolah juga meningkat setelah mengikuti kursus ini.

Transformational leadership leads to more effective Instructional leadership as it allows for instructional (teaching and learning) activities in his school improvement. The key is the ability to manage change. This, in a nutshell, is what transformational leadership is all about. (Dr Mohd Yusof Bin Mohd Nor IAB, Genting Highland)

Bengkel Training of Trainers untuk pasukan pembina Modul Latihan Kepimpinan Transformasional Pemimpin Pendidikan Negeri Johor di bawah bimbingan IAB pada 5 Disember 2008 di Tanjung Piai Resort.

Bengkel Pembinaan Modul Latihan Kepimpinan Transformasional Pemimpin Pendidikan Negeri Johor pada 25-27 Februari 2009 di MITC Ancasa, Melaka

Kursus Kepemimpinan Transformasional Pemimpin Pendidikan Negeri Johor

Anda mungkin juga menyukai