Anda di halaman 1dari 21

ASPEK SEGMENTAL secara kronologinya dapat diperincikan daripada unit yang lebih besar hinggalah unit yang lebih

kecil, iaitu wacana, ayat, klausa, frasa,kata, morfem, suku kata, fonem, dan fon. dapat dibahagikan kepada segmen yang lebih kecil,

ASPEK NON SEGMENTAL terdiri daripada intonasi dan unsur di bawahnya, yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental bahasa. Unsur intonasi ialah tekanan,nada , durasi dan mora bahagian bahasa yang kehadirannya ditentukan oleh unsur segmental.

Turut dipanggil sebagai suprasegmental

Sebutan tekanan nada

Elemen-elemen pertuturan dari aspek segmental dan non segmental


Jeda Mora Intonasi

Pada peringkat rendah, murid-murid di ajar mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat. ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya. Mereka harus menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna. Biasanya kesalahan menyebut atau pertuturan berlaku dalam kalangan murid-murid bahasa kedua dan bahasa ibunda juga merupakan penghalang dalam pembelajaran mereka

satu cara menyekat perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan itu dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Lambang yang diberikan untuk tekanan ialah /?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna dan ia hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan(misalnya dalam pembacaan sajak) tau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.

Mora adalah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. lambang yang digunakan ialah [:] dan tanda ini disebut mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang[.] adalah setengah mora. Unsur ini biasanya tidak jelas dalam Bahasa Melayu kerana ia tidak membezakan makna. Contoh penggunaan unsur mora dalam bahasa Inggeris ialah :

Pendek [sit] sit [fit] fit [ship] ship [hit] hit

Makna Duduk Sesuai Kapal Pukul

Panjang [si:t] seat [fi:t] feet [sip:p] sheep [hi:t] heat

Makna Tempat duduk Kaki Kambing biri-biri haba

Jeda juga disebut sebagai persendian kerana unsur ini digunakan untuk memisahkan elemenelemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ditanda [#] dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza.

Contoh : 1. [#] saya minum susu lembu [#] (maksudnya: orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu lain). 2. # saya minum susu # lembu # (maksudnya: orang yang bercakap itu memanggil orang dilawan bertutur itu sebagai lembu dan menyatakan di hanya minum susu)

Lambang jeda yang menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan yang selalu digunakan adalah /+/. Dalam bahasa Melayu lambang ini boleh membezakan makna. Contohnya : Berikan 1. Ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan) 2. Berikan (bermaksud menyerahkan)

keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Ia kadangkala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. Intonasi boleh menurun, boleh menaik, boleh mendatar, boleh meninggi dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunya intonasi yang menurun.

keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu dilafazkan. dalam bahasa Melayu, nada bersifat fonemik. Kewujudannya lebih ketara dalam bahasa Cina. Misalnya Ma dalam bahasa Cina boleh bermaksud emak, kuda, jerami atau marah bergantung kepada cara ia dilafazkan.

satu sistem, peraturan atau undang-undang yang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Tatabahasa terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. dalam pertuturan (lisan), tatabahasa tidak dititikberatkan tetapi untuk menguasai kemahiran bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan, aspek tatabahasa perlu ditekankan.

Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu berlangsung kerana dapat mengeluarkan idea, pendapat dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pendapat dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.

kemampuan menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana atau situasi yang sesuai. bertujuan untuk membolehkan seseorang menggunakan bahasa itu dalam konteks yang sesuai. Pembelajaran bahasa itu disusun berdasarkan fungsi komunikasi misalnya, bahasa untuk meminta izin, meminta maaf, menyatakan perasaan mengemukakan pendapat dan pandangan, menidakkan dan sebagainya.

Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk ynag kemas, teratur, dan lancar tetapi boleh menyembunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas.

Melafazkan atau menuturkan sesuatu ucapan secara bersusila dan sopan dimana sesuai dengan sesuatu konteks ayat. Tidak menggunakan ayat-ayat yang kasar, kotor dan kesat yang boleh menyinggung orang lain. Menuturkan sesuatu ucapan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Segala maklumat yang hendak disampaikan difahami dengan jelas oleh pendengar. Mengandungi aspek-aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan ayat-ayat yang betul dalam sesuatu pertuturan. Dapat menggunakan bahasa dengan baik, berkeupayaan menggunakan dialog dengan berkesan.

Tidak dipengaruhi oleh dialek dan gangguan bahasa yang lain semasa bertutur. Dapat memberi sumbangan idea secara positif dalam perbincangan dan dapat menutup beberapa kelemahandalam pertuturan.