Anda di halaman 1dari 7

Article 2.

Teras Strategi 2: Mengukuhkan Imej Industri Pembinaan

Teras strategi ini mempunyai tiga cadangan utama.

1. Meningkatkan Keprofesionalan Industri Pembinaan 2. Meningkatkan Strategi P2P 3. Meningkatkan Paras Kecanggihan Masyarakat Pembinaan

1.0 Meningkatkan Keprofesionalan Industri Pembinaan Langkah untuk meningkatkan imej dan keprofesionalan industri pembinaan adalah sejajar dengan Pelan Integriti Negara (NIP) yang dilancarkan oleh Kerajaan pada 23 April 2004. NIP menyediakan hala tuju strategi untuk semua sektor dan disasarkan untuk mengurangkan rasuah, menyediakan ketelusan dan akauntabiliti yang lebih nyata serta meningkatkan kecekapan di semua peringkat masyarakat.

Terdapat pelbagai kaedah untuk meningkatkan imej dan keprofesionalan industri ini. Keperluan utama industri ini digambarkan oleh para kontraktor yang membawa nilai kepada industri ini. Pertama, skim pendaftaran di CIDB dan PKK perlu diharmoni dan distandardkan. Di samping itu, pendaftaran para kontraktor perlu diperketatkan serta memperkenalkan keperluan pendaftaran baru bagi para kontraktor yang pergi ke luar negara dan mereka yang terlibat dalam pengurusan kemudahan.

Keprofesionalan boleh juga ditingkatkan dengan memanfaatkan kod etika dan pematuhan terhadap garis panduan ini dikuatkuasakan oleh persatuan. Ketika ini tidak terdapat kod etika untuk para kontraktor. Kemajuan yang berterusan di kalangan kontraktor dan profesional juga perlu untuk memastikan industri terus maju. Bagi menggalakkan para kontraktor meningkatkan prestasi mereka, sistem penilaian prestasi holistik yang merangkumi bidang-bidang penting kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, alam

sekitar, kewangan dan lain-lain perlu dilaksanakan. Dengan segala usaha ini, industri akan mencapai paras keprofesionalan yang lebih tinggi serta ke arah imej yang dipercayai dan dihormati oleh mereka yang terbabit dalam industri, di dalam dan di luar negara.

Mengharmoni Dan Menstandardkan Skim Pendaftaran Kontraktor

Ketika ini terdapat dua pusat pendaftaran utama untuk para kontraktor CIDB dan PKK. CIDB mendaftar para kontraktor untuk projek awam dan swasta sementara PKK mendaftar para kontraktor yang ingin menyertai kontrak kerajaan.Amalan ini mestilah diteruskan. Walau bagaimanapun, keperluan pendaftaran untuk kedua-dua lesen ini adalah disyorkan supaya disemak semula dan dipertingkatkan.

Perketatkan Keperluan Lesen CIDB Dan PKK

Ketika industri pembinaan tempatan menuju ke arah meningkatkan imej, keperluan pendaftaran kontraktor perlu diperketatkan untuk lesen CIDB dan PKK. Ia akan mendorong para kontraktor meningkatkan prestasi mereka kerana pencapaian setiap gred memerlukan para kontraktor membuktikan standard minimum. Lagi pun, ia akan memastikan industri ini mempunyai para kontraktor yang benar-benar menambah nilai kepada masyarakat dalam industri pembinaan.

Oleh itu, adalah disyorkan supaya CIDB menyemak semula keperluan pendaftaran sekarang (bagi setiap gred dalam tiga kategori dan pelbagai bidang pengkhususan) untuk lesennya dan lesen PKK. Memperketatkan pendaftaran kontraktor termasuk pengenalan keperluan baru atau menaikkan palang kriteria sekarang dari aspek kekuatan kewangan, keupayaan pengurusan, keupayaan teknikal, bidang pengkhususan, penggunaan kaedah dan teknik pembinaan, pengurusan kualiti, OSH dan pengurusan alam sekitar, prestasi projek lalu dan penyertaan dalam pembangunan kecekapan dan profesional.

Pendaftaran Baru Bagi Para Kontraktor Yang Keluar Negara Dan Para Kontraktor Yang Terlibat Dalam Perkhidmatan Pengurusan Kemudahan

CIDB telah mula memperkenalkan akreditasi baru bagi para kontraktor yang ingin melaksanakan projek di luar negara. Keperluan pendaftaran tambahan yang diperkenalkan termasuk perlunya para kontraktor Malaysia menjalani penilaian dan taksiran ketat oleh CIDB. Contohnya, adalah wajib bagi para kontraktor melaksanakan ISO 9001 atau ISO 14001, mempunyai kekuatan kewangan dan kepakaran dalam bidang pengkhususan mereka.

Untuk memastikan hanya para kontraktor atau subkontraktor yang berkelayakan dan pakar digunakan untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan kemudahan, adalah disyorkan agar proses pendaftaran yang betul dilaksanakan untuk mengawal profesion pengurusan kemudahan. Ini akan memastikan bahawa hanya para kontraktor atau subkontraktor dan buruh yang mahir dan berkelayakan dibenarkan menjalankan perkhidmatan pengurusan kemudahan dengan menggunakan produk dan bahan bermutu.

Penekanan terhadap pengawalan diri oleh persatuan berkaitan pembinaan

Industri perlu memberi penekanan terhadap pengawalan diri di kalangan para kontraktor dan perunding untuk memastikan amalan etika dan kemajuan berterusan. Para kontraktor dan perunding juga perlu memastikan bahawa piawaian akhlak menjelma dalam prinsip etika. Ini memerlukan kewujudan kod etika. Pendekatan pengawalan diri di kalangan persatuan dan badan profesional ialah bagi memastikan para anggota mematuhi kod etika.

Selain perlu mematuhi kod etika ini, CIDB mesti memastikan para kontraktor gred tertentu menyertai program latihan atau pendidikan secara berterusan. Memandangkan

CIDB juga berfungsi untuk mendaftar para kontraktor, ini membolehkanya menolak atau membatalkan pendaftaran para kontraktor yang tidak mematuhi garis panduan etika ini atau yang tidak memenuhi jam latihan minimum yang dikehendaki.

Melaksanakan Kerangka Penilaian Prestasi

Di samping pendaftaran para kontraktor diperketatkan, persatuan-persatuan yang berkaitan dengan pembinaan perlu bekerjasama dengan CIDB untuk terus memantau dan menguatkuasakan haknya untuk membatal, menggantung, membatalkan pendaftaran atau mengembalikan semula kedudukan sebarang kontraktor berdaftar bagi mengurangkan para kontraktor yang tidak berkualiti.

Untuk menilai perkembangan para pemain industri, kerangka penilaian prestasi holistik perlu dibentuk oleh CIDB. Representasi kerangka secara grafik adalah seperti Rajah 1.

Rajah 1: Kerangka Penilaian Prestasi

1. Menetapkan kerangka prestasi dan penilaian 2. Mengenalpasti sumber maklumat 3. Memantau prestasi para kontraktor 4. Tanda aras industri, tempatan dan seberang laut 5. Menerbitkan keputusan secara suku tahunan dan setiap tahun 6. Mengenalpasti jurang 7. Mengatasi jurang, jika perlu (perspektif industri)

[] Kualiti [] Keselamatan dan kesihatan pekerjaan [] Amalan alam sekitar [] Prestasi kewangan

[] Lain-lain

Kerangka penilaian perlu meliputi bidang-bidang utama seperti Kualiti, contohnya ISO9001, QLASSIC Score, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, contohnya kadar kemalangan, amalan mesra alam sekitar, contohnya ISO 14001, prestasi kewangan, contohnya nisbah keuntungan , aset ketara bersih, langkah-langkah produktiviti, paras kepuasan pelanggan, inisiatif pengetahuan/latihan/inovasi dan pencapaian serta menghiasi semula/penyelenggaraan/pembaikan dari aspek penyelenggaraan projek.

Kerangka ini perlu juga digunakan untuk menyemak semula prestasi dan membatal, menggantung, menyahaktifkan, mengenepikan para kontraktor yang tidak berkualiti berdasarkan kriteria yang telah ditentukan terlebih dahulu.

Selain menilai prestasi para kontraktor, kerangka ini membolehkan para kontraktor mengukur diri mereka berbanding rakan-rakan mereka, dan ini akan mendorong mereka untuk terus maju.

2.0 Meningkatkan Strategi Pemerolehan untuk Membayar (P2P)

Peningkatan strategi P2P secara berterusan dengan menggabungkan amalan terbaik akan menggalakkan para pemain industri pembinaan menjadi lebih proaktif untuk mencari kemajuan. Perubahan yang disyorkan ialah:

Meningkatkan prosedur tender di sektor awam dan swasta dengan menggabungkan amalan terbaik. Menggabungkan amalan terbaik dalam strategi perolehan, amalan termasuk pra kelayakan bakal pembida, mempunyai sistem tender yang terbuka dan telus, teruskan amalan menggunakan sistem bida dua sampul surat dan lain-lain.

Sebarkan amalan terbaik pemerolehan kepada sektor awam dan swasta menerusi penggunaan gerbang maklumat dan pendidikan dalam talian. Memudahkan penggunaan borang standard dan syarat kontrak dan kod amalan standard yang mengagih risiko secara saksama kepada semua pihak menurut keadaan projek.

Membentuk syarat kontrak standard untuk para subkontraktor domestik, membenarkan para subkontraktor yang dilantik secara langsung oleh para kontraktor utama mempunyai perjanjian kontrak yang sah.

Memperkenalkan Akta Pembayaran dan Penghukuman Industri Pembinaan untuk menyelesaikan isu tidak membayar, membolehkan penyelesaian lebih cepat terhadap isu tidak membayar menerusi proses adjudikasi.

3.0 Meningkatkan Paras Kecanggihan Masyarakat Pembinaan

Pengetahuan para pelanggan terhadap kualiti produk dan perkhidmatan yang dijangkakan adalah penting supaya mereka mengetahui produk dan perkhidmatan yang bakal disediakan oleh pelbagai pihak dalam rangkaian industri pembinaan. Pengenalan dan perkongsian maklumat yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat pembinaan.

Memperkenalkan perkongsian pengetahuan menerusi pendidikan dalam talian dan Gerbang Dalam Talian

Memperkenal dan berkongsi amalan terbaik dalam membantu menyediakan penilaian komprehensif terhadap prestasi para penyedia produk dan perkhidmatan. Sektor awam dan swasta boleh memanfaatkan sebagai asas untuk prestasi tanda aras dan menggalakkan perkongsian maklumat di kalangan para pemain industri. Ia turut mendorong amalan baik dalam industri pembinaan.

Sehubungan itu, CIDB perlu merintis inisiatif ini dengan memperkenalkan dan berkongsi amalan terbaik bersama masyarakat pembinaan. Contohnya, pameran produk, kaedah pembinaan, kos dan analisa faedah pelbagai rekabentuk dan kaedah binaan. Di samping itu, CIDB dan industri boleh memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi menggalakkan perkongsian pengetahuan untuk meningkatkan paras kecanggihan masyarakat pembinaan. Gerbang Maklumat Pembinaan yang disyorkan boleh digunakan untuk mendidik dan menyebarkan maklumat.

Memperkenalkan program pendidikan dan kesedaran bagi meningkatkan pengetahuan para pelanggan.

Selain pendidikan dalam talian dan maklumat dalam talian, CIDB akan menganjurkan pelbagai program yang merangkumi seminar pendidikan, pameran produk dan perkhidmatan serta maklumbalas masyarakat pembinaan atau sesi pemerahan otak untuk berkongsi dan meningkatkan pengetahuan. Program ini akan memperkasakan para pelanggan dengan pengetahaun dan amalan terbaik dalam industri pembinaan.

Anda mungkin juga menyukai