Anda di halaman 1dari 1

Apakah penghabluran semula?

Penghabluran semula ialah proses di mana bijian-bijian logam yang terherot digantikan oleh bijian-bijian baru daripada proses penukleusan dan tumbuh menggantikan sepenuhnya bijian-bijian asal logam. Ia biasa dilakukan untuk melembutkan logam-logam selepas dikenakan kerjasejuk, yang mana telah hilang kemulurannya dan struktur bijiannya yang tidak menentu. Penghabluran semula biasanya mengurangkan kekuatan dan kekerasan sesuatu logam. Bila proses penghabluran tamat, struktur bijian yang didapati biasanya lebih halus daripada struktur bijian yang asal sebelum dikerja-sejuk seperti yang ditunjukan dalam Gambarajah 6.2

Penghabluran semula (a b) dan pertumbuhan hablur bijian (b c d).

Anda mungkin juga menyukai