Anda di halaman 1dari 10

JALAN SEMPIT Amelia Hashim

SINOPSIS

Mengisahkan tentang masyarkat yang berdepan dengan masalah jalan sempit untuk masuk ke kampung mereka. Azman dan Kamal berjumpa dengan Tuk Penghulu untuk mengadu bahawa mereka telah hilang gelanggang permainan. Joyah dan Dolah pula berselisih faham apabila Joyah mengadu bahawa Dolah bersikap kurang ajar terhadapnya. Dolah dikatakan menghambat Joyah yang ketika itu sedang menggunakan jalan sempit. Semuanya berkumpul di rumah Tuk Penghulu untuk mencari jalan penyelesaian atas masalah jalan sempit.Kedatangan lebai Dahaman yang enggan menyerahkan tanahnya berhampiran jalan sempit untuk kerja-kerja melebarkan jalan menjadikan keadaan semakin rumit.

TEMA

Kemanusiaan dan kemasyarakatan menjurus kepada kurang sikap tolak ansur sesama ahli menyebabkan berlakunya kepincangan dalam masyarakat

PERSOALAN

Pemimpin perlu bijak menangani masalah anak buahnya Pemimpin harus berlaku adil kepada semua pihak Permuafakatan merupakan salah satu elemen untuk mewujudkan perpaduan masyarakat Sesetengah anggota masyarakat hanya pentingkan diri sendiri dan tidak

mengamalkan sikap tolak ansur

WATAK DAN PERWATAKAN

Tuk Penghulu Berusia 50 tahun Bertanggunjawab terhadap anak buah Seorang yang gemuk Sabar Tidak mementingkan diri sendiri Ambil berat aduan anak buah Tidak mahu menerima Murali dan Ah Chong kerana mereka bukan penduduk kampung tersebut

Sabihah Isteri Tuk Penghulu Berusia 40-an Cantik dan bergaya Cemburu Suka membebel Suka menyampuk dan campur tangan urusan suaminya Suka memihak pada kaum wanita sahaja Memujuk Tuk Penghulu agar meminta anak mereka membeli tanah yang menimbulkan masalah kepada penduduk kampung itu

Kamal Pemuda kampung Berusia 18 tahun Gemar beriadah Bijak mengemukakan idea Pencatat mesyuarat di rumah tuk Penghulu Azman Berusia 16 tahun Gemar beriadah Kawan Kamal Bersama-sama denga Kamal ke rumah Tuk Penghulu Joyah Berusia 50-an tetapi masih sihat Bergaduh dengan Dolah Keras hati dan tidak mahu bertolak ansur Mengatakan bahawa Dolah sengaja melanggar punggungnya Mahu mengajar Dolah agar menghormati orang tua apabila membuat aduan kepada Tuk Penghulu Dolah Berusia 40-an Penduduk kampung Memiliki sebuah motosikal Tidak menghormati orang yang lebih tua

Tidak mahu mengaku salah Murali Berusia 40-an Orang luar Penjual roti di kampung itu Bertengkar dengan Ah Chong Menuduh Ah Chong menolak kotak rotinya Badan penuh selut apabila jatuh ke dalam sawah selepas bergaduh dengan Ah Chong Pentingkan diri sendiri Keras hati dan tidak mahu bertolak ansur Terima ganti rugi RM100 kerana habis rotinya rosak ketika jatuh ke dalam sawah Ah Chong Berusia 40-an Orang luar juga Memilik basikal Berniaga ayam dan itik di kampung tersebut Bergaduh dengan Murali di sawah Pentingkan diri sendiri Tuduh Murali menolaknya jatuh Mengalami kerugian apabila ayam dan itiknya bertempiaran lari ketika jatuh ke dalam sawah

Pak Leman Berusia 60-an Bapa Munirah Menjaga Munirah dengan penuh kasih sayang Penyabar Mudah bersimpati Munirah Anak Pak Leman Berusia 16 tahun Kawan sekolah Kamal Cantik dan manja Tuduh Husin berkelakuan tidak senonoh kerana memegang kakinya semasa jatuh di jalan sempit itu Lebai Dahaman Tuan punya sawah di tepi jalan sempit Pentingkan diri sendiri Keras hati Tidak mahu bertolak ansur Tidak mengizinkan kerja-kerja melebarkan jalan sempit itu masuk ke kawasan tanah miliknya

PLOT

Permulaan Sabihah minta suaminya memujuk anak mereka di bandar membeli tanah yang telah berpagar itu Perkembangan Kamal dan Azman mewakili penduduk kampung memohon agar Tuk Penghulu carikan kawasan untuk anak muda kampung bersukan atau beriadah pada waktu petang Joyah pula tiba dengan masalah dengan Dolah yang dikatakan sengaja melanggar punggungnya di jalan sempit Ah Chong dan Murali bertengkar kerana masing-masing tidak mahu beralah ketika menggunakan jalan sempit itu Munirah mengadu yang Husin sengaja memegang kakinya ketika dia terjatuh di jalan sempit itu Perumitan Tuk Penghulu cuba mencari jalan penyelesaian atas masalah tersebut Puncak Lebai Dahaman tidak membenarkan tanahnya diambil untuk memperlebarkan jalan sempit berkenaan Peleraian Semua terduduk kehampaan mendengar kata-kata Lebai Dahaman

LATAR

Latar masa Siang, hanya beberapa jam sahaja Latar tempat

Di sebuah kampung Jalan sempit Rumah Tuk Penghulu Latar masyarakat Masyarakat petani yang hidup sederhana Masyarakat yang memilik tanah Masyarakat yang menghormati pemimpin Masyarakat yang tidak mahu bertolak ansur

GAYA BAHASA

Bahasa Arab Contohnya: i. Assalamualaikum ii. Waalaikumsalam Dialek daerah Contohnya: i. hendal ii. ban Simile Contohnya: i. macam menatang minyak yang penuh ii. seperti manjaga sekuntum bunga ros

iii. macam nak putus jantung iv. macam memerang menangkap ikan v. bara dalam hati semacam menyala-nyala Bahasa klasik Contohnya: Hatta Hiperbola Contohnya: i. basah kuyup penuh lumpur ii. merobek-robek hati dan jantung Sinkof Contohnya: i. dah ii. tak iii. nak iv. tapi v. sorang-sorang vi. saja vii. tu viii. ni ix. terantak x. ke Nada sinis Contohnya:

Sedarlah sikit, awak tu sudah bercucu pun, dan sekarang ini usahkan kamu nak pagar hutan menjadi sawah.sawah yang ada kamu timbus .

Simpulan bahasa Contohnya: i. muka pintu ii. ganti rugi iii. hangat telinga iv. buta mata v. buta jati Pengulangan kata Contohnya: i. Jangan menangis! Jangan menangis Murali! ii. Duduk! Kita duduk dulu! iii. Tak patut!memang tak patut iv. Daripada soal hingga soal

NILAI MURNI

Perpaduan Perlunya ada semangat perpaduan diterapdalam diri penduduk kampung agar kehidupan menjadi lebih bermakna Kerjasama

Segala masalah akan dapat diselesaikan sekiranya kita saling bekerjasama dalam mencari jalan mengatasinya Toleransi Sikap mementingkan diri sendiri akan memusnahkan permuafakatan hidup ant ara masyarakat. Bertoleransilah dalam segala hal agar hidup lebih harmonis. Bertanggungjawab Setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab masing-masing. Contohnya sebagai ketua kampung, segala masalah anak buah perlu diambil kira dengan adil. Manakala sebagai anak buah pula perlu patuh dan taat pada ketua. Hormat-menghormati Kita seharusnya menghormati ketua atau pemimpin. Kita seharusnya menghormati orang yang lebih usianya dari kita. Murah hati Perlunya sikap bermurah hati demi kebaikan bersama. Contohnya Lebai Dahaman. Beliau sepatutnya mengizinkan tanahnya diambil sedikit untuk memperlebarkan jalan demi kepentingan penduduk kampung.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah sentiasa hidup bermuafakat dalam melakukan segala hal demi memperoleh persetujuan dan bersatu hati serta tidak menimbulkan sebarang rasa curiga atau tidak berpuas hati. 2. Sebagai manusia, kita haruslah sentiasa memberi kemaafan atau saling bermaaf- maafan setelah melakukan sesalahan sama ada disedari atau tidak disedari demi memelihara kerukunan persahabatan. 3. Kita haruslah bermurah hati demi keutamaan orang awam

Anda mungkin juga menyukai