Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut


Dalam senyum penghidang tamu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut dipintu

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke


Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis
akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil
tempat di dalam dewan.

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Dr Salbiah binti Ismail Pengarah Bahagian Teknologi


Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi Tn Abdullah bin Mohammad
Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran NSembilan Darul Khusus.

Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan Yg Berbahagia Dr Salbiah Pengarah


Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Tn
Abdullah bin Mohamad Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran N.Sembilan ke
Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008.

UCAPAN PEMBUKAAN

Tetak buluh panjang sepuluh


Mari jolok sarang tebuan
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biar selamat

Dengan itu majlis mempersilakan En Mohd Aris Bin Yusof Pegawai Teknologi
Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Batu Kikir untuk membacakan doa. Majlis
dengan hormatnya mempersilakan.....

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas
bacaan doa itu tadi.
UCAPAN PROTOKOL

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang Berbahagia Dr Salbiah binti Ismail Pengarah Bahagian Teknologi


Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Yang Berbahagia Tn Abdullah bin Mohamad Pengarah Pelajaran Jabatan


Pelajaran Negeri Sembilan

Yang dihormati Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Pengarah Urusan Oracle Corporation Malaysia Sdn. Bhd

En Md Noh Bin Abadan...Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Negeri,


Negeri Sembilan

Ketua-ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

Tuan-tuan Pegawai Pelajaran Daerah seluruh Negeri Sembilan

Para pengetua, guru besar sekolah-sekolah seluruh Negeri Sembilan

Ketua Polis Daerah Jempol, Pegawai Belia dan Sukan Pejabat Belia & Sukan
Daerah Jempol

Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri


Sembilan

Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah seluruh Negeri Sembilan

Para guru, pelajar, hadirin dan hadirat sekalian


UCAPAN ALU-ALUAN

Hadirat hadirat sekalian,

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Yang
Berbahagia Tn Abdullan bin Mohamad (Pengarah Pelajaran, Jab. Pelajaran
Nsembilan) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan....

Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi....

Seterusnya majlis menjemput En. K. Raman...Pengarah Urusan Oracle


Corporation Malaysia Sdn. Bhd untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan...

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan beliau itu tadi.

Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang Berbahagia


Dr Salbiah bt Ismail (Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian
Pelajaran Malaysia )untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
majlis mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ....................diatas


ucapan tersebut .

PERSEMBAHAN GIMMICK PELANCARAN PROJEK THINK.COM


PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Belum pasti....Dengan itu dijemput .........................................................................

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr.
Salbiah bt Ismail (Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian
Malaysia) kerana sudi menyempurnakan Pelancaran Projek Think.com Peringkat
Negeri Sembilan 2008.
Seterusnya...penyampaian watikah perlantikan Jurulatih Utama, Projek
Think.com Negeri Sembilan. Dengan itu dijemput Yang Berbahagia Dr Salbiah
(Pengarah BTP Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan diiringiEn K. Raman
Pengarah Urusan Pengarah Urusan Oracale Corporation Sdn Bhd untuk
menyampaikan Watikah Perlantikan Jurulatih Utama. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yg Berbahagia Dr Salbiah di atas


penyampaian watikah itu tadi.

SESI PENGENALAN SAINTIS JEMPUTAN DARI AKADEMI SAINS


MALAYSIA.

Hadirin-hadirat sekalian....

Masih tiada perincian ..............................................................................................

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Seterusnya...penyampaian cenderahati kepada....................................................


Dengan itu dijemput ...............................................................................................

PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara


Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka.....

Selesailah sudah Majlis Perasmian Future Scientists Malaysia Think Camp 2008.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke majlis perasmian yang diadakan pada hari ini.

Selepas ini para jemputan, guru dan pelajar dijemput untuk sessi bergambar di
perkarangan bangunan dan kemudiannya ke majlis jamuan yang telah
disediakan.
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu
datangnya dari diri saya sendiri.
Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi
wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai