Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis

BIL. PERKARA CATATAN

1 . . . Yang Berusaha, En. Mohd Yusoff B Jaafar, Guru Besar SKTG Yang Dihormati. - Pn Norkhatimah Bt Mohd Sidek, GPK HEM, SKTG - En Azman B. Ali, GPK KOKO SKTG - Tn. Hj Zulkafli B. Mad Arus - Guru2, - Peserta2 khatam al-quran - Seta pelajar2 yg dikasihi sekalian Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis. Min Raub ila Pontian Mubasyaratan ila Kuala Perlis Arju lakum al-ikhtimam Astadzinu li abdaal jilsah.

Hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Sambutan Khatam Al-Quran dan Pemyampaian Sumabngan Anak Yatim dan Murid Miskin SKTG 2011 Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Quran dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Indah mekar si bunga siantan Mekar mewangi di taman larangan Cintakan al-Quran, fahami al-Quran Moga terealisasi jadi kenyataan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al-fadhil Ustaz Muhamad Hisamudin b Parman. Fal.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara. Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Berusaha En. Mohd Yusoff B Jaafar untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Yusoff B Jaafar, di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Tn.Hj Zulkafli B. Mad Arus untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Majlis ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syukran jazilan diucapkan kepada Tn Hj Zulkafli B. Mad Arus TDP PIBG SKTG di atas ucapan perasmian tadi yang telah disampaikan sebentar tadi. 7 Hadirin dan hadirat sekalian, Firman Allah swt:

Maksud: dan apabila dibacakan al-Quran, hendaklah kamu dengar dan diam, mudah2an kamu dirahmati Sekarang tibalah masanya bagi kita untuk mendengar bacaan ayat2 sucai al-Quran yang akan diperdengarkan oleh murid2 SKTG seramai _______ org. Diharapkan semua hadirin dan hadirat serta murid2 dpt mendengar dengan penuh khusyuk dan hormat. 8 Hadirin dan hadirat sekalian, Begitulah td bacaan2 dari sebahagian juzuk 30 yg diperdengarkan oleh murid2 SKTG sbg penutup majlis tadarus yg berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk pengetahuan, bacaan doa td telah diketuai oleh adik Muhammad Zharif Amsyar B. Zaharudin dari Tahun 6 Bestari. Terima kasih diucapkan kepada peserta2 Majlis Khatam Al-Quran sebentar td. 10 Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian saguhati kepada peserta2 khatam al-Quran. Untuk menyempurnakannya, majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada .......................untuk mengiringi dan mempesilakan ................. bg menyampaikan saguhati. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Terima kasih diucapkan kepada di atas penyampaian itu td.

11

Hadirin dan hadirat sekalian, Seterusnya adalah penyampaian sumbangan anak2 yatim dan murid miskin. Dengan ini majlis menjemput menyampaikan sumbangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kpd.. krn telah menyempurnakan pemberian sumbangan sebentar td. . Bagi

12

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Sebagai tanda penghargaan kepada pihak ............... untuk menerima tanda penghargaan tersebut. Dan yang terakhirnya, sebagai tanda ucapan terima kasih kepada atas kesudian hadir dan merasmikan penutupan majlis kita pada hari ini, majlis ingin mempersilakan kepada untuk menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau.

12

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ............................. atas kesudian menyampaikan sumbangan tadi.

13

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat mempelai direnjis dipilis Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah kita di penghujung majlis. Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana ........................................................................... ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua

akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah.

14

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr. Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Taala wa ilal liqa, maas salamah.

Anda mungkin juga menyukai