Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Pengajaran Harian Sains Sekolah: Sk Cemerlang Jaya Tawau, Sabah.

Kelas : Tahun 5 Siddiq Guru Sains: Encik Mohd Shamsudin Ali bin Tami Bilangan Murid: 30 orang ( 16 lelaki dan 14 perempuan) Masa: 11.00 a.m 12.00p.m Tema: Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Topik: Memahami Fasa-Fasa Bulan. Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid sudah mengetahui dan memahami bahawa Matahari memancarkan cahayanya. 2. Murid juga sudah mengetahui bahawa bumi mengelilingi matahari dan bulan pula mengelilingi bumi. 3. Murid juga sudah mengetahui kejadian siang dan malam. Objektif Pembelajaran: 1. Mengetahui bahawa bulan tidak mengeluarkan/memancarkan cahaya. 2. Menerangkan bahawa bulan bersinar terang apabila memantulkan cahaya Matahari. 3. Menerangkan tentang fasa-fasa bulan. Hasil Pembelajaran: 1. Murid dapat menerangkan bahawa bulan tidak mengeluarkan atau memancarkan cahaya. 2. Murid juga dapat menjelaskan bahawa bulan bersinar terang apabila memantulkan cahaya Matahari.

3. Murid dapat mengingati kesemua fasa-fasa bulan dengan lengkap dan betul mengikut turutan. Kemahiran Proses Sains (KPS) : 1. Membuat pemerhatian 2. Membuat Inferens 3. Meramal 4. Berkomunikasi 5. Menggunakan hubungkait ruang dan masa 6. Membuat Hipotesis Kemahiran Berfikir dan Strategi (KB dan Strategi) : 1. Menjana idea 2. Membuat hubungkait. 3. Membuat generalisasi 4. Membayangkan/visualisasi 5. Mengsintesis 6. Membuat hipotesis Nilai Murni dan Sikap Saintifik 1. Bersyukur dan menghargai ciptaan Tuhan. 2. Mempunyai rasa peka dan ingin tahu terhadap persekitaran. 3. Bekerjasama antara satu sama lain. 4. Yakin pada diri sendiri 5. Berfikir secara kritis dan kreatif.

Anda mungkin juga menyukai