Anda di halaman 1dari 26

Multibahasa: Dinamisme Baru Generasi Ketiga Dalam

Persekitaran Dunia Yang BerubahÂ

Oleh
Mohd Azurin Othman
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei

Abstrak
Generasi kedua telah menyediakan asas yang kukuh
untuk meneroka bahasa kedua dengan penggubalan
sistem pendidikan pragmatik. Penakatan pragmatik
generasi pertama dan generasi kedua kini memberi
jalan kepada generasi pascamerdeka dibesarkan
dalam keamanan dan kemakmuran untuk bersaing dalam
era global. Generasi kedua yang dulunya memperoleh
bahasa kedua melalui pendidikan formal kini
memakmurkan generasi ketiga dengan bahasa kedua
melalui pendidikan informal. Dengan kata lain, generasi
ketiga bukan sahaja membesar dengan bahasa pertama
malah melalui pengalaman baru dengan pendedahan
awal bahasa kedua. Memandangkan persekitaran dunia
yang berubah, generasi ketiga terdedah kepada
persekitaran yang kompetitif. Generasi ketiga adalah
generasi transisi dan lambang masyarakat yang
bergerak dari paksi fundamental kepada paksi
intelektualisme, sedar akan kepentingan ilmu
pengetahuan, kebolehan, pemikiran dan kecerdasan.

 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Tahunan Jabatan


Bahasa Melayu dan Linguistik, Kali Ke-2 (SETALING II), Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam pada 24-25
Januari 2007.
PROSIDING SETALING II

Adalah penting generasi ketiga mempunyai peta laluan


jangka panjang untuk berdepan dengan realiti
persaingan. Penguasaan lebih daripada satu bahasa
apatah lagi bahasa yang mempunyai standard
antarabangsa yang jelas bukan sekadar satu bonus
kendiri tetapi juga satu keperluan dan aset yang
membolehkan mereka mengakses maklumat dan meraih
ilmu pengetahuan tinggi untuk sama-sama bersaing dan
mendapat peluang kerja yang lebih baik bukan saja
untuk tujuan menyara hidup bahkan bersama-sama
membangunkan negara. Dengan berbuat demikian,
mereka menghindarkan diri dan negara daripada
penaklukan global.

1 Sebermula
Gelora perang dingin antara komunisme dan imperialise sehingga
runtuhnya komunisme telah secara langsung meletakkan kesan
serta merta kepada persekitaran dunia. Dunia kini tidak lagi
berpijak kepada kekuatan sehala iaitu militari yang dicetuskan
oleh metos perang dingin suatu ketika dulu, sebaliknya kekuatan
ekonomi dan kestabilan sumber tenaga manusia melalui
pengisian ilmu pengetahuan menjadi pemangkin kepada ekonomi
dan militari. Pada hari ini, politik bergerak lebih perlahan
daripada sains dan ekonomi. Kemajuan sains dan ekonomi
menjana wang, wang pula digunakan untuk memodenkan sistem
militari yang usang. Kejayaan pembangunan baik ekonomi dan
militari mahupun sumber guna tenaga lain berasaskan ilmu
pengetahuan. Hampir separuh bidang pengurusan yang dulunya
dibuat secara manual tetapi kini melalui integrasi elektronik (e-)
melalui peranti teknologi maklumat seperti e-kerajaan, e-bank, e-
bayaran, e-belian, e-buku, e-dagang dan sebagainya. Pendek kata,
dunia kini mengarah kepada ilmu pengetahuan. Kejayaan
kerajaan menyediakan peluang pendidikan yang baik dan
sempurna selama beberapa dekad, menyumbang kepada
pendedahan corak pemikiran, masyarakat semakin terbuka dan
kritis. Ilmu pengetahuan merupakan aset penting negara pada
dekat mendatang. Fenomena ini boleh dipelajari melalui kejayaan
negara komunisme seperti China dan negara membangun India
yang muncul sebagai pemain ekonomi global. Para pemimpin

40
PROSIDING SETALING II

Asia Tenggara yang lain pula, acap kali bercakap tentang


pentingnya masyarakat menguasai ilmu pengetahuan tinggi bagi
memastikan kestabilan sumber manusia untuk memacu ekonomi
agar lebih berdaya saing dalam persekitaran dunia yang tidak
dapat dijangka. Malaysia dan Singapura misalnya, awal-awal lagi
telah memberi respons global untuk meningkatkan kesedaran
masyarakat tentang peri mustahaknya ilmu pengetahuan melalui
gesaan “rebutlah peluang yang ada khususnya di kalangan
karyawan muda agar berjaya di dunia yang pesat berubah” dan
pembangunan modal insan (human capital). Di Brunei
Darussalam, baru-baru ini KDYMM telah bertitah “dunia dan
manusia akan terus menyaksikan kemajuan ilmu pengetahuan
kerana kecemerlangan manusia diukur sejauh mana mereka
menguasai ilmu dan kemahiran1”. Titah KDYMM membawa
makna besar bahawa peranan institusi pengajian tinggi yang
berorientasikan teknologi dan teknikal sangat penting dalam
kehidupan abad ke-21. Pendek kata, hampir tiada aspek
kehidupan yang tidak disentuh dan dipisi-pisi tanpa kemajuan
ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran merupakan
inovasi dalam proses kehidupan manusia. Dalam konteks dunia
sekarang, pengalaman tanpa disokong oleh ilmu pengetahuan,
menyebabkan pemikiran kita rigid dan bertahan dengan idea-idea
lama yang dianggap usang. Situasi demikian sudah tentu
merugikan negara dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, ilmu
pengetahuan akan mendorong seseorang itu berfikir secara kreatif
dan memberi nilai tambah kepada sumber yang sedia ada.
Mengikut Maurits Simatupang (2000:35)

“Tanpa ilmu pengetahuan dan teknologi (IPTEK), suatu


masyarakat akan sulit untuk memperoleh
kemajuan atau mempertahankan diri. IPTEK itu sendiri
adalah hasil cipta, karsa dan karya manusia. Agar
manusia dapat mencipta, ia harus mempunyai
kemampuan berfikir kreatif dan agar ia dapat

1
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Dipertuan Negara Brunei di Majlis Sambutan Hari Raya
anjuran Yayasan Haji Hassanal Bokiah, 14 November 2006 di Pusat
Persidangan Antarabangsa Berakas.

41
PROSIDING SETALING II

menjalankan karsanya ia harus mampu berkarya. Jadi,


diperlukan suatu kondisi sosiokultural yang
mendukung pengembangan IPTEK. Jika suatu
masyarakat atau budaya tidak memiliki IPTEK
(moden), maka ia dapat mengambil alihnya dari
masyarakat atau budaya lain yang lebih maju dalam
bidang ini. Untuk mencipta dan mengembangkan
IPTEK, suatu masyarakat harus memiliki sejumlah nilai,
kemampuan tertentu dan modal dasar. Di sini akan
terlihat hubungan timbal balik antara IPTEK dan nilai-
nilai budaya yang mendukung”.

Apa kena mengena ilmu pengetahuan dengan bahasa.


Satu hal yang tidak dinafikan adanya perkaitan antara bahasa
dengan pendidikan, kegiatan ekonomi apatah lagi kegiatan
sosiolisasi. Bahasa adalah wacana yang dipakai untuk sebarang
aktiviti manusia dan kemanusiaan. Dengan kata lain, bahasa yang
dipakai seboleh-bolehnya adalah bahasa yang anjal dan bahasa
yang membolehkan kita mengakses pangkalan data ilmu tanpa
sebarang kekangan pemahaman. Berhubung dengan bahasa
Melayu, sebagai bahasa baku yang dituturkan di mandala
Nusantara dan beberapa negara pesisir, bahasa Melayu
merupakan bahasa umum dan bahasa kebangsaan yang hidup dan
berkembang sejalan dengan kehidupan warga dalam persekitaran
dunia yang berubah. Persekitaran dunia yang berubah
dipengaruhi pertimbangan ekonomi berasaskan ilmu
pengetahuan. Sesuai dengan perubahan tersebut, aspek sosial
perlu memperlihatkan keanjalan dan kepragmatikan untuk
memenuhi tuntutan persekitaran. Dalam konteks ekonomi, dunia
menyaksikan pembangunan begitu pesat dalam bidang sains dan
teknologi. Untuk mengisi dan menyokong kemajuan ekonomi,
faktor sosialisasi harus dinamik dan berkembang seiring. Dengan
kata lain, masyarakat harus meraih ilmu pengetahuan dalam
segenap bidang bukan saja untuk kestabilan hidup malah
menyumbang kepada pembangunan negara untuk jangka masa
panjang. Dalam hal ini, kita melihat pertahanan sosial kita yakni
bahasa melalui satu dimensi baru sejak pascamerdeka dan dalam
beberapa dasawarsa ini. Perubahan sosiolisasi melalui peralihan
generasi tidak dapat tidak mempengaruhi sistem kebahasaan

42
PROSIDING SETALING II

mereka. Mengikut Asmah Omar, setiap generasi akan berhadapan


dengan keadaan dan proses sosial yang berlainan yang
mempengaruhi etos anggota-anggotanya dan ini akan turut juga
mempengaruhi penggunaan bahasanya (dlm Roksana Bibi
Abdullah 2003:iii). Umum mengetahui dan sedar bahawa
penggantian masa akan turut membawa bersamanya peralihan
generasi. Pada kebiasaannya generasi pertama, adalah generasi
yang melalui rintangan sejarah dan perjuangan. Dengan lain
perkataan, generasi pertama adalah generasi pengasas yang
melalui pergolakan pemisahan dan penakatan identiti untuk
mencapai kemerdekaan dalam merencanakan pembangunan
negara. Manakala generasi kedua adalah generasi yang
meneruskan kesinambungan pembangunan untuk menjayakan
misi nasional. Dalam memenuhi aspirasi tersebut, generasi ini
mula melihat peri mustahaknya generasi masa depan (ketiga)
dinamik sejajar dengan perkembangan persekitaran yang
berubah. Dalam hal ini, adalah penting generasi ketiga menguasai
lebih dari satu bahasa apatah lagi bahasa yang mempunyai nilai
ekonomi dan pengetahuan tinggi yang bukan sahaja dirakam di
atas kertas atau sebagai bahasa pengucapan malah bahasa yang
membolehkan kita mengakses dan memahami secara langsung
data melalui pangkalan data seperti internet.

2 Tujuan
Dalam kertas kerja yang sederhana ini, penulis menanggapi tajuk
di atas berdasarkan perkembangan kini dan masa depan sesuai
dengan situasi dunia sekarang. Ini bukan bermakna penulis tidak
meyakini kemampuan bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu dan
sebagai bahasa intelektual. Sebagai pengguna kepada teknologi
yang direka cipta oleh negara maju, sudah tentu maklumat yang
diperoleh dalam bahasa mereka. Mahu tidak mahu, kita harus
menguasai bahasa berkenaan agar tidak tertinggal dengan
sebarang aplikasi dan protokol teknologi maklumat yang
disampaikan. Akhirnya, kita mula menyedari dan menginsafi
bahawa kita tidak patut tertinggal dan ditinggalkan oleh teknologi
yang berasaskan bahasa Inggeris ini. Kemajuan teknologi tidak
dapat ditolak, sesuai dengan gaya hidup moden hari ini. Atas
keperluan tersebut kerajaan mula menyedari pentingnya
menguasai dengan baik satu standard bahasa yang jelas sehingga

43
PROSIDING SETALING II

bahasa tersebut digubal dalam sistem pendidikan negara melalui


pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik. Rasional
disebalik pelestarian tersebut, ialah tenaga-tenaga terlatih yang
dikeluarkan nanti harus anjal dalam memenuhi perubahan zaman.
Dengan persekitaran dunia yang berubah, generasi
ketiga terdedah kepada persekitaran yang kompetitif. Generasi
ketiga adalah lambang masyarakat yang bergerak dari paksi
fundamental kepada paksi intelektualisme iaitu daripada
masyarakat yang jahil dalam ilmu pengetahuan kepada
masyarakat yang semakin maju dari segi kepentingan ilmu
pengetahuan, kebolehan, pemikiran dan kecerdasan. Ironinya,
bahasa yang mempunyai standard bahasa antarabangsa yang jelas
adalah bahasa Inggeris, iaitu bangsa yang pernah menjajah
hampir seluruh Kepulauan Melayu suatu ketika dulu kecuali
Indonesia. Apabila Inggeris kembali menjajah dalam bentuk
baru, tentu sekali perkara ini sukar diterima. Dalam
membincangkan soal kemanusiaan Melayu baik di Nusantara,
kesimpulan yang dapat dirumus ialah orang Melayu ampuh
mempertahankan budaya dan lambat dalam menyesuaikan diri
mereka dengan perubahan zaman apatah lagi dalam era
persekitaran berubah. Suka atau tidak, kita harus mengakui
bahawa kesimpulan yang pernah diungkapkan oleh Frank
Swettenham (1895:3) berhubung dengan kemanusiaan Melayu
yang berbunyi,

“Seorang Melayu itu biasanya terlalu konservatif,


begitu megah dan mencintai tanah airnya,
memandang tinggi adat dan tradisinya, takut
kepada raja-rajanya dan begitu menghormati
kuasa-kuasa perlembagaan…, dia juga sentiasa
mencurigai segala bentuk perubahan dan selalunya
menolak pembaharuan yang cuba dilaksanakan”

Masyarakat kita sebenarnya lebih banyak menyoal


“kenapa begitu, kenapa begini”, tetapi sejauh manakah
masyarakat kita realistik? Inilah menjadi persoalan kita. Dan
apabila terjadi sesuatu konflik yang bertentangan dengan budaya
mereka dalam hal ini merujuk kepada pembudayaan bahasa
Inggeris, mereka mula menentang dan menyifatkan bahasa

44
PROSIDING SETALING II

tersebut mengancam kedudukan bahasa Melayu. Pendek kata,


sesuatu yang membabitkan percanggahan budaya, bangsa Melayu
tidak dapat menyesuaikan diri mereka secara kolektif. Mengikut
Zin Mahmud (2006:10) sejak kemunculan teknologi maklumat
(IT) dengan penciptaan laman web, e-mel, blog dan sistem
pesanan ringkas (SMS), satu ruang baru yang terbuka dan bebas
muncul untuk menjadi wadah luas kepada perbahasan dan
mencorakkan semula pentas komunikasi politik, ekonomi dan
sosial. Dalam hal ini, Lee Kuan Yew (dlm Hisham Hambari
2006:12) menegaskan bahawa sesiapa yang hanya ingin
berpegang pada gaya hidup tradisional, mereka tidak dapat
mengejar dunia moden digital hari ini. Kita perlu lakukan
perubahan dalam minda. Dalam kehidupan harian, dalam bahan
bacaan dan perbuatan kita. Kemudian kita mampu mengejar
dunia Barat dalam bidang sains dan teknologi dan dalam
menyelesaikan tugas.
Merujuk kepada bangsa dan bahasa Melayu sebagai satu
diaspora di rantau ini; harus diakui bahawa diaspora Melayu
belum muncul sebagai satu paksi ekonomi yang kuat sama ada
dalam satu entiti atau gabungan untuk menjadi pemain ekonomi
yang stabil dan dinamik. Di Asia, kebangkitan awal China dan
diikuti India dalam bidang teknologi maklumat, menyebabkan
banyak negara pesisir melihat potensi China sebagai kawasan
pelaburan yang menguntungkan selain daripada kuasa beli yang
tinggi. Pada hari ini, kita melihat produk made in China dan
terbaru ialah kereta buatan China telah dan akan menerobos ke
kawasan serata Asia tidak terkecuali Brunei Darussalam sendiri.
Sebagai satu kuasa ekonomi alaf baru, China bukan sahaja
mengeksport barangan keluarannya malah mereka menang dalam
perang psikologi apabila banyak negara baik di benua Asia dan
Eropah mula tertarik untuk mempelajari nilai-nilai sosial Cina
iaitu budaya urus niaga bahkan juga mempelajari bahasa Cina.
Sebagai umat Islam, kita juga patut berkongsi kebanggaan
dengan penakatan dinamik dan pragmatik Qatar. Qatar adalah
rantau yang sedang pesat berkembang, memperlihatkan konsep
pentadbiran pragmatik dan perbandaran moden yang luar biasa
bagi sebuah negara Islam dan ini sebenar memberi refleks kepada
negara Arab lain. Kelebihan Qatar bukan kerana hasil janaan
sumber asli minyak dan gas tetapi sumber kepintaran manusia

45
PROSIDING SETALING II

yang bermodalkan ilmu pengetahuan bagi menyuntik inovasi dan


kreatitivi untuk mempelbagaikan ekonomi. Qatar sedar bahawa
sumber asli yang habis tidak mungkin boleh ditanam semula atau
diganti. Arab Saudi sendiri bercita-cita mengejar kejayaan negara
jirannya dan tidak lagi bersandarkan kepada sumber minyak
semata-mata. Qatar seperti juga China dan India telah
menghantar mesej kepada dunia, hanya dengan pemodenan dan
keperkasaan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan melalui
sumber kendiri barulah nilai-nilai budaya anda seperti bahasa
misalnya akan dihormati dan dipelajari. Satu contoh yang dekat
dengan kita ialah Singapura. Singapura tidak mempunyai sumber
asli tetapi jauh meninggalkan jiran Asia Tenggara yang lain.
Perdana Menteri Singapura dalam satu sidang media di Timur
Tengah ketika menjawab soalan peniaga Arab Saudi berhubung
dengan kejayaan pemodenan Singapura telah berkata
“keterbatasan sumberlah yang sebenarnya menjadi kunci
kejayaan Singapura. Oleh kerana tiada sumber asli, Singapura
terpaksa bergantung pada daya keringat dan minda untuk
membangunkan negara”.
Dalam upaya untuk melakar wacana ini, beberapa
pertimbangan realistik berikut telah menjadi peranti latar
belakang kertas kerja ini:

i) Bahasa adalah sistem yang mengikat kita dalam


mentadbir dan mengurus pelbagai ragam
kehidupan. Sebagai individu dalam komuniti dunia
yang berubah, menguasai lebih daripada satu bahasa
adalah satu kelebihan, kelebihan itu pula merupakan
satu bonus jika salah satu bahasa tersebut
merupakan bahasa yang berdifusi luas yang banyak
memperkatakan bidang strategik dan kritikal,
ii) Budaya menerjemah buku-buku ilmu, khusus dalam
bidang strategik dan kritikal ke dalam bahasa
Melayu sangat kurang,
iii) Penakatan dan kemajuan masyarakat juga
bergantung kepada pasaran global. Dan peluang itu
tidak terhad pada urusan menyara hidup. Dengan
melangkah keluar, masyarakat berpeluang
memahami dunia dengan lebih baik dan menceduk

46
PROSIDING SETALING II

pengalaman dan perspektif baru bagi membantu


masyarakat bergerak lebih maju, dan;
iv) Pasaran kerja pada masa depan pasti lebih
kompetitif dan keupayaan menguasai pelbagai
bahasa adalah satu kelebihan.

3 Kenapa Kita Perlu Realistik


Kecenderungan menguasai satu standard bahasa yang jelas
berakibat daripada persekitaran dunia yang berubah atau dalam
istilah mudah disebut globalisasi. Globalisasi adalah medan
pertarungan dan menentukan arah aliran perkembangan
urbanisasi, perindustrian dan teknologi. Globalisasi membabitkan
perubahan nilai masyarakat dunia terhadap cara bekerja dan
berfikir. Globalisasi melewati semua protokol ekonomi dan sosial
bahkan sistem politik. Dalam perkembangan dunia sekarang,
menguasai lebih daripada satu bahasa bukanlah satu fenomena
luar biasa apatah lagi menyedari bahasa kedua yang mempunyai
sifat utilitinya yang tinggi dan luas. Hampir semua lapangan
kehidupan memerlukan penguasaan bahasa kedua yang
mempunyai nilai ilmu dan nilai ekonomi sesuai dengan
perkembangan teknologi maklumat. Daripada soal pendidikan,
aplikasi telefon sehinggalah memahami bagaimana mesin cuci
baru di rumah berfungsi.
Biarlah kita realistik. Negara kita kecil, sekitar 5765 km
persegi. Ekonomi kita belum berkembang pesat. Sungguhpun
negara kita membangun, namun ianya tidak cukup untuk
mengujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Landskap sektor privet kita sejauh ini belum menampakkan
syarikat multinasional luar membuat pelaburan besar untuk
mengujudkan suasana pertumbuhan ekonomi yang pelbagai dan
peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Syarikat
multinasional luar seperti HALLIBURTON, RIYAN
CAMERON, BAKER HUGE, PTAS, JO HOIST, DRILLING
EO21 dan DOWELL hanya bertumpu dengan Syarikat Minyak
Shell Brunei (BSP). Mereka mempunyai tenaga jurutera terlatih
yang dibawa masuk. Sejauh yang diketahui, belum ada industri
hiliran berasaskan minyak dan gas yang dimajukan secara
usahasama antara multinasional berkenaan dengan BSP untuk
mempelbagaikan ekonomi negara melainkan projek yang diuar-

47
PROSIDING SETALING II

uarkan sebelum ini oleh Badan Pembangunan Ekonomi Brunei


(BEDB). Dengan kadar kelahiran bertambah diikuti dengan kadar
literasi dan kesedaran ibu bapa yang meningkat terhadap masa
depan pendidikan anak-anak mereka, peluang anak-anak
tempatan yang berjaya meneruskan pengajian ke peringkat
universiti meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun
kebelakangan ini, graduan dan pemegang diploma bukan saja
memohon jawatan yang terhad dalam sektor awam dan swasta
yang tidak berkembang, malah mereka mendapati sukar untuk
bersaing dan menunggu terlalu lama. Dengan sektor ekonomi
yang mengecil, peluang pekerjaan akan terbatas. Situasi ini akan
mendorong para majikan bersikap selektif sehingga akhirnya
mengujudkan persaingan di kalangan anak tempatan dan orang
asing yang dibawa masuk. Lepasan tinggi agama daripada Mesir
dan Jordan juga mendapati bahawa kerja tidak menunggu mereka
lagi, mana mungkin semuanya menjadi peguam syarie, guru
agama, pegawai agama di kor agama Angkatan Bersenjata Diraja
Brunei (ABDB) dan sebagainya. Begitu juga lepasan pendidikan
tinggi dalam negeri dan seberang laut. Apabila semua kerja telah
diisi, kemanakah mereka mengadu nasib! Satu contoh mudah
ialah, tidak semua lepasan maktab jururawat diambil berkhidmat
di hospital kerajaan. Untuk kelangsungan hidup, mereka
mengadu nasib di jabatan-jabatan kerajaan lain yang bukan
dalam lapangan kepakaran yang mereka peroleh semasa
pengajian dulu. Kita akan melalui satu tempoh meritokrasi
apabila peluang pekerjaan yang mengujudkan suasana persaingan
terbuka. Bibit-bibit itu sudah mula kelihatan sejak beberapa tahun
kebelakangan. Beban hutang peribadi yang tinggi menyebabkan
rakyat dipaksa mengikat perut. Apabila tiada pembeli atau
pembeli musiman, kegiatan ekonomi akan mulai menguncup.
Faktor ini mendorong syarikat-syarikat perniagaan sederhana
tidak mampu bertahan. Pergantungan 100% kepada pengguna
tempatan dan sedikit daripada pelancong asing tidak
menguntungkan dari segi pulangan jangka panjang. Sektor
swasta yang mampu bertahan tidak banyak. Syarikat-syarikat
yang berorientasikan pembuatan dan perkhidmatan tidak mampu
menyediakan peluang pekerjaan bagi menampung generasi muda
lepasan universiti yang bertambah dari tahun ke tahun. Apabila
jawatan kosong semakin tepu kerana telah diisi oleh rakan sebaya

48
PROSIDING SETALING II

yang jauh bernasib baik berdasarkan merit dan regim pemilihan


yang ketat, mereka yang terbaik tetapi tidak bernasib baik mula
menyedari bahawa duduk diam dan menunggu saja bukanlah
jawapannya. Dan ketahuilah bahawa tiada mana-mana negara
pun, di mana rakyat mereka mengharapkan kerajaan untuk
memenuhi impian mereka termasuklah menyediakan peluang
pekerjaan bagi rakyat yang bertambah dari tahun ke tahun. Dan
ketahuilah juga, bahawa sudah sampai masanya kita tidak boleh
menyalahkan kerajaan kerana peluang pekerjaan terhad. Pada
akhirnya, generasi ini perlu menoleh ke dunia luar untuk
memenuhi impian mereka, kelangsungan hidup mereka dan ini
juga sebenarnya satu pelaburan negara dari segi sumber manusia.
KDYMM2 telah bertitah agar pihak swasta mestilah berani
merentasi sempadan dan meneroka peluang pasaran yang lebih
besar dan luas kerana Brunei Darussalam telah menjalin pelbagai
hubungan dua hala yang dapat dijadikan asas bagi
mengembangkan rangka kerja untuk mencari pasaran baru.
Langkah ini perlu kerana perkembangan dunia urus niaga
sekarang memaksa kita untuk lebih terbuka dan berani. Ini
bermakna pihak swasta perlu menceburi segmen perniagaan yang
berdaya saing dan dinamik bukan hanya terhad pada pasaran
domestik. Jika diamati nuansa makna titah berkenaan, KDYMM
menyedari bahawa integrasi serantau dan membina ikatan unik
untuk meraih peluang merupakan bahagian terpenting masa
depan. Ini merupakan satu cetusan baru agar pihak swasta
merebut peluang perniagaan berdaya tahan yang menyumbang
pertumbuhan aliran modal jangka panjang dan seterusnya
membawa warga tempatan berkhidmat di luar negara. Pada masa
yang sama warga tempatan yang berkhidmat di luar perlu melihat
potensi lain-lain yang boleh diceburi kalangan warga kita yang
berkelayakan. Penduduk-penduduk di negara membangun dan
negara dunia ketiga seperti Malaysia, Singapura, India, Indonesia
dan Bangladesh malahan juga negara-negara maju sudah lama
memilih untuk berkhidmat di luar daripada negara mereka.

2
Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei sempena tahun
baru 2007.

49
PROSIDING SETALING II

Dalam hal ini mereka yang mempunyai beberapa kelebihan akan


menjadi pilihan utama. Sememangnya tidak mudah untuk kita
menerima perubahan kerana kita selesa dengan keadaan sedia
ada. Bagaimanapun untuk terus bersaing di dalam dunia yang
semakin mencabar, kita mestilah berani meneroka sesuatu yang
baru walaupun menempuh pelbagai kesukaran. Masa depan
negara bergantung bagaimana bangsa kita mengharungi cabaran-
cabaran baru di dunia yang sentiasa berubah.

4 Penguasaan Bidang Strategik dan Kritikal


Kunci kepada kepada kejayaan berterusan negara adalah ilmu
pengetahuan daripada pelbagai bidang, memajukan bidang
penyelidikan dan pembangunan khususnya bidang strategik dan
kritikal yang memberi pulangan besar dan rakyat yang bersedia
untuk menghadapi cabaran global. Dengan ilmu pengetahuan,
masyarakat akan lebih kreatif, berinovasi dan lebih bersedia
untuk menjadikan negara ini kukuh dalam persaingan global.
Ilmu pengetahuan juga akan menjadikan anak watan kita berdaya
saing dalam pasaran kerja sekali gus menggelakkan fenomena
pengangguran. Pada zaman kecil saya, saya biasa ikut arwah
datuk nenek berpadi. Apabila siap menuai dan membanting padi,
tiba pula musim buah durian, saya turut mengambil peluang
untuk mengutip buah durian kerana biasanya peraih datang untuk
memborong di siang hari. Dahulu musim padi dua tahun sekali.
Padi pula hanya dikenali satu nama sahaja iaitu padi huma atau
kadangkala disebut padi paya. Buah durian kalau bernasib baik
akan berbuah dua kali setahun. Tapi pada hari dengan kemajuan
penyelidikan dan pembangunan, tidak ada istilah rezeki secupak
tidak akan jadi segantang dan kalau kail panjang sejengkal,
lautan dalam jangan diduga. Nak tahu bagaimana penyelidikan
dan pembangunan mengubah nasib petani dan peladang.
Jawapannya adalah ilmu pengetahuan. Kita jangan melihat aspek
fizikal sahaja. Kita patut melihat pada input yang tidak kita dapat
gambarkan tetapi sebenarnya datang dari pendidikan,
penyelidikan dan sebagainya. Melalui penyelidikan, tanaman
sedia ada diberi nilai tambah dan nafas baru dengan proses
kejuruteraan genetik. Di Malaysia, terdapat satu institusi khas
yang diberi tanggungjawab untuk memajukan industri pertanian
iaitu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

50
PROSIDING SETALING II

(MARDI). MARDI telah mengubahkan persepsi masyarakat


suatu ketika dulu daripada hasil pertanian ala kadar dan cukup
makan kepada satu sektor yang menjanakan kekayaan isi rumah
melalui teknik pertanian moden. MARDI juga membangunkan
produk pertanian terutama padi, proses makanan ternakan
daripada bahan buangan semula jadi seperti kelapa sawit, rumput
dan kayu, teknologi rumah hijau, penanaman anggur dan buah
yang biasa kita dengar di negara Mediterranean berjaya di tanam
di kawasan tropika. Pada hari ini, tidak kurang daripada 5 jenis
padi baru diperkenalkan, antaranya MRQ 50, MR 84, MR 219,
MRQ 74, MR 232 dan terbaru padi hibrid (hasil cantuman beras
Jepun yang agak berpulut dan Basmathi yang bersifat peroi) dan
buah durian dengan nama baru (setakat yang saya tahu: D2, D10,
D24, D99 dan D1683) melalui teknik pembiakbakaan yang
dulunya tidak pernah saya dengar sekitar 30 tahun dulu. Selain
ditanam secara tradisional ada juga padi ditanam secara tabur
terus. Durian klon pula menjanjikan rasa manis, gred, kualiti,
rupa tekstur, warna kuning emas, aroma menarik serta tahan
daripada serangan serangga perosak. Begitulah kehadapannya
bidang penyelidikan untuk mengubah pertanian tradisi kepada
bentuk pertanian moden. Mekanisme yang terhasil melalui
penyelidikan dan pembangunan boleh mengubah sawah, dusun,
kolam ikan dan ladang ternak menjadi industri yang menjana
kekayaan kepada keluarga dan masyarakat. Seperti kata
Mahathir Mohamad (2002:64),

“There is nothing that technology cannot do. If an


animal, a fish or plant is not big enough, we can double
their sizes and their food contents. The genetically
modified salmon is three times biggers, the vegetable
greener and utritious and cattle yield the exact
combination of fat and protein and carbohydrate to suit
our tastebuds and perhaps our health”.

Daripada mana datang sumber penyelidikan dan


pembangunan. Tentulah jawapannya ilmu pengetahuan. Malang

3
Lihat Khairunnisa Sulaiman. 2006. Bekalan benih hasil R&D terkini
MARDI. Utusan Malaysia (sisipan), 17 November: 6-7.

51
PROSIDING SETALING II

bagi bahasa kita, oleh kerana kurang kepakaran anak tempatan


dan kurang juga kegiatan terjemahan buku-buku ilmu dalam
bidang strategik dan kritikal khususnya industri berteknologi
tinggi, maka mahu tidak mahu, suka ataupun tidak, kita harus
menerima hakikat bidang strategik dan kritikal banyak
bersumberkan daripada bahasa Inggeris! Tak perlu pergi jauh
dalam hal ini. Contoh yang paling dekat ialah landskap
perbukuan di perpustakaan Universiti Brunei Darussalam. Buku
rujukan linguistik versi Melayu tak sampai sebaris rak. Itupun
belum memenuhi satu jalur rak, tetapi dalam versi bahasa
Inggeris, kenyataannya lebih dari satu jalur rak. Sebagai contoh,
kajian fonetik dan fonologi, terdapat lebih daripada 10 buah
buku. Itulah bezanya, jelas dan realistik! Ini belum menyentuh
buku rujukan dalam semua bidang, lebih-lebih lagi yang bidang
strategik dan kritikal yang harus dikuasai oleh orang Melayu.
Fenomena yang sama juga berlaku di perpustakaan universiti
serantau. Pendek kata, kebanyakan buku rujukan yang memenuhi
ruang perpustakaan dewasa ini, adalah buku terbitan luar negara
yang berbahasa Inggeris. Buku rujukan versi bahasa Inggeris
membina koleksi dan legasi kepustakaan untuk menampung
keperluan mahasiswa dan para pensyarah universiti. Malah tidak
keterlaluan dikatakan buku rujukan sedemikian mempunyai
sumber maklumat yang lebih gengsi dan seringkali pula
mahasiswa diacah oleh pensyarah untuk menelaah maklumat
daripada buku berkenaan. Jika diukur berdasarkan integrasi masa,
baik pelajar mahupun mahasiswa akan menghadapi beban masa
untuk menerjemahkan sumber yang berorientasikan bahasa kedua
kepada bahasa pertama mereka. Ini menyebabkan mereka tidak
mempunyai masa yang cukup untuk meningkatkan pemahaman.
Mereka terpaksa menerjemahkan dahulu buku-buku tersebut dari
satu baris ke satu baris, selepas diterjemah barulah mereka dapat
menghayati makna dalam buku itu. Budaya terjemahan buku-
buku best-sellers, pengetahuan tinggi, bidang-bidang strategik
dan kritikal tidak berlaku begitu hebat dalam bahasa Melayu
seperti mana pengalaman yang dilalui Jepun. Untuk menerjemah
buku ilmu pengetahuan tinggi yang tebal memakan masa,
mungkin setahun atau dua tahun lebih. Jika yang diterjemah buku
sains dan teknologi sebagai buku teks sekolah, menurut
pertimbangan realistik buku berkenaan sudah out-dated.

52
PROSIDING SETALING II

Berdasarkan integrasi masa, pelajar akan menghadapi beban


masa untuk menerjemahkan sumber yang berorientasikan bahasa
kedua kepada bahasa pertama mereka. Ini menyebabkan mereka
tidak mempunyai masa yang cukup untuk meningkatkan
pemahaman. Keadaan ini sebaliknya tidak berlaku bagi mereka
yang menguasai bahasa kedua secara langsung.
Dari satu aspek yang realis, suatu ketika terjemahan
dilihat sebagai satu keperluan yang sangat mendesak untuk
mengimport ilmu seperti mana yang dilakukan oleh negara
Jepun. Pada hari ini, kepantasan teknologi maklumat dan faktor
persekitaran, menyebabkan banyak ilmu kemahiran dan
maklumat yang baru bertapak menjadi basi. Situasi ini tentu
merugikan masa dan kos bagi negara membangun. Dan dalam
konteks Brunei Darussalam sendiri, anak-anak yang berjaya
berdasarkan merit dihantar untuk melanjutkan pengajian mereka
dalam bidang strategik dan kritikal di seberang laut. Secara
logiknya, pengajian teknikal dan kemahiran yang ditawarkan di
Universiti Brunei Darussalam sangat terhad. Maka dengan
menguasai bahasa Inggeris secara langsung sedari awal
pembelajaran lagi, mereka berupaya meningkatkan pemahaman
dan mencedok ilmu pengetahuan dengan mudah apabila diterima
melanjutkan pengajian di seberang laut. Selagi ilmu pengetahuan
diperoleh daripada bahasa Inggeris, kita harus menerima hakikat
bahawa bahasa Inggeris akan meneruskan legasinya pada dekad-
dekad mendatang. Oleh yang demikian adalah penting bangsa
Melayu menguasai bahasa Inggeris bagi memastikan pelajar-
pelajar Melayu ke universiti sudah mempunyai akses kepada
buku rujukan itu.

4.1 Industri Berasaskan Teknologi Infokomunikasi


(ICT) dan Bioteknologi
Kita juga boleh melihat aspek lain yang berkaitan faktor fizikal,
misalnya apabila guna tanah tidak dimaksimumkan kerana terlalu
banyak diperuntukkan untuk memenuhi kebajikan sosial seperti
pembinaan rumah, bagaimanakah kerajaan mempelbagaikan
ekonomi mereka untuk memakmurkan rakyat dan negara.
Sebaliknya juga timbul masalah, jika faktor tanah
dimaksimumkan untuk membangunkan industri-industri berat
bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang, ia akan

53
PROSIDING SETALING II

mengakibatkan kesan pemanasan global. Krisis pemanasan


global terhadap biologi hidupan semakin meruncing. Hakikatnya
dunia kini semakin berubah. Di seluruh dunia, cuaca kian tidak
menentu. Ribut, banjir dan kemarau silih berganti. Gempa bumi
dan laut bergelora, bukan lagi suatu perkara luar biasa (Siti
Mariam 2006:32). Bagaimana jika perut bumi tidak lagi
menghasilkan minyak. Bagaimana jika sumber pembakaran
alternatif seperti biodiesel menentukan turun naik harga minyak
mentah di pasaran dunia pada masa hadapan, seperti mana
penggunaan getah alternatif iaitu getah sintetik apabila harga
minyak turun sehingga mengecewakan orang kampung yang
menampung hidup mereka sebagai penoreh getah asli. Proses
timbal balik bahan gunaan ditentukan oleh kuasa pasaran
menyebabkan ketidakstabilan harga sehingga membawa dua
kesan serta merta iaitu untung dan rugi. Untung bagi produk
alternatif dan rugi bagi produk asli. Di sesetengah negara dunia
sekarang, kerajaan mereka mula menyedari bahawa menjana
sumber kekayaan baru tidak setakat dituai dengan mengondolkan
tanah dan menggeruk perut bumi, sebaliknya kekayaan boleh
diraih melalui penemuan-penemuan baru yang lebih komersial
dan mempunyai nilai tambah melalui kegiatan ekonomi
berasaskan pengetahuan (e-ekonomi) seperti bioteknologi
daripada makmal sains! Bagaimana ini boleh terjadi. Tidak lain
adalah kerana usaha berterusan dan rangka selia pelaburan,
membina tenaga mahir dan sumber manusia yang mempunyai
kemahiran dan pengetahuan tinggi untuk memajukan bidang
penyelidikan dan pembangunan sama ada dalam bidang
pertanian, makanan, pengeluaran ubat-ubatan untuk
meningkatkan jangka hayat manusia dan sebagainya. Inilah
istimewa bagi negara dan rakyat sedar akan peri mustahak ilmu
pengetahuan. Malangnya ilmu pengetahuan ini hanya diperoleh
daripada bahasa Inggeris!
Dalam ekonomi global, komunikasi dan maklumat
merupakan komoditi. Kekuatan ekonomi dunia kini, bergantung
kepada kemajuan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang luas.
Ekonomi berasaskan pengetahuan (e-ekonomi) memerlukan
penguasaan ilmu yang kukuh khususnya teknologi maklumat. E-
ekonomi membabitkan perubahan daripada modal sebagai faktor
pengeluaran kepada ilmu sebagai faktor pengeluaran. Kunci

54
PROSIDING SETALING II

utama e-ekonomi ialah aset pengetahuan dan modal kepintaran


sebagai sumber untuk mendapatkan nilai dan menghasilkan
kekayaan. Justeru, untuk menjayakan e-ekonomi, setiap rakyat
perlu berusaha melengkap diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
dan teknologi maklumat4. Dalam hal ini, Khairy Jamaluddin
pernah mengulas setahun yang lalu,

“Faktor kejayaan ekonomi atau factor of production itu,


bukan factor fizikal seperti tenaga kerja dan modal,
kerana itu teori klasik ekonomi. Teori itu tidak boleh
dipakai lagi. Yang penting bukan tanah, bukan modal
tetapi ilmu pengetahuan yang diberi nilai tambah kepada
sebarang aktiviti ekonomi yang dilaksanakan. Ekonomi
sezaman bukan melihat pada hartanah fizikal, tetapi
intellectual property iaitu idea yang menghasilkan
copyright atau patent dengan idea-idea yang
mengujudkan teknologi baru. Industri-industri masa
depan seperti ICT dan bioteknologi mementingkan otak
dan idea atau pengetahuan yang datang daripada
pendidikan, penyelidikan dan pembangunan5”.

Dengan ledakan teknologi maklumat, bahasa Inggeris


adalah satu-satunya bahasa pilihan. Di samping itu, keupayaan
menguasai pelbagai bahasa utama dunia adalah komoditi yang
merupakan nilai tambah kepada seseorang individu.

5 Cabaran Globalisasi dan Teknologi


Globalisasi menjadikan semua perkara enteng. Daripada urusan
jual beli barang antara dua negara berbeza (e-commerce),
interaksi sesama manusia, penggunaan teknologi informasi oleh
jabatan-jabatan kerajaan yang memiliki kemampuan untuk

4
Lihat Ritah Yahaya. 2006. Berdiri sama teguh. Pelita Bahasa, 6 (5): 5.
5
Transkrip ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Khairy Jamaluddin di Majlis Penutup Kolokium RMK9:
Pemerkasaan modal insan: agenda Melayu anjuran Biro Ekonomi
Pemuda UMNO Malaysia di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur
pada 30 April 2005. www.agendadaily.com.

55
PROSIDING SETALING II

mewujudkan hubungan dengan warganegara (e-government),


pembayaran bil telefon, elektrik dan air melalui kaedah e-
payment sehinggalah urusan pembelian tiket kapal terbang.
Globalisasi bukan saja menyebabkan muncul masalah baru
merentas sempadan dengan lebih cepat dan lebih memudaratkan
seperti flu burung, jenayah siber dan ancaman keselamatan
seperti pengganasan ekstremis malah memberi ancaman kepada
pertahanan sosial yakni bahasa di beberapa negara. Adakalanya
globalisasi juga adalah hakikat kejam. Globalisasi mengajar kita
bagaimana menjadi kurang ajar dalam sesetengah perkara.
Bayangkan bagaimana negara maju memanfaatkan satelit untuk
mengawasi pergerakan ketenteraan negara lain, melabuhkan
pesawat pengintip tanpa juruterbang dan mencipta musuh baru
sebagai metos untuk mengukuh penguasaan mereka sehingga kita
hilang hak sebagai sebuah negara merdeka. Lebih dari itu,
kebebasan bersuara dalam media di Eropah baru-baru ini telah
mencetuskan polemik dan protes marah umat Islam di seluruh
dunia. Globalisasi bererti tiada privacy. Inilah dikatakan dunia
tanpa sempadan. Peristiwa-peristiwa dunia yang melanda negara
Asia sekitar tahun 97 – 98 dan Asia Barat akhir-akhir ini, sangat
dirasakan oleh bangsa Asia dan umat Islam keseluruhannya.
Manipulasi mata wang, persaingan ekonomi yang tidak adil,
amalan perkahwinan songsang, Islamfobia dan sebagainya yang
semuanya dalam kontinum globalisasi memaksakan kita
membuat kesimpulan bahawa bangsa Asia dan Islam khususnya
bangsa Melayu, harus membuat lebih banyak lagi dalam
meningkatkan kekuatan dan ketahanan bangsanya.

5.1 Hegemoni Bahasa Inggeris


Pengalaman yang dilalui Korea Selatan merupakan satu
pengajaran untuk difikirkan oleh kita semua. Mengikut Demick,
(dlm Sarah J. Shin 2005:52-59) beribu-ribu pekerja Korea Selatan
kehilangan pekerjaan pada tahun 1997 apabila Korea Selatan
terkena tempias kegawatan ekonomi Asia sehingga kerajaan
Korea Selatan menerima tawaran Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) untuk menyelamat ekonomi mereka. Korea
Selatan mula menyedari betapa penting untuk
mengantarabangsakan ekonomi mereka dan pada masa yang
sama membangunkan rakyat Korea dengan kemahiran berbahasa

56
PROSIDING SETALING II

Inggeris untuk mengimport ilmu dan bersaing di peringkat global


dan mendorong rakyat Korea Selatan berbakti bukan sahaja di
negara sendiri malah mendapat peluang kerja yang lebih baik di
luar negara. Ramai warga Korea Selatan mengambil kursus
bahasa Inggeris, kalangan ibu bapa memperuntukkan sebahagian
pendapatan bulanan untuk menghantar anak-anak mereka belajar
bahasa Inggeris sejak darjah pra lagi malah mereka sanggup
mengambil risiko tinggi untuk menjalani pembedahan tisu
pertuturan semata-mata untuk menampilkan kemahiran
pengucapan bahasa Inggeris tanpa dipengaruhi pelat bahasa
ibunda mereka terutama dalam membunyikan fonem ‘r’ sebagai
‘r’ bukan ‘l’ seperti dalam menyebut perkataan ‘rice’ bukan
‘lice’. Pembelajaran bahasa Inggeris menjadi satu industri di
Korea Selatan apabila kerajaan memperuntukkan $3b setahun
untuk meningkat prasarana pembelajaran seperti mengujudkan
kelas-kelas tuisyen, tenaga pengajar, alat bantu mengajar seperti
kad tayang, buku dan video. Langkah intensif tersebut
merupakan satu “bom jangka” yang menjana pertumbuhan
ekonomi Korea Selatan. Kebolehan berbahasa Inggeris
menyebabkan daya yakin diri rakyat Korea Selatan meningkat
dan seterusnya mereka mencuba mengadu nasib sekali gus
merebut peluang untuk bekerja di luar daripada tanah air mereka.
Rakyat Korea Selatan yang diterima sebagai imigran di Amerika
telah meningkat dari tahun ke tahun. Golongan profesional yang
berlatarbelakang ekonomi hasil pendidikan daripada luar negara
telah kembali untuk menaburkan bakti. Daripada sebuah negara
yang mengutamakan peruntukan militari, pada hari ini Korea
Selatan membangun sebagai sebuah negara maju yang lebih
demokratik dengan ekonomi yang pragmatik.
Globalisasi juga telah mengubah bacaan kita tentang
landskap sesuatu negara. Satu ketika dulu kalangan ahli bahasa
kita meragui keberkesanan pendidikan bahasa Inggeris di India
sehingga mereka membandingkan kegagalan India dengan negara
Jepun. Meskipun bahasa Inggeris tidak terdaftar sebagai bahasa
nasional di India, namun, menyedari bahawa “bahasa penjajah”
itu penting bagi pengembangan ilmu pengetahuan dan
pembangunan negara, maka pemerintah India menyelenggarakan
pendidikan (dari tahap tertentu) dalam bahasa Inggeris. Dalam
beberapa dekad, India dikatakan gagal untuk membangun dan

57
PROSIDING SETALING II

meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Kemunduran ekonomi dan


kegagalan kempen kesedaran perancangan keluarga dikaitkan
dengan pelaksanaan bahasa Inggeris sehingga menyebabkan
kadar kefahaman masyarakat tidak setara. Pada hari ini,
pandangan yang dicetuskan lama dulu sudah kelihatan tidak
relevan lagi. India kini muncul sebagai pemain IT baru dan
kejayaan pelaksanaan e-kerajaan sehingga menarik perhatian
bukan saja kerajaan negara Asia lain malah Brunei Darussalam
sendiri menyatakan minatnya berhubung dengan kejayaan
pelaksanan e-kerajaan melalui lawatan Menteri Perhubungan
pada bulan November tahun lalu. Dengan kata lain, kemajuan
India setanding China. Pendekatan pendidikan berasaskan bahasa
Inggeris telah melonjakkan India untuk membangun sebagai
negara ICT. India berjaya mengejar kemajuan sains dan teknologi
Barat sehingga mereka bukan sahaja melahirkan saintis dalam
bidang ICT malah dalam bidang nuklear! Dalam menghadapi
perubahan global, penguasaan pelbagai bahasa penting bukan
untuk bersaing dalam dunia yang berubah malah persekitaran
dalam negara sendiri yang semakin kompetitif dan selektif.
Secara realistik, globalisasi melenyapkan garis-garis di atas peta.
Ledakan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan
teknologi membolehkan masyarakat di negara maju merapatkan
jurang yang wujud melalui penguasaan bahasa lain. Berfikir
dalam bahasa asing atau bukan bahasa ibunda merupakan satu
idealisme baru dan satu cabaran yang memerlukan seorang itu
memiliki kecerdasan berbahasa. Lee Kuan Yew semasa berucap
dengan media Arab di Kuwait telah berkata,

“Pendekatan yang pragmatik dan tumpuan yang


diberi kepada pendidikan adalah langkah yang
memastikan kejayaan dan kemajuan Singapura.
Pendekatan yang sama juga diambil negara-negara
Asia lain seperti China, India, Korea Selatan,
Taiwan dan Hong Kong. Beliau menambah, dalam
dunia hari ini untuk mempunyai pendidikan yang lebih
baik, anda perlu mempelajari bahasa Inggeris. Ini
kerana bahasa Inggeris di Internet memberi anda
maklumat mengenai apa saja subjek yang anda
inginkan. Jika anda tahu berbahasa Arab, di manakah

58
PROSIDING SETALING II

pangkalan data anda? Anda terpaksa bergantung


kepada penterjemahan dan terjemahan komputer tidak
pernah tepat”.

James Wolfensohn bekas Ketua Bank Dunia juga


melahirkan pendapat yang sama berhubung dengan kebangkitan
China dan India. Beliau mengingatkan bahawa Barat harus
bersedia berhadapan dengan dominasi ekonomi dunia masa
hadapan dipimpin oleh China dan India. Beliau seterusnya
menambah, negara-negara Barat dan Australia perlu membuat
pelaburan setimpal untuk meningkatkan taraf pendidikan di
kalangan generasi muda. Jika tidak, mereka menanggung risiko
apabila generasi muda mereka tidak cukup bersedia untuk
menyaingi China dari segi ilmu pengetahuan, pengalaman dan
bahasa malah India sendiri telah memanfaatkan bahasa Inggeris
untuk menjadikan generasi mereka berdaya saing6. Mengikut
Ramza Azahari (2006:17) cara India yang mengutamakan
penggunaan bahasa Inggeris adalah lebih sesuai dalam sektor
sains dan teknologi. Penduduk India, walaupun menggunakan
bahasa Inggeris dalam dunia ICT, wanitanya masih memakai sari
dan tetap menganut agama Hindu. Demikian juga orang Melayu,
walaupun bertutur dalam banyak bahasa termasuk bahasa
Inggeris, kita tetap tidak tinggal baju kebaya dan kain sarung7.
Kita juga boleh belajar daripada generasi pentadbir moden China
yang pragmatik tanpa mengorbankan idealisme mereka.
Meskipun China menjadi rantau yang pesat membangun dan
muncul sebagai gergasi Asia, baik dalam lapangan ekonomi dan
sukan, generasi mereka tetap mempertahankan warisan fahaman,
ajaran dan tinggalan sejarah Confucianism, komunisme Mao Zae
Dong dan Deng Xiaopeng. Sesungguhnya, bangsa yang dinamis
adalah bangsa yang sentiasa bersedia membuat penyesuaian.
Walau apapun penilaian kita terhadap perubahan itu, ia
sebenarnya membantu mempersiapkan orang Melayu
menghadapi cabaran semasa. Cuma harapan kita perubahan itu

6
Lihat Borneo Bulletin. 2006. China, India will dominate future, 27
Nov: 46.
7
Lihat Ramza Azahari. 2006. Modal insan penting jayakan misi
nasional. Berita Harian, 18 Nov: 17.

59
PROSIDING SETALING II

tidak sama sekali menghakis nilai terbaik yang ada pada kita.
Secara mudahnya, minda Melayu sudah cukup anjal untuk
menerima perubahan. Asalkan perubahan itu menguntungkan
mereka. Teras akar umbi mereka tidak terhakis jika bangsa
Melayu dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.

6 Ilmu Pengetahuan
Mengambil contoh pengalaman Jepun, ketika awal reformasinya,
Jepun yang menyedari pentingnya ilmu sebagai penggerak
perubahan telah membuat terjemahan berpuluh-puluh ribu buku
asing dari Barat, Eropah, Cina dan sebagainya. Komitmen kepada
ilmu seperti ini masih kekal hingga ke hari ini, sehingga buku-
buku yang baik, yang terbit di Barat misalnya, dalam masa yang
singkat akan kita temui terjemahannya dalam pasaran Jepun.
Ternyata terjemahan dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu,
dari falsafah hinggalah teknologi telah menjadi unsur yang
merombak pemikiran dan kehidupan bangsa Jepun, yang
dahulunya terkenal dengan anutan ortodoks dan fikiran tertutup
(Muhammad Taib 1999:106). Maka apabila kerajaan
memperkenalkan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan
matematik dan langkah yang sama turut diperkenalkan di
Malaysia pada tahun-tahun terakhir pemerintahan Tun Dr.
Mahathir, ia dilihatkan sebagai respons terhadap perubahan
global untuk memperkasa masyarakat khususnya generasi baru
meraih ilmu pengetahuan tinggi dan bersaing di peringkat
antarabangsa. Dengan kata lain, negara harus memastikan
masyarakatnya bergerak di landasan yang betul. Masyarakat pula
harus memahami bahawa mereka berada dalam sebuah coach
laju dengan kuasa superjet bukan dalam sebuah gerabak usang
yang bergerak dengan kuasa arang batu. Langkah ini bertujuan
untuk memastikan agenda nasional dipacu oleh masyarakat yang
mempunyai ilmu pengetahuan tinggi sekali gus negara dan
bangsa kekal berdaya saing. Sementelah pula ilmu pengetahuan
banyak diperoleh daripada bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris
adalah bahasa dagang yang cukup agam kerana bertiangkan ilmu
pengetahuan, liberalisasi ekonomi dan kemajuan ICT. Melihat
keadaan ini, kita harus realistik bahawa agak sulit bahasa Melayu
bersaing dengan bahasa berkenaan kecuali salah satu negara

60
PROSIDING SETALING II

berbahasa Melayu muncul sebagai major player dalam ekonomi


dunia setanding dengan negara China dan India.
Finland negara pengeluar telefon mudah alih terkemuka
dunia iaitu Nokia, menggunakan bahasa Inggeris untuk
kemudahan pengguna di serata dunia. Jenama Nokia bukan saja
sebuah telefon dengan harga mampu milik bahkan pembaharuan
demi pembaharuan yang dilakukan dalam teknologi
merekabentuk tak ubah seperti fesyen baju. Dalam hal ini,
Finland sudah setentunya boleh memenangi perang psikologi
dalam mensarwajagatkan bahasa mereka. Tetapi ini tidak
berlaku. Pengalaman yang sama boleh dilihat pada Jepun. Jepun
yang diketahui sebagai pemain global teknologi juga tidak
ketinggalan menggunakan bahasa Inggeris untuk semua produk
keluarannya yang dipasarkan ke serata dunia. Begitu juga India
yang sejak dulu lagi menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar pendidikan. Meskipun belum maju secara
menyeluruh dan kadar kelahiran meningkat kerana kurang
kesedaran pentingnya perancangan keluarga akibat kadar literasi
yang menurun, India muncul sebagai kuasa ekonomi baru selepas
China. China yang diketahui umum sebagai legasi ekonomi baru
sejak kebelakangan ini juga tidak ketinggalan untuk memberi
pendedahan bahasa Inggeris kepada generasi baru mereka.
Pemerintah China juga menggalakkan rakyatnya belajar bahasa
Inggeris. Mengikut satu laporan yang dipetik, China bercadang
untuk mengambil kira-kira 10 000 orang guru bahasa Inggeris
dari negara Komanwel untuk mengajar di sekolah-sekolah China.
Mengikut A. Aziz Deraman (2006:8) pada waktu ini, bahasa
Inggerislah yang tampak dominan sebagai bahasa penyampaian
maklumat dalam pelbagai ranah kehidupan daripada hal yang
berkaitan dengan peralatan, kesenian, hiburan, ilmu pengetahuan
sehingga teknologi, ekonomi dan politik. Segala maklumat itu
masuk ke dalam budaya kita melalui bahasa Inggeris. Sesiapa
saja yang melayari Internet, baik orang dewasa mahupun kanak-
kanak tanpa mengira bangsa dan etnik akan mendapati semua
maklumat yang dicari melalui bahasa Inggeris. Dari satu segi
yang lain, multibahasa semacam epidemik yang membawa
bayangan petaka kepada bahasa natif sama seperti ancaman
kesihatan merentas sempadan seperti flu burung, SARS dan
HFMD. Meski ia memudaratkan bahasa natif dunia ketiga, tetapi

61
PROSIDING SETALING II

ia juga adalah tonik untuk menguasai ilmu. Dengan menguasai


lebih dari satu bahasa, kita sebenarnya membantu meningkatkan
keyakinan diri, meningkat ke satu tahap serta membuka peluang
kita untuk berdaya saing. Satu aspek yang jelas ialah kita boleh
berkomunikasi dengan orang lain. Atas nama persaingan dan
kekal relevan dalam persekitaran dunia yang berubah, zaman
menguasai satu bahasa sudah lama berlalu. Mengikut Lim Swee
Tin (2006:8) bangsa Jepun dan Korea yang dikatakan amat kuat
nasionalisme bahasanya, tidak pula menutup pintu kepada
pelbagai bahasa dunia yang penting. Masyarakat Thai yang
terkenal dengan kecintaan yang mendalam terhadap bahasa
mereka, terasa mula ketinggalan. Kesedaran akan keperluan
menguasai lebih daripada satu atau banyak bahasa juga melanda
negara itu yang memperlihatkan generasi baru berlumba-lumba
mempelajari bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

7 Kesimpulan
Kita perlu menambah nilai pada diri kita jika sekiranya di masa
hadapan kita mahu lebih berjaya lagi dan keupayaan kita untuk
menghadapi cabaran dan mengatasi masalah dan lebih kuat
berbanding dulu8. Menguasai bahasa kedua apatah lagi bahasa
yang mempunyai standard antarabangsa yang jelas bukan
bermakna kita mengundur ke belakang, sebaliknya kita mampu
mengejar teknologi mereka seperti yang berjaya direalisasikan
oleh negara India. Lagi pula, tatanan dunia baru mengharuskan
nilai-nilai etika dan moral dalam pergaulan internasional.
Bangsa-bangsa mahu tidak mahu tampaknya harus saling
mengenal dan menghormati, menerima kehadiran masing-
masing, bekerjasama untuk kepentingan bersama, mempunyai
kewajiban terhadap sesama dan sesekali tidak boleh memaksakan
kehendak dan kepentingan sendiri terhadap yang lain (Maurits
Simatupang 2000:34). Dalam kita dihantui kebimbangan sikap
masyarakat yang tidak memartabatkan bahasa Melayu dalam
persada lisan dan tulisan mereka, sebaliknya kaum Cina
melangkah yakin ke hadapan dengan keupayaan mereka
menguasai bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa

8
Petikan ucapan penggulungan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung
UMNO Ke-57 pada 17 November 2006, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

62
PROSIDING SETALING II

Inggeris! Pada akhirnya kita berpaling dan bertanya kepada diri


sendiri, “mahukah generasi kita hanya tahu berbahasa Melayu
sahaja? Kita tidak boleh berdiri dengan hujah yang sama. Sejauh
mana kita pergi, setinggi mana sekalipun kedudukan kita, asal-
usul kita itu akar umbi kehidupan dan jati diri kita. Kemahiran
menguasai lebih daripada satu bahasa apatah lagi bahasa yang
mempunyai standard antarabangsa yang jelas, laksana ikan di
lautan masin yang luas; sedalam mana kita pergi dan seluas
lautan mana kita tinggal, kita tidak akan masin juga kerana kita
mempunyai deria insang untuk menyaring apa-apa yang kita
terima dan lalui demi penyesuaian diri. Dalam pengertian mudah,
menguasai lebih daripada satu bahasa bukan sekadar pencernaan
ilmu malah untuk menyara hidup! Masyarakat kita perlu proaktif
dan menganggap apa yang dilakukan adalah untuk kepentingan
diri dan anak cucu kita bukan kerana terpaksa atau sekadar
mengikut arahan. Kita semua harus bergerak dengan apa yang
ada hari dengan mengambil contoh negara yang berjaya seperti
China, India, Korea Selatan, Singapura dan Jepun. Kita perlu
melangkah ke hadapan, masyarakat Melayu bersama warga dunia
lain untuk merebut peluang. Langkah ini penting bagi
membolehkan generasi ketiga mampu menghadapi cabaran
globalisasi selain membuka aliran ilmu pengetahuan dan
teknologi daripada luar negara untuk mereka menabur bakti ke
dalam negara suatu hari nanti. Untuk kekal relevan dalam
sekitaran dunia yang berubah, kita hendaklah bersikap terbuka
terhadap dunia dan mengecapi persaingan untuk kehidupan yang
lebih baik pada masa yang sama kita mengukuhkan pertahanan
sosial kita yakni bahasa. Meskipun kita meladeni perubahan
untuk menyesuaikan diri dengan dunia yang bergerak cepat ke
arah sains dan teknologi, perubahan tersebut jangan sampai kita
kehilangan identiti. Sebagai contoh di kalangan negara ASEAN
sendiri, jika kita pergi ke Vietnam, Myanmar dan Thailand
misalnya, mereka mempunyai identiti yang dibina melalui bahasa
ibunda. Negara-negara ini berbangga dengan bahasa mereka,
sebaliknya ini tidak berlaku di Singapura. Singapura tercari-cari
identiti mereka. Maksud saya, dalam perkara enteng atau majlis
rasmi besar sifatnya kita hendaklah berbahasa Melayu waima
dalam melatah sekalipun.

63
PROSIDING SETALING II

BIBLIOGRAFI

Hassan Ahmad. 1998. Bangsa Melayu dari perspektif sejagat.


Melayu Brunei Abad Ke~21: 13-23.
Jeniri Amir. 2006. Bukan sekadar di pinggiran. Pelita Bahasa, 6
(1): 10-13.
Hisham Hambari. 2006. Negara Arab perlu bersikap pragmatik
jika ingin maju. Berita Harian, 25 Nov: 12.
Khairunnisa Sulaiman. 2006. Bekalan benih hasil R&D terkini
MARDI. Utusan Malaysia (sisipan), 17 Nov: 6-7
Mahathir Mohamad. 2002. Globalisation and the new realities.
Selangor: Pelanduk Publications.
Maurits Simatupang. 2000. Masalah kebudayaan nasional dalam
perspektif global. Kajian Serba Linguistik untuk Anton
Moeliono.24-42.
Nazry Mokhtar. 2006. Limpahan halwa dari ikatan Singapura –
Timur Tengah. Berita Harian, 9 Disember: 16-17.
Ramza Azahari. 2006. Modal insan penting jayakan misi
nasional. Berita Harian, 18 November: 17.
Rita Yahaya. 2006. Berdiri sama teguh. Pelita Bahasa, 6 (5): 5.
Roksana Bibi Abdullah. 2003. Bahasa Melayu di Singapura:
pengalihan dan pengekalan. Singapura: DeeZed
Consult Singapore.
Sarah J. Shin. 2002. Developing in two languages: Korean
Children in America. Newcastle: Multilingual Matters
Ltd.
Sidek Saniff. 1998. Bangsa Melayu: cabaran dan persaingan.
Melayu Brunei Abad Ke~21:1-12.
Siti Mariam. 2006. Bumi berubah 40 tahun lagi. Mingguan
Malaysia. 3 Dis: 32.
Zin Mahmud. 2006. Cabaran baru orang Melayu. Utusan
Malaysia. 17 November, 274: 10.

BAHAN TIDAK TERBIT


www.mardi.my
www.agendadaily.com

64