Oleh:
Dr Yabit bin Alas
Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Brunei Darussalam
Pengenalan
Isu masa depan mana-mana bahasa dalam dunia ini adalah antara
isu yang mendapat perhatian paling ramai pakar bahasa dan
pengubal-pengubal dasar yang releven serta tidak kurang juga
ditimbulkan oleh golongan-golongan aktivis bahasa. Ada bahasa
yang sangat bernasib baik sehingga tidak perlu bimbang akan
kepupusannya dalam jangka waktu yang terdekat, umpamanya
bahasa Inggeris1. Terdapat juga bahasa yang terpaksa
1
Bahasa Inggeris memang digunakan dengan meluas, iaitu bermula
dari England, iaitu tempat kelahiran bahasa ini. Bahasa Inggeris juga
digunakan secara meluas sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa rasmi
di beberapa Negara. Selain dari itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa
paling meluas diajarkan dan difahami di dalam dunia ini sehingga
bahasa ini digelar sebagai lingua franca. Walaupun penutur bahasa
ibunda Standard Cina Moden mempunyai penutur yang paling ramai,
bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa kedua atau bahasa asing
serta penutur yang mempunyai pengetahuan tentang bahasa Inggeris,
sudah pasti angka ini mencecah lebih dari satu billion di seluruh dunia.
Jumlah penutur yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pertama dianggarkan melebihi 400 juta orang. Penutur bahasa kedua
dianggarkan dari 150 juta sehingga 1.5 bilion. Bahasa Inggeris adalah
bahasa dominan yang digunakan sebagai bahasa antarabangsa dalam
bidang komunikasi, sains, perdagangan penerbangan , hiburan,
hubungan antarabangsa dan juga internet. Bahasa ini telah menjadi
bahasa rasmi di Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semenjak penubuhannya
PROSIDING SETALING II
146
PROSIDING SETALING II
147
PROSIDING SETALING II
Melayu beberapa budaya dan kosa kata sahaja yang diambil dari
masyarakat India yang membawa agama Hindu / Buddha dan
bahasa Sanskrit (Noriah 1999). Perkara yang sama juga terjadi
apabila orang Arab datang membawa agama Islam dan bahasa
Arab, hanya agama dan beberapa kosa kata yang diperlukan
sahaja yang diambil oleh masyarakat Melayu ketika itu. Selepas
dua ribu tahun, berbagai-bagai budaya telah mempengaruhi
budaya dan bahasa Melayu tetapi masyarakat Melayu tetap
mengambil jalan bijak iaitu mengambil sesuatu jika diperlukan
sahaja atau selektif. Akultrasi seperti ini bolehlah kita panggil
sebagai akultrasi separa. Bagaimanapun, terdapat juga akultrasi
penuh, umpamanya di Hawaii hanya 1 peratus berbahasa Hawaii,
orang Maori di New Zealand hanya 10 peratus boleh berbahasa
Maori selebihnya berbahasa Inggeris di kedua-dua tempat ini
(Crowley 1992: 274).
148
PROSIDING SETALING II
149
PROSIDING SETALING II
150
PROSIDING SETALING II
5
Walaupun sebenarnya terdapat beberapa bahasa lain lagi yang
dituturkan di Negara Brunei Darussalam, umpamanya beberapa
kumpulan bahasa Austronesia seperti bahasa Iban, Penan, Miri, Mukah,
dan lain-lain; keluarga bahasa Cina seperti bahasa Hokien, Kantonis,
Hakka dan lain-lain; bahasa-bahasa dari India, seperti Tamil, Urdu dan
lain-lain; beberapa bahasa Eropah yang lainnya. Tetapi kesemua bahasa
ini bukan menjadi fokus penulis dalam kertas kerja ini.
151
PROSIDING SETALING II
Faktor Pendidikan
Sebelum pengaruh bahasa Inggeris yang terjadi secara berluas-
luasa sekarang, bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa yang
dianggap berprestig. Dengan tertubuhnya sekolah-sekolah di
Negara ini bermula pada tahun 1906, medium pengajaran dan
pembelajaran adalah dengan menggunakan bahasa Melayu
(Ahismah dan Hadijah 1987). Setelah rang undang-undang
digubal dan dimanifestasi dalam Perlembagaan, status bahasa
Melayu semakin melonjak naik. Sistem pendidikan melihat
bahasa Melayu sebagai satu keutamaan. Kanak-kanak yang mula
memasuki alam persekolahan akan lebih bernasib baik jika sudah
menguasai bahasa Melayu kerana pengajaran dan pembelajaran
di peringkat sekolah rendah adalah dalam bahasa Melayu. Mata
pelajaran bahasa Melayu wajib lulus dalam beberapa peperiksaan
tertentu terutama dalam peperiksaan P.C.E, B.J.C.E., G.C.E.
peringkat ‘O’ dan ‘A’. Jika seseorang pelajar itu gagal dalam
mata pelajaran bahasa Melayu, pelajar berkenaan tidak akan
dinaikkan ke darjah atau ke tingkatan seterusnya. Selain dari itu,
syarat-syarat untuk memohon dermasiswa belajar di seberang
laut juga mewajibkan pemohon lulus bahasa Melayu dalam
peperiksaan G.C.E. peringkat ‘A’ serta lulus ujian lisan bahasa
Melayu. Syarat-syarat pekerjaan terutama dalam sektor awam
juga selalu menyebut bahasa Melayu sebagai keutamaan.
152
PROSIDING SETALING II
6
Hashim (1996) pernah menulis istilah masuk Brunei yang beliau
definisikan sebagai orang yang sudah menjadi rakyat Brunei secara
berdaftar atau penuangan. Memang secara intrinsik maksud di sebalik
masuk Brunei itu adalah menjadi warganegara atau rakyat Brunei, tetapi
jika perkataan tersebut boleh digunakan, istilah masuk Melayu juga
mempunyai makna dalaman yang lebih kurang sama, iaitu menjadi
seperti orang Melayu bukan masuk Melayu secara literal.
7
Penulis mengetahui latar belakang mereka adalah disebabkan ada
antara mereka yang mempunyai ikatan persaudaraan dengan penulis.
Pada awal tahun 70-an ketika penulis masih kecil lagi, keluarga penulis
selalu membawa penulis tinggal di rumah saudara-mara di Kg Merasam,
Limbang. Ada juga sebahagian dari keluarga ini yang selalu berkunjung
ke rumah keluarga penulis pada ketika itu terutama saudara-saudara
yang tua. Mereka adalah generasi pertama atau kedua Islam pada ketika
153
PROSIDING SETALING II
Faktor Perlembagaan
Selain dari mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara, Perlembagaan Negeri Brunei 1959 juga menggunakan
istilah Melayu sebagai alat perpaduan dengan mengkategorikan
ketujuh-tujuh rumpun puak asli di Brunei sebagai Rumpun
Melayu. Tetapi seperti yang telah diterangkan, tidak semua dari
ketujuh-tujuh puak Melayu itu secara linguistik adalah dari
keluarga bahasa Melayu. Bagaimanapun, demi kepentingan
Negara, sebenarnya langkah mengkategorikan tujuh puak Melayu
itu bolehlah dikatakan satu langkah yang sangat bijak kerana
telah berjaya menyatupadukan masyarakat di negara ini.
Perlembagaan Negeri Brunei 1959 itu sangat berjaya kerana
kesan jangka panjangnya bukan sahaja berjaya menyatupadukan
rakyat di negara ini tetapi juga telah berjaya mengubah minda
dan cara berfikir masyarakat peribumi bukan Melayu (secara
linguistiknya). Disebabkan cara berfikir masyarakat preribumi
bukan Melayu ini berubah sudah pasti budaya mereka juga
berubah, iaitu mereka telah mengadaptasi budaya masyarakat
Melayu Brunei.
itu. Tetapi pada masa sekarang, ramai dari generasi baru tidak mengenali
keluarga penulis lagi setelah ketiadaan orang-orang tua tadi.
154
PROSIDING SETALING II
155
PROSIDING SETALING II
156
PROSIDING SETALING II
157
PROSIDING SETALING II
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, saya menyeru kepada semua pihak
terutama pihak-pihak yang berwajib agar jangan melupakan yang
lama demi mengejar yang baru. Takut yang dikejar tak dapat
tetapi yang dikendong berciciran. Untuk merealisasikan
pencapaian bahasa Melayu demi kepentingan perpaduan rakyat,
bahasa kaum minoriti peribumi manjadi mangsa tetapi pada
waktu yang sama serta dengan tidak secara sedar sebenarnya kita
juga telah telah mengakibatkan sistem dayatahan diri (immuneity)
bahasa Melayu semakin lemah. Kajian-kajian tentang bahasa
peribumi perlu dipergiatkan selain dari itu program-program
rehabilitasi bahasa-bahasa minoriti peribumi perlu dijalankan
agar khazanah dunia yang sangat mahal ini tidak hanya tinggal
sejarah. Kanak-kanak perlu diajarkan seberapa banyak bahasa
158
PROSIDING SETALING II
Rujukan:
Adelaar, K. Alexander. (2003). Borneo as the homeland of the
Malay language: fifteen years down the road. Kertas
Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Sejarah
Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahismah Haji Abd. Rashid dan Hadijah Haji Hassan. (1987).
Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei
Darussalam dalam pembinaan dan pengembangan
bahasa Melayu. Beriga. Oktober-Disember, 65-88.
Brown, Donald E. (1970). Brunei: The structure and history of a
Bornean Malay Sultanate. Monograph of the Brunei
Museum Journal, vol. 2 no. 2 Bandar Seri Begawan:
Brunei Museum.
Collins, J.T. (1998). Malay, world language: A short history.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Crowley, Terry. (1992). An introduction to Historical Linguistics.
(Edisi ke-2). Oxford: Oxford University Press.
Gordon, Raymond G., Jr. (ed.), 2005. Ethnologue: Languages of
the World, Fifteenth edition. Dallas, Tex.: SIL
International. Online version: http://www.
ethnologue.com/.
Hashim bin Haji Abd. Hamid., Hj. 1996. Anak Brunei dan Masuk
Brunei Antara Homogeniti dan Asimilasi: Kes budaya
Brunei dengan masyarakat Cina di Brunei Darussalam.
Dlm. Purih. 27-34. Brunei: Akademi Pengajian Brunei,
Universiti Brunei Darussalam.
Hudson, A.B. (1978). Linguistic relations among Bornean
peoples with special reference to Sarawak: An interim
report. In Sarawak: Linguistics and development
problems, V. Sutlive (pny.). ms. 13-44. Williamsburgh:
Department of Anthropology, College of William and
Mary.
159