Anda di halaman 1dari 30

MINGGU 2

Linguistik sebagai Ilmu: konsep, subdisiplin, cabang,


analisis dan manfaat

1
KONSEP PENDEKATAN BAHASA

Bahasa ialah bunyi ujaran, maka linguistik melihat bahasa sebagai


bunyi. Yang primer ialah bahasa lisan, dan yang sekunder ialah
bahasa tulisan.

Bahasa bersifat unik, maka linguistik menggunakan lebih daripada


satu kerangka untuk mengkaji bahasa.

Bahasa merupakan satu sistem, maka linguistik melihat bahasa


sebagai kumpulan unsur yang satu dan berhubungan.

Bahasa dapat berobah, maka linguistik melihat bahasa sebagai


sesuatu yang dinamis.

Bahasa bersifat empiris, maka linguistik melihat bahasa secara


deskriptif bukannya preskriptif.

2
SUBDISIPLIN LINGUISTIK

Bahasa sebagai objek linguistik merupakan fenomenon yang tidak


terlepas daripada kegiatan bermasyarakat. Oleh sebab kegiatan ini
sangat luas, maka subdisiplin linguistik itu juga menjadi sangat
banyak.

Subdisiplin linguistik dibuat melalui kriteria tertentu. Antara


subdisiplin linguistik yang ditemukan ialah:

linguistik umum
linguistik deskriptif
linguistik bandingan
linguistik struktural
linguistik antropologi

3
KELOMPOK SUBDISIPLIN LINGUISTIK

Objeknya bahasa umum atau bahasa khusus.

Objeknya bahasa pada masa tertentu atau bahasa sepanjang


masa.

Objeknya struktur dalaman bahasa atau struktur luaran bahasa.

Objektifnya untuk keperluan teori atau gunaan.

Teori atau aliran penganalisisan objeknya.

4
OBJEKNYA BAHASA UMUM ATAU BAHASA KHUSUS

Linguistik umum: linguistik yang teorinya mengkaji


kaedah bahasa dan penyataannya secara umum.

Linguistik khusus: linguistik yang mengkaji kaedah


bahasa yang berlaku pada bahasa tertentu, atau rumpun
bahasa tertentu.

Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan


terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian
daripada sistem bahasa itu.

5
OBJEKNYA BAHASA MASA TERTENTU ATAU
SEPANJANG MASA

Linguistik sinkronik: pengkajian bahasa pada masa yang


terbatas. Dikenali juga sebagai linguistik deskriptif
kerana keupayaannya memerikan bahasa seperti
adanya.

Linguistik diakronik: pengkajian bahasa pada masa yang


tidak terbatas, iaitu dari mula bahasa itu wujud sehingga
bahasa itu mati. Dikenali juga sebagai linguistik historis
dan linguistik bandingan.

6
>Linguistik pemerian: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan
memerikan struktur permukaan bahasa yang digunakan pada masa
tertentu.

Linguistik historis: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan


memerikan perkembangan struktur bahasa dari dini kewujudannya
hingga kini. Dikenali juga dengan nama linguistik historis-komparat

Linguistik bandingan: menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi da


memerikan perbedaan dan persamaan struktur bahasa. Hubungan
sejarah dan kekerabatan bahasa itu diambil kira untuk mengenal pa
perbedaan dan persamaan struktur. Jika tujuannya untuk mencari
sahaja, maka subdisiplin ini dinamakan linguistik konstrastif.

7
OBJEKNYA STRUKTUR DALAMAN ATAU LUARAN

linguistik dibahagikan kepada dua, iaitu linguistik mikro


dan linguistik makro.

linguistik mikro: objeknya struktur dan elemen bahasa itu


sendiri, iaitu ciri hakiki daripada bahasa itu dengan tidak
mengaitkannya dengan ilmu yang lain.

linguistik makro: objeknya bahasa dalam hubungannya


dengan faktor luar bahasa, iaitu kegiatan manusia dalam
masyarakat. Bidang ini meliputi linguistik interdisiplin dan
linguistik terapan.

8
LINGUISTIK MIKRO

Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi,


sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu
seperti morfosintaksis dan leksikosemantik.
fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem
kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik.
morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.
sintaksis: satuan kata dan satuan lain di atas kata, hubungan antara
satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan
ujaran.
semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal
ataupun konteks.
leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai
aspek.

9
LINGUISTIK MIKRO

Fonetik: Telaah bunyi bahasa dengan tidak


menghiraukan sama ada bunyi itu
bermakna atau tidak.

Morfosintaksis: Struktur bahasa yang ada di


persimpangan antara morfologi dengan
sintaksis.

Perbandingan Bahasa

Teori Linguistik

10
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN

Bidang interdisiplin meliputi subbidang berikut:

Fonetik Interdisiplin, Sosiolinguistik,


Psikolinguistik, Etnolinguistik, Antropolinguistik,
Filologi, Stilistik, Semiotik, Epigrafi, Paleografi,
Etologi, Etimologi, Dialektologi, Falsafah
Bahasa.

11
Psikolinguistik: hubungan bahasa dengan perilaku dan akal
budi manusia,dan kemampuannya berbahasa psikologi +
linguistik.
Antropolinguistik: hubungan bahasa dengan budaya,
khususnya dari aspek penyelidikan antropologi budaya
antropologi + linguistik.
Stilistik: bahasa yang digunakan dalam karya
kesusasteraan, yang tujuannya untuk melamar perasaan
linguistik + kesusasteraan.
Filologi: bahasa, kebudayaan, dan sejarah bangsa seperti yang
terakam
dalam bahan bertulis peninggalan naskhah kuno linguistik +
sejarah + kebudayaan.

Falsafah bahasa: kudrat hakiki dan kedudukan bahasa sebagai


kegiatan
manusia, serta dasar konsep dan teori linguistik linguistik +
falsafah.
Dialektologi: batas dialek dan bahasa dalam wilayah tertentu
linguistik + geografi.
12
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG INTERDISIPLIN

Sosiolinguistik: Bahasa dari aspek penggunaannya dalam masyarakat,


pengguna dan penggunaan bahasa, tempat penggunaan bahasa, tatatingkat
bahasa, kontak bahasa, ragam bahasa…
Fonetik Interdisiplin: Mempelajari bunyi bahasa dan kaitannya dengan ilmu
yang lain. Misalnya ilmu Fizikal dan Muzik.
Etnolinguistik: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan faktor etnis.
Semiotik: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan lambang dan simbol.
Epigrafi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan tulisan kuno pada
prasasti.
Paleografi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan pendeskripsian
tulisan kuno, terutama dari abad pertengahan.
Etologi: Mempelajari bahasa dalam kaitannya dengan alat komunikasi yang
dipergunakan oleh margasatwa.
Etimologi: Mempelajari sejarah dan asal-usul kata.

13
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN

Linguistik terapan merangkumi subbidang


berikut:

Fonetik Terapan, Perancangan Bahasa,


Pembinaan Bahasa, Pengajaran Bahasa,
Penterjemahan, Grafonomi atau Ortografi,
Grafologi, Leksikografi, Mekanolinguistik,
Medikolinguistik, Sosiolinguistik Terapan
(Pragmatik).

14
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN

Fonetik Terapan: Mempelajari bunyi bahasa dan penggunaannya dalam


praktisnya. Misalnya olah vokal dalam seni drama dan seni muzik, dan
untuk membetulkan bunyi bahasa kanak-kanak.

Perancangan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks


perkembangan bahasa. Misalnya aspek pembakuan bahasa.

Pembinaan Bahasa: Mempelajari bahasa dalam konteks penggunaan


bahasa yang baik dalam acuan kaedah dan pendekatan yang telah
dikenal pasti dan diamalkan oleh penutur jati.

Pengajaran Bahasa: Mempelajari bahasa ibunda, bahasa kedua atau


bahasa asing mengikut pendekatan, kaedah dan teknik tertentu.

Penterjemahan: Mempelajari bahasa untuk kepentingan


pengalihbahasaan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain.

15
LINGUISTIK MAKRO: BIDANG LINGUISTIK TERAPAN

Grafonomi: Mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam


bentuk tulisan. Grafonomi atau Ortografi dinamakan juga sebagai
ilmu ejaan.
Grafologi: Mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui
sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis.
Leksikologi: Mempelajari bahasa dalam konteks penulisan leksikon
dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan tesaurus. Dinamakan juga
sebagai ilmu perkamusan. Fokusnya pada cara penyusunan kamus.
Mekanolinguistik: Mempelajari bahasa yang digunakan dalam
penyusunan program mekanik.
Medikolinguistik: Mempelajaribahasa untuk diterapkan dalam
pengubatan. Misalnya pengubatan orang yang menghadapi tekanan
perasaan yang serius, dan terapi perubatan untuk anak autis.
Sosiolinguistik Terapan: Mempelajari bahasa dalam konteks
penggunaan bahasa dalam komunikasi sosial, iaitu dengan
mengambil kira situasi, maksud, status penutur…

16
OBJEKTIFNYA KEPERLUAN TEORI ATAU GUNAAN

Linguistik teori: menyelidik bahasa di luar bahasa untuk


menemukan kaedah tertentu.

linguistik gunaan: menyelidik bahasa dengan faktor di


luar bahasa untuk memecahkan masalah praktis dalam
masyarakat. Contoh:

pengajaran bahasa, penyusunan teks, penterjemahan


buku, penyusunan kamus, pembinaan bahasa nasional,
penelitian sejarah, pemahaman dan penghayatan karya
kesusasteraan, dan penyelesaian masalah politik

17
OBJEKTIFNYA TEORI ATAU ALIRAN PENGANALISISAN
OBJEKNYA

Teori atau aliran yang popular dalam penyelidikan bahasa


ialah linguistik: tradisional, struktural, transformasional,
generatif semantik, relasional, sistematik…

Bidang linguistik ini menyelidik selok-belok ilmu linguistik,


dan meneliti pengaruh ilmu lain, dan pengaruh masyarakat
terhadap bahasa, seperti: kepercayaan, adat istiadat, dan
pendidikan.

18
KESIMPULAN SUBDISIPLIN LINGUISTIK

Bidang subdisiplin linguistik amat luas kerana objeknya, iaitu


bahasa mempunyai jangkauan hubungan yang amat luas dan
pelbagai dalam kehidupan manusia.

Aktiviti baharu akan mewujudkan cabang linguistik baharu. Kini,


komputer telah mewujudkan linguistik komputer atau
mekanolinguistik.

Inti linguistik hanyalah struktur dalaman bahasa, atau cabang


linguistik mikro. Misalnya bidang penterjemahan memerlukan
pengetahuan struktur kata, kalimat dan semantik, dan bidang
leksikografi memerlukan pengetahuan fonologi, sistem ejaan,
morfologi, sintaksis dan semantik.

19
ANALISIS LINGUISTIK
 Ferdinand de Saussure dikenali sebagai Bapa Linguistik
Moden. Beliau memperkenalkan konsep hubungan
sintagmatik dan hubungan asosiatif untuk memperkatakan
hubungan satuan kata.

 Hubungan sintagmatik bermaksud hubungan antara


satuan bahasa dalam ayat konkrit tertentu. Misalnya ayat:

* Yang merah itu buah hatiku

 Ayat di atas mengandung 21 fonem, 6 kata, dan 2 fungsi


sintaksis, iaitu subjek dan predikat.

 Ini menunjukkan bahawa hubungan sintagmatik itu


bersifat linear atau horizontal antara satuan yang menjadi
unsurnya.

20
HU BUN GAN ASOS IATI F

Hubungan asosiatif bermaksud hubungan dalam bahasa tetapi tidak


tampak dalam susunan ayat. Hubungannya akan lebih jelas apabila
ayat itu dibandingkan dengan ayat yang lain.
Dalam BM, terdapat banyak bentuk seperti yang berikut: mengahwini,
mengahwinkan, perkahwinan, dikahwini, dikahwinkan, kaukahwini,
terkahwini, berkahwin…
Konsep asosiatif kemudiannya digantikan dengan nama paradigmatik.
Paradigmatik memperluas maksud asosiatif, iaitu hubungan terjadi
bukan sahaja pada peringkat morfologi, tetapi juga pada peringkat
sintaksis.
Firth menggunakan istilah struktur untuk menamakan konsep
sintagmatik, dan sistem untuk menamakan konsep paradigmatik.

21
STRUKTU R / SI STE M

Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini
dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, fonologi,
morfologi, sintaksis dan leksikon.

Struktur ialah susunan bahagian ayat atau konstituen ayat yang


bersifat linear. Ayat dapat dianalisis bahagiannya secara fonemis,
morfemis, atau sintaksis. Konstituen itu dapat dibandingkan dengan
bentuk yang lain.

Hubungan antara konstituen itu dinamakan sistem. Misalnya


kewujudan KKJ aktif atau KKJ pasif, atau kedudukan objek, ayat
songsang, dan sebagainya.

Struktur dapat dibedakan mengikut bentuk sistematik sesuatu


bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alofon, morfemis, atau
sintaksis.

22
DISTR IBUSI

Sistem menyangkut masalah distribusi. Distribusi bermaksud dapat


atau tidaknya penggantian konstituen tertentu dalam ayat tertentu
dengan konstituen lainnya. Contoh:
* Orang itu mengait buah
* Mahasiswa itu memetik bunga
* Dia membawa bakul

Dalam BM, terdapat distribusi fonemis, morfemis, dan sintaksis.


Contoh:
Fonemis: penggantian fonem dengan fonem. Pasangan minimal:
dari – lari, kipas – kapas, maka – maki…
Morfemis: penggantian morfem dengan morfem: menjeling –
dijeling, daya saing – daya juang, tunasusila – tunabusana…
Sintaksis: penggantian kata dengan kata, frasa dengan frasa,
klausa dengan klausa.

23
ANAL ISI S KO NSTI TU EN TE RDEKAT

Analisis konstituen terdekat dikenali juga dengan nama analisis


bawahan langsung, analisis unsur langsung atau analisis bawahan
terdekat.

Analisis ini merupakan teknik penganalisisan konstituen yang


membina satuan bahasa, sama ada satuan kata, frasa, klausa
ataupun ayat.

Setiap satuan bahasa, diandaikan mengandung dua konstituen asas


pembinaannya. Contoh: di jeling, alat tulis

Satuan bahasa yang mengandung beberapa unsur akan


menimbulkan masalah. Contoh: di jeling i di
jeling i

24
ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT

Suami Minah yang nakal

Suami Minah yang nakal

> Analisis konstituen terdekat dapat memberikan manfaat untuk


memahami satuan bahasa, di samping menghindari ketaksaan
satuan bahasa yang terikat pada konteks wacana (konteks
paragraf). Tanpa konteks wacana, tafsiran ganda mungkin terjadi.

25
AN AL ISI S RAN GKAI AN U NSU R

Analisis rangkaian unsur (item) digunakan dalam bidang morfologi.

Analisis ini mengatakan bahawa setiap satuan bahasa dibentuk


daripada unsur lain. Contoh:

tersenyum ter + senyum

keindahan ke…an + indah

gadis-gadis gadis + gadis

menjalankan men…kan + jalan

memperluas mem, per + luas


26
ANALISIS PROSES UNSUR

Analisis proses unsur mengatakan bahawa setiap satuan bahasa


merupakan hasil daripada proses pembentukan. Contoh:

tersenyum awalan + kata dasar

keindahan apitan + kata dasar

gadis-gadis reduplikasi kata dasar gadis

membangun awalan + kata dasar

pembangunan pe…an + membangun


pembangunan daripada kata
membangun, iaitu hal membangun
atau proses membangun
27
ANALISIS PROSES UNSUR

pengembangan daripada kata kerja mengembangkan,


(menjadikan besar)

perkembangan daripada kata kerja berkembang atau


memperkembang (menjadikan lebih
berkembang)

mengatakan daripada apitan men…kan + kata


(menuturkan) dasar kata

menyatakan daripada apitan men…kan + kata


(menjadikan nyata) dasar nyata

mengenal pasti daripada awalan me + kata majmuk


kenal pasti

28
MANFAAT LINGUISTIK

Bagi ahli bahasa, pengetahuan linguistik dapat membantunya


melaksanakan tugas dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya


kesusasteraan dengan berkesan kerana bahasa menjadi wadah
penglahiran karya.

Bagi guru bahasa, linguistik jati dan hubungan masyarakat dan


budaya penting dalam pembinaan ketrampilan berbahasa, terutama
dalam konteks bahasa merentas kurikulum.

Bagi penterjemah, pengetahuan linguistik jati dan linguistik gunaan


amat membantu dalam penghasilan karya terjemahan yang baik.

29
MANFAAT LINGUISTIK

Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu


dalam penghasilan kamus yang baik. Antara pengetahuan yang
perlu ialah penentuan fonem, penentuan ejaan, pemahaman kata,
struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual,
idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan
perbaikan bahasa.

Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu,


terutama dari aspek penyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan
leksikon yang sesuai mengikut konteks.

Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya


memperjuangkan ideologi dan konsep kenegaraan, di samping
meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan pertentangan
bahasa.

30