Anda di halaman 1dari 6

BAB1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Semua manusia dianugerahkan keupayaan bertutur kecuali


bagi golongan istimewa seperti orang bisu dan pekak.
Kebolehan bertutur bagi manusia sebenarnya mengalami
proses peringkat denii peringkat, iaitu daripada bayi kepada
kanak-kanak dan seterusnya hingga menjadi dewasa.
Kebolehan seseorang bayi memperoleh bunyi akan berbeza
antara satu sama lain. Interaksi dengan orang di Se-
kelilingnya akan mempengaruhi pemerolehan bunyi
bahasanya. Lebih banyak interaksi yang dilakukan lebih
cepat pemerolehan bahasa seseorang bayi itu.
Salah satu kecenderungan yang menyalahi hukum
bahasa ialah apabila ibu bapa dan orang di sekeliling bayi
itu menggunakan perkataan yang pelat sebagai tanda
‘manja’ dan ‘sayang’ pada bayi tersebut. Contdhnya
perkataan ‘sayang’ dibunyikan sebagai ‘cayang’, perkataan
‘sedap’ dibunyikan ‘cedap’ dan sebagainya. Tabiat Se-
umpama mi akan mempengaruhi penerimaan bayi tersebut
dan berakhir dengan penghasilan perkataan dengan cara
pelat.
Perlu diingat ibu bapa harus memperkenalkan per-
kataan yang tepat bunyinya. Kegagalan bayi membunyikan
perkataan dengan betul adalah perkara yang normal kerana
mi ada kena-mengena dengan sistem tutumya. Sistem tutur
1
ASAS FONETIK

mi akan menjadi lebih mudah apabila anak-anak men-


jangkau umur yang lebih dewasa. Contohnya bunyi Is!
lebih sukar dibunyikan berbanding dengan bunyi /m/.
Tetapi lama-kelamaan anak mi akan mampu menutur-
kannya dengan tepat.1
Pemerolehan bunyi bahasa mi boleh dikaji secara
saintifik. Bagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasan
yang melatarinya. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan
bunyi-bunyi bahasa mi dikenali sebagai ilmu fonetik.
Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik.
Jika diikut urutan kajian dalam ilmu linguistik, ilmu fonetik
akan menjadi ilmu pertama dikaji diikuti oleh fonologi
(sistem bunyi), morfologi (sistem kata), sintaksis (sistem
ayat) dan semantik (sistem makna). Fonetik ialah ilmu yang
mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu mi juga
memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-
paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut
membantu menghasilkan bunyi bahasa.2
Ada tiga bidang kajian ilmu fonetik, iaitu fonetik
artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik
artikulasi akan membincangkan bagaimana bunyi bahasa
dihasilkan dengan bantuan organ dalaman, fonetik akustik
pula mengkaji gelombang udara dan bagaimana bunyi
dibawa ke pendengaran pendengar, dan fonetik auditori
menghuraikan pula bagaimana gelombang bunyi tadi
diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk
diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna.3
Beberapa orang ahli fonetik telah menghuraikan
dengan jelas apakah itu ilmu fonetik. Antaranya ter-
masuklah Bertil Malmberg, J.D. O’Connor dan Abercrombie.

1.1 Bertil Malmberg


Bertil Malmberg (1968) seorang ahli fonetik Perancis telah
mendefinisikan fonetik sebagai pengkajian bunyi-bunyi
bahasa. Bagi Malmberg, fonetik ialah pengkajian yang lebih
memberatkan pelahiran bahasa bukan kandungannya.

2
PENGENALAN

Maknanya apa yang dipentingkan ialah bunyi-bunyi bahasa


yang dihasilkan dan bukannya makna yang cuba di-
sampaikan. Unit-unit yang digunakan dalam bahasa tuturan
ialah bunyi-bunyi dan kumpulan-kumpulan bunyi yang
boleh dibezakan oleh telinga manusia tanpa berasa ragu-
ragu. Telinga akan menyaring bunyi-bunyi yang biasa
didengar mi untuk diproses seterusnya. Kemudian otak
pula berperanan mengenal pasti dan menterjemah semua
perbezaan bunyi yang dihasilkan oleh alat tutur manusia.
Menurut Bertil Malmberg lagi, ilmu fonetik boleh
dibahagi kepada empat cabang:

(a) Ilmu fonetik am pengkajian terhadap penghasilan


bunyi-bunyi dan fungsi mekanisme ucapan. Apa yang


dikaji ialah bagaimana bunyi dihasilkan dan apakah
organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa.

(b) Ilmu fonetik deskriptif pengkajian terhadap kelainan


bagi sesuatu bahasa tertentu atau ringkasnya dialek.


Apa yang dikaji ialah bagaimana perbezaan bunyi
antara bahasa yang sama dapat melahirkan dialek yang
berbeza. Contohnya perbezaan bunyi pada dialek
Kelantan daripada bahasa standard telah meng-
hasilkan satu kelompok dialek yang menarik untuk
dikaji.

(c) Ilmu fonetik sejarah pengkajian terhadap perubahan


fonetik bagi sesuatu bahasa berdasarkan sejarah bahasa


tersebut. Apa yang dikaji ialah mencari kekerabatan
atau kekeluargaan bahasa bagi bahasa yang dikaji.
Turut dikaji ialah perubahan yang berlaku akibat
daripada perkembangan masa.

(d) ilmu fonetik normatif pengkajian terhadap set rumus


yang menentukan pengucapan yang betul bagi sesuatu


bahasa. Mengandaikan bahawa wujudnya norma atau
pengucapan standard yang sahih dalam kumpulan

3
ASAS FONETIK

linguistik, negara, wilayah, unit budaya ataupun


kumpulan sosial. Lazimnya pengucapan standard mi
yang akan menjadi bahasa yang formal bagi
masyarakat tersebut.

1.2 J.D. O’Connor


Mengikut O’Connor (1973) pula, fonetik ialah ilmu yang
bersangkutan dengan bunyi-bunyi bising yang dihasilkan
oleh manusia. Bunyi-bunyi yang dapat didengar mi
kemudiannya diberi bentuk yang biasa terdapat dalam
bahasa masyarakat itu sendiri. Bunyi itu tadi seterusnya
disesuaikan dengan sifat semula jadi bunyi bising itu.
Bunyi-bunyi mi pula seterusnya digabung dan dilihat
fungsinya serta dihubungkan dengan mesej yang hendak
disampaikan. Contohnya jika dalam bunyi bising itu
pendengar terdengar perkataan buku, pendengar boleh
memberi bentuk pada bunyi-bunyi fbi, lul, 1k! dan lul.
Bunyi-bunyi mi kemudiannya digabungkan menjadi
perkataan buku, dilihat fungsi serta dihubungkan dengan
mesej yang hendak disampaikan. Barulah bunyi yang bising
tadi akan dapat difahami dan dimanfaatkan.
Mengikut O’Connor seterusnya, tingkah laku untuk
berkomunikasi bermula dalam otak penutur dan pada
peringkat mi kita boleh menganggap otak penutur mem-
punyai dua fungsi yang berbeza. Kedua-dua fungsi itu
ialah:
(a) Fungsi kreatif/berkarya.
(b) Fungsi saluran (forwarding function).

1.2.1 Fungsi Berkarya


mi adalah fungsi terpenting dan melaluinya mesej-mesej
diterima dan dibentuk. Pengetahuan yang disimpan dalam
otak terlalu banyak: antaranya bagaimana bahasa ber-
operasi, hukum-hukum permainan dan pengetahuan
mengenai apa sahaja. Tetapi liii tidak bermakna setiap orang

4
PENGENALAN

daripada kita mampu untuk menyahkod semua makiumat


yang tersimpan mi. Contohnya bagi pembentukan nahu,
terserah kepada ahli nahu, bukannya terbentuk dalam
kepala setiap individu. Apa yang mampu kita lakukan
setakat menggunakan rumus-rumus yang telah sedia
terbentuk oleh ahli nahu. Kemampuan untuk kita
menyimpan makiumat berbeza-beza antara individu.
Seseorang boleh mempunyai maklumat yang banyak
ataupun sedikit. Buktinya ada orang boleh mempunyai
daya ingatan yang baik seperti mengingati nombor atau
peristiwa sementara orang lain tidak begitu. Walau bagai-
manapun, apabila kita ingin berkomunikasi dengan baik,
kita perlu ada maklumat yang secukupnya bagi bahan yang
hendak diperbincangkan. Di sinilah fungsi karya akan
memainkan peranannya.
Ada tiga fasa yang berbeza dalam fungsi berkarya:

(a) Perlu menghidupkan komunikasi: Ia mungkmn


berkaitan dengan tindak balas kita terhadap
kejadian dunia nyata yang menyebabkan kita
ingin berkomunikasi. Ataupun apa yang terlintas
dalam fikiran yang ingin kita luahkan.
Contohnya: Si isteri sedang minum petang ber-
sama-sama si suami. Air yang diminum oleh si
suami telah habis. Si isteri boleh sama ada terus
menuangkan teh lagi atau menghidupkan
komunikasi dengan suammnya. Jika dia berhasrat
untuk menyampaikan mesej, si isteri mestilah
memilih salah satu daripada cara yang ter-
kandung dalam fasa kedua:
(b) Alat perantaraan: melalui ucapan, tulisan, bahasa
isyarat.

(c) Memastikan apakah rupa bentuk mesej itu.


Adakah berbentuk ayat perintah (berikan saya
cawan abang!), atau ayat tanya (Abang nak teh

Anda mungkin juga menyukai