Anda di halaman 1dari 5

TERHAD 88 PUNCA GAGAL OLEH IDRIS MOHD SAID

PENDAHULUAN

1.

Buku yang dikarang oleh seorang bekas tentera ini iaitu Idris Mohd Said

menceritakan tentang mengapa buku ini mempunyai sebuah judul yang agak negatif. Beliau telah menerangkan semua ini adalah kerana strategi. Pada hakikatnya, manusia lebih cenderung untuk mencari salah sesorang yang lain berbanding sesuatu kebenaran. Manusia juga lebih mudah mengingati dan mengenali cacat-cela berbanding kesempurnaan. Selain itu juga, beliau berpendapat bahawa manusia juga lebih berminat untuk mendengar berita buruk berbanding berita baik. Perkara yang sama telah digunakan oleh pihak media massa untuk menarik minat orang ramai, kerana mereka telah lama mengenali psikologi seorang manusia.

2.

Manusia pada hakikatnya juga lebih mengenali dan mencari yang negatif. Oleh

itu, jika kita dapat menyenaraikan sebab-sebab bagaimana berlakunya kegagalan, kita akan lebih mengenali dan mengingatinya dan boleh mengelakkan berulangnya kesilapan yang dilakukan. John Naisbitt, seorang pakar pengurusan telah berkata Kita tidak akan belajar dari kejayaan-kejayaan kita, sebaliknya kita akan belajar daripada kegagalan-kegagalan kita. Jika kita berjaya menghindari kegagalan, kita akan menemui kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Di sekeliling kita, manusia sering berkejar-kejaran mengejar kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburi sehingga terlupa perkara-perkara yang menyebabkan kegagalan. Kerana itu amat penting sekali kita mengenali kegagalan iaitu dengan bentuk dan bagaimana terjadinya sesuatu kegagalan bagi mengelakkan kegagalan.

3.

Kegagalan itu pasti wujud. Semua orang pasti akan menemui dan merasai

kegagalan, tetapi tidak harus berasa takut untuk menemuinya. Ibarat jalan di hadapan kita yang berliku-liku, yang dipenuhi dengan duri, kaca dan najis diibaratkan sebagai kegagalan. Tidak ada pilihan lain, kita haruslah menempuhinya dengan sentiasa 1 TERHAD

TERHAD berhati-hati . Begitulah juga di dalm kehidupan ini, apabila kita mengenali perkaraperkara yang boleh menyebabkan kegagalan, kita haruslah mengelaknya. Cara bagaimana kita mengatasi kegagalan itulah yang akan menentukan kejayaan kita. Tetapi, mungkin tidak mungkin kita dapat mengelak daripada kegagalan. Namun kita haruslah berhati-hati dan menjauhinya serta mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk mengatasi kegagalan tersebut. Kejayaan bakal menjadi milik sesiapa sahaja jika sekiranya kita mengenali dan berjaya mengatasi kegagalan yang begitu banyak di sekeliling kita. Mengenali sebab kegagalan sesungguhnya lebih mendekatkan diri dengan kejayaan.

TUJUAN

4.

Menerangkan tentang punca-punca kegagalan yang terkandung di dalam buku

yang sedang dikaji.

SKOP

5.

Antara skop-skop yang akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini adalah

seperti berikut :

a.

Punca-Punca Yang Pertama

b.

Punca-Punca Yang Kedua

c.

Punca-Punca Yang Ketiga

d.

Punca-Punca Yang Keempat

2 TERHAD

TERHAD PUNCA-PUNCA YANG PERTAMA

6.

Di dalam gabungan tajuk ini, diceritakan beberapa punca-punca yang

menyebabkan kita terjerumus di dalam kegagalan. Punca-punca tersebut adalah :

a.

Di Awang-Awangan.

b.

Tidak tetap Pendirian.

c.

Menganggap Diri Sudah Pandai.

d.

Tidak Berkeyakinan.

e.

Hilang Kepercayaan.

f.

Menyerah Kalah.

g.

Semangat Turun Naik.

7.

Di Awang-Awangan.

Orang yang tidak mempunyai arah tujuan terbukti

akan berakhir dengan kejayaan. orang yang tidak ada cita-cita atau takut bercita-cita menyebabkan mereka tidak mempunyai arah dan hidup terapung-apung dan membuang masa melakukan perkara-perkara yang hanya merosakkan kehidupan. Arah akan diperolehi jika masing-masing mempunyai cita-cita dan matlamat yang padu.

8.

Tidak Tetap Pendirian.

Terdapat beberapa cara untuk menjadikan pendirian

tetap. Antaranya ialah :

3 TERHAD

TERHAD a. Yakin tidak akan gagal. Jiwa dan raga percaya dan yakin tidak akan

gagal dalam usaha yang sedang dijalankan. Sedikit sahaja keyakinan tersebut berganjak, maka berubahlah pendirian.

b.

Percaya bahawa apa yang sedang diusahakan itu akan membawa

kepada kejayaan. Jika sedikit sahaja kepercayaan itu berubah, maka ia akan menyebabkan pendirian berubah.

c.

Sentiasa mengaitkan pendirian dengan masa depan. Pada hakikatnya,

kejayaan dan kegagalan tidak akan terjadi dengan sendirinya. Apa yang dilakukan sekarang akan menetukan kejayaan atau kegagalan sesorang itu. 9. Menganggap Diri Sudah Pandai. Tiada manusia yang dilahirkan pandai di

dalam dunia ini. Dianggapkan tiada siapa yang pandai adalah kerana kehidupan ini adalah proses belajar. Sesiapa saja yang menganggap dirinya pandai, maka dia akan berhenti belajar. Kita haruslah menganggap diri sentiasa memerlukan ilmu

pengetahuan, maka kita akan berhenti menganggap diri sudah pandai.

10.

Tidak Berkeyakinan.

Kita haruslah percaya bahawa apa yang diyakini

itulah yang akan diperolehi. Meyakini akan memperolehi kegagalan akan membuatkan kita memperolhi kegagalan. Terdapat beberapa cara untuk mengatasinya. Antaranya :

a.

Halakan keyakinan kepada yakin boleh berjaya. Sebaik sahaja jika kita untuk gagal, serta-merta tukar kepada keyakinan untuk

berkeyakinan

memperolehi kejayaan.

b.

Ubah cara pergaulan. Mengubah suasana boleh mengubah pemikiran dan

seterusnya kehidupan kita semua.

4 TERHAD

TERHAD c. Pemerhatian perlu dilakukan kepada orang yang telah berjaya. Dengan

cara ini, ia boleh menambahkan keyakinan bahawa kita boleh mencapai kejayaan.

11.

Keyakinan terbahagi kepada dua yang mana kedua-duanya mestilah kita

perolehi bagi memacu kejayaan :

a.

Keyakina yang jitu terhadap kebolehan dan keuatan diri bagi mencapai

apa yang menjadi matlamat.

b.

Keyakinan yang padu, jitu, padu, kukuh dan tetap apa yang sedang

diusahakan diyakini boleh sampai ke matlamat yang dikehendaki.

5 TERHAD

Anda mungkin juga menyukai