Anda di halaman 1dari 18

1. Bagaimanakah Instrumen SGM ini boleh dijawab jika tiada kemudahan internet?

J: Instrumen SGM masih boleh dijawab secara offline atau secara manual (dalam CD yang dibekalkan)

2. Jika timbul sebarang masalah teknikal ketika menjawab Instrumen SGM, siapakah personel yang boleh dirujuk? J: Jika terdapat sebarang masalah teknikal ketika menjawab Instrumen SGM, individu berkenaan boleh merujuk kepada pegawai teknikal (unit TPM, BPG)

3. Apa yang akan berlaku jika tidak semua item dalam mana-mana Instrumen SGM dijawab?
J: Jika tidak semua item dijawab dalam mana-mana instrument SGM, skor akan berada pada tahap yang rendah kerana ianya tidak mengukur tahap standard atau tidak mencerminkan standard guru itu dengan tepa

4. Adakah ketiga-tiga Instrumen SGM perlu dijawab kesemuanya?


J: Ketiga-tiga Instrumen SGM tidak semestinya dijawab kesemuanya. Ia boleh dijawab satu persatu dan mendapatkan analisis skor jawapan berdasarkan standard yang dijawab. Walaubagaimanapun, individu yang tidak menjawab ketiga-tiga Instrumen SGM tidak mendapat gambaran secara keseluruhan tentang standard guru pada dirinya.

5. Bagaimana caranya sesuatu institusi pendidikan itu boleh menyimpan skor dan analisis skor jawapan guru-guru atau personel yang menjawabnya secara berpusat?
J: Pihak pentadbir atau Ketua Jabatan boleh menyimpan profil skor jawapan Instrumen SGM yang telah dijawab secara manual dengan mengumpulkan profil analisis skor yang telah dicetak atau mendapatkan profil-profil tersebut daripada pegawai teknikal di BPG.

6. Bilakah seseorang guru itu perlu mengisi instrumen SGM? Sebaik mula bertugas, selepas 6 bulan atau pada bila-bila masa sahaja.
J: Bila-bila masa dan sesiapa sahaja yang mendaftar boleh mengisi instrumen SGM tanpa mengira sama ada guru , bakal guru atau orang awam.

7. Saya menggunakan sistem operasi opensource Ubuntu dan menggunakan perisian OpenOffice OpenCalc. Adakah instrumen SGM versi offline serasi dengan sistem ini? J: Instrumen SGM versi offline boleh menggunakan mana-mana aplikasi yang serasi dengan MS Excel dengan syarat mematuhi panduan security setting yang disediakan.

8. Jika komputer saya hanged semasa sedang mengisi instrumen SGM versi online, adakah saya boleh menyambungnya kembali. Jika boleh, adakah jawapan yang telah dijawab itu masih ada? J: Jika komputer hanged dan terpaksa dimulakan semula sistemnya, anda tidak boleh menyambungnya kembali begitu juga dengan jawapan yang telah dijawab. Anda perlu mengisi semula instrumen tersebut.

9. Sekiranya saya terlupa kata laluan, bagaimana saya boleh memperolehinya kembali?
J: Anda diperlukan untuk memasukkan ID anda pada pautan yang disediakan dan kata laluan yang baru akan diberi melalui email (berdasarkan email yang diberikan semasa mula-mula mendaftar).

10. Adakah saya boleh mendaftar sebagai pengguna lebih dari sekali? J: Anda boleh mendaftar sebagai pengguna lebih dari sekali tetapi perlu menggunakan ID yang berbeza.

11. Apakah keperluan asas komputer yang diperlukan bagi mengisi instrumen SGM versi online?
J: Mana-mana komputer yang memiliki sambungan ke internet boleh digunakan bagi mengisi instrumen SGM versi online.

12.Bagaimanakah saya boleh menyerahkan keputusan instrumen SGM kepada pihak penyelaras SGM jika saya menggunakan instrumen SGM versi offline?
J: Pihak pembangun instrumen SGM versi offline ada menyediakan pautan pada keputusan keseluruhan (semua standard) yang mana ia akan menghantar keputusan kepada penyelaras SGM melalui email.

13.Siapakah yang boleh dihubungi jika terdapat sebarang masalah teknikal berkaitan instrumen SGM versi online?
J: Anda boleh menghubungi Penyelaras SGM di Unit Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841154.

14. Jangka masa untuk diberi ruang pegawai menjawab semula SGM untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan jawapan pegawai yang kedua ? (Julat masa) J: Tiada, tetapi sekurangkurangnya menjawab sekali dalam setahun.

15. Apakah yang perlu dilakukan apabila kita lupa kata laluan setelah kita memasukkan butiran diri ke dalam sistem?
J: Pengguna boleh klik pada butang lupa kata laluan. Selepas itu kata laluan anda akan dihantar kepada tuan melalui email seperti alamat yang telah anda daftarkan dalam sistem ini.

Anda mungkin juga menyukai