Anda di halaman 1dari 44

TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 2/012

KERTAS 2
1. Kod kertas bagi Bahasa Malaysia kertas 2 adalah 012
2. Mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. 3. Soalan untuk kertas 2 adalah berbentuk penulisan. 4. Masa untuk menjawab adalah 1 jam 15 minit

BAHAGIAN A
Jumlah Soalan - Terdiri daripada satu soalan sahaja - Soalan wajib di jawab - Soalan berbentuk penulisan Cara menjawab - Satu bahan rangsangan akan diberikan - Tulis lima ayat lengkap mengikut struktur ayat yang betul berdasarkan bahan rangsangan. Peruntukan markah - 10 markah

Jenis Bahan Rangsangan - Gambar tunggal - Gambar bersiri - Carta - Peta - Graf - Jadual - iklan Peruntukan markah - 10 markah Panduan umum - Teliti bahan rangsangan / pernyataan yang diberikan - Kenal pasti kehendak soalan - Ayat yang dibina boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayat majmuk.

CARA-CARA UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A


1. Membina draf atau rangka jawapan sebelum mula menulis ayat yang lengkap. 2. Nomborkan ayat yang dibina. 3. Ayat-ayat tidak semestinya mengikut urutan idea. 4. Boleh menamakan watak atau kata ganti nama yang sesuai bagi menggambarkan perlakuan seseorang dalam gambar. 5. Isi perlu ada: a. Isi tersurat iaitu apa-apa sahaja perkara yang dapat anda lihat atau baca dengan nyata dalam bahan rangsangan b. Isi tersirat iaitu maksud yang tidak kelihatan dalam bahan rangsangan tetapi mempunyai kaitan dengan maksud tersurat. 6. Bina ayat berdasarkan arahan yang diberikan. 7. Ayat-ayat yang dibina mestilah jelas, tepat dan mengikut aspek tatabahasa yang betul. 8. Penulisan ayat juga haruslah kemas, tersusun, menggunakan struktur ayat yang betul serta menggunakan kata dan tanda baca yang tepat. 9. Gunakan kata hubung dan penanda wacana yang sesuai untuk hasilkan ayat yang lengkap dan gramatis. 10. Tandakan gambar kecil mengikut keutamaan untuk lima ayat. 11. Semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan.

Panduan membina ayat


1. Konsep ayat yang dibina perlu mempunyai ciri-ciri berikut : Frasa Nama +Frasa Kerja + Keterangan ayat /Perkembangan idea
Contoh : a) Kakak sedang menanak nasi di dapur . b) Mereka bersiar-siar di tepi pantai sambil menghirup udara segar. c) Mawi menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan teliti dan berhati-hati. d) Datuk sedang meraut lidi-lidi untuk dijadikan sebatang penyapu.

9 - 10

6-8

4-5

0-33

TEMA :

PENJUAL SATE

ASAP

KIPAS
TONG SAMPAH

KETUPAT PISAU

JAWAPAN CONTOH (1)


1. Apabila Pak Mat mengipas-ngipas satenya, kelihatan asap berkepul-kepul naik ke udara. 2. Peralatan yang digunakan oleh Pak Mat ialah pisau, kipas, dapur pembakar sate dan lain-lain lagi.

3. Pak Mat juga menjual ketupat nasi sebagai pelengkap jualan satenya.
4. Tong sampah disediakan untuk mengisi sisa-sisa sate dan lidi pencucuk sate. 5. Kipas digunakan untuk menyalakan bara api supaya sate Pak Mat cepat masak.

JAWAPAN CONTOH (2)


1. Asap yang berkepul-kepul diudara boleh mencemarkan alam sekitar. 2. Pak Mat menggunakan tuala untuk mengelap peluhnya.

3. Hasil pendapatan daripada penjualan sate dapat menyara hidup Pak Mat sekeluarga.
4. Setiap hari minggu, Pak Mat menjual sate di kaki lima kedai. 5. Sate yang dijual Pak Mat amat sedap.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah Menunggu bas

conteng

Mendukung anak

duduk

Tong sampah

JAWAPAN CONTOH
1. Ramai orang sedang menunggu bas di perhentian bas. 2. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan sedang duduk di atas bangku yang disediakan. 3. Seorang wanita sedang mendukung anak kecilnya manakala seorang lagi anaknya berada di sisi wanita itu. 4. Kelihatan sampah-sarap bertaburan di perhentian bas tersebut walaupun tong sampah disediakan. 5. Terdapat contengan yang mencacatkan pandangan di beberapa bahagian perhentian bas tersebut.

Kesilapan yang dilakukan


1. Kita tidak sepatutnya menconteng di tempat awam seperti perhentian bas. 2. Kita tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata tempat nanti udaranya akan tercemar. 3. Kita sepatutnya memberikan tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukannya. 4. Kita juga sebagai seorang perempuan patut menutup aurat kita seperti rambut, pakaian dan lain-lain lagi. 5. Kita juga tidak boleh bersikap mata keranjang terhadap wanita.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah


pergi ke laut

sampan

guna jaring

Ikan dijual

pembeli

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah


mandi sabun Bersarapan

Hidangan di atas meja

Menunggu bas

Soalan UPSR 2009 Bahagian A


Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Aktiviti-aktiviti yang ada

Skema jawapan
1. Dua orang murid membuang sampah ke dalam tong sampah.
2. Siti menaburkan makanan ikan ke dalam kolam.

3. Rashid menyiram pokok-pokok bunga di Taman Sains supaya pokok bunga hidup subur.
4. Dua orang murid sedang memerhatikan burung-burung terbang di dalam sangkar. 5. Lily dan kawannya menggemburkan tanah di taman.

BAHAGIAN B
Jumlah soalan - Terdiri saripada tiga soalan, sama ada karangan berformat atau tidak berformat. - Soalan berbentuk penulisan karangan.
Cara menjawab - Jawab satu soalan sahaja - Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Jenis bahan rangsangan a) Karangan berformat - ucapan/ syarahan/ ceramah - Laporan - Surat kiriman tidak rasmi - Surat kiriman rasmi - dialog/ temu ramah/ wawancara - Berita - Catatan

b) Karangan tidak berformat - Perbincangan - Fakta - autobiografi/ biografi - Peribahasa - cerita/ melengkapkan cerita
Panduan umum - Baca dan fahami semua tajuk karangan - Pilih tajuk berdasarkan pengetahuan dan keupayaan calon - Cari isi-isi penting dan sediakan rangka karangan

Cara-cara untuk menjawab bahagian B


1. Anda haruslah memilih satu tajuk karangan yang sesuai berdasarkan pemahaman, pengetahuan dan keupayaan anda. 2. Fahami format penulisan yang betul, sama ada jenis karangan berformat atau tidak berformat. 3. Bina rangka atau draf karangan. 4. Tulis karangan dengan, a. huraian isi yang bernas b. Disertakan contoh-contoh yang tepat c. Susunan kata yang teratur d. Struktur ayat yang betul dan lengkap e. Gunakan kata hubung f. Gunakan penanda wacana yang sesuai g. Ejaan, tanda baca dan imbuhan yang betul 5. Untuk menambahkan keindahan kata, boleh gunakan peribahasa yang sesuai 6. Setiap perenggan karangan mestilah ada kesinambungan isi. 7. Pastikan isi dan huraian tidak terkeluar daripada kehendak soalan. 8. Buat kesimpulan isi atau tajuk dalam perenggan penutup 9. Buat karangan dalam 5 perenggan sahaja 10. Pastikan isi karangan tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Ciri-ciri karangan yang baik


1. Pendahuluan atau pengenalan tentang tajuk karangan yang sesuai dan menarik. 2. Isi yang bernas dan mencukupi serta penyampaian yang jelas dan menarik untuk dibaca. Disertai dengan contohcontoh yang berkaitan dengan isi. 3. Pembahagian perenggan yang sesuai. 4. Menggunakan pelbagai ayat gramatis, pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema, dan tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan. 5. Penutup atau kesimpulan yang sesuai dan berkesan.

25 - 3030

16 - 24

11 - 15

0 - 10

Contoh soalan :
Bahagian B [ 30 markah ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menjaga kebersihan sekolah kamu. ATAU 2. Sekolah kamu baru sahaja mengadakan sambutan Hari Guru. Sebagai ketua pengarang majalah tersebut, kamu telah ditugaskan untuk menulis laporan tentang aktiviti-aktiviti pada hari tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya. ATAU 3. Kata-kata dorongan daripada ibu bapa membangkitkan semangatku untuk menghadapi peperiksaan itu. Aku (Lengkapkan cerita kamu bermula dengan Aku )

CONTOH ISI YANG LENGKAP


( Isi , huraian , dan contoh )
Melawat Alor Star

Kami melawat ke Pekan Rabu. Pekan Rabu terletak di tengahtengah bandar Alor Star. Pekan Rabu merupakan pusat tempat orang-orang Melayu berniaga. Barang-barang yang diniagakan di situ ialah pakaian, makanan, barang-barang kraftangan dan sebagainya.

Kami juga berkesempatan melawat muzium negeri. Muzium merupakan tempat menyimpan khazanah-khazanah lama. Antara khazanah-khazanah yang dipamerkan ialah alat senjata tradisional, peralatan pertanian tradisional, replika-replika, dan lain-lain.

Soalan Bahagian B UPSR 2009

Skema jawapan UPSR 2009


Soalan 1 1. Pendahuluan Dipilih menyertai pertandingan syarahan 2. Isi i. Mula mengarang berdasarkan tajuk Pentingnya Media Massa Kepada Manusia ii. Hari pertandingan dekat -- berlatih bersungguh-sungguh -- Cikgu membimbing dan membetulkan kesilapan -- membaca syarahan tanpa melihat nota -- giat berlatih -- mengajar menyampaikan syarahan dengan betul iii. Mendengar nasihat - gaya penyampaian dibetulkan - esok bertanding, takut Cikgu memberikan semangat -- yakin menang -- menjadi semakin berani iv. Tiba tempat pertandingan awal -- peserta mengambil bahagian -- penuh bersemangat -- penyampaian lancar dan bergaya v. Diumumkan sebagai pemenang -- melompat keriangan -- rakan-rakan dan guru mengucapkan tahniah 3. Penutup Gunakan perenggan penutup yang diberi.

Soalan 2 1. Pendahuluan Temasya sukan tahunan diadakan Sabtu lalu mula pukul lapan pagi bertempat di padang sekolah 2. Isi i. jemputan, ibu bapa dan orang ramai datang duduk di khemah yang disediakan ii. Sebelum pertandingan setiap ahli sukan, ahli pasukan beruniform menyertai lintas hormat diiringi lagu yang dimainkan pancaragam membaca ikrar Menteri Besar merasmikan Sukan Tahunan. iii. Acara dipertandingkan lompat jauh, lompat tinggi, dan lumba lari sukaneka tarik tali, lari ikat kaki, tiup belon, lari dalam guni dipertandingkan penonton bertepuk tangan melihat acara. iv. Suasana sungguh meriah penonton bersorak dan bertepuk tangan memberi sokongan moral atlet yang disokong

3. Penutup Penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawan dan Olahragawati dipilih tamat 2.00 petang.

Soalan 3 1. Pendahuluan Alamat pengirim, tarikh, pembuka kata dan kata ganti diri pertama.

2. Isi i. Tujuan menulis surat menceritakan persiapan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR ii. Membuat jadual waktu belajar bersistematik membahagi masa dengan bijak iii. Memasang telinga semasa cikgu mengajar bertanya jika tidak faham iv. Mengulangkaji pelajaran yang diajar cikgu setiap hari mencatatkan nota-nota penting berguna mengingati fakta-fakta sesuatu pelajaran memudahkan menjawab peperiksaan v. Membuat latihan buku kerja terdapat kekeliruan tanya cikgu berbincang dengan rakan vi. Menghadiri kelas tambahan mengukuhkan pemahaman dapat menjawab soalan menerusi latihan berbentuk latih tubi
3. Penutup Salam hormat berharap mendapat keputusan cemerlang

Bahagian C
Jumlah soalan - Satu soalan sahaja dikemukakan - Soalan berbentuk penulisan Cara menjawab - Kemukan isi serta huraian - Tulis dalam satu perenggan sahaja - Panjang jawapan hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Jenis bahan - Berupa bahan sastera atau bukan sastera - Terdiri daripada petikan cerita, keperihalan/ gambaran, dialog, catatan, puisi dan sebagainya

Peruntukan markah - 20 markah Panduan umum - Baca dan fahami kehendak soalan - Baca teks secara imbasan untuk mengesan nilai tersurat dan tersirat - Jika nilai tersirat, tafsirkan - Bina ulasan dengan mengemukakan tidak kurang daripada empat idea/ nilai beserta huraian

Cara-cara untuk menjawab bahagian C


1. Baca soalan, garisi kata kunci, dan fahami kehendak/ arahan soalan. 2. Dapatkan sekurang-kurangnya 4 maklumat. 3. Tafsirkan maklumat tersebut dan tulis berhampiran perkataan yang ditafsirkan. 4. Bina ulasan mengikut kemampuan kendiri. Gunakan pelbagai ayat dan kosa kata yang mudah difahami. 5. Semak idea, keterangan, ejaan, tanda baca, dan bilangan perkataan serta betulkan dengan segera.

Nilai-nilai murni
- Belas kasihan - Bertimbang rasa - Murah hati - Saling memahami - Berdikari - Berupaya bertindak sendiri - Yakin pada diri sendiri - Berhemah tinggi - Kesopanan - Mengakui kesalahan diri - Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga - Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran - Hormat kepada kepercayaan dan adat resam - Patuh kepada undang-undang - Patuh kepada ketepatan masa - Sayang pada diri sendiri dan orang lain - Sayang akan alam sekeliling - Cinta akan negara - Adil - Saksama - Berani mencuba - Menjaga kebersihan diri, persekitaran, mental - Bercakap benar - Ikhlas - Amanah - Daya usaha - Gotong-royong - Tolenrasi - Semangat perpaduan - Pertuturan dan perlakuan yang sederhana - Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain - bersyukur, berterima kasih - Sayang dan bangga akan negara - Membuat pertimbangan - Bermuafakat - Kejiranan - Peka terhadap isi-isu sosial dalam masyarakat

16 - 20

11 - 15

6 - 10

0-5

CONTOH 1

Bahagian C [ Masa : 20 minit ] [ 20 markah ] Tulis perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh murid daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Murid harus sedar bahawa tugas untuk menuntut ilmu amat memerlukan kesungguhan. Kita perlu memberi perhatian semasa guru mengajar. Dengan itu, kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar. Semua latihan yang diberi oleh guru perlulah disiapkan kerana ini merupakan ulang kaji pembelajaran. Kita juga perlu membuat latihan tambahan untuk mengukuhkan kefahaman kita. Sekiranya menghadapi masalah, bertanyalah kepada guru atau rakan-rakan yang lebih mahir daripada kita. Di samping itu, kita perlu mendisiplinkan diri dengan belajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

Cadangan jawapan :

Bahagian C : Sebagai murid, kita perlu belajar bersungguh-sungguh dengan memberikan tumpuan ketika guru mengajar. Kita perlu membuat latihan tambahan dan menyiapkan kerja di rumah. Selain itu, kita perlu mendisiplinkan diri belajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Jika kurang faham akan sesuatu pelajaran, bertanyalah kepada guru. Demikianlah perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh murid.

CONTOH 2

Kenal pasti beberapa nilai murni/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah.
Setelah puas mencari, akhirnya Azman menemui Jalur Gemilangnya. Dia mencuci bendera bendera itu. Setelah kering, diseterikanya pula. Dia melakukan sebaik mungkin kerana tidak mahu benderanya terbakar atau jarinya melecur. Sebelum pergi ke kelas tambahan, dia sempat mencium bau sabun pada bendera itu lalu meletakkannya di atas almari. Apabila pulang, dia ternampak adiknya memakai Jalur Gemilang ala Superman. Marahnya terpadam apabila melihat telatah lucu adik bongsunya itu. Azman meminta kebenaran ibunya untuk menggunakan wang tabungnya bagi membeli Jalur Gemilang yang baharu. Ibu melarangnya sambil tersenyum lalu menghulurkan RM10.00 kepada Azman.

Berdasarkan petikan di atas, bulatkan nilai murni/amalan baik yang terdapat dalam petikan.
rajin bekerjasama menghargai masa berterima kasih berhati-hati berjimat-cermat berdikari bersyukur menghormati semangat patriotik bersabar

Terdapat banyak nilai murni dalam petikan tadi. Antaranya ialah

Semangat patriotik, berjimat cermat, bersabar dan lain-lain lagi ..


..Selain

Kita

haruslah mempunyai semangat patriotik bagi menunjukkan ketaatan ..

kita kepada negara yang tercinta

kita perlu mengamal itu,.


sesuatu tindakan,

sikap berjimat-cermat dapat membantu kita dalam .Ini kerana .. masa kesempitan hidup ...
Dalam melaksanakan

seharusnya kita bersabar dan berhati-hati. ....Sikap seperti ini selalunya tidak akan menyesal di kemudian hari ......Sebagai
hendak berjaya di masa hadapan.
Antara nilai murni yang terdapat dalam petikan adalah ______________________. (Huraian / Contoh) ____________________________________________________. Seterusnya, terdapat nilai murni _____________________. (Huraian / Contoh) ____. ____________________________________________________________________. Di samping itu, terdapat nilai murni __________________. (Huraian / Contoh) ____. ____________________________________________________________________. Selain itu, terdapat nilai murni ______________________. (Huraian / Contoh) ____. ____________________________________________________________________. Akhirnya, kita (hendaklah / mestilah / perlulah) ______________________________ ____________________________________________________________________. Kita janganlah ________________________________________________________.

seorang

pelajar

sikap rajin dan tahu menghargai masa ....amat penting jika sekiranya kita

CONTOH 3

NILAI MURNI / PENGAJARAN


Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu. Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini. Liza selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga selalu membantu ayahnya mencuci kereta. Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya. Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokokpokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

nilai murni dan Berdasarkan petikan di atas terdapat beberapa ............................. pengajaran rajin, berdikari, ..................... yang boleh kita contohi. Antaranya ialah ......................., menjaga kebersihan diri dan lain-lain. Liza seorang yang ......... kerana rajin ....................................... Sebaik sahaja mendapat buku-buku baru, dia terus membalutnya .................................................................................................................... apabila pulang ke rumah yang suka ......................................... Liza juga merupakan seorang .................... berdikari kerana membuat kerja tanpa meminta bantuan daripada .................................................................................................................... kakaknya Di samping itu, Liza juga seorang yang pentingkan ............. ..................... kebersihan menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat .................. Dia selalu .......................................................................... tinggal membantu ringan tulang ............. Selain itu, Liza seorang yang ..................... kerana ................. ibu bapanya apabila ada kelapangan bekerjasama juga menjadi ............................................................ Sikap ............................................ amalan Liza dan keluarganya Mereka akan ....................................... bekerjasama .................................................. membersihkan rumah pada hari cuti ............................................................. Kesimpulannya, kita hendaklah amalan-amalan yang baik mengamalkan ..............................................dalam kehidupan seharian.

Soalan bahagian C UPSR 2009

Skema jawapan
Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita hendaklah rajin bekerja dengan keluar mencari makanan untuk mengelakkan kelaparan. Selain itu, kita hendaklah berhati-hati ketika mencari makanan agar tidak terjatuh ke dalam sungai. Seterusnya kita hendaklah bersikap baik hati iaitu menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut supaya selamat. Di samping itu, kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana telah dibantu. Akhir sekali, kita hendaklah mengamalkan semangat bermasyarakat iaitu bersahabat baik supaya dapat mengeratkan hubungan.

MAKLUMAN UNTUK SEMUA


- KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN

LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN. - KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

- MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 3 MARKAH SAHAJA.


- JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH KESELURUHAN AKAN TURUN. - JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN

PANDANGAN MATA SELALU MENIPU, PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH , PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU , PANDANGAN HATI ITU YANG HAKIKI , JIKA LAHIRNYA DARI IMAN DAN TAQWA .

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai