Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis HI Tea SMKTL 2011 Pada 29/ 1/2011 Di Sempurna Resort Assalamualaikaum wbt dan selamat

sejahtera. Yang Berusaha, Pn Fauziah Bt Ali, Pengetua SMK Tg Lumpur, Yang dihormati En. __________________________, Yang Dipertua PIBG SMK Tg Lumpur, Yang dirai rakan rakan guru yang pernah bertugas di SMKTL dan guruguru baru yang kini bertugas di SMKTL, Rakan-rakan guru dan staff sokongan serta hadirin sekalian

Pertama sekali marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah yang maha kuasa kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama hadir ke majlis ini.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran rakan rakan kita yang kini sudah bertugas di sekolah lain dan rakan GSTT pada tahun lepas.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama di majlis yang dianjurkan ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, bagi memberkati majlis pada hari ini Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz________________________ untuk membaca doa.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian _______________ membaca doa itu tadi.

Untuk tidak melengahkan masa majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Pn Fauziah bt Ali,Pengetua SMKTL untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua itu tadi.

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan Ustaz Azmi sekali lagi untuk membaca doa makan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih Ustaz. Sekarang dijemput semua hadirin untuk menjamu selera.

Tuan-tuan dan puan-puan, Walaupun masih belum selesai menjamu selera, Kita perlu meneruskan acara kita. Dengan ini saya menjemput salah seorang tetamu kita yang raikan En Ambanasan AL Kathirvallo untuk memberikan sepatah dua kata. Terima kasih En Ambanasan Seterusnya kita jemput pula En Ahmad AlHassora untuk menyampai sedikit ucapan. Terima kasih. Sekarang dijemput pula En Rosli bin Yahaya untuk memberikan ucapan. Terima kasih En Rosli. Seterusnya dipersilakan Pn Nurita Akhir sekali dijemput Pn Siti Roseliza.

Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada guru-guru yang bertukar dan guru-guru GSTT. Dipersilakan Tn Pengetua Pn Fauziah bt Ali untuk menyampaikan hadiah Dijemput Mantan GPK Ko En Ambanasan En Ahmad AlHassora Encik Rosli b Yahaya Puan Nurita bt Thammili dan Puan Siti Roseliza bt Jelani Terima kasih kpd Tuan Pengetua kerana sudi menyampaikan hadiah. Hadiah tersebut adalah tajaan kelab Staff Seterus dijemput Ketua Panitia BI- EN Amba Ketua Panitia BM-En Ahmad Alhassora Ketua Panitia Sains- Pn Nurita Ketua Panitia Maths- Pn Siti Roseliza

Sekarang dijemput pula Ustazah Zawil Faizah untuk menyampaikan hadiah kawan-kawan. Mr Amba En Ahmad AlHassora Pn Nurita Pn Siti Roseliza

Seterusnya kita ada satu lagi acara khas bagi guru-guru baru iaitu sesi suaikenal. Dijemput En Nasar untuk memperkenalkan diri. En Che Ku Zaimi En Ahmad Syukri b. Abdullah Puan Nor Hafizah bt Ibrahim Puan Medinatul Zahra by Mohamad Hadzi Puan Mariana bt Abdul Ghani Puan Norzuriyati bt Zulkifli Dan akhir sekali En Syababullah Hamidi Terima kasih diucapkan kepada semua guru tadi. Dengan berakhirnya acara itu tadi maka tamatlah majlis Hi Tea kita pada hari ini. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin , kerna sudi bersama sehingga ke akhir Majlis. Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang majlis ini berlangsung terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku. Sekian, sehingga berjumpa lagi pada lain masa, saya sudahi dengan wabilahi taufik walhidayah, wassalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Terima kasih.