Anda di halaman 1dari 6

______________________________________________________________________________

Kerja Paip

PENGENALAN
umber bekalan air adalah satu keperluan dan kehidupan kita seharian. Tanpanya banyak masalah akan dihadapi oleh manusia. Banyak kerja rutin harian kita yang memerlukan penggunaan air. Misalnya, memasak makanan, membuat minuman, mencuci pakaian, mencuci kenderaan, membersihan tubuh badan, dan banyak lagi aktiviti yang menggunakan air. Pada zaman dahulu masyarakat di negara kita menggunakan sumber air yang datngnya dari sungai, perigi dan mata air yang mana sumber air ini tidak dijamin tentang kebersihannya. Namun pada zaman sekarang, teknologi untuk menyalurkan air bersih melalui paip-paip yang disediakan. Air yang ditakung dalam empangan akan melalui proses-proses tertentu seperti penapisan dan pembersihan bagi mermastikan kualiti kebersihan air dan seterusnaya air disalurkan ke tangki simpanan. Dari tangki itu air akan dibekalkan ke setiap rumah kediaman, bangunan pejabat, sekolah dan premis perniagaan. Berikut adalah carta aliran pengagihan sumber bekalan air bersih dari loji air ke rumah kediaman.

(1 MERTAJAM

Cheah seok Khim


SMJK JIT SIN BUKIT

______________________________________________________________________________

Kerja Paip

(2 MERTAJAM

Cheah seok Khim


SMJK JIT SIN BUKIT

______________________________________________________________________________

Kerja Paip

SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH


Sistem bekalan air di rumah terdiri daripada meter air, kunci paip, sinki, tangki simpanan air, tab mandian dan selinder air panas. Komponen berkenaan dihubungkan oleh sambungan paip seperti paip perkhidmatan, paip agihan, paip cuci dan paip limpah. Terdapat dua sistem asas bekalan air disalurkan ke rumah kita, iaitu melalui sistem terus dan sistem tidak terus. Sistem Terus Berfungsi untuk membekalkan air secara terus tanpa melaui tangki simpanan air dari paip perkhidmatan kekelengkapan perpaipan dalam rumah khasnya pili dapur dan pili air. Sistem Tidak Terus Bekalan air dibekalkan dari meter air melaui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air Berfungsi membekalkan air ke pelbagai kelengkapan perpaipan dalam rumah seperti tandas, bilik mandi dan pili paip.
Tangki simpanan air Paip cuci Paip Paip limpah

Kunci paip
Paip perhubungan

Meter air

perkhidmatan

Paip agihan

Paip agihan

Sistem bekalan air di rumah


(3 MERTAJAM

Cheah seok Khim


SMJK JIT SIN BUKIT

______________________________________________________________________________

Kerja Paip

FUNGSI PAIP SISTEM BEKALAN AIR a) Paip Perhubungan Menghubungkan paip utama dengan meter air. Batang paip di perbuat daripada besi bergalvani (BG) b) Paip Perkhidmatan Membekalkan air daripada tangki simpanan Menghubungkan meter air ke tangki simpanan dan sinki dapur. Batang paip di perbuat daripada besi bergalvani (BG) c) Paip Agihan Menagihkan air dari tangki simpanan air kepada kelengkapan perpaipan di dalam rumah seperti pili-pili sinki cuci, alat mandian hujan dan tangki simbah. d) PaipLimpah Menyalurkan limpahan air dari tangki simpanan jika injap bebola yang mengawal paras air tidak berfungsi. Disambungkan pada tangki simpanan air dengan jarak kira-kira 50 mm atas paras air penuh. e) Paip Cuci Menyalurkan air kotor keluar dari tangki simpanan air semasa kerja mencuci tangki. Paip ini biasanya di pasang pada dasar tangki simpanan air

(4 MERTAJAM

Cheah seok Khim


SMJK JIT SIN BUKIT

______________________________________________________________________________

Kerja Paip

JENIS PAIP
Terdapat tiga jenis paip yang ada di pasaran, iaitu paip Poly Vinyl Chloride (PVC), paip besi bergalvani (BG) dan paip poli High Density Polyethylene (HDPE)

a) Paip Poly Vinyl Chloride (PVC) Saiz dan kegunaannya sama dengan paip besi belgalwani (BG) tetapi paip ini tidak sesuai untuk menyalurkan air panas kerana ia tidak boleh tahan panas. Paip ini ringan , murah dan mudah di kendalikan. Paip PVC ini terdapat dalam dua jenis iaitu tebal dan nipis.

b) Paip Besi Bergalvani (BG) Paip BG dibuat daripada besi dan disadurkan dengan zink. Saiz paip BG ditentukan oleh diameter lubang dan yang ada di pasaran bergaris pusat 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan 50mm. Biasanya panjang paip BG ialah 6 meter. Paip BG dikelaskan kepada tiga gred, iaitu : GRED A B C KOD WARNA Perang Biru Merah KETEBALAN Nipis Sederhana Tebal KEGUNAAN Paip limpah Paip agihan Paip perhubungan dan paip perkhidmatan

(5 MERTAJAM

Cheah seok Khim


SMJK JIT SIN BUKIT

______________________________________________________________________________

Kerja Paip

c) Paip Poli High Density Polyethylene (HDPE) Paip poli boleh dilentur yang tahan panas dan hujan. Paip ini berwarna hitam. Paip ini lebih kuat daripada PVC dan tidak berkarat seperti paip B. Tambahan pula ia ringan dan boleh digulung. Paip ini dijual dalam bentuk yang panjang, iaitu 30 meter. Ketebalannya terdapat dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter yang pelbagai. Paip ini lebih mahal dan tidak boleh ditegakkan. Apabila penyambungan dibuka, hujung paip terpaksa dipotong kerana terdapat kesan pencekaman pada hujung paip ini. Paip ini juga boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji besi. Untulk tujuan penyambungan, paip ini tidak perlu menggunakan gam kerana di dalam penutupnya tertdapat sleve untuk mencengkam paip poli. Di dalam sleve pula terdapat gelang getah.

(6 MERTAJAM

Cheah seok Khim


SMJK JIT SIN BUKIT

Anda mungkin juga menyukai