Anda di halaman 1dari 3

Sekilas 14 - Isu buli dan gangsterisme, sekolah bayangan ummah Kita nak bicara pada pagi mengenai kes

buli dan gangsterisme yang diperkatakan. Di akhbar dan televisyen, satu demi satu pembongkaran masalah gangsterisme pelaj ar sekolah di dedahkan. Tindakan yang diambil oleh pelajar senior adalah dengan memukul mangsa sehingga pengsan, luka, patah dan ada yang sampai menemui ajal seolah-olah mereka penguas a tanpa batas di wilayah mereka. Apa yang penting untuk kaki pukul ini adalah melepaskan geram kepada junior deng an pukulan, sepakan, tamparan, terajang dan sebagainya. Ini belum lagi tekanan p sikologi dari ugutan-ugutan yang melampaui batas yang keluar daripada mulut mere ka Terbaru, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat Sarawak, kes Terengganu yang melibatkan pelajar senior yang memukul junior dengan kan kepala ke tiang, di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa mana mangsa dipukul dalam bas gara-gara terlanggar bahu kekasih salah li kumpulan buli sekolah dan banyak lagi. di Marang, menghantuk Maju yang seorang ah

Saya tertarik dengan ulasan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM), Izzat Amin Mohd. Nasir mencadangkan masalah g angsterisme pelajar sekolah bagi yang beragama Islam perlu ditangani dengan cara Islam. Antara yang dicadangkan ialah suasana sekolah yang berlandskap Islamik contohnya ; papan-papan tanda yang memuji Allah SWT. Ini cadangan yang baik, tetapi terdapat juga kes buli dan gangsterisme yang berl aku di sekolah-sekolah agama yang penuh dengan papan tanda seperti itu. Mana sil apnya.? Sebenarnya, di peringkat anak-anak, seseorang itu bukan sahaja memerlukan pelaja ran dan didikan. Mereka memerlukan contoh untuk mereka ikuti. Kadang-kala, contoh orang yang baik itu tidak dapat dilihatnya dihadapan mata me reka. Mereka belajar teori akhlak, tetapi mereka tidak dapat melihat praktikal y ang hidup di hadapan mata mereka. Kes buli gangsterisme ini berlaku dari lapisan serendah hingga pada setingginya. Kita mulakan dengan individu. Berapa ramai individu yang tidak memberi contoh ke pada anak-anak kecil. Berapa banyak perkataan kotor yang mereka dengar disekelil ing mereka. Kadang-kala guru juga memaki murid. Penjual di tepi jalan memaki ora ng, pemandu yang bergegas sering memaki orang lain. Di peringkat keluarga, berapa banyak kes buli berlaku di dalam rumah tangga. Aya h memukul ibu, terajang, hamun dan sebagainya. Anak-anak melihat ayah mengabaika n ibu mereka, ada perempuan simpanan dan sebagainya. Di dalam masyarakat, berapa banyak kes buli di dalam masyarakat, tipu orang, kes along, kes rogol, pecah rumah, bunuh dan sebagainya. Anak-anak boleh melihat co ntoh bergaduh disekelilling mereka. Di TV, berapa banyak cerita yang mendidik? C erita orang baik-baik dari Indonesia yang dipaparkan pula penuh dengan khurafat, sihir, pari-pari, tahyul dan sebagainya. Mana contoh terbaik buat mereka? Di peringkat negara, banyak juga kes buli. Tak kira dari apa parti, kata-kata ha mun berapa banyak dicontohkan kepada umum. Jika pemimpin, tak kira dari apa part i sekalipun, memaki orang dan dikeluarkan untuk paparan umum, berapa banyak anak -anak yang teridola menjadi pemimpin akan merasakan, begini sikap yang perlu ada

jika ingin menjadi pemimpin. Di peringkat dunia, berapa banyak kes buli yang ada. Kes Israel dan Palestin, ke s buli di penjara-penjara dunia, kes buli dan gangsterisme pada negara-negara le mah. Berapa banyak kes buli yang berlaku di sekeliling tempat. Sekolah hanyalah banya ngan kepada tempat lain. Jika kita ingin memperbaiki keadaan ini, kita kena baiki banyak perkara. Kita lu pa, anak-anak ini mudah teridola dengan keadaan sekeliling mereka. Semua pihak perlu saling berusaha memperbaiki keadaan. Lengkapkan kekurangan yan g ada. Bekerjasama untuk memperbaiki barah masyarakat ini. Jika bakal pemimpin a kan datang ini, seorang kaki buli di sekolahnya, cuba bayangkan jika dia melapis i kepimpinan nanti. Semua lapisan masyarakat perlu dididik tanpa henti. Dari individu, keluarga, mas yarakat, negara sampai ummah perlu ada usaha memperbaiki mereka. Mungkin terlalu besar, ya.. tetapi usahanya perlu dimulakan. Jika tidak sampai bila ia tidak ak an dimulakan. Pada saya, untuk menjayakan usaha memperbaiki ummah dan masyarakat ini, kita kena bedah peranan lima golongan terpenting di dalam masyarakat. 1. Peranan pemimpin. Perlunya membuat dasar-dasar yang baik dengan bijaksana. Ji ka pemimpin sudah tidak bijaksana, maka rosaklah masyarakat. Saidian Umar pernah mengatakan. "sekumpulan singa yang dipimpin oleh seekor kambing akan dapat dika lahkan oleh sekumpulan kambing yang diketuai oleh seekor singa. Jika pemimpin te rlepas pandang di dalam usaha pembentukan pelapis perjuangan ini, maka bangsa ak an mengalami kehancuran. Selain dari memaksimakan usaha lahiriah seperti kurangkan rancangan ganas di TV, usaha baiki ekonomi negara untuk kebaikan rakyat, jika rakyat susah banyak kes jenayah berlaku seperti curi, samun dan sebagainya, usaha rohani juga perlu dima ksimakan. Berapa banyak sekolah yang ada kes buli diarahkan agar memperketatkan disiplin s olat. Di dalam solat ada satu doa yang wajib kita baca, jika tidak baca doa ini, tidak sah solat kita. Doa ini, Allah letakkan di dalam surah al-Fatihah iaitu " Ihdinas Siratal Mustaqim" (hidayahkan kami jalan yang lurus). Orang yang menjaga solat bermakna telah mendoakan dirinya untuk dipimpin oleh Al lah. Jika dia tidak menjaga solat, bermakna dia tidak berdoa untuk menjadi baik bagi dirinya. Sebab itu pesanan nabi terakhir sebelum kewafatan baginda ialah "aku wasiatkan k amu agar peliharalah solat". Bagi penganut agama lain, balikkan mereka pada moral dan nilai-nilai murni.(died it) 2. Ulama dan pendakwah yang hebat perlu ada dan dirancang kewujudannya. Mereka p erlu masuk ke tengah masyarakat mendidik mereka. Jika pendakwah dan ulama mengam pu dan tidak hebat, maka tidak ada siapa yang boleh menegur masyarakat 3. Para amilin (pekerja) yang membangunkan kebaikan dari semua bidang. Pejuang-p ejuang bidang pendidikan, bidang ekonomi, bidang penyiaran dan sebagainya. Bangu nkan sesuatu yang memberi kebaikan bukan keuntungan semata-mata. 3. orang kaya yang perlu menginfakkan harta untuk program agama. Ada yang wajib seperti zakat dan ada yang sunat seperti sedekah. Program agama di TV kadang-kal a terbantut dengan kurangnya penajaan. Begitu juga majlis-majlis yang memerlukan

kepada sokongan kewangan. 5. Orang soleh yang sentiasa mendoakan. Orang soleh dari golongan ahli ibadat da n sufi tidak boleh terpisah. Jangan ada gologan yang mengjhina ahli ibadah dan a hli sufi. Jangan pula ahli ibadah dan ahli sufi memencilkan diri kerana rasa ter hina di tengah masyarakat. Mereka perlu terus mendoakan masyarakat. Peranan doa sangat penting di dalam perjuangan mendidik bangsa. Ia senjata terampuh. Jika kelima-lima gologan ini bersatu, maka insyaAllah, kita akan lihat proses me mperbaiki generasi muda akan mudah dilaksanakan. Ia ibarat ilma jari. Jika hanya satu jari yang berfungsi, ia mudah dikepakkan. Tetapi, jika lima jari ini bersa tu, digenggamkan, ia akan menjadi satu pertahanan yang kuat dari serangan luar. Gengaman kesatuan ini menjadikan jari tadi menjadi buku lima yang hebat, bukan s ahaja untuk mempertahankan diri malahan untuk menolong orang lain. Semoga kesatu an dapat dibentuk dan semoga dengan keikhlasan, Allah bantu segala usaha kita, a min.. Muhamad Abdullah Putra Heights Subang Jaya Selangor

Anda mungkin juga menyukai