Anda di halaman 1dari 17

Isi Kandungan

Tajuk PENDAHULUAN Mengenali Perlembagaan Malaysia Peranan Perlembagaan Manfaat Keluhuran Perlembagaan Kesan Negatif Mengabaikan Prinsip Keluhuran Perlembagaan Muka Surat 2-3 4 5-8 9 -13 14 - 15

KESIMPULAN

16

RUJUKAN

17

PENDAHULUAN Tajuk bagi projek yang dipilih ini adalah berdasarkan subtopik 6.2 yang terdapat di dalam Modul Hubungan Etnik yang bertajuk Konsep Perlembagaan. Subtopik ini akan dihuraikan dengan lebih mendalam di dalam projek ini. Keluhuran perlembagaan meruapakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang- undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang- undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Selain itu, undang- undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan undang- undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang- undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Prinsip Keluhuran Perlembagaan adalah satu daripada prinsip yang dapat membantu pembentukan etika masyarakat masa kini dan masyarakat akan dating terhadap Negara Malaysia. Pengharapan amat tinggi agar masyarakat di Negara ini sentiasa meningkatkan daya usaha dalam melaksanakan tugas masing- masing. Selain itu, prinsip ini menyumbang kepada kejayaan prinsip- prinsip lain dalam Rukun Negara. Prinsip ini jarang- jarang diberikan perhatian oleh masyarakat zaman kini. Sikap tidak mengambil berat ini tidak boleh berterusan kerana ia adalah penentu kepada kesejahteraan

dan keharmonian Negara Malaysia pada masa kini dan pada masa hadapan. Melihat kepada suasana masa kini, diri kita dan rakan- rakan lain lebih bersedia, lebih berusaha dan lebih bertanggungjawab. Dalam mempelajari prinsip ini, diri kita dan rakan- rakan lain perlu tahu dua istilah iaitu keluhuran dan perlembagaan. Keluhuran berhubung dengan budi pekerti mulia. Manakala perlembagaan merupakan perundangan yang tertinggi dalam sesebuah Negara. Gabungjalin kedua- dua pengertian ini memberi makna yang cukup luas dari segi politik, ekonomi dan sosial dalam sesbuah Negara. Boleh dikatakan prinsip ini memberi kuasa kepada kita dan rakan rakan lain untuk meningkatkan keutuhan, prestasi dan kualiti Negara. Lantaran itu kita dan rakan- rakan lain perlu meninjau sumbangan peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul bagi mencapai matlamat ini.

Keutuhan Politik, Ekonomi dan Sosial i. ii. iii. Membantu peningkatan taraf dan kualiti hidup masyarakat. Menghasilkan keyakinan pemimpin Negara luar. Membina landasan untuk menjadi Negara maju

1. Mengenali Perlembagaan Malaysia Definisi Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang- undang tertinggi Negara yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir Negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran Negara dan hal ini akan menjamin kerajaan menunaikan tanggunjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan. Sejarah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan Negara Malaysia adalah berdasarkan perlembagaan yang digubal oleh sebuah Suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, lord William Reid. Perlembagaan ini mula berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957. Antara kandungannya ialah tentang pembentukan kerajaan pusat yang mempunyai kuasa ke atas negeri- negeri di Tanah Melayu, kedudukan raja- raja Melayu, memilih dan melantik Yang di- Pertuan Agong daripada kalangan Raja- Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, mewujudkan satu rupa Negara bangsa, menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan agama Islam sebagai agama rasmi. Perlembagaaan Persekutuan Malaysia kemudiannya telah dipinda oleh Suruhanjaya Cobbold disebabkan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Malaysia. Dalam
4

perlembagaan itu telah ditambah satu kuasa yang memperakui semua undang- undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang baru ini telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Ia mengandungi 183 perkara. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Institusi Yang di Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah Negara Persekutuan, Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Negeri- negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia diberikan hak, kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri. 2. Peranan Perlembagaan Perlembagaan berperananan untuk menjamin kestabilan sesebuah Negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Ia membantu dalam menjamin kecekapan,kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan garis panduan semasa memrintah supaya pemerintahanya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia juga menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara di mana rakyatnya memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 dan 25 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan hak kerakyatan bagi seseorang rakyat Negara Malaysia di mana Perkara 24 menyatakan seseorang rakyat yang mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.. Manakala Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti dia tidak setia kepada Negara Malaysia. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuhnya ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identity Negara dan bangsa Malaysia. Perlembagaan juga menjamin hak asasi

dan kebebasan rakyat untuk berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini rakyat mengetahui had kebebasan mereka mereka di sisi undang- undang. Dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia pula telah memperuntukkan peranan Yang di- Peruan Agong dalam menjaga dan memlihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan . Namun ia harus dilaksanakan dengan berhati- hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum- kaum lain. Perlembagaan juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ia menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang- undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Pembahagian ini menjelaskan Perlembagaan Negeri mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
hak istimewa bukannya amalan diskriminasi. Hak ini melindungi kepentingan rakyatnya.

Perlembagaaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan dalam Perlembagaan Malaysia yang telah ditetapkan sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu membangunkan negeri Sarawak dan Sabah. Namun begitu, perlembagaan Malaysia boleh dipinda untuk tujuan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan Negara dan melicinkan rakyat, menjaga
6

keselamatan Negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara. Sejak tahun 1657, perlembagaan telah dipinda beberapa kali. Ini penting supaya isi perlembagaan sentiasa relevan. Dan sesuai dengan keperluan semasa. Proses ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang- undang yang munasabah dan kandungannnya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga dipinda bagi melarang perkara sensitive dipersoalkan secara terbuka seperti pemerintahan beraja, agama Islam,, kedudukan Bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Parlimen pernah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang- wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitive yang boleh dianggap akan menimbulkan perselisihan antara kaum di Negara ini. Tujuan pindaan dilakukan adalah untuk memlihara keselamatan, keharmonian dan ketenteraman masyarakat berbilang kaum. Tanggungjawab dan Kerjasama Menyeluruh Prinsip ini menginginkan masyarakat masa kini dan masa hadapan mempunyai tingkah laku yang cukup sempurna dalam menjaga imej dan identity Negara. Untuk mempunyai tingkah laku ini, kita haruslah mengambil contoh terbaik yang diamalkan oleh masyarakat masa kini. Amalan terbaik ini meliputi amalan- amalan yang boleh memberi manfaat secara menyeluruh dalam jangka masa panjang.

Amalan terbaik yang perlu dipelajari i. ii. iii. iv. Amalan yang ada nilai murni dan moral Amalan yang tidak membelakangkan ajaran agama dan peraturan kerajaan Amalan yang tidak mementingkan diri sendiri Amalan yang boleh memberi pujian, penghargaan dan ganjaran.

Kerajaan merealisasikan amalan ini memerlukan tuntutan dan tanggungjawab dan kerjasama daripada keseluruhan masyarakat di Malaysia. Hal ini tidak mustahil dilakukan oleh kita kerana kita merupakan generasi yang menetukan kecemerlangan dan kegemilangan Negara pada masa depan. Kita harus memperhebatkan usaha untuk mengetahui tindakan yang perlu diambil dalam menjayakannya. Dalam memperhebatkannya kita lain perlu mematuhi segala arahan dan pesanan daripada ibu bapa dan guru- guru. Oleh kerana mereka sering memantau dan mengawal kita maka mereka merupakan tempat rujukan terbaik untuk memperbetul dan memperbaharui amalan- amalan seharian. Umpamanya, amalan membantu pihak sekolah mengingatkan dan menyedarkan pelajar- pelajar yang sering menimbulkan masalah di dalam sekolah. Secara tidak langsung, amalan negatif dapat dikurangkan dan amalan positif dapat diperkasakan.

3. Manfaat Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini berupaya membentuk masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap pembangunan negara. Dalam Pembentukan ini, pembinaan hubungan baik antara kerajaan dan rakyat dan antara rakyat dengan kerajaan perlu diberi penekanan. Pembelajaran kea rah membina hubungan baik amat penting dan perlu diperluaskan sepanjang masa. Jika tidak, manfaat prinsip ini tidak memberi apa apa makna dalam menjamin keutuhan negara. Sejak kebelakangan ini kebanyakan kita tidak terdorong untuk meneliti dan menilai manfaat prinsip ini. Kesilapan dan kelemahan ini perlu diperbetulkan. Kita dan rakan- rakan lain hendaklah menjadualkan diri sendiri untuk memilih jalan terbaik mendalaminya. Tugas ini menampakkan kita lain perlu mendorong diri sendiri meningkatkan pegangan dalam menghormati negara sendiri.

Pegangan i. ii. iii. iv. Membina tumpuan, perhatian dan kecenderungan Menyekat diri kita daripada pengaruh negatif Menguatkan sentuhan daripada dorongan diri sendiri. Mengurangkan kesilapan dan kecuaian dalam memperkasakan diri.

Pegangan dalam menghormati negara sendiri membentuk keperibadian mulia dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi mentadbir dan mengurus negara. Ada masanya matlamat yang dilaksanakan oleh kerajaan akan tercapai dengan mudah. Dalam kata lain kita perlulah membuat ketetapan diri sendiri untuk membuka diri sendiri dalam perkongsian manfaat prinsip ini. Meskipun pernyataan ini terlalu sukar difahami dan dihayati oleh kita dan rakan- rakan lain, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan kerana di sekolah terdapat pelbagai kemudahan seperti kesediaan guru-guru untuk berbincang,kepelbagaian aktiviti

kokurikulum kedapatan bahan bacaan yang begitu banyak di Pusat Sumber Sekolah dan sebagainya. Mengingatkan Diri Sendiri Kepentingan Menghormati Undang- Undang Dalam memanfaatkan prinsip- prinsip ini, diri kita harus ingat akan kepentingan menghormati undang- undang yang telah diluluskan ole Parlimen. Daripada ini, diri kita akan cuba memastikan kesilapan lalu tidak berulang atau tidak berlaku lagi.
Contoh Manfaat yang Diperoleh di Sekolah i. ii. iii. iv. Penggunaaan bahasa yang betul dan tepat dalam berinteraksi dan berkomunikasi. Kebebasan penyertaan dan penglibatan dalam setiap program sekolah Rakan- rakan lain diberi peluang dan ruang yang sama rata di dalam dan luar bilik darjah. Peningkatan perpaduan dan integrasi nasional dalam setiap akitiviti dan kegiatan di sekolah.

Banyak faedah sampingan yang kita miliki. Faedah ini akan mendorong diri kita dan rakanrakan lain menjamin insan yang kamil dan berketrampilan. Pada masa ini faedah inilah yang gagal difahami dan dihayati.

Mendorong Diri Sendiri Mengubah Tingkah Laku Prinsip ini mendekatkan diri kita dengan persoalan Sejauhmanakah kita meletakkan keyakinan terhadap pentadbiran dan pengurusan negara masa kini? Keistimewaan yang tersembunyi dalam persoalan ini membantu kita membuat perbandingan dan penilaian terhadap tingkah laku dalam kehidupan seharian. Tingkah laku yang baik adalah tingkah laku yang tidak bertentangan dengan tatasusila, adat resam dan disenangi oleh ramai pihak.

10

Dengan erti kata lain , mereka yang ada di sekeliling kita tidak memberi sebarang reaksi negatif terhadap maklum balas dan tindak balas kita. Ada masanya mereka meminta kita memberi bimbingan untuk memiliki sikap dan perlakuan yang telah ditunjukkan itu. Meletakkan diri sendiri ke arah pembinaan memerlukan dorongan dari dalam diri sendiri. Dorongan ini atas kesedaran tentang pentingnya meningkatkan keupayaan dan kebolehan yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab seharian. Sekiranya perkara ini dititikberatkan, usaha murni kerajaan dan pihak perntadbiran sekolah dalam memantapkan disiplin kita dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Melalui dorongan ini, kita akan dapat menghindarkan diri daripada melakukan kesalahan yang telah digariskan dalam perundangan. Umpamanya, tidak membenarkan diri sendiri melakukan keganasan kekacauan dan kemusnahan atau tidak membernarkan diri sendiri menerokai hak individu lain tanpa kebenaran.

Mengubah Tingkah Laku i. ii. iii. Akan dapat meningkatkan prestasi dalam interaksi dan komunikasi. Akan dapat mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Akan dapat meningkatkan usaha mengisi matlamat dan cita- cita.

Dorongan perubahan tingkah laku mendekatkan kita dan rakan- rakan lain dengan fitrah kehidupan dalam membangunkan sesuatu bangsa dan negara supaya cemerlang,gemilang dan terbilang. Dalam tempoh tertentu, kita dapat mengaplikasikan nilai- nilai murni dengan jayanya dan menjadikannya sebagai sebahagian daripada keperluan kehidupan seharian.

11

(a) Tingkatkan Sikap Bertanggungjawab Berdasarkan kepada perkara yang tersirat dan tersurat dalam prinsip ini, kita dapat mempelajari secara mendalami erti sikap tanggungjawab. Sebelum ini, kita dan rakan- rakan lain telah melakukannya tetapi belum mencukupi. Pernyataan ini berasaskan kepada tahap disiplin pada masa kini yang menyukarkan pihak pentadbiran sekolah yang menyelaras aktiviti dan kegiatan dalam sekolah. Melalui usaha mendalami sikap betanggungjawab, kita sedar tentang aspek risiko, iaitu risiko kepada diri sendiri, pada ibu bapa, pada guru- guru dan pada rakan- rakan lain jika kita tidak memberi kerjasama yang sepatutnya. Peningkatan sikap bertanggungjawab ini bermakna kita mengiktiraf diri kita sebagai seorang anak Malaysia yang berwawasan dalam memajukan negara sendiri. Dalam kehidupan di sekolah, kita terdorong mengambil pelbagai langkah yang positif dalam menyedarkan rakan- rakan lain agar tidak melakukan perbuatan seperti vandalisme yang boleh menjejaskan imej sekolah dan imej pelajar pada kaca mata masyarakat masa kini. Dorongan ini juga akan memberi keyakinan pada diri sendiri dalam mempertahankan ketenangan dan keselesaan dalam dan luar sekolah.

Keperluan dan Kehendak Hasil Dorongan Berterusan i. ii. iii. iv. Peningkatan dorongan dalam diri agar bergerak cergas dan aktif. Mengukuhkan diri dengan sikap dan perlakuan sempurna. Pengawalan dan pemantauan secara bersama- sama Penyelarasan diri dalam memiliki kejayaan dan kecemerlangan

12

Sehubungan dengan itu, sikap bertanggungjawab yang dilakukan oleh kita bukan bertujuan mendapatkan pujian dan penghargaan daripada pihak pentadbiran sekolah. Apa yang ditekankan di sini ialah sikap bertanggungjawab ini atas kejujuran dan keikhlasan kita untuk melihat suasana sekolah dalam keadaan harmonis.

(b) Meningkatkan Hubungan Kemanusiaan Berdasarkan kepada peristiwa hitam yang berlaku di dalam dan di luar negara sebelum ini boleh dikatakan hubungan kemanusiaan semakin terjejas. Perpecahan, permusuhan dan pergaduhan sesama sendiri telah menjejaskan sistem pentadbiran negara. Atas dasar ini, kita harus ingat mengingati sesama sendiri tentang keburukan yang akan berlaku jika perkara ini tidak ditangani secara bersama,

Kepentingan Hubungan Kemanusiaan i. ii. iii. Peningkatan kerjasama tolong- menolong dan bantu membantu antara satu sama lain. Pengiktirafan keharmonian dalam sesebuah negara. Imej dan identiti sesbuah masyarakat meningkat pada pandangan pihak luar.

(c) Fokus Dalam Membina Suasana Harmonis Kepentingan pengekalan suasana harmonis dapat memantapkan lagi kecenderungan kita untuk melakukan tugas dengan penuh disiplin, sempurna dan berkesan. Ini bermakna untuk menjayakannya secara bersama, kita perlu menetepikam sikap mementingkan diri sendiri dalam perkongsian ilmu pengetahuan, maklumat dan kemahiran.
13

Suasana Harmonis i. ii. iii. Perlu diperkukuhkan dengan amalan ikhlas, jujur dan telus. Perlu digabungkanjalin dengan nilai agama yang dipelajari daripada ibu bapa dan guru- guru Perlu dicipta oleh diri sendiri supaya tidak timbul kekeliruan dan kekusutan.

4. KESAN NEGATIF MENGABAIKAN PRINSIP INI Pengabaian prinsip ini meyukarkan kita menyahut seruan kerajaan dan merealisasikan usaha yang dijalankan oleh pihak pentadbiran sekolah. Kita akan gagal mengisi diri sendiri dengan peranan dan tanggungjawab sebenar. Umpamanya, kita tidak berusaha belajar perkara- perkara baru yang membolehkan diri kita bergerak dengan lebih jauh.

Antara Kesan Buruk i. ii. iii. Wujudnya perpecahan dan pertelingkahan kerana kita dan rakan- rakan bebas bertindak dan membuat keputusan. Majlis sosial (bertentangan dengan nilai murni) berleluasa di serata tempat. Kita akan merebut hak individu luar tanpa mempunyai perasaan perikemanusiaan

Halatuju yang Tidak Jelas Boleh dikatakan setiap hari media massa meuar- uarkan tentang suasana dalam sesebuah negara. Antara isu yang dibangkitkan ialah perpecahan, rusuhan , keruntuhan moral dan peperangan. Semuanya ini membuktikan bahawa masyarakat dalam negara tidak ada permuafakatan dalam menjamin kestabilan negara. Perkara perkara yang termaktub dalam perundangan tidak diberi

14

perhatian langsung. Mereka berani menentangnya secara terang- terangan tanpa menghiraukan aspek kelemahan diri sendiri.

Kewibawaan Negara Terjejas Apabila berlakunya kewibawaan negara terjejas ,masyarakat tidak terdorong untuk memajukan negara sendiri. Selain itu, masyarakat tidak bersedia menerima maklum balas dari pemimpin negara di samping berlakunya peningkatan kemasukan pendatang asing di dalam negara.

Masyarakat Terdedah Kepada Perpecahan Apabila negara kita tidak ada perlembagaan ,negara kita mudah dikuasai oleh kuasa asing. Di mana masyarakat akan datang mudah dipujuk, mudah dikuasai dan mudah dipengaruhi dengan pelbagai rasuah sehingga menghancurkan negara sendiri. Walaupun perkara ini sering ditegaskan ahli politik, pemimpin masyarakat, ibu bapa dan guru- guru, dan diri sendiri jarang mengambil peluang untuk menghayati dan memahaminya.

15

KESIMPULAN Sejarah tentang keamanan, kestabilan dan keutuhan kerajaan negara kita telah memberi ruang masyarakatnya menikmati pelbagai kemudahan pembangunan. Jika kita leka atau alpa tentang kesungguhan kerajaan maka kita dengan sendirinya akan mewujudkan diskriminaasi, pertelingkahan,pergaduhan, permusuhan dan sebagainya. Jurang ini akhirnya akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa depan apabila kewibawaan Parlimen tidak dipertahankan oleh masyarakat. Keunggulan dan keagungan negara kita membolehkan negara kita seiring dengan negara lain dalam pelbagai aspek. Atas keprihatinan masyarakat terhadap prinsip ini membolehkan kerajaan dapat mempercepat dan memperbaiki keperluan dan kehendak semasa dalam menjayakan kelicinan pentadbiran dan pengurusan negara. Pemupukan rasa tanggungjawab, integriti dan taat setia yang diperoleh daripada pemupukan prinsip ini akan menjamin keamanan dan keselamatan negara ini. Kita bersama-sama dengan pelbagai lapisan masyarakat akan samasama mempertahankan keharmonian sedia ada. Cubaan atau pengaruh negatif serta percanggahan yang bertentangan dengan perundangan ditandangani secara bersama.

16

RUJUKAN 1. Keluhuran Perlembagaan (Ahmad Marzuki Ismail)- Eagle Publications Sdn Bhd. 2. Racial and Multiculturalism In Malaysia and Singapore-Routledge Taylor & Francis Group 3. Malaysian Studies, nationhood and citizenship-Pearson Education

17

Anda mungkin juga menyukai