Anda di halaman 1dari 5

APABILA ANDA Apabila semua serba tak kena, dan anda berada dalam keadaan tak menentu, ingatlah..

anda masih boleh berpaling dan bersandar pada Dia Yang Satu. Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya. Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia Yang Maha Pengasih. Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia Maha Melihat segala-galanya, Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan dari Dia Yang Maha Perkasa. Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradatNya Apabila jalan didepan digelapi mendung sedangkan tiada sesiaoa yang sudi meneranginya, carilah jalan yang lurus dari Dia Pemberi Cahaya. Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Pendengar. Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya. Apabila dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Maha Esa Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia....satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan. Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kembali, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA TUHAN YANG MAHA BERKUASA.

ALIASIRAJ

ITU KAMU..... Dalam kehidupan ini, begitu banyak keajaiban yang tak terjangkau difikiran. Manusia hanya memandang sesuatu yang mampu dilihat dan dipegang. Untuk menerawang ke ruang lebih dalam, memerlukan kekuatan yang benar-benar memberi kesan. Yang akhirnya, mula disedari terlalu bermakna, hinggakan sukar untuk dilepas begitu saja. Sesuatu yang kalau tidak disedari atau langsung tak terlintas difikiran mu... Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara. Sebab utama seseorang itu membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang. Meskipun dia tidak menyukai kamu. Setiap malam ada seseorang mengingati kamu sebelum dia tidur. Kamu amat bermakna dalam kehidupan seseorang Kalau bukan kerana kamu, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. Kamu seorang istemewa dan unik Seseorang yang kamu ketahui/kenali menyayangi kamu Apabila kamu membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. Sekiranya kamu merasakan dirimu terpinggir, fikirlah semula, mungkin kamu yang meminggirkan diri sendiri. Apabila kamu terfikir bahawa dirimu tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, mungkin kamu tidak akan memperolehnya. Tetapi, sekiranya kamu percaya pada diri sendiri, lambat-laun kamu akan memperolehnya. Kenangilah segala pujian yang kamu terima. Lupakan setiap kutukan, cacian dan cela. Jangan takut untuk meluahkan perasaan. Kamu akan merasa tenang apabila seseorang mengetahuinya Sekiranya kamu mempunya sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dialah yang terbaik

AFIQOH MARHABAN

HARGA SEBUAH MASA. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik. Sejam untuk menghargainya. Sehari untuk menyayanginya. Tetapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Ambillah sedikit masa dan hubungilah teman-teman kesayanganmu. Hadiahkanlah keceriaan dalam diari hidup mereka. Keikhlasan dan ingatan tulus mu itu bakal mengindahkan hari-hari mendung di hati sang teman. Mulakan sekarang sebelum si dia melangkah pergi, meninggalkan kamu seorang diri.......

ALIASIRAJ

ADAKAH DIA BUDDY ANDA??? Sahabat tidak kisah jika anda membeli baju yang sama dengan baju miliknya atau membeli 2 baju yang sama, satu untuk anda, satu untuk sahabat. Biarpun anda memakai baju tersebut pada hari yang sama, sahabat tidak kisah sebalinya sahabat memberikan senyuman bila bersama anda. Sahabat bergegas menelefon dan menemui anda apabila mengetahui bahawa anda sedang menghadapi kesulitan atau perkara yang mendukacitakan. Dari muka sahabat, jelas tergambar betapa sedih dan risaunya dia terhadap anda. Walaupun anda mempermainkan sahabat, dia tetap tersenyum dan ketawa. Sahabat begini memang benar-benar ikhlas dan sayang pada anda. Jika anda menelefon si sahabat yang sedang tidur dan bercerita mengenai pergaduhan anda dan teman atau pasangan anda, biarpun matanya berair menahan rasa mengantuk tetapi dia masih sanggup melayan kerenah anda. Maka anda perlulah mengambil berat akan sahabat anda ini. Ketika anda jatuh sakit, sahabat tetap meluangkan masanya menjaga anda walaupun ketika itu dia sedang sibuk dengan pelbagai tugasan atau kerja sekolah. Malahan si sahabat sanggup berjaga demi anda dan menyuap anda untuk memastikan anda makan. Ada sahaja yang dilakukan oleh sahabat sehinggakan sakit anda juga turut dikongsi bersama oleh sahabat. Sahabat tidak pernah susahkan anda, walaupun dia ada masalah. Pada masa yang sama anda mempunyai masalah, dia hanya akan berdiam diri dan membiarkan anda melepaskan geram. Si sahabat tidak akan menceritakan masalahnya pada kerana dia tidak mahu membebankan anda dengan masalahnya pula padahal masalahnya lebih serius daripada anda. Sahabat akan sentisa menjaga hati dan perasaan anda walaupun anda sering kali menyakiti hati dan perasaannya, si sahabat akan sentiasa tersenyum dan akan memujuk pabila anda merajuk, namun pabila si sahabatmerajuk anda hanya berdiam diri kerana anda berfikir rajuk itu akan hilang dengan sendiri. Walaupun begitu si sahabat tetap mengalah dan menegur anda dahulu, walaupun hakikatnya anda yang bersalah. Oleh itu prihatinlah akan perasaannya.

Bukan senang nak sapat buddy yang betul-betul sayang akan kita dan sanggup berkorban semata-mata untuk kita. Justeru, kita haruslah menghargai semua sahabat kita dan sayangilah mereka sebagaimana mereka sayangi kita kerana belum tentu esok hari mereka masih ada AFIQOH MARHABAN

MAGIK! INTAI RAHSIA HATIMU. Gerak hati atau firasat kurniaan paling berharga. Semua individu memilikinya. Yang berbeza hanyalah cara bagaimana ia diungkapkan. Ada yang cepat menangkap makna tersirat. Ada pula yang masih terpisat-pisat. Eksplorasi Minda kali ini membawa kamu menerawang ke alam magik! Istimewa dan unik. Kamu pasti teruja melihatkan keajaiban permainan ini. Mudah saja caranya. Jawab soalan yang diberi. Akan tetapi dengan seikhlas hati. Ia bakal menceritakan siapa dirimu....Hanya 3 minit diperlukan. Jangan berlengah. Ayuh mulakan sekarang! Peraturan: Sediakan kertas dan pen. Jika kamu menulis nama seorang, pastikan individu itu benar-benar wujud. Gunakan gerak hati dan jawapan pertama kami. Selalunya ia benar 1. Tulis nombor 1 hingga 11 dalam satu kolum. (berturutan ke bawah @ vertikal) 2. Di sebelah nombor 1 & 2, tuliskan dua nombor yang kamu suka. Nombor apa-apa sahaja. 3. Di sebelah nombor 3 & 7, tuliskan nama individu berlainan jantina dengan kamu. Jangan tulis nama yang sama. Gunakan gerak hati ya! ( peringatan : 1 nombor, 1 jawapan) 4. Di sebelah nombor 4,5 & 6, tuliskan nama sesiapa saja yang kamu sayangi (keluarga atau kawan-kawan) peringatan: 1 nombor, 1 jawapan. 5. Tuliskan empat tajuk lagu di nombor 8,9,10 & 11. Peringatan: 1 nombor, 1 jawapan. Jawapan: Nak tahu kaitan antara nombor dan jawapan yang kamu berikan? Apa lagi...semak dibawah. 1. Bilangan individu yang akan kamu beritahu tentang permainan ini (jawapan untuk nombor 2) 2. Nama individu di nombor 3 adalah si dia yang kamu cinta. He he he 3. Nama individu di nombor 7 adalah si sia yang kamu tak berapa suka tetapi masih boleh dipertimbangkan. Woo! 4. Kamu paling prihatin dan ambil berat terhadap individu yang di nombor 4 5. Individu di nombor 5 adalah si dia yang amat memahami diri kamu. 6. Si dia yang kamu namakan di nombor 6 adalah pembawa tuah kau 7. Tajuk lagu di nombor 8 adalah untuk individu di nombor 3. 8. Tajuk lagu di nombor 9 adalah untuk individu di nombor 7 9. Jawapan nombor 10 adalah lagu yang menceritakan tentang pemikiran dan pandangan kamu 10. Lagu untuk nombor 11 adalah lagu yang menceritakan mengenai apa yang kamu rasakan tentang kehidupan ini. HAMIZAHAYAT

Anda mungkin juga menyukai