Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN PERKARA

1. 2. 3. 4. 5. Penghargaan Profil Diri Pengenalan Carta keluarga asas dan kembangan Profil a. b. c. Ayah Ibu Adik -beradik

MUKA SURAT
2 3 4 5

6. 5. 6.

Sehari dalam kehidupan keluargaku Penutup Rujukan 12 13.

PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur kepada tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan buku skrap Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang bertajuk Keluarga Asas. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada guru pembimbing saya iaitu Encik Mohd. Shamsir selaku guru PSK yang telah banyak mengajar dan membimbing saya selama ini sehingga terhasilnya buku skrap ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik dan budi beliau. Ucapan terima kasih tak terhingga diucapkan kepada ibu saya yang banyak membantu dan bersabar dengan kerenah saya dalam menyiapkan tugasan buku skrap ini. Juga tidak lupa kepada kawan-kawan yang turut membantu saya. Diharap semoga buku skrap ini akan menjadi panduan kepada semua pelajar dan saya sendiri. Insyallah.

Sekian, terima kasih

PROFIL DIRI
Nama Tarikh Lahir Tempat Lahir Umur Cita-Cita Kegemaran Minuman Kegemaran Warna Kegemaran Alamat : : : : : : Nur Irham Dani b. Mohd. Rahimi 06-06-2001

Klinik Bersalin Annur Shah Alam : : : 10 tahun Saintis Mee Goreng

Milo Ais Biru dan kuning No.6, Jalan Klarinet 4, 33/16D Taman Alam Indah Shah Alam. : : : Mohd. Rahimi B. Ismail Sakinah Bt. Ibrahim 013-3979002

Nama Ayah Nama Ibu No. Tel ( Ayah ) No. Tel ( Ibu) :

013-6442221

Pendahuluan

Rumah merupakan keperluan asas manusia. Rumah sangat penting kepada manusia keranadengan adanya rumah kita dapat berlindung daripada hujan, panas, ribut dan bahaya. Setiap manusia memerlukan rumah sebagai tempat tinggal mereka. Tanpa rumah kita akan hidup di dalam keadaan yang tidak selesa dan mungkin kita akan mati.

Terdapat berbagai bentuk dan jenis rumah pada masa sekarang. Ada rumah yang besar dan ada rumah yang kecil. Ia bergantung kepada kemampuan kita. Orang yang kaya akan membuat rumah yang besar dan orang yang miskin akan membuat rumah yang kecil. Walau bagaimanapun apa yang penting adalah bukan saiz rumah tetapi ialah keselesaan. Walaupun rumah kita kecil, itu tidak mengapa. Asalkan ianya bersih dan kemas. Jadi kita boleh hidup dengan selesa. Kita hendaklah bersyukur kerana memiliki rumah. Jadi kita hendaklah sentiasa menyayangi rumah kita supaya kita akan hidup aman dan tenteram bersama keluarga kita seperti kata pepatah Rumahku Syurgaku

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rumah dan ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu rumah tradisional dan rumah moden

RUMAH-RUMAH DI MALAYSIA

Setiap negara mempunyai reka bentuk dan jenis rumahnya yang tersendiri. Rumah di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu rumah tradisional dan rumah moden. Rumah-rumah ini dibentuk dan dibina berdasarkan kehendak penghuninya.

RUMAH TRADISIONAL

Rumah tradisional ialah rumah yang masih mengekalkan ciri reka bentuk masyarakat dahulu. Kebanyakan rumah tradisional dibina daripada kayu. Rumah tradisional biasanya terdapat di kampungkampung. Binaan rumah tradisional adalah unik dan menarik. Dinding rumah tradisional biasanya dibuat
4

daripada kayu. Atapnya dibuat daripada zink, lantai papan, tingkap kayu dan tangga kayu. Rumah tradisional di Malaysia adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. Ianya banyak dipengaruhi oleh faktor penjajah yang pernah menjajah negara kita. Diantara contoh-contoh rumah di Malaysia adalah seperti di bawah :

1.

Rumah Melayu Melaka Reka bentuk rumah ini terdapat di Melaka

2.

Rumah Perabung Lima Reka bentuk rumah ini terdapat di Kelantan.

3.

Rumah Limas Reka bentuk rumah ini terdapat di Selangor, Johor dan Terengganu.

4.

Rumah Minangkabau Rumah ini banyak terdapat di Negeri Sembilan. Ia banyak dipengaruhi oleh reka bentuk

rumah di Sumatera Indonesia

5.

Rumah Panjang Reka bentuk rumah ini terdapat di Sarawak. Rumah jenis ini berbentuk panjang dan

mempunyai banyak bilik. Rumah panjang diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil Tuai Rumah.

6.

Rumah Bumbung Panjang Rumah Bumbung Panjang banyak terdapat di perlis, Kedah, pulau Pinang dan Perak.

7.

Rumah Bagan Rumah Bagan dibina di air. Reka bentuk rumah ini terdapat di Sabah.

RUMAH MODEN

Rumah moden ialah rumah yang mempunyai reka bentuk yang baharu dan mengikut perkembangan semasa. Rumah moden biasanya diperbuat daripada batu-bata dan konkrit. Bumbungnya diperbuat daripada atap genting untuk mengurangkan keadaan panas di dalam rumah. . Tingkapnya berbingkai aluminium supaya lambat berkarat dan tidak lama. Lantai rumah moden biasanya diperbuat daripada jubin. Ianya kelihatan cantik dan senang dibersihkan. Rumah moden juga mempunyai banyak ruang seperti ruang tamu, ruang dapur, ruang makan, ruang santai dan lain-lain lagi. Rumah moden banyak terdapat di bandar-bandar. Antara contoh rumah-rumah moden di Malaysia adalah :

1.

Rumah Banglo Rumah banglo biasanya dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi kerana harganya sangat

mahal. Rumah banglo sangat besar dan luas. Ia mempunyai banyak ruang dan dibina di atas tanah yang luas. Ia mempunyai banyak bilik.

2.

Rumah Teres Terdapat pelbagai jenis rumah teres seperti teres dua tingkat dan teres setingkat. Rumah

teres biasanya berada di dalam keadaan yang sederet iaitu setiap deretan mengandungi antara 5 hingga 6 buah rumah. Ia dimiliki oleh golongan sederhana.

3.

Rumah Pangsa Rumah pangsa juga dikenali sebagai rumah flat. Ia dibina bertingkat-tingkat. Ia lebih sempit

berbanding dengan rumah teres. Biasanya rumah pangsa ada kemudahan lif dan tangga untuk bergerak ke tingkat atas. Ia dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Harganya lebih murah berbanding dengan rumah teres.

4.

Rumah Kondominium. Rumah kondominium adalah luas dan selesa. Harganya agak mahal dan ianya dimiliki oleh

golongan berpendapatan tinggi. Ia dilengkapi oleh kolam renang, pengawal keselamatan, tempat beriadah seperti taman dan sebagainya.

PENUTUP

Rumah di Malaysia pada masa sekarang semakin meningkat kerana penduduk kita semakin bertambah. Harga rumah juga sudah berlipat ganda mahalnya hingga mencecah berjuta ringgit. Terpulang kepada kepada kita untuk memiliki rumah yang kita kehendaki berdasarkan kepada kemampuan kita.

Saya lebih suka tinggal di rumah banglo kerana ianya besar dan selesa. Oleh kerana harganya mahal, saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat pekerjaan yang baik dan mampu membeli rumah banglo yang saya idamkan. Semoga tuhan akan memakbulkan hajat saya ini.

10

RUJUKAN Dayangku Fadariah bt. Mat Desa, Mohd. Faizullah b. Buyong dan Rapeah bt. Ahamed : Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 4 , Dewan Bahasa dan Pustaka , 2005: Kuala Lumpur

Majalah Mingguan Wanita 2009 : Karangkraf Kuala Lumpur.

11

Anda mungkin juga menyukai