Anda di halaman 1dari 2

PERJANJIAN SEWA RUMAH PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh ______________________________________________ di antara __________________________________(No.

K/P_________________________) yang beralamat di _______________________________________________________ (Kemudian ini dinamakan Penyewa) DAN Saya __________________________________________(No. K/P________________________) Yang beralamat di ________________________________________________________ (Kemudian ini dinamakan Tuan Punya Rumah)

BAHAWASANYA saya _____________________________bersetuju untuk menyewakan rumah beralamat ____________________________________________________________ kepada penyewa dengan harga sewa rumah sebanyak RM______________sebulan. Bayaran bulanan dibuat pada _________________ haribulan pada setiap bulan ke dalam akaun bank _________________________ (no akaun) ________________________ atau secara tunai kepada Tuan Punya Rumah. Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah: 1. Bayaran deposit sewaan rumah sebanyak ___________ bulan berjumlah_______________ 2. Bayaran deposit bil air sebanyak RM ____________ 3. Bayaran deposit bil elektrik sebanyak RM _______________ 4. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh penyewa. 5. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian bangunan rumah sewaan kecuali dengan persetujuan daripada Tuan Punya Rumah. 6. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakkan rumah (jika ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan kelalaian penyewa. 7. Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang. 8. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah untuk menamatkan perjanjian sewaan sekurang-kurangnya SATU BULAN daripada tarikh penamatan kontrak. 9. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada Tuan Punya Rumah dalam keadaan baik, bersih, dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki apa juga

kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan yang dipasang. 10. Tuan Punya Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan memberikan notis dalam tempoh sekurang-kurangnya DUA BULAN kepada penyewa atau dengan membayar ganti rugi yang sewajarnya. 11. Tuan punya rumah perlu memaklumkan kepada penyewa niat untuk menetapkan kadar sewaan yang baru sekurang-kurangnya dua bulan sebelum penetapan kadar sewaan baru. 12. Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak disenaraikan dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Tuan Punya Rumah dan Penyewa dari semasa ke semasa.

*******************************
BAHAWANYA, saya (penyewa) ______________________________ memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas.

Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Punya Rumah:

.............................................. ............................................

Nama:.................................... Nama:.................................... No K/P:................................. No K/P:................................. Tarikh: _________________ Tarikh: __________________