Anda di halaman 1dari 2

DOA PERPISAHAN

Sesungguhnya kami pada pertemuan ini, ingin merafakan setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu
yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Pada saat dan detik yang bersejarah ini kami menghulurkan tangan pengharapan
memohon ehsan dan rahmatmu agar engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah kepada insan-insan yang akan berpisah
dengan kami pada detik ini. Kami sedar bahawa setiap pertemuan itu ada perpisahannya. Namun kami sedar bahawa perpisahan ini
ada hikmah di sebaliknya kerana semuanya adalah ketentuan dan takdir yang telah ditentukan olehMu.
Allahumma ya Munzilar rahmah wa ya fatihal barakah
Kurniakanlahlah ya Allah ganjaran ,syafaat dan keridhaanmu di atas jasa-jasa baik mereka yang telah dicurahkan kepada kami dan
seluruh warga pendidik khususnya di SK SRI SUBANG JAYA ini.begitupun jua ya Allah di atas semangat juang mereka yang tidak
pernah mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, pendidik dan pembantu kami yang senantiasa
berusaha menyumbang tenaga, idea, kepakaran demi meningkatkan kualiti kurikulum pelajar-pelajar di sekolah ini.
Mudah-mudahan segala pengorbanan mereka menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai pendidik yang masih
belum berkesudahan lagi.
.
Ya Allah, kami sedar dengan penuh yakin bahawa Engkau amat menyayangi hambaMu yang apabila melaksanakan sesuatu tugasan
dan amanah, dilaksanakan dengan tekun dan sebaik mungkin. Justeru, kurniakanlah kepada insan yang sedang kami raikan,
keinginan dan kecenderungan untuk terus menabur bakti dengan penuh iltizam dan dedikasi demi mencapai tahap kerja yang
berkualiti dan cemerlang.
.
Allahumma Ya alim wa ya qadhial hajat
Kami warga SK Sri Subang Jaya amat mengharap agar Engkau kurniakan kepada insan yang diraikan pada hari ini kesihatan yang
sempurna, ketenangan yang bermakna, kelapangan yang mesra, pilihan yang tepat agar mereka dapat menikmati kehidupan di
tempat baru dalam keadaan damai dan sentosa. Akhirnya janganlah Engkau hampakan segala hajat dan impian kami, hanya
padaMu, tempat kami berharap dan hanya Engkau sahaja yang dapat mencukupkan segala permintaan hambaMu.




.











.

.
















.







.

Anda mungkin juga menyukai