Anda di halaman 1dari 10

Model Ekonomi Baru ( MEB ) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk seri Najib Tun Razakpada 30 Mac

2010. Ia terbahagi kepada dua fasa. Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 ( RMK-10 ). Secara formalnya, Dasar Ekonomi Baru sudah lama dihentikan pada tahun 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi yang lain. Model Ekonomi Baru ini berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif disamping lebih masa. Lantaran itu, lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku. Model Ekonomi Baru merupakan satu model yang menggantikan Dasar Ekonomi Malaysia. Lapan Inisiatif yang akan diberikan tumpuan di dalam model ini adalah : 1. Menyuburkan kembali sector swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. 2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti yang akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. 3. Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing. 4. Memperkukuhkan sector awam. 5. Melaksanakan tindakan alternative yang telus mesra pasaran. 6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan. 7. Meningkatkan sumber pertumbuhan. 8. Memastikan pertumbuhan yang mapan. Matlamat Model Ekonomi Baru ( MEB ) iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan terangkuman yang amat diperlukan oleh kita bagi mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.

Model Ekonomi Baru ( MEB ) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi ( PTE ) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjak Malaysia kea rah status Negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Program Transformasi Ekonomi ( PTE ) akan dipandu oleh lapan inisiatif Pembaharuan Strategik ( IPS ) yang akan menjadi asas bagi langkah yang relevan. Terdapat 4 tonggak transformasi Negara ke arah Wawasan 2020 :

1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. ( April 2009 )

Program Transformasi Kerajaan ( PTK ) 6 bidang keberhasilan utama negara ( NKRA ) ( Jan 2010 ) Tonggak Transformasi Negara ke arah Wawasan 2020

Program Transformasi Ekonomi ( PTE)8 Inisiatif Pembaharuan Strategik ( IPS ) ( Mac 2010 )

Rancangan Malaysia Ke-10 Sasaran pertumbuhan makroekonomi dan peruntukan belanjawan. ( Jun 2010)

Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) Eonomic Transformation Programme adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Program ini menyediakan focus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama iaitu 12 bidang ekonomi utama Negara ( National Key Economic Areas, NKEA ). Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) berbeza dari program-program lain kerana ia tertumpu pada tindakan bukan pada prinsip teori dan idea.

Bagi menghadapi segala cabaran yang menjadi penghalang daripada mencapai wawasan 2020, sepenuh komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan ( GTP ) selaras dengan Prinsip 1Malaysia, rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan- dalam bidang yang dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ) dan bidang Keberhasilan Utama Kementerian ( MKRA ) dengan focus yang khusus pada tahun 2010. Seiring dengan GTP, Majlis Penasihat Ekonomi Negara ( MPEN ) sedang membentuk Model Ekonomi Baru dan Unit Perancangan Ekonomi ( EPU ) sedang membangunkan Rancangan Malaysia Ke-10 ( RMK-10 ). Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan holistic untuk

menghapuskan halangan. Sebagai langkah dalam mencapai pembangunan yang mapan, matlamat model perlu diberi penekanan terutamanya dalam bina upaya kerana ia bukan hanya pembangunan Negara semata-mata. Tumpuan juga diberikan secara efektif ke atas sector utama yang spesifik atau dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional ( NKEAs ). Ini kerana bidang NKEAs adalah bidang dimana ekonomi Negara mempunyai potensi untuk terus maju kea rah ekonomi berpendapatan tinggi. Pendekatan baru iaitu sector swasta perlu memacu pertumbuhan dan sector kerajaan perlu mempertingkatkan peranan sebagai fasilitator kepada industry untuk berkembang maju.

Berpendapatan Tinggi Sasaran AS$15,0020,00 per kapita pada 2020 Kemampanan Keterangkuman Membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara. - Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang

Model Ekonomi Baru : Matlamat dan ciri ciri. Antara ciri ciri teras Model Ekonomi Baru adalah : Sektor swasta menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan pasaran dan pengeluaran. Sektor kerajaan menjadi fasilitator yang cekap menerusi rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang, focus pasaran dan membantu pasaran. Menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawanan.

Banyak factor-faktor yang mendorong dan mempengaruhi perubahan struktur ekonomi, dasardasar dan model yang dilaksanakan iaitu : Merupakan salah satu langkah untuk mempelbagaikan ekonomi. Kehausan sumber asli Negara. Mengalahkan industry penggantian import. Peningkatan dalam pendapatan dan taraf hidup penduduk.

Disebabkan krisis kewangan global, Negara maju akan mengalami pertumbuhan yang lebih perlahan dan banyak Negara mengkaji semula strategi pertumbuhan termasuk Negara kita Malaysia. Tujuan Model Ekonomi Baru ialah melakukan perubahan radikal dengan segera agar pembangunan ekonomi akan terus mampan dalam jangka masa panjang dan dinikmati rakyat serta membolehkan meraih status Negara berpendapatan tinggi. Selain itu Model Ekonomi Baru menjadi pemangkin untuk membebaskan potensi pertumbuhan Malaysia manakala Program Transformasi Ekonomi dibentuk untuk mengerak Malaysia ke hadapan. Keluar daripada keadaan lembap agar ekonomi berpendapatan tinggi dan terangkum serta mampan. Disamping itu, model ini mencapai matlamat yang lebih luas, dengan merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan swasta, turut memberi tumpuan terhadap pembangunan manusia. Pelaksanaan Model Ekonomi Baru ( MEB ) dan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) telah diwujudkan atas sebab untuk memperbaiki hala tuju ekonomi negara yang mengambil kira banyak factor yang penting. Ia juga mengenalpasti sector utama untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan rakyat menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang mampan. Disamping untuk meraih peluang yang sepenuhnya, focus diberikan ke atas sector-sektor utama.

Antara kelemahan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) yang dikenal pasti iaitu Dasar Ekonomi Baru tersebut lebih berdasarkan etnik tetapi pada masa yang sama terdapat isu aserta masalahmasalah wujud ketika dalam pelaksanaannya. Dasar Ekonomi Baru tersebut juga diakui dapat mengurangkan kemiskinan dan banyak menangani ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Tetapi pelaksanaannya dapat meningkatkan kos menjalankan perniagaam, kuasa naungan dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus. Hal ini mengakibatkan gejala atau amalan rasuah yang semakin menular dan berleluasa. Perbezaan terhadap pembangunan ekonomi pendekatan lama dengan pendekatan Model Ekonomi Baru ( MEB ) Pendekatan Lama Pertumbuhan terutamanya melalui Pendekatan MEB Pertumbuhan melalui produktiviti.

pengumpulan modul. Penyertaan kerajaan yang dominan dalam ekonomi. Perancangan strategic berpusat Pertumbuhan pasaran. Autonomi tempatan dalam pembuatan keputusan. Pertumbuhan wilayah yang seimbang. Aktiviti tempatan berasaskan berpandukan sector

kelompok dan koridor. Mengutamakan industry dan firma tertentu. Kebergantungan eksport pada pasaran G-3 ( As, Eropah dan Jepun ) Sekatan terhadap pekerja mahir asing. Memelihara dan menarik golongan professional mahir. Mengutamakan industry dan firma yang berkemampuan teknologi. Orientasi asia dan asia barat.

Manfaat Untuk Rakyat. Dalam ekonomi berpendapatan tinggi boleh menjangkakan: Pilihan yang lebih banyak dan kuasa beli yang lebih tinggi. Kualiti hidup yang lebih baik. Hidup dan bekerja dalam keadaam yang selamat. Akses kepada maklumat yang sama rata dan mudah. Peluang bagi meningkatkan mobility. Ganjaran bagi inovasi dan kreativiti. Setiap bahagian di Negara ini sama ada negeri, Bandar, pecan atau kampung adalah penting. Keyakinan yang lebih tinggi terhadap kekukuhan ekonomi. Golongan miskin tidak akan dilupakan. Pengurusan dan pemuliharaan sumber yang mantap. Saling menghormati dan maruah individu. Pertumbuhan mampan. Persekitaran yang lebih baik. Keyakinan terhadap kerajaan. Semua rakyat akan berasa terangkum berikutan : Pendekatan mampan akan memberi rakyat :

Antara kesan pelaksanaan Model Ekonomi Baru ( MEB ) dan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) iaitu model pertumbuhan lepas menjana dekad pencapaian kecemerlangan,

membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membina infrastruktur bertaraf dunia dan pengeksport utama diperingkat global. Selain itu rakyat lebih kaya dan lebih berpelajaran berbanding generasi terdahulu. Model Ekonomi Baru ( MEB ) mempunyai visi yang jelas tentang hala tuju, sekarang adalah masa untuk berubah kerana Malaysia memerlukannya. Model Ekonomi Baru ( MEB ) dan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) bukanlah satu penyelesaian segera tetapi menjadi satu misi dan visi yang perlu ditempuhi semua pihak termasuk pihak kerajaan, sector swasta dan rakyat. Kesan pelaksanaan Model Ekonomi Baru ( MEB ) mula menampakkan kesan positif sehingga Malaysia kini kembali menjadi perhatian dunia sebagai destinasi perniagaan, pelaburan dan perdagangan utama. Berdasarkan dasar baru kerajaan itu sudah mula menampakkan hasil meskipun lebih banyak. Realitinya pelabur tempatan Malaysia kini sangat sedikit berbanding sasaran tahunan sebanyak RM 94 bilion. Situasi ini agak membimbangkan memandangkan cita-cita kerajaan untuk menjadi Negara berstatus berpendapatan tinggi dan membangun pada 2020 akan terjejas jika pelabur tempatan tidak yertai serta memainkan peranan masing-masing dalam aktiviti pertumbuhan ekonomi Negara. Ini menunjukkan kepentingan pelaburan tempatan dalam mengukuhkan lagi ekonomi Negara. Secara amnya, nisbah pelabur tempatan dan asing ialah 40:60 sejak lima tahun lalu. Dibawah ETP, kerajaan menyasarkan agar nisabah penyertaan pelabur tempatan dipertingkatkan.

Dari segi pelaksanaan inspirasi ini tidak mungkin dapat dicapai jika kerjasama erat di antara sector swasta dan sector awam tidak diseragamkan dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Selain itu menteri di lapangan ekonomi digesa memainkan peranan aktif dalam menyediakan serta menyalurkan lebih banyak insentif, sama ada fiscal mahupun bukan fiscal. Antara kelebihan kita ialah merupakan sebuah Negara kita Berjaya membasmi kemiskinan dan memiliki infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia. Ia juga meneraju dalam bidang pembuatan E (+) E dan eksport sumber asli utama. Disamping mewujudkan asas pembuatan bertaraf dubia. Pembuatan yang lebih tertumpu pada sector E ( + ) E. Ia juga merupakan pengeksport utama produk pengguna dan elektronik perindustrian. Lantaran lokasi yang strategic berupaya menarik perhatian untuk mewujudkan hab pengangkutan dan logistic. Dan ia juga merupakan model kepelbagaian budaya, etnik dan biologi terutamanya dalam warisan budaya yang menjadi asset untuk menjalinkan hubungan dengan banyak Negara.

Kesimpulannya Model Ekonomi Baru ( MEB ) mengariskan bidang utama yang perlu diberi perhatian dalam bentuk lapan inisiatif Pembaharuan Strategik ( IPS ) untuk menghapuskan halangan dan sekatan yang menahan ekonomi Negara ini akan tercapai potensi maksimum. IPS adalah lebih bersifat terpilih dan memberi kesan kepada semua sector ekonomi. Justeru , ia perlu dilaksanakan secara konsisten dan holistic bagi memastikan hasil yang diharapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan ETP dapat dicapai. Negara memerlukan satu anjakan paradigm bagi mencapai sasaran kerajaan untuk melahirkan Negara berpendapatan tinggi. Ia dapat dilakukan melalui beberapa program transformasi seperti Program Transformasi Ekonomi ( ETP ), Program Transformasi Kerajan ( GTP ). Sama ada Berjaya atau tidak ia bergantung kepada kecekapan mereka yang terbabit iaitu kerajaan memerintah, penjawat awam, pemimpin industry swasta dan khalayak awam. Justeru, tadbir urus yang baik penying bagi memastikn program transformasi. Program Transformasi Ekonomi ( ETP ), Program Transformasi Kerajaan ( GTP ), Model Baru Ekonomi ( MEB ) dan RMK- 10, tidak dilaksanakan dan disempurnakan dengan baik sekiranya tidak mendapat sokongan pelabur tempatan, sama ada dari aspek ekonomi, politik dan social.