Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan Kepada Pengurusan Tingkah Laku Definisi Tingkah Laku Definisi Menurut Lewis M.

Beaker(2001) Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Definisi Menurut Garry Martin & Joseph Pear(2003) Tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, tindak balas, tindakan, dan reaksi. Pada dasarnya, tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Definisi oleh Carl Rogers (1999) Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Definisi Menurut Sarafino (1996) Tingkah laku adalah apa sahaja yang seseorang itu lakukan. Tingkah laku yang dilakukan itu adalah respons/tindak balas kepada apa yang berlaku, sama ada perkara itu berlaku di dalam dirinya atau di luar. Definisi Menurut Al-Ghazali dari perspektif Islam Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri: Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan & tujuan. Dorongan atau motivasi itu ada dalam setiap diri manusia. Motivasi ini boleh dirangsang melalui ransangan luar atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi. Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu. Tingkah laku berkaitan rapat dengan perasaan dan kesedaran terhadap situasi.

Definisi Tingkah laku Bermasalah Mohd.Nazar Mohamad (1990), mentakrifkan tingkah laku bermasalah sebagai tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Definisi Pengurusan Tingkah Laku Pengurusan tingkah laku ialah tingkah laku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkah laku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat. Tujuan pendekatan tingkah laku ini adalah menolong manusia sama ada memiliki tingkah laku yang telah diubahsuai yang dapat bertindak balas atau menghapuskan segala respon yang salah itu. Dengan ini, dia dapat lebih efektif dalam mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai.

Konsep Pengurusan Tingkah Laku Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku-kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatifbebas gangguan Langkah-langkah asas: i. Kenal pasti tingkah laku ii. Tentukan sasaran iii. Pilih strategi, kaji kesan iv. Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut: Perancangan yang rapi Tentukan individu atau kumpulan Teknik intervensi yang berkesan Penilaian secara objektif Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, iaitu;

setiap murid adalah unik tiada satu cara yang berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan keperluan dan kehendak murid (aspek kognitif, afektif, dan psikomotor murid saling berkait).

Faktor-faktor: Faktor Biologi Genetik ialah unit-unit baka yang diwarisi oleh ibu bapa kepada anak-anak. Kerosakan pada sesetengah gen boleh membawa kepada masalah atau ketidaknormalan. Penghasilan hormon yang abnormal seperti adrenalina dan noradrelin boleh menyebabkan manusia sentiasa berada dalam keadaan tegang dan tertekan. Individu yang mengalami kecacatan fizikal gemar menyediri kerana berasa tidak layak bergaul dengan masyarakat lain. Individu yang memiliki kecacatan anggota badan, pekak dan bisu menyebabkan mereka tidak pandai bersosial. Faktor Pemakanan Kekurangan beberapa vitamin seperti vitamin B12, niasin dan tiamina boleh menyebabkan kecelaruan organik otak. Faktor Pembelajaran Tingkah laku boleh dipelajari. Manusia sentiasa mempelajari sesuatu yang baru dan kadangkala dalam proses memperoleh pengetahuan dan pengalaman, sesuatu yang tidak sesuai dipelajari sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Hasil daripada pembelajaran menyebabkan tingkah laku abnormal seperti fobia dan kemurungan wujud dalam kehidupan seseorang itu. Selain itu, sesetengah murid yang lambat belajar (lembap) memerlukan pengajaran dan bimbingan bersifat peribadi. Guru perlu sentiasa perihatin terhadap murid supaya murid tidak akan ketinggalan jauh.

Faktor Sekolah Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang kondusif dan ruang pembelajaran yang relevan. Sistem sekolah perlu memberi perhatian kepada semua murid termasuk murid yang lebih lemah. Sekolah perlu mewujudkan satu persekitaran pembelajara yang tidak terbatas dan memberi peluang kepada semua murid untuk mengembangkan bakat masing-masing. Faktor Guru Guru perlu membuat perancangan rapi dan menyediakan bahan P & P. Guru perlu berupaya menyampaikan P & P dengan berkesan dan menarik agar dapat membantu atau memaksimumkan pembelajaran dalam bilik darjah. Kegagalan guru berbuat demikian akan mengakibatkan minat murid untuk belajar berkurang dan melakukan tingkah laku bermasalah di bilik darjah. Pengalaman Masa Silam Trauma zaman kanak-kanak seperti dipukul dengan penjaga, kematian ahli keluarga dan ditimpa kemalangan akan menyebabkan satu trama psikologi yang tidak akan pupus. Kanak-kanak ini akan memencilkan diri daripada interaksi sosial, atau menjadi seorang yang pendiam atau fobia terhadap sesuatu. Faktor Ibu Bapa Ibu bapa yang tidak memberi kasih sayang secukupnya mendapati anak mereka menghadapi beberapa kecelaruan mental dan emosi. Keluarga yang kucar-kacir seperti penceraian ibu bapa, penyakit kronik, atau penderaan boleh mencetuskan tingkah laku bermasalah. Kanak-kanak mungkin akan sentiasa takut pada orang lain, alami ketegangan hidup, tiada kepuasan hidup dan memaparkan tinglah laku negatif. Faktor Ekonomi Keadaan ekonomi seseorang individu, tekanan hidup di rumah ataupun tempat kerja, kemiskinan atau bapa yang berhutang boleh membawa kepada tingkah laku negatif.

Kesan Orang sekitar seperti ibu bapa, rakan sebaya dan guru juga mengalami tekanan jiwa akibat tingkah laku yang kurang sesuai dan tidak sihat ini. Dengan ini, kecerian dan keseronokan dalam masyarakat akan berkurang. Masyarakat akan sentiasa dirundang kesedihan dan kemurungan akibat tingkah laku abnormal. Mewujudkan masyarakat yang tidak bersatu padu dan berpuak-puak. Masyarakat lain tidak mahu bercampur dengan mereka yang dianggap tidak normal. Mereka yang menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai mudah menimbulkan kesalahfahaman dan membawa kepada perpecahan. Guru menghabiskan banyak masa dalam mengatasi masalah tingkah laku berlaku dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak membazirkan masa dalam menangani masalah tingkah laku, guru akan dapat mempunyai lebih banyak masa dalam mengajar murid.

Kepentingan Kepentingan pengurusan tingkah laku ialah : (1) Memahami tingkah laku pelajar (rancang objektif/ strategi) (2) Meramal tingkah laku pelajar (rancang aktiviti ikut kemampuan) (3) Mengetahui perkembangan (Fizikal,kognitif, sosial, emosi) (4) Ketahui aras perkembangan (masalah pembelajaran slow learner) (5) Penyelidikan Pendidikan disiplin, ponteng (6) Memahami personaliti & konsep kendiri pelajar (pembentukan kendiri positif). Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri berikut: i. mampu berdikari ii. berdisiplin dan bersikap positif iii. bermoral dan beretika iv. berkemahiran dan berketerampilan v. produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara Modifikasi tingkah laku membantu murid mengubah tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Ia meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran murid. Ia dapat membentuk tingkah laku yang positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial. Melalui ubah suaian kendiri, ia dapat meningkatkan motivasi kendiri serta disiplin arahan diri. Melalui proses modeling, dalaman atau pembiasan, ia akan dapat membentuk murid yang berilmu pengetahuan, cinta membaca serta berakhlak mulia.

Rumusan Definisi tingkah laku : Semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur & dinilai. Tingkah laku bermasalah: Tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Pengurusan tingkah laku: Dapat mengubahsuaikan dan mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai. Konsep asas pengurusan tingkah laku ialah membuat perancangan yang rapi, tentukan individu, merancang teknik intervensi yang berkesan dan menilai secara objektif. Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku ialah faktor biologi, pemakanan, pembelajaran, faktor sekolah, faktor guru, pengalaman masa silam, faktor ibu bapa dan faktor ekonomi. Tingkah laku negatif membawa kesan negatif kepada diri individu itu, orang sekelilingnya dan masyarakat. Kepentingan pengurusan tingkah laku ialah melahirkan murid yang berdikari, berdisiplin, bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan serta produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara
Disediakan oleh : Irene Yong Siew Fei

Anda mungkin juga menyukai