Anda di halaman 1dari 12

1.

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan keperluan kursus bagi setiap pelajar yang menuntut di Politeknik dan juga merupakan salah satu syarat utama sebelum seseorang pelajar itu diperakui untuk pengiktirafan sijil atau diploma di Politeknik. Tujuan utama diadakan Latihan Industri ini adalah untuk : i. ii. Mendedahkan pelajar-pelajar ke alam pekerjaan sebenar. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa bekerja. iii. Membolehkan pelajar melihat kaitan diantara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal. iv. v. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri. Untuk meningkatkan budaya kerja yang baik seperti bersikap lebih bertanggungjawab. vi. vii. viii. Memupuk sikap amanah dengan kerja yang diberi. Untuk mengukuhkan keyakinan diri. Untuk menyediakan satu laporan industri setelah tamat latihan.

Kesimpulanya ialah, latihan industri adalah amat penting untuk pelajar kerana semasa menjalani latihan industri,pelajar mendapat banyak pengetahuan luas, pengalaman yang banyak,dapat mendisiplinkan diri,serta dapat melatih diri supaya sentiasa bertanggungjawab dan amanah. Perkara ini adalah amat penting untuk pelajar apabila berada didalam zaman pekerjaan kelak.

1.3

OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Laporan Latihan Industri disediakan khas bagi memenuhi syarat kursus sijil atau diploma bagi setiap pelajar Politeknik.

Antara objektif Laporan Latihan Industri ialah: i. Ia dapat mendokumentasikan segala aktiviti yang dilakukan sepanjang menjalani latihan. ii. iii. Menjadi bukti kepada latihan yang telah diikuti. Dapat menyegarkan kembali ingatan pelajar tentang ilmu yang dipelajari selama tempoh latihan. iv. Dapat menilai kemampuan pelajar dalam merekod dan membuat laporan setelah tamat latihan. v. Laporan yang baik dan bermutu boleh digunakan dalam temuduga kerja. Sesuatu kerja yang cemerlang tidak memberi makna jika tidak dapat dilaporkan dalam sebuah laporan yang baik. Oleh yang demikian,

penulisan laporan memerlukan perhatian yang khusus dari seseorang penulis. Piawaian ini juga melatih pelajar sepaya berupaya mengikut arahan-arahan yang ditetapkan keatasnya dan memenuhi kehendak sesebuah institusi.

1.4

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR Secara umumnya,terdapat banyak kepentingan dan mamfaat kedapa pelajar yang telah menjalani latihan industri ,semasa menjalani latihan industri pihak firma telah menerapkan tentang pentingnya sikap kerjasama,amanah serta bertanggungjawab kepada pelajar keatas setiap kerja yang dilakukan,disitu pelajar telah mendapat satu kebaikan serta diterapkan sikap yang baik. Sikap sebegini perlu ada didalam jiwa pelajar untuk digunakan dalam kehidupan seharian mahupun didalam alam pekerjaan. Selain daripada itu,para pelajar juga dapat mendalami dengan lebih mendalam tentang teori yang telah dipelajari semasa proses pembelajaran dan seterusnya mempraktikan segala teori yang ada dalam segala situasi samada secara langsung ataupun tidak langsung semasa mengendalikan sesautu proses atau pun mengendalikan mesin yang

menggunakan konsep yang sama . Dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada pekerja firma yang mahir dan berpengalamn, dapatlah memudahkan pelajar itu untuk menceburi dalam bidang pekerjaan yang akan ditempuhi kelak.

Antara kepentingan latihan ini adalah: i. ii. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar. Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah di pelajari dengan aspek-aspek pratikal di firma atau sebaliknya. iii. iv. v. vi. Menanam semangat kerja berpasukan dengan baik sesama pekerja lain. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri. Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di Industri. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan yang lain yang diarahkan oleh pihak politeknik. vii. Membiasakan pelajar dengan peralatan yang bersesuaian dengan kursus yang telah di ambil. viii. ix. Mendisiplinkan pelajar mengenai tugasan yang di pikul semasa bekerja. Menambahkan kemahiran pada pelajar.

x.

Membolehkan pelajar mempelajari sedikit sebanyak tentang pengurusan sesuatu syarikat yang berdaftar.

1.5 LATAR BELAKANG ORGANISASI/ SYARIKAT

1.5.1

PENGENALAN ORGANISASI

Syarikat Agro-Industrial Supplies (M) Sdn.Bhd. ini terletak di kawasan perindustrian Bandar Baru Darulaman Jitra, Kedah. Syarikat ini merupakan sebuah kilang yang menghasilkan mesin-mesin memproses padi. Di mana mesin ini memproses dari padi sehingga menjadi beras. Mesin ini di gunakan oleh semua kilang yang mengeluarkan beras.

1.5.2

SEJARAH PENUBUHAN

Agro Industrial Supplies (M) Sdn. Bhd. Atau lebih dikenali sebagai AGRO INDUS, aktif dalam dua bidang iaitu agrikultur dan industri

permesinan, kejuruteraan pertanian dan projek di Malaysia dan beberapa Negara Asia yang lain.

Ditubuhkan pada tahun 1981, AGRO INDUS bermula sebagai syarikat yang pakar dalam bidang pemprosesan benih dan pengendalian padi hasil kerjasama erat dengan buatan Denmark. Syarikat ini telah membangun secara teguh dengan menjadi perintis dalam banyak projek dan sekaligus menaik taraf ke tahap yang lebih memuaskan. AGRO INDUS secara berterusan menjadi tempat rujukan oleh pelanggan sebagai pembaharu yang terpenting bahkan mendapat penghargaan daripada pesaingnya sendiri. Pada tahun 1994, TOYO AGRO diperkenalkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan dalam bidang peralatan pemprosesan padi dan beras. Setelah 26 tahun, AGRO INDUS berjaya dalam banyak projek, menjadi pembekal mesin atau alat jentera dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang serta menjadi perunding projek. AGRO INDUS menggambarkan sifatnya dengan berkembang dengan secara konsisten dengan pelaburan yang besar dalam pembaharuan teknologi, kajian produk dan sekarang menghasilkan produk yang disahkan oleh ISO 9001:2000.

Dengan adanya semangat perpasukan, AGRO INDUS telah banyak memperolah kejayaan dengan membawa perkembangan dan perlaksanaan baru dalam sistem perbelanjaan yang efektif di seluruh Asia dengan menjadi perintis, membawa pembaharuan dan memiliki jiwa yang kreatif oleh setiap pekerjanya.

1.5.3

HALATUJU ORGANISASI

Visi Syarikat

Visi AGRO INDUS adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang pengeringan, penyimpanan, pemprosesan dan pengendalian alatan untuk dua bidang iaitu agrikultur dan sektor industri.

Misi Syarikat

I. Menghasilkan produk yang berkualiti. II. Sentiasa menepati kehendak pelanggan. III. Menawarkan harga yang berpatutan. IV. Penghantaran yang tepat pada masa.

1.5.5

KUALITI POLISI SYARIKAT AGRO-INDUS

Sebagai pengeluar mesin memproses padi terkemuka, AGRO-INDUS perlu memastikan setiap pekerja memahami akan keperluan dalam penghasilan mesin berkualiti dan cekap dalam proses pembuatan serta syarat-syarat yang kuat dalam kawalan kualiti. Pekerja akan diberi peluang dalam membuat keputusan untuk meningkatkan komitmen individu bagi mencapai kualiti produk dan kepuasan pihak pelanggan.

AGRO-INDUS akan mengoptimakan sumber-sumber untuk menambah daya saing dan produktiviti. Demi mencapai komitmen AGRO-INDUS untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan serta mempercepatkan penghantaran, AGRO-INDUS akan terus meningkatkan keberkesanannya.

1.5.6

KUALITI OBJEKTIF SYARIKAT AGRO-INDUS

1.5.6.1

Bahagian Production

Proses punching

1) Kurang daripada satu kes kesilapan dalam proses punching dalam temoh masa 1 bulan

Proses bending

1) Kurang daripada 1 kes kesilapan dalam proses bending dalam menghasilkan koponen mesin.

Proses kimpalan

1) Kurang daripada 1 kes kesilapan atau kerosakan pada mana-mana mesin atau komponennya dalam penghasilannya.

Proses mengecat

1) Kurangnya kesilapan dalam mengecat komponen dan mesin.

Proses memasang

1) Kurangnya kesilapan dalam proses memasang, ia kerana proses memasang memerlukan ketelitian yang jitu.

Proses Packing (Packing Dept.)

1) Kurang daripada satu kes aduan terhadap Packing List dalam sebulan.

1.5.6.2

Bahagian Stor

10

Proses Stor

1) Kurang daripada 2 kes kesilapan stok kad transaksi dalam sebulan.

1.5.6.3

Bahagian QC

In Process Quality Control(IPQC)

1) Tidak ada sebarang kesilapan pada pemasangan mesin.

Incoming Quality Control (QC)

1) Tidak ada sebarang kesilapan dan kerosakan mesin sebelum dihantar kepada pelanggan.

11

1.2.6.4

Negara Eksport

i. ii. iii. iv. v. vi.

Thailand Indonesia Kemboja Sri Lanka Filipina Vietnam

1.6 Produk produk yang dihasilkan

Gambarajah 1.6 Destoner

Gambarajah 16 Color Soter

12

13

Anda mungkin juga menyukai